Showing posts with label Sahabat Sejati. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Sejati. Show all posts

Thursday, July 12, 2018

Persiapan Gathering Gegurlzzz SMKAK 2018

Setiap tahun, pasti kami tertunggu-tunggu untuk penganjuran Gathering Gegurlzzz SMKAK. Tahun lepas, Team Northern menjadi penganjur dalam penganjuran acara ini. Boleh klik link kalau nak tahu>> KLIK <<

2017, Team Northern yang terdiri dari Una, Zaim, Diyana dan Ell yang uruskan. Memang mantop! Best gathering ever.. Ada yang tertanya-tanya, siapa K.A.M.I ni? Actually geng Gegurlzzz SMKAK ni terbentuk lama sangat dah. Since habis SPM 2002 lagi. Cuma saya sendiri baru je start join pada tahun 2012. Masa tu baru je saya mendirikan Mahligai Cinta dengan Mr Hearthrob (MH). Tu pun atas invitation dari penaungnya Puan Dina Comey. :)

2018, merupakan pertama kali saya dan MH akan menjadi penganjur acara yang ini. Kali ini, kami bawakan pihak SORA ENERGY RESOURCES selaku penaja kepada hadiah cabutan bertuah dan cenderahati bagi setiap yang hadir. Namun begitu, ada juga individu perseorangan yang turut menaja beberapa hadiah dan juga makanan sepanjang event ni nanti.

Persiapan dimulakan selepas sambutan HARI RAYA 2018, di mana saya, MH dan Puan Dina melakukan site visit ke tempat yang dipilih. Sebenarnya terdapat beberapa tempat yang kami dah short listedkan pada awalnya. Semuanya di daerah sekitar Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Namun, tempat yang kami pilih kali ni memang menepati kriteria Gathering. Tempatnya jauh sikit dari kesibukan kota, ada air terjun, penginapan berkonsepkan Back To The Nature, dan yang lagi best harga bersesuaian.



Ni tempat kami berBBQ nanti

Kali ini Sri Damai Resort, Kalumpang menjadi pilihan destinasi Gathering SMKAK. Penyertaan seramai 19 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak sudah cukup memeriahkan event pada kali ini. Namun, ada beberapa orang sahabat yang tidak dapat join disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kalau tidak, lagi ramai lah ye. 

Semua aktiviti dan sukaneka telah dirancang dari awal bagi memastikan kemeriahan dan event berjalan dengan lancar. 


Perbincangan saya bersama Puan Dina. Kami serius dan komited bagi memastikan event kali ini berjalan dengan baik dan 'havoc'..


Ini adalah kawasan yang disediakan bagi tujuan Games dan Sukaneka. Dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung. Sungguh nyaman. Jom serap aura best dari alam!



Dah settle site visit, jom kita try Archery pulak. RM10 utk satu games. Kalau uoll pernah main indoor, kali ni kena try outdoor plak. Lain sikit kaedahnya. Tapi jangan tanya saya, berapa arrow je yg terpacak! Kahkahkah..




Abang hensem ni terer. Boleh minta dia ajarkan nanti.. :)

Baiklah, usai site visit di Resort, kami bergerak ke kawasan air terjun pulak. Kawasan air terjun tu sangatlah bersih sebab ada pihak Pengurusan yang menyeleggara dan membersihkan tempat ni. Peranan pengunjung juga penting tau bagi memastikan kawasan ni terus terpelihara. Mengikut tentatif, hari terakhir gathering kami akan berkelah di air terjun sambil berBBQ. So, jangan lupa bawa baju mandi. Rugi kalau tak mandi air terjun. Saya sendiri dah lama tak enjoy mandi air terjun. Tak sabar rasanya..

Nantikan update saya tentang Gathering yang akan berlangsung pada hujung bulan ni nanti ya! Bye~








Read More

Thursday, May 24, 2018

SMKAK Gathering & Family Day 2017 [Sentosa Villa, Perak)


The strong bond of friendship is not always a balanced equation; friendship is not always about giving and taking in equal shares. Instead, friendship is grounded in a feeling that you know exactly who will be there for you when you need something, no matter what or when. (Simon Sinek) 



Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat ataupun rakan karib dalam kehidupan. saya pasti anda juga ada sahabat yang anda sayang. Dan pasti setiap kawan yang anda pilih sebagai sahabat karib mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kata orang biarlah pilih sahabat yang bisa tertawa dan menangis bersama, yang boleh berkongsi rasa dan cerita.

Saya sendiri mempunyai sahabat dan kawan baik (BFF). Pada saya sahabat dan BFF juga mempunyai definisi berbeza. Sahabat adalah meraka yang saya senang untuk barkongsi cerita, tetapi BFF lebih dekat dengan hati. 

BFF saya yang semestinya yang sentiasa di hati adalah Mr Hearthrob saya sendiri. Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Sekecil-kecil perkara sehingga kepada perkara yang lebih serius, kami selesa barkongsi rasa dan kata. Alhamdulillah, Allah hadirkan saya 2 orang BFF lain  (Shikin & Dina.. I love u!) dan beberapa orang sahabat di kalangan rakan sekolah menengah.

Setiap tahun, seperti biasa, kami akan menganjurkan SMKAK Gugurlz Gathering & Family Day. Tahun 2017, giliran team sahabat di Utara pula in-charge. Kali ini, kami berkumpul di Sentosa Villa, Perak selama 3 harı 2 malam. Family kami ni makin lama makin besar tau. Sebahagiannya telah berumah tangga, ada juga yang telah mempunyai permata hati.. :). Memang meriah. 




Penginapan kami selama 3H2M



Second Day -- Bukit Larut.. Nice view :)



Dina... my BFF



Kami naik ni lah.. Mencabar betul!



Sape tau apa sejarah Bukit Larut?



Duta AIA.. Hehehe



Posing skit..



Santai petang di kawasan villa



Last Day -- Rekreasi di Taman Tasik Taiping



Yeah!!!



Jom Balik.. Semoga berjumpa lagi..



SAYONARA


      
Read More

Tuesday, April 24, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilafku memberi lara,
Mohon maaf zahir dan batin..

Tahun 2017, saya tak perlu apply Cuti Raya. Tidak perlu lagi mengatur jadual dengan rakan sekerja untuk siapa bercuti dahulu, siapa kemudian. Alhamdulillah, aturan Allah dan perancanganNya adalah yang paling baik. 

Tahun ini #teamrayarumahmertua.. So raya pertama di rumah mertua, dan spend selama beberapa harı di Kuala Lipis sebelum sambung beraya di Pulau Pinang pula.


Tema tahún 2017 : Putih dan Biru


Tengah tunggu semua balik dari Masjid untuk sesi bersalaman dan penyerahan duit raya


Team B: Family Hafzan, Family Zariri, Family Faizal, Wafiy dan Hadizuddin


Bersama ibunda mertua tersayang :)


Beraya di rumah Taiko! Our client


Ni family saya. Amran tiada dalam gambar


Tema jubah tahun ni katanye


Ni jamuan raya AIA Capsquare. Nyummy~


S.M.I.L.E


Read More

Tuesday, April 17, 2018

It's All About 2017 (Part II)


"Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored.."


Bismillah..

Sambungan half year review perjalanan seorang insan bernama SITI ZANARIAH BINTI SUHAIMI.

Alhamdulillah, satu keputusan yang amat berat telah dilakukan.

Memilih untuk membina legasi berbanding makan gaji..
Memilih untuk memiliki unlimited income berbanding fixed income..
Memilih kerjaya yang flexible berbanding kerjaya rutin..
Memilih untuk menjadi leader berbanding menjadi boss..



Dia adalah My Boss My Hero. Orang yang bertanggungjawab atas kejayaan saya. Yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepada saya untuk lebih focus dengan apa yang saya letakkan di dalam senarai 'BIG WHY'.


15 May 2017

Hari pertama saya attend training FIST 2.0 di AIA. Serap ilmu banyak-banyak dari tenaga pengajar dan juga otai-otai dalam industri Perundingan. 



Menamatkan FIST 2.0 yang berlangsung selama 4 harı dengan bergayanya. Menambahkan kenalan baru, pengalaman baru, dan sebuah PENGHARAPAN dan IMPIAN yang besar.



I Love Herbalife! Mulakan dengan sarapan yang berkhasiat. Sesiapa yang nak order, boleh roger saya ye.


1 Jun 2017 | KL Convention Centre
AIA Mid Year Congress 2017
Bersama salah seorang Speaker hebat dari Indonesia.



Yes, we did it! Bersama team KL Imtiyaz Ar Raudhah, di bawah pimpinan Saudara Mior, Unit Manager.



Team di bawah kepimpinan Mr Zeck



5 Jun 2017 | One South Sri Kembangan
My Very First Morning Meeting in Ar Raudhah Office. Cool!



7 Jun 2017 | The Ramp Cafe, MKBR
Mereka berdua ni antara my best buddy di Bank Rakyat, now dah jadi my valued client. Thank you girls~ 






14 - 16 Jun 2017 | Commit to Higher Altitude & Master Performance (CHAMP 2.0) Training Program

Masing-masing dengan Mission Board. Doakan kami berjaya menggapai impian dan matlamat kami. Memang mencabar training ni sebab, it's residential training, 4H3M. Training ni berlansung pada bulan puasa. Tetap bersemangat jitu untuk menuntut ilmu.

Doakan saya berjaya dalam bidang yang baru bagi saya, dan pastilla sangat mencabar keupayaan dan kemampuan saya.

All is Well~














Read More

Sunday, January 24, 2016

Hari Kreativiti & Inovasi 2015: Suatu Pencapaian

ALHAMDULILLAH.. Usaha keras yang membuahkan hasil.. Memetik kata-kata Dr Azizan Osman.. "Jangan berhenti belajar. Semakin banyak kita belajar dan menuntut ilmu, semakin luas ruang kekayaan serta kejayaan hidup".



Hari Kreativiti dan Inovasi 2015
21 April 2015




Big in size with small idea vs small in size with BIG idea






Barisan Finalis. Berdebar tunggu keputusan :)
Penyertaan kami berdasarkan konsep 'Perbelanjaan Berhemah'





Alhamdulillah.. we did it! Team The Champs!



Sedikit perkongsian:

Jangan takut untuk mencuba walaupun saingan kita terdiri dari pelbagai bidang dan kepakaran, kerana pengalaman itu lebih penting. Menang dalam pertandingan adalah suatu bonus, tetapi jangan lupa kemenangan sebenar.. BERANI MENCUBA! 

Pengalaman semasa 'defend' project proposal sedikit sebanyak mengajar untuk menjadi lebih yakin, berusaha menambah kemahiran dan pengetahuan dan juga kemahiran perundingan. Bukan senang untuk yakinkan panel.. :)

Kumpulan kami membawa pulang RM2000 diiringi trofi dan juga sijil.

Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Nota KakiTangan: Jangan berhenti belajar dan 'upgrade' kemahiran dan pengetahuan. Cabar diri untuk go extra mile. Tidak semestinya terikat dengan tugas hakiki, tidak boleh terlibat dengan aktiviti lain. It's a value added.

Hopefully ada kesempatan lagi untuk menyertai aktiviti seumpama ini~

xoxo










Read More

Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2015

Satu lagi entry yang dah lama 'terperam' dek kerana kekangan masa untuk edit gambar..:)
Saja berkongsi sebagai kenangan manis~


Datuk Mustafha - Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat





Barisan Kepimpinan Tertinggi Bank Rakyat






TEMA : MOVIE CHARACTER
Cer teka, apa character yang saya bawa??
Bergambar bersama Transformer~





Penampilan istimewa, Nabil dan Angah sebagai pengacara majlis. Memang meriah dan havoc habis. Tidak terlalu formal dan disusuli dengan lawak-lawak bersahaja. Cukup menghiburkan dan menghidupkan suasana majlis makan malam.




Sempat bergambar dengan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Hj Abd Razak




Red Carpet Entrance. Memang Grand uolls~




Team HR!




Nabil dan Angah!!! Terbaik...



Pengerusi baru Bank Rakyat: 
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal (B)




Macam-macam 'character' ada malam ni..
Ni team HR lagi.. Running Man, The Hunger Games, Back to The Future
Myself? Mengenakan Dress Alice in Wonderland, yang disewa dari Butik Empire Costume KLCC. Saya ada kembar Alice seorang lagi pada malam tersebut. Tak sempat nak ajak bergambar. Hihi~

Tak lupa juga penampilan istimewa dari Hazama! Fuhhh.. suara dia memang best.. Persembahan yang bersemangat. Sedar-sedar tiga lagu dah dia persembahkan. Boleh tahan kelakar orangnya.. Sempat bergurau dan melawak di atas stage. 

Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam. Sayangnya saya tak ada rezeki cabutan bertuah. Grand Prize merupakan scooter (tak ingat jenis ape), ada hadiah-hadiah best lain antaranya iPad, Samsung Note 8, iPhone 6, voucher SOGO, dan amcam-macam voucher lagi.

Ok lah, ini sahaja sedikit sebanyak coretan Majlis Makan Malam Bank Rakyat. Dah 'basi' tapi tetap segar dalam memori~ :)









Read More