Wednesday, June 30, 2010

Blogwalking Lebih Pantas dengan WAWWI.com

Posted by annazanariah at 6/30/2010 03:15:00 PM 3 comments
Assalamualaikum dan selamat petang.. ~

Semoga U all sihat la ye. Petang2 yang indah ni ape lagi, layan TV la. Heehee.. maklumlah kuliah minggu depan baru start. Best pulak cite ALISA kat TV3 ni.. Dulu mula2 tgk cam tak besh.. Tapi skrg, kul 2pm je dah menempek depan TV. U all yang bekerja jgn jeles ek...:p


K lah, actually hari ni Anna nak story pasal WAWWI.com. Sure U all dah tau kan ape bende tu. Bukan kuih, bukan program realiti TV, bukan juga jenama baju.. Tapi teknik Blogwalking yang pantas. Pantas yang macam mana tu....? Anna nak cite dengan details pun tak pandai juga, tapi masa blogwalking tadi terjumpa la satu blog yg menceritakan pasal WAWWI.com ni.. Kalau nak tau, jom klik SINI.

Ni contoh MATRIX BLOGWALKING yang Anna pasang kat blog Anna minggu lalu..

Before ni agak pening2 lalat la, ape kegunaan dan keistimewaan blogwalking cara ni? Maklumlah, baru belajar nak explore blog....~ Apa yang Anna perasan la kan, senang Anna nak keep in touch dengan blog yg list kat sini. Anna amik ni dari belalang hijau, then nama yg kat atas daripada belalang hijau ni amik dari Anna. So, bila Anna klik, contohnya mentor-badrool, Anna cari lak table ni, then klik kat nama yg ada dalam list tu. Rasa cam lebih sistematik sebab kita berkunjung ke blog2 secara konsisten...


Apa2 pun kalau U all still tak jelas dgn MATRIX BW ni,,, jom la kita terjah blog Dream World. C0ol~


Tuesday, June 29, 2010

'FIFA World Cup Trophy' Versi Asal dan Replika

Posted by annazanariah at 6/29/2010 07:15:00 PM 4 comments

Salam.. Dah beberapa hari Anna tak menulis entri kat blog ni. Kalau buka pun juz blogwalking, baca entri kawan2 and komen2 entri.. Paling tak pun jenguk2 dan belek2 gambar dalam album kawan2.

So, petang ni, sambil2 Anna tgk cite ILUSI kat TV3, Anna terfikir nak cari info tentang FIFA. Nak kata minat tu, tak jugak la,, tapi still ikuti juga. Maklumlah kat rumah Anna kan hero2 belaka. So, diorang mmg stay tunggu tgk bola. Anna pun terkena tempiasnya bila diorang asyik borak2 pasal bola.. Kat rumah tu siap ada jadual untuk LIGA FIFA WC ni.. Sebesar2 alam bertempek kat dinding tu..~


Rasanya masih belum terlambat untuk Anna berkongsi tentang TROFI yang akan diberikan kepada JUARA.. Fakta2 ni sgt menarik. Bagi Anna, info ni mmg baru la kot. Tak penah tau pun sape pencipta, sape presiden, sape yang mula2 dapat trofi ni.. bla bla bla....~ heheh.. so, jom kita baca sama-sama... co0l~



Dari tahun 1930 hingga 1970, Jules Rimet Trophy merupakan trofi utama Piala Dunia. Sebelum itu, trofi yang direka oleh pengukir Perancis itu hanya dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde. Namanya ditukar kepada Jules Rimet Trophy pada 1946 bersempena nama presiden FIFA, Jules Rimet yang merupakan pengasas Piala Dunia. 


Trofi Piala Dunia disampaikan kepada juara kejohanan itu tetapi bukan untuk disimpan. Ia hanya diserahkan secara kekal kepada mana-mana pasukan yang pernah menjadi juara Piala Dunia sebanyak tiga kali. Pada 1970, Jules Rimet diserahkan kepada Brazil. 

Selepas 1970, trofi baru telah dicipta. Sebanyak tujuh buah negara dan 53 model trofi diperkenalkan. Akhirnya trofi ciptaan pereka Itali, Silvio Gazzaniga telah dipilih dan ia dikenali sebagai trofi Piala Dunia FIFA. Trofi yang diperbuat daripada emas padu 18 karat ini mempunyai ketinggian 36 sentimeter dan berat 4.970 kg.

Trofi Piala Dunia FIFA yang asal kekal dalam simpanan pertubuhan itu dan tidak diberikan kepada mana-mana pasukan - tidak kira berapa kali mereka menyandang gelaran juara. Pasukan yang menjadi juara Piala Dunia hanya menerima replika trofi itu yang bersadur emas.


Sunday, June 27, 2010

Alor Setar - UiTM Arau - Kangar - Tasik Melati - Gua Kelam - Alor Setar

Posted by annazanariah at 6/27/2010 04:43:00 PM 9 comments
Salam 1 Malaysia...!

Hari ni Anna nak story ke mana Anna menghilang sepanjang hari semalam dari pagi sampai malam.. *perhatian, entri ni agak panjang sebab nak story the whole day, maleh nak buat part by part.. Kalau taknak bace pun takpe, seyes tak majok.. hehehe*

Actually semalam Anna and family gi hantar adik Anna yg no-2 tu register di UiTM Arau. Perjalanan dari Alor Setar ke Arau lebih kurang 2jam. Sebab kami tak lalu highway. Kami memulakan perjalanan pada seawal jam 7.15 pagi. Kalau lewat nanti Q panjang lak kan..

Sampai di UiTM lebih kurang jam 9am.. Masa tu kereta dah Q dari luar pintu gerbang UiTM lagi. Dah agak dah, tentu ramai lagi yg datang lebih awal walaupun pendaftaran dikatakan bermula jam8.30am. Matahari memancar terang membuatkan peluh mula terhasil.. Eh, ayat novel lak. Maaf~ Hihi..


Berbaris dulu untuk naik bas ke kolej kediaman masing2. Parents juga turut merasa orientasi. Hahaha.. Dengan barang2 yg maha banyak, peluh dah menjejes, ada family yang 'pandai' potong Q, mcm2 gelagat lah.. Pendaftaran akan dibuat di kolej, so mmg la sanggup beratur sebab kalau lambat susah lak kan.. Actually Adik Anna (Amin) dapat dah kunci bilik masa enter main gate tadi. Kiranya gi kolej nnt boleh terus masuk bilik la. Owhh~ panasnya...!


Tadaaaa...! Ni la AMIN.. Yang kat belakang dok senyum lebar tu adik Anna yg 1st. Boleh jumpa blog dia kat SINI.. Amin dapat kursus DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM. Ni first time dia duduk asrama. Ngeh3~ kali ni perlu la berdikari ye dik. Mujur dekat je. Senang nak balik umah nanti..




 

Adikku yg bongsu dah penat and ngantuk sebab beratur panjang. Dah hampir 30 minit kot beratur ni. Cian dia awal2 pagi dah kena kejut suh tolong masak. Tapi dia tak bangun pun.. hehhehe..


Masa ni dah siap daftar. Ni la blok Amin. Perut dah lapar bangat nih! Lepak2 dulu sambil berkenalan ngan roomate dia. Satu bilik 3 org. Kebetulan ketiga-tiganya org Kedah. =)



Anna pun tak ketinggalan untuk bergambar,,, hahaha.. Note: Adik Anna tu tipu, beliau tak setinggi itoo okeyh~ Perut dah lapar.. Jom makan...!


Jalan2 cari pasal port makan kat TASIK MELATI. Bawa bekal tu nak picnic. Tapi port depan2 dah penuh la.. So kami lepak kat area playground.


 

Finally dah jumpa port baik punyeee...! So, apa lagi.. buka la bekalan yg dibawa.. Ada mushroom spegeti, bihun goreng, nugget, buah2an dan grape juice.. Kalau dah lapar tu, semua sedap kan..




Wajah2 yang Anna sayang~ Bergambar dengan hepi sebab perut dah kenyang.


Bergambar kenang2an before meneruskan perjalanan. Pasni akan ke Gua Kelam. But before tu kena hantar Amin ke UiTM dulu. Orientasi start kul 3.30pm. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti..~



Yeay! Dah sampai GUA KELAM.. Aktiviti picnic diteruskan. Adik Anna yg bongsu aje bersemangat nak mandi.. heheh.. excited jumpa air. Masa ni hanya ada Anna, mak, ayah and adik dua org. Amin dah memulakan aktivitinya di sana.. Hihihi.. next time la datang lagi bawak Amin. Sambil tunggu adik mandi, kami makan bekalan yang dibawa. Sebab mmg dah plan nak singgah mandi kat sini. So menunya: Sandwich tuna! Nyummy.. Sedap..

Sampai sini dulu story Anna. rasanya ni adalah 1st time Anna bercerita tentang family kat blog ni. Actually Anna ada lagi sorang adik form 5. Tapi sayangnya tak dapat ikot sebab beliau dah kembali ke asrama di Sek Men Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Kebetulan je last week balik asrama sebab dah habis cuti sekolah..~

dari-kaca-mata-Anna: Hope U all tak pening2 lalat baca story ni.. Juz for fun untuk berkongsi.. Daaaa~








Kembali pulang~

Posted by annazanariah at 6/27/2010 01:04:00 AM 6 comments
Salam.. Ha... Kan  Anna dah cakap, Anna akan kembali berbelog malam.. Huhuhu.. 
Sepanjang hari ni AWAY~ daripada PC. Thanks for those yg sudi melawat Anna walaupun Anna takde kat rumah tadi. Kiss buat U all.. Muuwahh!

Actually, entry malam ni Anna tak nak story tentang ke mana Anna g sepanjang hari ni. Mungkin esok atau lusa sebab gambar2 perlu ditransfer dan diedit. Ohhh! Malasnya dan penat.. Tapi, malam ni Anna nak buat entri KHAS untuk seseorang. Nak tau sape? jom scroll bawah lagi....~







Pernah tgk blog ni? Sape tuan rumahnye? Dah pernah chatting dengan beliau? Ok, meh Anna nak story sikit.
Blog ni kepunyaan FADZIL NOOR ROSE.. atau dikenali sebagai PADIN. Mana Anna kenal dia? Actually kitorg jumpa masa sesi BW. Then Anna nampak kat blog PADIN ni ada gambar jubah konvo UTM. So, siasat punya siasat beliau ni ex-student UTM, but dah grad pun. Beliau selalu berkunjung ke blog Anna. Rajin kan beliau BW..


Baiklah.. Okeyh~ Anna dah start membebel ek.. Straight to da point, sebenarnya PADIN dengan baik hati telah menjadi follower Anna yg ke-50. Bukan bermaksud Anna tak hargai follower lain, Anna sgt hargai.. Seyes..! But Anna dah mmg plan nk bagi award n special entri untuk follower ke-50. So.. Anna check pagi tadi.. jeng3...




Ha, yg Anna tandakan tu la PADIN. Thanks ek coz sudi follow blog yg tak seberapa ni. Sebagai kenang2an, Anna nak hadiahkan Award yg very da simple dalam dunia maya ni.. Harap sudilah terima ye..




Ok guys, jom kita terjah blog PADIN dgn kata2 beliau: jangan buat aku angin.. kalau angin, aku main layang2.. lalalala... Siap ada banner Piala Dunia tu.. Ayuh...~ =)

Saturday, June 26, 2010

Away~

Posted by annazanariah at 6/26/2010 01:40:00 AM 0 comments
I am currently away from my computer... 
Will update immediately later..
Anna akan bgtau Anna ke mana malam esok ye..
Sedih tak dapat blogwalking sepanjang hari esok~
Hope U all rajin2 lah datang ye.. Sob.. sob. :(


Friday, June 25, 2010

Ustaz Love Monthly Contest

Posted by annazanariah at 6/25/2010 04:55:00 PM 0 comments
Assalamualaikum...~

Salam bertemu Hari Jumaat penghulu segala hari.. Petang yang indah ni best kan kalau lepak2 kat rumah sambil tgk TV.. opss.. bagi org Kedah macam Anna ni mmg la lepak jumaat sebab cuti. Hehhee..

Ok, Anna join contest lagi.. Contest yg cukup menarik bg Anna sebab syarat yg simple, hadiah yg menarik dan soalan pun menarik. tapi nak bg jawapan tu macam final exam pun ada.. Ahaks!

Before tu, eloklah Anna perkenalkan empunya contest ni:
Ustaz Love yg berasal dari Kuala Lumpur ni mula berbelog since March 2010.
Tapi hasil penulisan beliau dah mencecah 98 entri pada bulan June ni sahaja.. Wow! Rajinnya Ustaz love menulis. Hasil penulisan beliau juga menarik dan seronok dibaca.


"Saya sukakan blog Ustaz Love kerana penulisannya merangkumi pelbagai aspek termasuklah aspek keilmuan, pengetahuan am, isu semasa, coretan harian, nasihat dan sumber motivasi."

Kalau U all nak tau syarat dan hadiah yang ditawarkan, jom kita terjah blog Ustaz Love!
Sila KLIK di sini ye. Jom ber'contest' sambil menambahkan kenalan blogger.. Jangan fikir lama2 tau. tarikh tutup 30 jun 2010. Ayuh...!

Loading page lembap? Nak tau cara BLOGWALKING tanpa ROAD BLOCK?

Posted by annazanariah at 6/25/2010 03:46:00 PM 0 comments
Pernah tak U all alami page yg lambat sangat loading..? Ianya dah melambatkan U all nak blogwalking. Kalau tak, dalam masa sejam dah 50 blog U all buka, tapi sebab ada sesetangah page yg lambat loading, dalam sejam hanyalah 20-30 blog je U all dapat ziarah.. Tension kan? Lastly, U all tinggalkan je blog tu sebab dah terbantut nak baca n ziarah sebab dah tunggu lama pun still skrin putih.. OOhhh! Ada juga yg nak bertukar jadi increadible HULK! Hohoho...
Semalam Anna teruskan blogwalking walaupun dah ngantuk, Anna gagahkan juga.. Dah la broadband buat hal, loading page lak lambat.. tetiba Anna dipertemukan dengan satu blog yg dapat menjawab persoalan Anna nape page lambat loading.. Harap2 U all semua dapat baca la kan.. ye la nak tegur n cakap pasal tips tu kat tuan rumah, kang ada yg kecik ati.. Tapi sama2 la kita usahakan ye supaya kita semua dapat BW dengan hepinye dan dengan senang dapat UP trafik all bloggers...

Skrg, jom kita baca apa tips tu... Sila KLIK DI SINI.. Credit to Miss Nuriz for sharing da info.. Harap dapat bagi panduan untuk semua.. TATA...!



Thursday, June 24, 2010

SAFE-DRIVING TIPS WHEN IT IS RAINING!

Posted by annazanariah at 6/24/2010 11:31:00 PM 3 comments
GOOD VISION IN A DOWNPOUR 

How to achieve good vision while driving during a heavy downpour.

We are not sure why it is so effective; just try this method when it rains heavily. This method was told by a Police friend who had experienced and confirmed it. It is useful...even driving at night.
Most of the motorists would turn on HIGH or FASTEST SPEED
of the wipers during heavy downpour, yet the visibility in front of the windshield is still bad...... In the event you face such a situation, just put on your SUN GLASSES (any model will do), and miracle!
All of a sudden, your visibility in front of your windshield is perfectly clear, as if there is no rain. Make sure you always have a pair of SUN GLASSES in your car.
You are not only helping yourself to drive safely with good vision, but also might save your friend's life by giving him this idea.. 



Try it yourself and share it with your friends!???
Amazing, you still see the drops on the windshield, but not the sheet of rain falling.? You can see where the rain bounces off the road.  It works to eliminate the "blindness" from passing cars. Or the "kickup" if you are following a car in the rain.
They ought to teach this little tip in driver's training.  It really does work. This is a good warning. I wonder how many people knew about this.

Bidaan RM66,550 telah menjadikan KCT 1 milik Dato K

Posted by annazanariah at 6/24/2010 03:44:00 PM 4 comments


Wahhh.. Bayak betul duit dato' K. Sanggup berhabis demi dapatkan KCT 1. Bagi orang yg berkemampuan mmglah cakap berbaloi. Bagi yang gaji-cukup-bulan-habis ni camne? dah boleh buat beli kereta sebijik lagi.. Hohoho...




ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sah menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 selepas memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran itu dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dipaparkan sebagai pemenang bagi bidaan nombor pendaftaran itu dalam senarai dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, di sini, semalam.

Nama Datuk K dengan nilai bidaan paling tinggi antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.

Akhbar ini kelmarin menyiarkan Siti dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran KCT 1 yang dikatakan mempunyai gabungan nama beliau dan suami. Bagaimanapun, akhbar semalam menyiarkan penjelasan Siti bahawa nombor itu sebenarnya dibida Datuk K serta menafikan mereka sanggup menghabiskan wang sehingga RM100,000 semata-mata untuk membida nombor pendaftaran berkenaan.

Difahamkan, bidaan bagi nombor pendaftaran itu sudah dibuat minggu lalu sebelum senarai pemenangnya ditampal di beberapa papan kenyataan di pejabat JPJ Kedah, di sini, semalam.

JPJ menetapkan harga minimum tempahan nombor pendaftaran itu sebanyak RM10,000.


dari-kaca-mata-Anna: Hmmm.. apa salahnya bagi membuktikan cintanya kepada Dato' CT. Kalau U all ada duit banyak sanggup tak? rasanya berbaloi ke...?

Eikasyaza Green Contest!

Posted by annazanariah at 6/24/2010 02:03:00 AM 2 comments
Halluuuuu..~ kihkihkih.. rajin lak malam ni nak join contest. Time blogwalking jumpa je macam2 contest. Rambang mata jadinya.. Boleh gitu..?? Hahhaa..

Ok, macam biasa setiap contest tentu ada bannernya kan.. 
Jom tgk banner yg keHIJAUan ni~


Sebagai menyahut cabaran, Anna dah ready dengan gambar memakai baju hijau. Tapi b4 tu nak perkenalkan dulu penganjur contest ni.. Nama yang sangat cool~ eikasyaza sesuai dengan minatnya dengan kehijauan. Kalau nak tengok blog beliau sila klik kat nama tu ye..

OK, now jom kita zoom syarat lak. Kalau tak, reject lak nnt..

  1. Jadi follower saya (tak nak pon xpe.. tapi credit kepada yang follow) ~ i follow you... (:
  2. Buat simple entry pasal contest nie and letak picture kat atas di blog korang.. jangan lupa link ke blog i ye.. ~ semestinya..
  3.  Letak gambar korang (sorang2 je) memakai pakaian berwarna hijau dan di kelilingi kehijauan ~ gambar kat bawah nnt ye.. mmg hijau..
  4. Tinggal url entry korang di comment box entry ni ye.. senang i nak p check.. ~ baiklah.. saya faham.. hihihi..

PRESENTING......~
.
.
.
.
ANNA in GREEN mOdE!


Gambar ni diambil masa keja tahun lepas. Ni gambar hari terakhir keja kat situ sebab nak berhenti untuk sambung belajar. Kebetulan jumpa gambar ni masa godek2 album. So dengan bersemangat Anna mengedit sedikit sebanyak supaya latar belakang lebih cerah.. Actually gambar kat dinding tu kaler hijau also sofa belakang tu pun warna hijau. Tapi sayangnya tak nampak. It's Ok la, yang jelas pokok di sebelah tu mmg support environment. Hope menjadi pilihan jurilah ye~ TQ..

Wednesday, June 23, 2010

Dendam Orang Minyak VS TAG MR HAPPY

Posted by annazanariah at 6/23/2010 05:44:00 PM 5 comments
Hye U all~ Buat ape petang2 yang indah ni? Anna online sambil tgk TV3 ni. Dendam Orang Minyak.. Best jgk cite ni.. Suspen + berinformasi. Eheh! Actually petang ni bukan nak cite sinopsis drama ni, tapi nak bayar hutang TAG. Kalau bertangguh lagi nnt terlupa lak. Bukan tak hargai, tapinya masih tak berkesempatan lagi. Adakah alasan? Maafkan diriku ini...~ Bukan alasan, sebenarnya bila nak buat task ni je, tetiba teringat nak buat entri. Idea yg tengah segar tu takleh disia2kan. Walaupun tak sampai tahap superb...~ OK, jum kita tgk TAG ape..
.
.
.
.
.
.

Tag ni datangnya daripada Mr Badrool.. Oh! Familiar dengan nama ni..?
Dah tentulah.. Salah sorang my BF tau..
Hahahha.. nak mula bergosip la tu.
Ingat Anna ada ramai BF ye?
Terpulanglah. Nak kepastian tanya tuan empunya badan sendiri k.. (:
.
.
TAG apa agaknya ye?
.
.
.

Erk..? Mr HAPPY? Miss Happy more suitable kowt~ Ahaks!
Macam biasa, setiap tag yg dijawab mmg ada soalan cepu emas kan..
So, layanzzzz~

1. Adakah anda rasa happy sekarang?
Haruslah....~ Rumahku syurgaku.. Heaven betul..
2. Kenapa anda rasa happy?
Saya sayang rumah saya kerana rumah saya best! Ehh.. Salah iklan lak. Hepi sebab dapat bersama family. Biasanya Anna jarang dapat bersama family sebab actively join aktiviti bagai kat U. Pastu dapat makan puas2 kat rumah, lepak2 tgk TV.. Mmg bahagia lah~
3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy?
"Bila orang sekeliling hepi, aku pon turut hepi.. Especially bile my mom n dad hepi.." (Badrool, 2010). Hehhe.. aci kan jawapan sama.. Kalau family hepi, Anna pon hepi. Kalau dapat selesaikan masalah pun buatkan Anna hepi. Kalau stress, jadi xhepi, so makan choc release skt~
4. Nyatakan warna yang anda suka?
Warna 1st yg Anna suka BIRU. That's why sebagai menghargai warna ni, tajuk blog Anna BLUE CRYSTAL~ Tapi now Anna lebih prefer warna purple, maroon and brown (soft).
5. Beritahu 9 orang yg anda mahu Tag:
OK, 9 org yg Anna tau Hepi adalah:


To all 9 happy frens.. sorry kalau U guys dah penah dapat tag ni.. Tapi Anna tetap rasakan U guys mmg cool and HAPPY~




Crazy for Chocolate~

Posted by annazanariah at 6/23/2010 12:04:00 AM 0 comments

Love chocolate sooooo much! People around me know about that.. Hohoho...~ FYI, I found this GA during my daily blogwalking. Actually already fell so sleepy, but when it comes to CHOCOLATE! hmm.. U know what rite?? So, let's check out da giveaway guys!


A good news for chocolate lover!! You are invited to join NisaChoc Giveaway. This giveway will be end on 8th July 2010.

Please visit NisaChoc for further information... TQ *wishing that dream bout choc 2nite*

Tuesday, June 22, 2010

Best Ke...??

Posted by annazanariah at 6/22/2010 11:16:00 PM 0 comments
Rajin plak Anna nak buat entri malam ni.. Nape ye?? Sebab dah betul2 jatuh hati kat si Mr B ke? So, hati berbunga2 gitu.. Dalam hati ada taman.. wahhh gitu..!  Dalam asyik dok jari menari2 ni Anna terperasan Anna telah dipilih sebagai penerima AWARD... Diulangi... AWARD okey... hahaha.. Sape yg nak termuntah, silakan.. kecoh betul kan.. o_O...


Dengan rasa bangganya Anna nak bgtau U all apa awardnya...~ 
Award yang dimaksudkan adalah: 


"the BESTest blog"


Seyes selama ni tak rasa pun blog ni BEST ke ape ke.. Juz seronok menulis dan berkongsi.. Ape pun, TQ to the awarder : Mr Badrool.. Award ni sangat lah bermakna. As a motivation factor tau. Pasni InsyaAllah, Anna akan lebih banyak belajar camne nak merealisasikan impian the BESTEST BLOG. Ok lah, sebab dah terharu sgt, Anna nak buat ucapan sikit:


1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
Thanks a million to Mr Badrool coz sudi memberi award best ni...
Blog beliau cantik dengan design simple but nice.. Tak serabut..
of course la rutin harian menjejakkan jari ke sana..
Blog yg sedikit sebanyak support interest Anna tau
.
.
2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
Karang2 Anna letakkan ye.. Broadband agak sesak skrg~

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
Baikkkk.... hehehe

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
Macam tak percaya pun ada jadi blog yg best!
Nak senyum lebar2 boley?
Entri pun kadang2 kelaut jugak..
BTW, Anna cuba untuk update stp hari n BW stp hari
TQ for the AWARD~ ^_~

Tuah 200

Posted by annazanariah at 6/22/2010 10:48:00 PM 6 comments
Anna dapat tuah lagi semalam.. Tuah 200 namanya. hehehhe.. Anna dapat jadi follower ke-200. Baru je 2 hari lepas dapat award follower ke-50 and ke-100. Semalam macam biasalah jalan2 blog ke blog2 yg selalu Anna singgah. Blog ni lain daripada yang lain tau. Backgroud serba hitam sebab pemilik blog ni mmg suka hitam. Beliau cakap "asal ape yg berwarna hitam mmg dia suka..". heheh.. Nama blog beliau pun unik: Suara bawah tanah. Nick name: Belalang~


U all nak tau ape hadiah yg Anna dapat? Anna dapat special entri pasal TUAH 200 ni. Nak tengok?




See? background serba hitam, siap ada ikon yg agak horror kat tepi tu..
Apa? tak clear...? OK, jom kita serbu blog En Belalang tgk~


Bila Anna dah jatuh hati~ Edisi Oh Indahnya!

Posted by annazanariah at 6/22/2010 09:35:00 PM 5 comments
Oh Indahnya bila jatuh cinta... lalallala~
Bahagia, hepi, heaven...


Pertama kali perkenalan dengan Mr B hati tertanya2 adakah dia akan mebahagiakan diri ni? Maklumlah kata orang, perempuan ni ada macam2 mood kadang2 swing tak tentu pasal. So, Anna sentiasa harapkan Mr B lah yang akan mengubat hati ni kalau berduka, akan turut ceria jika Anna gembira dan akan turut bersedih jika Anna bersedih... terlalu tinggikah permintaan ni??

Tapi setelah hampir sebulan mengenali Mr B, akhirnya Anna yakin, Mr B la tempat Anna mengadu, tempat Anna berkongsi cerita, tempat Anna bergelak ketawa. Kami selalu gi jalan2.. sama2 mencari sahabat yang dapat membimbing kami...~

Hati ni dah betul2 jatuh hati dengan Mr B.. Sejak kebelangan ni, Anna jarang berenggang dgnnya. Kalau boleh setiap masa nak mengadap je.. Sampai mak pun dah risau sebab pelik Anna dah kurangkan hobi Anna yg selama ni beliau sedia maklum. Apa lagi novel n TV la. 

Oh! Indahnya bila dah jatuh cinta~
Anna berjanji akan terus bersama Mr B selagi Anna mampu..
Kat bawah ni Anna pastekan gambar Mr B Anna.. kalau taknak tgk pun tak pe.. seyes takkan majok..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Betul2 nak tengok ek.. jap2..
.
.
.
.

Ha.. ni la Mr B yg Anna maksudkan... Mr Blog.. my lovely Blue Crystal..
ni templetes ke-2 yg Anna guna. Tu pun atas bantuan my bro downloadkan. hehhe

Also want to convey my great appreciation to my dear fren yg kenalkan Anna dgn buah hati Anna ni, Cik Kasih.. Kasih la 1st fren yg jadi my buddies, yg ajar cara nak buat tag, GA and award~

Anna juga nak ambil kesempatan untuk ucapkan ribuan terima kasih kat semua follower. tanpa U all semua, Anna takkan bersemangat nak berbelog tau. Anna akan hargai U all selamanya~ Rajin2 lah ziarah Anna ye. 
Daaaaa~

Pelajar Mati Tumpah Darah

Posted by annazanariah at 6/22/2010 06:43:00 PM 3 comments
Asalamualaikum~

Selamat petang semua.. tadi sambil blogwalking Anna online la Utusan n Metro. Tetiba terbaca satu news ni.. Semoga menjadi pengajaran buat semua....





KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pasir Mas, dekat sini, panik apabila teman wanitanya tiba-tiba rebah dan pengsan dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, pergi ke resort berkenaan dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik tiba di resort berkenaan, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, namun difahamkan, sejurus tiba di depan bilik itu, gadis terbabit ‘tumpah darah’ teruk dipercayai akibat keguguran.

Panik dengan situasi dihadapi itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Pemuda berkenaan dikatakan memberitahu teman wanitanya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa, gadis terbabit didapati sudah meninggal dunia.

Sumber memberitahu, pekerja resort yang bergegas ke bilik berkenaan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.



Menurutnya, pelajar perempuan yang mengalami pendarahan serius itu kemungkinan keguguran sehingga membawa kepada kematiannya. Bagaimanapun, setakat ini, usia kandungan gadis berkenaan belum diketahui.









Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pelajar itu ponteng selepas dihantar ibunya ke sekolah bersama seorang adiknya, pagi semalam.
“Dia seorang pelajar yang pendiam dan tidak menghadapi masalah disiplin walaupun tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya pelajar terbabit mempunyai perwatakan yang baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama di sekolahnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihak polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa mengalami pendarahan selepas keguguran dan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat yang mengakibatkan kematiannya.

“Polis sudah menghantar mayat mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), untuk dibedah siasat. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.



Nota Kaki: Selalu teringat pesanan mak ayah, jaga diri baik2.. bukan senang nak jaga anak perempuan nan sorang ni.. huhuhu.. . Berjalanlah di muka bumi Allah ni dengan rasa takut kepadaNya...~Semoga Allah sentiasa berkati kehidupan kita.....
 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal