Showing posts with label Cam best je~. Show all posts
Showing posts with label Cam best je~. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

KBKK [27 Mac 2016 - Day 8: Bali - Malaysia]

TRAVELING -- It leaves you speechless, then turns you into a storyteller..

Hari terakhir kami di Bali!! 8 hari yang sangat memberi pengalaman yang sungguh bermakna dan bererti. Tentang keindahan alam, meraikan kepelbagaian manusia dan ciptaan Allah, mensyukuri Agama yang dianugerahkan.. Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar. 

Apabila melihat kesungguhan penduduk Bali dengan kepercayaan mereka terhadap tuhan Trinity, terasa kerdilnya diri ini, lemahnya diri ini dalam menyampaikan dakwah. Bagaimana Nabi Muhammad menyampaikan dakwah kepada ummatnya dahulu... Bukan senang, tapi tidak mustahil. Ya, semuanya dengan izin Allah swt.

BYE-BYE BALI.. HELLO MALAYSIA..

Flight kami jam 4PM. So ada masa lagi untuk shopping last minute. So, pagi ni jom round dulu sekitar bandar Kuta. Awal-awal pagi, kurang sikit kesesakan. 



The Jayakarta Club Bali, Kuta --- highly recommended!!



Nampak tugu REKLAMASI tu? Penduduk asli Bali menolak pembangunan di Tanjung Benoa.



Last minute shopping di Krishna. Orang tak ramai lagi sebab masih pagi. Beli kopi Bali, t-shirt dan beberapa item cenderahati. Harga di sini sangat memuaskan berbanding toko-toko cenderahati yang lain.

Cash masih ada balance. So, kami decide beli makanan je lah. memandangkan Sneakers murah kat sana, apa lagi kami borong lah kan. Oh ya, kat sini pun ada Kartika Sari tau. Nyummeh!



Finally, kami sampai di Airport Ngurah Rai jam 12PM. Then, serahkan semula kereta kepada Pak Gusti's staff. Ohh ya, nampak tak kotak yang di dalam gambar kat atas tu? Kami terlupa nak wrap dulu. Just ikat dengan tali je tu. Kami ada bertanyakan harga wrapping luggage.. Rp80,000. Kena bayar dalam Rupiah ye. RM not acceptable. Alamak! Macam mana ni. Lastly teringat balik, kami ada bawa plastik sampah yg hitam tu. Idea pun datang.. 




Korang, kalau travel sendiri nanti, bawak camni. Standby in case nak guna. And memang berguna pun.



So wrap lah sendiri kemas-kemas ye. :)




Bye-bye Bali.. Till we meet again..





Ni antara souvenir yang diborong untuk family dan rakan-rakan. Signature Bali - Pie Susu, Kacang Disco, Kopi Bali, Pie Kacang.. But make sure makanan yang korang beli, mestilah ada tanda HALAL ye. HALAL kat sini dikeluarkan oleh Majlis Ugama Indonesia (MUI).

Pie Susu paling femes dan sedap adalah Pie Susu Dhian. Ni pun hasil survey-survey dalam blog dan juga tanya orang-orang Bali sendiri.



Semoga ada rezeki ke Bali lagi..




Read More

Monday, August 29, 2016

KBKK [26 Mac 2016 - Day 7: Sanur - Joger - GWK - Jimbaran - Krishna]

Hari Ke-7 Guys! Hari terakhir nak berjimba. esok dah nak balik. Jom pi Spa dulu pagi-pagi. Pakej murah bangat ye kawan-kawan. Kalau Spa yang di luar kawasan hotel memang konsep 'open' sikit. Kalau Spa di hotel, lebih privasi. Beza harga tak jauh sangat pon.



SANUR BEACH

Pantai Sanur ni terkenal dengan aktiviti pantai dan sukan air. Sepanjang pantai tu ada agent yang jual pakej Water Sport. Tunggu korang rajin nak survey je. Plan asalnya memang hari ini nak buat Water Sport, tapi saya pula tak sihat. Dah start 'running nose' and asyik bersin je. So cancel je lah. Kami hanya bersiar-siar menikmati keindahan pantai. InsyaAllah kalau kami datang lagi, Water Sport ni akan menjadi salah satu agenda utama kami!



Mr and Mrs Faizal in da House!



Kalau korang nak dive pun boleh pilih pekej kat sini tau. Ada sea walking, banana boat, spider boat, macam-macam lagi lah..




Nampaknya kami kembali lagi ke Ayam Penyet Sorabaya! Hahaha. Niat tu nak try makan di restoran lain, Banyak je yang ada label HALAL, tapi kami pula kureng berkenan. So, apa lagi.. Ayam Penyet juga lah ye..

Menu kami, set nasi ayam penyet, extra sambal penyet, extra tahu + tempe, soda gembira = wallah! Sambil diiringi music semulajadi (hujan turun sangat lebat masa ni). Nikmatnya~




Usai makan, jom kita usya Joger pulak. Kat sini jual Pabrik Kata-kata. Maksudnya tshirt kat sini semua ditulis dengan kata-kata yang kelakar dan unik! Butik ni terletak dekat je dengan Nasi Ayam Penyet Sorabaya tu. 

So, dapat lah tshirt sorang sehelai sebagai kenangan.



GARUDA WISHNU KRISHNA PARK

Tempat ni macam tempat rekreasi. Luas kawasannya. Nak masuk sana tu ada entrance fee. SO kami decide tak masuk lah. Bersiar-siar di luar je dan of kos, bergambar puas-puas.



Ramai juga yang berjogging kat sini. Parking tepi, bergambar kat sini dulu sebagai kenangan.


JIMBARAN BEACH

Jimbaran ni terkenal dengan tempat orang dinner sambil menikmati sunset. Jom tengok ape ada..


Memang sepanjang pantai tu ada restoran seafood. Tapi.. yang musykilnya ada juga hidangan arak. Ala... tak jadi lah nk dinner sini. So, kami jalan-jalan tengok ragam manusia dan keindahan alam. Tertarik bertul dengan pakcik penjual jagung ni. 'kereta' yang digunakan untuk menjual ni ada dicoretkan kata-kata motivasi.




Sambil jalan-jalan tu, tetiba ada sepasang suami isteri panggil kami untuk tolong ambilkan gambar diorg. Ni Sis Tre and Mas Mustafa. Sis Tre ni Lecturer English di Jakarta. Suaminya pula Lawyer. Bercuti sambil honeymoon katanya. Anak-anak tak ikut.. Dapat lah kenalan baru. Bersilaturahim kita..

KRISHNA

Saat yang dinantikan! Shopping spree~~ Ya Rabb.. Punya ramai orang. Krishna ni ada beberapa cawangan tau. Yang ni paling besar. Kat luar tu ada disediakan kerusi ye tuan-tuan. Kot-kot para isteri khusyuk shopping sampai tak hingat nak balik. kahkahkah..



Ha, tudia.. ramai kan?




Tadaaaa!! Hasilnya. Fuhh.. Penat tapi gumbira. Hope cukuplah untuk sedara mara sekalian di Malaysia. Lenguh dah kaki ni ha. Total shopping tu Rp 3juta ++. Better sekali shopping satu tempat je sebab kat luar tu ada kaunter untuk bungkus souvenir. Harga depends kepada bilangan kotak yang kita nak. Ok lah kan, tak perlu pening nk wrap sendiri.





Ni lah baju yang kami beli kat Joger siang tadi. Cool huh?

OK, kami sampai hotel pun dah dekat kul 12am. Letihnye tak payah cakap lah. Macam nak cabut kaki pikul atas bahu! 

Apa-apa pun, malam ni pack barang kat bilik sikit2. So, esok tak lah kelam kabut kan.

Ok, nnt sambung lagi. Daa...










Read More

KBKK [25 Mac 2016 - Day 6: Uluwatu - Kecak Dance - Karang Kurnia]

Before I met you, I never knew what it was like to be able to look at someone and smile for no reason..

It's Day 6 already! Cepat pulak masa berlalu. Sebabkan plan hari ni nak santai-santai je, so kami keluar tengahari sikit. Plan asalnya pagi nak ke spa di Club, tapi terlupa nak booking semalam. Haha.  Apa-apa pun, jom fill tank (perut) dulu. Bekalan makanan dari Malaysia dah licin. So kena lah cari makan di kedai-kedai makan sekitar ye.


AYAM PENYET SORABAYA



Menu kami, dua set ayam penyet, Es Teh Lemon, Jus Alpukat. Nyummy.. Sedap plak Alpukat kat sini. Smooth, kombinasi avocado dan coklat yang sangat ngam!


PURA LUHUR, ULUWATU

Selesai makan, kami ke Uluwatu. Ni pun salah satu lagi tarikan pelancong. Kawasan Uluwatu ni agak besar tau. Ketibaan pelancong disambut dengan monyet-monyet yang nakal. Hati-hati dengan barang yang anda bawa ye.

Teringat kenangan masa saya nak beli tiket masuk. Penjaga tiket tanya, 'Mbak Indonesia?'. Tapi saya dengan tersipu-sipunya jawab.. 'Bukan'. Then dia reply.. 'Ohh.. Mesti Malaysia kan'. Hahaha.. Dah dua tiga orang cakap muka saya gaya orang Bogor or Bandung! Hm... maybe ada salah silah campuran dari sana. Sape tahu kan? Ngeee~



Masuk dalam ni wajib pakai kain dan pengikat pinggang yang disediakan.

Kuil Luhur ni dibina di pinggir tebing yang setinggi lebih kurang 70 meter, dan wajaran tebing tu menghala ke laut. Menurut kepercayaan, batu ini dikatakan menjadi sebahagian dariapa Dewa Dewi ape ntah. Asal usul perkataan Luhur ni adalah daripada perkataan 'ngeluhur' yang bermaksud 'untuk pergi'. 



Kalau korang ke sini, jangan lupa Kecak Dance. Tapi jangan lupa baca sinopsis dan jalan cerita yang diorg bagi tau. Klau tak baca, mmg tak faham lah. Ada watak Monyet, Dewa, Dewi, Kijang Emas.. Ape lagi tah. Jalan cerita tu pendek je. Tapi sebab ada nyanyi and bunyi-bunyi plus upacara penyembahan masa awal-awal persembahan tu, lebih kurang dua jam juga lah.


Penonton punyalah ramai. Make sure korang masuk awal sikit supaya dapat cari port yang terlindung panas. kihkihkih. Kitorang masuk lambat, so duduk betul2 mengadap ke tengah laut. Masa matahari nak terbenam tu, memang betul-betul silau!

Habis show dalam kul 8. Berjalan ramai-ramai keluar dari kawasan Uluwatu tu kena hati-hati dengan penyeluk saku ye.



On the way balik tu, kami ingat nak singgah cari kudap-kudapan. Plan asalnya nak singgah Krishna, tapi bila dah malam, tak jumpa pulak. Sudahnya singgah di Karang Kurnia. Ada beberapa buah bas stop kat sini. Bawa pelancong entah dari mana. Boleh tahan ramai juga shopping time gini ye.

So kami beli kopi Bali, kacang dan Pie Susu. Cenderahati esok baru beli.

Ok.. Off dulu.. Daa..




Read More

Sunday, May 22, 2016

KBKK [23 Mac 2016 - Day 4: Tirta Gangga - Ubud - Kuta]

Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai.. Bahagia itu mencintai semua yang kita miliki..

Salam hujung minggu..

Jom update sikit entry untuk minggu ini.. Sambungan Ke Bali Ke Kita (KBKK) untuk hari yang ke-4 pula..

RAMA CANDIDASA HOTEL KE TIRTA GANGGA

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami bermalam di Rama Candidasa Hotel, maka penyusunan tentatif perlu dilakukan semula. Hehehe. Memandangkan hari kedua tak dapat ke Tirta Gangga, jadinya dengan bersemangat, kami akan ke sana juga sebelum bertolak ke Kuta, tempat penginapan kami untuk baki 4 malam di Bali.

11.00 AM: Check Out.

Berborak dengan receptionist yang punyalah ramah, tak sedar sampai sejam duduk di kaunter. Asalnya plan hari ni kami akan menonton Teater Bali Agong yang terletak di Gianyar. Tapi kalau nak tengok teater, perlu beli pakej Safari Park. Memandangkan tentatif untuk hari ini dah penuh, kami batalkan hasrat untuk menonton Teater Bali Agong yang khabarnya sangat masyur di Bali. 




Cuaca sangat panas. Nak beli hats, tapi mahal lah. Tak jadi. (penat je berlakon jadi orang Bogor! Ekeke.. Ada orang sini ingat saya orang Bogor)



Bayaran masuk adalah Rp 20,000 seorang. Parking Rp 2,000

Tirta Gangga merupakan warisan daripada Kerajaan Karangasem yang dibangun oleh Raja Karangasem pada tahun 1946. Ingat lagi saya pernah tulis tentang Water Palace? Ha, ada kaitan jugak lah tu. Tirta ni maksudnya 'air suci', Gangga pula di ambil dari nama sungai di India. So, Taman ini adalah Taman Air Suci penganut Hindu. Kawasan ni pernah musnah masa letusan Gunung Agung pada tahun 1963, tapi dibangunkan balik untuk tujuan tarikan pelancong. Walaupun rasa bahang matahari panas, tapi still rasa nyaman sebab terletak berhampiran kaki gunung Agung.





Pelancong boleh jalan atas batu-batu di tengah kolam. Ada ikan berenang-renang follow kita. Patung yang ada tengah-tengah kolam tu adalah patung Parajurit/Ksatria.






Uik!! Boleh terapung. 




Senyuman Colgate untuk uolls~





Ada sahaja perarakan keugamaan.


TIRTA GANGGA KE UBUD

Hampir sejam kami di Tirta Gangga, setiap pelusuk dan bergambar. Jom, next destination. Tempat wajib dikunjungi oleh pelancong.. Ubud, Tegalalang. Jauh juga nak ke sana sebab Ubud dah menghala ke Central Bali.

Perut dah lapar, stok roti dari Malaysia pun dah habis. So singgah Alfa Mart beli something alas perut.


Sari Roti, keluaran Kartika Sari, Bandung. Susu Frision Flag. Kotak macam Dutch lady kan? Rasanya lain sikit. Hmmm tak tau nak describe! Minute Maid is a must! Beli jajan dan biskut sikit. Total Rp 47,000.




2.00 PM, sampai di Ubud. Tak ramai orang. Saya dah start rasa macam nak demam. So lepak sekejap je untuk bergambar. Kat sini boleh nampak penanaman padi secara teres (bertingkat-tingkat).




Isi petrol di Pertamina Rp 100,000.





Masuk pekan Kuta lebih kurang jam 3.30PM. Jalan tak sibuk sangat. Nampak signboard KFC. Excited sebab lapar. hahaha.. Tapi kami akan check in dulu, malam baru keluar untuk dinner.


THE JAYAKARTA CLUB BALI, SEMINYAK

Agak susah nak cari sebab jalan di Kuta ni banyak lorong. Alhamdulillah, check in jam 4.30PM. Jayakarta ni konsep apartment untuk 4 orang. Best! Kami dapat bilik di Ground Floor.



Suasana Garden. Cantik, bersih dan aman damai.




Ada ruang tamu dengan sofa bed. Dapur pun lengkap, so boleh lah memasak (kalau nak dan rajin lah).




Usai solat, jom jalan-jalan di pantai. Dari hotel ni ada direct access ke pantai. Actually Pantai Seminyak, Pantai Legian, Pantai Kuta di sebelah menyebelah je. Kebanyakan kawasan pantai adalah 'private beach' untuk orang yang menginap di hotel.

MH happy dapat terjun laut dan 'surfing'.. Saya? Oh noooo sebab dah mula selsema dan batuk-batuk. Jangan cari pasal.


8.30 PM: Dinner buat pertama kalinya di luar. Dan pertama kali juga keluar berjalan pada waktu malam. Di Candidasa tak berani sebab kawasan perkampungan. Di Kuta ramai sangat pelancong berjalan kaki sebab banyak kedai cenderamata di kiri kanan jalan. Niatnya nak ke Hard Rock Cafe, tapi disebabkan masalah teknikal kat GPS, dan perut pun dah lapar sangat, kami cari kedai makan yang terdekat saja lah. Dan make sure peniaganya MUSLIM!



Alhamdulillah.. Jumpa Warung Taman Sari Kuliner. Tak tau nak order apa. So we decided order Soto Ayam dan 'Orange Jus' atau orang Bali panggil Es Jeruk. Es Jeruk ni adalah buah limau ye, bukan guna buah orange. Hihi.

Pemilik warung ni adalah Pak Andre. Berasal dari Madura (ayahnya). Ibunya penduduk asli Bali dan revert to Islam. Dia menceritakan dulu sebelum Bali jadi tarikan pelancong, memang susah nak jumpa makanan halal. Tapi nowadays, dah ramai orang luar masuk ke Bali (sebab merantau, perkahwinan dan juga perniagaan).

Total perbelanjaan dinner kami adalah Rp40,000.



Nota kaki-tangan:
Jalan kaki lebih baik kalau uolls nak shopping cenderahati tepi jalan. Sebab parking agak terhad. But, kena berhati-hati ye dengan barang berharga uolls.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Parking Tirta Gangga IDR2,000
b. Entrance Fee Tirta Gangga IDR 40,000
c. Petrol IDR100,000
d. Alfa Mart IDR47,000
e. Dinner IDR 40,000
TOTAL : IDR229,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
c. Hari ketiga: IDR460,000
d. Hari keempat: IDR229,000
BALANCE: IDR2,477,900
Read More

Sunday, May 15, 2016

KBKK [22 Mac 2016 - Day 3: Pura Besakih - Kintamani - Tirta Empul]

Do you know what Islam says
It says that life’s the greatest test
It says that life’s a borrowed space
Returned upon rest

Words by: Zain Bhikha.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ke-3 di Pulau Bali. Menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Hanya mampu mengucapkan syukur dan kegum dengan apa yang diciptakanNya~

8.30 AM.. Awal sikit keluar hari ni memandangkan malam ni adalah malam terakhir kami di Candidasa. Awal pagi kami bersarapan Roti Gardenia Coklat, Campbell Instant Mushroom Soap, Biskut dan secangkir kopi. Actually menghabiskan stok makanan dari Malaysia. Cuma tinggalkan Maggi Cup and Milo untuk dinner.

Tempat pertama adalah Pura terbesar di Bali dan ianya juga Pura pertama di Bali, iaitu Pura Besakih. Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang sejam (28 KM). Perjalanan agak mencabar sebab perlu mendaki bukit dan jalan yang digunakan agak sempit. Perjalanan kami ke Besakih langsung tidak bertembung dengan sebiji kenderaan pun! Cuak jugak takut GPS salah bawa :P.

Estimate sejam, rupanya hampir dua jam baru sampai. Bila dah masuk kawasan Besakih, baru ada signboard. Itu pun kecik sgt. Mencabar sungguh. Dinasihatkan kalau uolls nak naik motor, fikir banyak kali dulu lah ye. 

Alhamdulillah, sampainya kami di tempat yang dituju lebih kurang jam 10.30AM. Punyalah ramai orang kat Pura ni. Sebab ni salah satu tarikan wisata ke Bali. Katanya lah. Kami pun tak tahu tarikan ape sebenarnya. jom tengok apa ada..




Stamina kena kuat sebab banyak mendaki tangga. Besar gilos Pura ni. Dan dalam Besakih ni sendiri ada beratus pura kecil yang mana setiap pura ni ada pagodanya yang tersendiri. Kami dioffer oleh 'guider' untuk melawat kawasan pura. Actually tak boleh masuk sebarangan katanya sebab ada upacara sembahyang. Mereka akan menyambut upacara keagamaan yang besar esok. So, segala persiapan sedang dilakukan.

Gambar yang bawah tu, background dinding berlumut tu adalah binaan asal Pura yang sengaja ditinggalkan sebagai sejarah. Pura ni pernah rosak teruk selepas dilanda lahar dari Gunung Berapi Agong (Boleh google sejarah ni. Tak ingat guider tu cerita. Information overload).


Sumber ekonomi utama orang Bali di daerah ini adalah pertanian. Kebanyakan mereka menanam pokok buah-buahan dan pokok jagung untuk dijual kepada pengunjung pura. Kehidupan mereka tidak mewah, dan cukup untuk saraan hidup seharian. Kami terkejut bila guider tu bagi tahu dia sendiri pernah keluar dari daerah besakih ni sekali sahaja untuk ke kintamani, dan kebanyakan penduduk di daerah ini memang langsung tak pernah keluar daerah akibat kesempitan kewangan.

Di sini masih diamalkan kasta. Kami dapat melihat perbezaan kasta melalui cara berpakaian dan juga keadaan pura yang bertingkat. Pura tingkat paling tinggi iaitu di atas bukit merupakan untuk kasta tinggi. Susunan kasta dari yang rendah adalah Farmer, Soldier, King and Pendita. Guider kami ni dari kasta Soldier.


Ni gambar Pura Besakih di hari biasa. Comparekan dengan gambar kami di atas. Ianya telah dihiaskan dengan kain dan panji-panji untuk persiapan upacara keesokkan hari.


23 Maret 2016 merupakan tarikh upacara agama Hindu. Ada penganut agama Hindu dari India juga akan turut serta dalam upacara keesokkannya. Pura Agung Besakih merupakan pusat kegiatan upacara agama bagi umat Hindu. Di Pura ini setiap tahun dilangsungkan Karya Ida Bhatara Turun Kabeh, setiap sepuluh tahun sekali dilangsungkan upacara Panca Bali Krama dan setiap seratus tahun diselenggarakan upacara Eka Dasa Rudra. Pelaksanaan Karya Ida Batara Turun Kabeh tahun 2016 ini,  jatuh pada Purnama Kedasa, Buda Paing Krulut (amboi, apa tu??? - sumber dari google, tapi ini juga yang diceritakan oleh guider kami). 

Paling kami terkejut, guider tu siap tanya kami, 'Ibu dan Bapak mungkin mau sembahyang di sini?" Masa tu kami di pura Kasta King!. Terkedu sekejap. Rupanya setelah berborak, mereka tidak tahu apa itu Agama Islam. Islam tidak sampai kepada mereka. Ya Allah... Sayu hati kami. Besar cabaran rupanya untuk berdakwah. Sambil berjalan ke kereta, sempat lah kami berpesan, Tuhan sekalian alam hanya Satu, iaitu Allah. Dia lah yang menciptakan bumi dan segala benda.. Semoga beliau mendapat hidayah Allah. Amin..

Bayaran Guider adalah IDR 200,000 seorang, manakala entrance fees adalah IDR 15,000 seorang. 


PURA BESAKIH KE PURA ULUN DANU BATUR, KINTAMANI

12.30PM - Bergerak ke destinasi kedua iaitu Pura Ulun Danu, Kintamani. Mengikut pembacaan, pemandangan dari pura ni begitu cantik.


Jom bergambar sekejap! Dari tebing ni boleh nampak Gunung Agong! Kena bayar parking ye uolls walaupun sekejap je singgah. Tak sampai 10 minit. Hahaha. Parking IDR 4,000.




Nampak tu buah-buahan? Dijual oleh penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan ni. So, jom cari salak Bali. Katanya sedap sangat!!!




Ni rupanya Salak Bali. IDR 50,000 untuk 3KG. Murah ke mahal? Entahlah..




Ok, dah sampai Kintamani. Time ni jalan agak 'macet'. Budak sekolah baru sahaja habis sesi persekolahan. Ada ternampak satu restoran HALAL, time perut tengah lapar.. Tapi tak confident nak singgah. 




Nak masuk Pura Ulun Danu pun kena bayar. Tikat IDR 35,000 seorang. Mahal jgk kan? Lepas tu tak boleh masuk macam tu je. Kena pakai sarong dulu, sbb kami berdua memakai seluar. Dan yang terkejutnya, sarong tersebut perlu dibeli atau disewa. Hmm.. kalau nak beli, sarongnya bukan macam kain batik kita. Mahal pulak tu. So kami sewa sahajalah dengan harga IDR 50,000 satu. Wow!!!

Kami diguide oleh Tourist Guide Cilik, Adik Dewi. Baru berusia 11 tahun. Setiap hari, balik sekolah terus ke sini untuk bekerja. Seusia adik Dewi ni dah bekerja. Bahasa dan tingkah lakunya snagat terpuji. Bukan nak memuji tanpa asas, tetapi orang-orang Bali sangatlah tinggi budi bahasa. Tengok papan notis kat atas tu. Kalau di Malaysia, kita akan tulis No Entry atau Dilarang Parking di sini. Berbeza dengan kehalusan bahasa orang Bali.




Bensin - kiosk jual minyak. Tentang minyak, jangan risau. Sepanjang perjalanan akan nampak orang jual minyak samada BENSIN atau memang dah diisi di dalam botol kaca.


PURA TIRTA EMPUL, TAMPAK SIRING

2.30 PM - Sampai di destinasi ketiga! Alhamdulillah. Kat sini ada entrance fee iaitu IDR 3,000 untuk sebuah mobil. Sarong tak wajib pakai, tetapi ianya tetap disediakan. Saya pakai kain diikat dipinggang sahaja, MH pakai sarong.



Nak tahu cerita lebih detail, uolls boleh singgah blog brother ni>> SYED AMRAN

Sangat details siap shoot gambar yang cantik dan menarik. Seyez..


VIRGIN BEACH, CANDIDASA

4.30 PM - Sampai di Hotel, rehat, solat dan alas perut before dinner. Petang ni bersiar-siar di Virgin Beach.

5.30 PM - Masa terbaik bersiar-sira di pantai. Cuaca redup. Dapat beberapa shoot yang cantik. Jom tunggu matahari terbenam..



Kongsikan salah satu pemandangan cantik - Virgin Beach




Aip! Dating jap.




Petang ni baru ada kesempatan nak bersiar-siar di kawasan Rama Candidasa Hotel. Sebab sebelum ni sampai hotel je dah jam 6PM. Dan gelap. Rupanya almost every year hotel ni dapat award hotel terbaik dan pilihan pelancong. Siap ada library yang boleh dikatakan agak besar dan selesa.

Sekian, perkongsian hari ke-3 di Bali. Esok check in mana pula?

Nota kaki-tangan:
Kami langsung tak singgah makan di gerai sepanjang di Candidasa. 'Signature' di sini adalah B*BI Guling. Sepanjang jalan berguling-guling. Kalau uolls nk beli makanan dan minuman dari mart, make sure ada HALAL Majlis Ugama Indonesia (MUI). Sebab tak semua makanan ada cop halal tau. Just be careful.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Entrance Pura Besakih - IDR30,000
b. Tourist Guide Pura Besakih - IDR200,000
c. Parking Kintamani - IDR 4,000
d. Salak Bali - IDR 50,000
e. Entrance Pura Ulun Danu - IDR 70,000
f. Sarong Pura Ulun Danu - IDR 100,000
g. Entrance Tirta Empul - IDR 3,000
h. Toilet Tirta Empul - IDR 3,000
TOTAL : IDR460,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
c. Hari ketiga: IDR460,000
BALANCE: IDR2,706,900
Read More