Showing posts with label Anna Suhaimi. Show all posts
Showing posts with label Anna Suhaimi. Show all posts

Wednesday, January 03, 2024

Selamat Datang 2024

Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Agung. Telah lama kiranya saya tidak menulis di Blog kesayangan ini. Setahun -- Bukanlah satu tempoh yang singkat. 2023 merupakan satu perjalanan kehidupan saya yang boleh dikatakan berada pada roda di bawah. Pelbagai sudut diuji -- Kewangan, perniagaan, kesihatan dan semestinya ada naik dan turun emosi.


Namun, saya sedar saya hanyalah seorang 'pelakon' di pentas dunia. Yang mana Allah telah tuliskan skripnya untuk saya lakonkan. Jadi, lakonkan dengan baik. Dunia ini tempat untuk kita melaksanakan amanah yang telah diberikan sejak berada di Luh Mahfuz lagi. Saya belajar melihat dunia dari satah yang berbeza. Belajar untuk lebih bersabar dan bersyukur.

Di awal tahun baru ini, saya berdoa agar saya dan kita semua dapat buat dengan lebih baik. Lakonkan 'watak' kita dengan lebih baik dan cemerlang. Tidak ada satu pun yang berlaku terlepas dari pengetahuan dan perancangan Dia. Maka selalulah berlapang dada, bersangka baik dan terus tumbuh sebagai seorang Muslim yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Jom muhasabah!

Tahun 2023 -- Cabaran awal bermula apabila dealing perniagaan tidak berjalan lancar. Keadaan ini menjadikan saya sentiasa berada dalam keadaan tidak gembira, risau dan berkeluh kesah. Mula menyalahkan orang lain apabila bertemu kegagalan. Mula melihat faktor luaran menjadi sebab kegagalan. Apabila mula berada dalam masalah, maka teruslah menarik satu persatu masalah masuk ke dalam kehidupan. Bermula dengan masalah perniagaan, kemudian masalah kewangan, lepas itu masalah kereta rosak, hampir kena saman dengan pihak 'tertentu' dan apabila sampai tahap stres yang tinggi masalah kesihatan pula yang dapat. Kesihatan fizikal dan mental terganggu. Allah... Masa ni terasa tidak adil! Istighfar panjang. Terdetik di hati, "Kenapa lepas satu, satu lagi masalah lain datang.."

Saya menarik hand break agak panjang, beberapa bulan. Untuk hilang dari radar. Untuk beri ruang kepada diri berfikir mendalam tentang apakah matlamat yang nak dicapai dalam hidup. Apakah kegembiraan sebenar yang nak dicapai. Adakah dengan ada perniagaan berjaya akan bahagia? Adakah dengan adanya banyak wang akan gembira? Soalan-soalan itu selalu mengganggu siang dan malam sehinggalah sampai pada satu titik, saya bertemu jawapannya. Perjalanan untuk bahagia dan tenang bukan pada perniagaan, bukan pada wang banyak, tetapi pada RASA. Bagaimana untuk dapatkan rasa itu? Berbaliklah kepadaNya. Maha Pencipta Alam Semesta. 

2023 adalah tahun air mata untuk saya. Saya petik kata-kata seorang sahabat, AJ Nuruddin -- "Bahasa CINTA orang khidmat ni, dia kira nak tolong orang ja... mudahkan orang ja. Bila tiba masa dia, dia harap orang faham dan tolong ja terus. Dia takkan minta tolong." Benar, sampai satu tahap memang rasa hidup ini terlalu menekan. Sampaikan rasa buntu apa perlu buat.  Bebanan hutang, komitmen dan kos-kos kehidupan sentiasa bermain di layar fikiran. Namun, tidak diceritakan pada keluarga atau sesiapa pun tentang kesulitan ini.

Allah sayang... Allah nak angkat darjat. Itulah kata-kata pujukan kepada diri sendiri apabila pada pertengahan tahun 2023 saya diuji dengan ujian kesihatan. Seperti satu batu besar terhempap atas kepala. Menangis, salahkan takdir, persoalkan Allah, rasa putus asa, kecewa, tidak tahu nak memberi reaksi, buntu, itu semua saya rasa bersilih ganti. Sudahlah kewangan kami diuji, saya pula perlukan wang untuk rawatan. Sudah jatuh, jatuh lagi ke bawah -- Negatif!

Namun, dalam kekacauan jiwa itu saya panjatkan sebuah kesyukuran yang sangat tidak mampu dinilaikan dengan apapun, iaitu pasangan sehidup sematiku yang sentiasa ada untuk rawat rawan di hati. Ya... Kami bersama mengharungi jalan berliku dan susah payah ini. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Tidak mudah, namun Alhamdulillah kami boleh hadapi dengan baik satu persatu dengan izinNya.

Akhirnya, saya sedar -- Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tidak lagi nampak ianya sebagai sebuah 'kegagalan', tetapi saya melihat dari perspektif yang berbeza. Ketidak berhasilan menjadikan saya lebih bersabar. Menjadikan saya lebih stabil dalam pengawalan emosi. Lebih banyak syukur. Lebih mudah berfikir dengan baik dan bersangka semuanya baik.

Dilimpahi harta bukan bererti disayangiNya. Diuji dengan kekurangan bukan tanda kifarah. Sabar dan Syukur menjadi ukuran. Tenang-tenang sahaja. Akhirnya kita semua nak kembali kepadaNya dalam keadaan yang selamat dan diredhai. Itu matlamat paling utama.

Tahun 2024 - Sebuah permulaan yang memberikan satu nafas baru yang lebih positif. Tidak mahu lagi terus menarik masalah. Berpegang dengan lebih teguh bahawa setiap masalah Allah hadirkan sekali dengan hikmahnya. Cuma terkadang tidak nampak hikmah tersebut. Teruskan melangkah dengan bahagia. Raikan ruang, rasa dan kesempatan yang ada.

InsyaAllah.. Segalanya akan baik-baik sahaja. :)






Read More

Thursday, December 15, 2022

Kumpul Modal Untuk Mama Qucing

 


"Apa sayang nak buat kalau ada duit lebihan RM500,000?.." 

Secara tiba-tiba MH tanya random question kepada saya. Tersentak saya. Cepat-cepat saya mengunyah dan menelan roti canai garing yang masih berbaki di dalam mulut dan mencari jawapan yang logik difikiran ketika itu.

"Wahhh.. Ni impian besar ni. Memang lah sekarang saving tak sebanyak itu. Tapi apa salahnya kalau kita ada impian kan?.." Soal saya kembali. MH hanya tersenyum sambil angguk-angguk perlahan.

"OK, jadi apa impian sayang kalau ada duit sebanyak itu? Dengan mengambil kira komitmen dan hutang dah settle, tanggungjawab kepada keluarga dan komuniti dah settle..?" Soal MH lagi.

Saya memang ada beberapa impian yang besar. Salah satunya adalah impian membina sabuah Cat Shelter. Impian ini timbul sejak awal tahun 2020. Ketika itu permulaan kepada kami berdua adopt seekor kucing berbaka Turkish Angora yang bernama Popoy dari seorang askar yang akan ditugaskan ke Lubnan. Pelbagai ujian dan cabaran kami hadapi demi membesarkan seekor Popoy.. Hehehe..

Selang beberapa bulan selepas itu, kami selamatkan pula seekor kucing yang sering dikejar anjing, yang kami namakan Olive. MH ambil dia di bawah blok Condo selepas balik terawih malam tu. Walaupun stray cat, tapi manja sangat-sangat. Cepat betul mesra. Keduanya kami jadikan fully indoor cat.

Popoy & Olive - our sweetheart at home :)

Kalau nak tahu, saya bukan penggemar kucing. Boleh dikatakan saya takut kucing. Keluarga saya sedia maklum dengan gelagat saya kalau kucing datang berdekatan dengan saya. Geli tu naik sampai ke tengkuk. Meremang! Tapi, segalanya berubah sejak kami mencurahkan kasih sayang dan berkongsi rezeki dengan Popoy dan Olive. Sayang saya pada kucing sampaikan saya boleh tersentuh dan menangis tengok kucing -kucing terbiar yang sakit, kurang sempurna, didera atau dibuang.


Disebabkan keadaan ekonomi dan komitmen kami sekarang, menjadi agak mustahil untuk kami membela banyak kucing. Dari situlah saya tanamkan niat untuk bangunkan Cat Shelter. 

Proposal saya, Cat Shelter tu (nanti saya nak namakan Mama Qucing Cat Shelter) adalah tempat saya selamatkan, rawat dan sediakan tempat berteduh untuk kucing-kucing jalanan yang kurang bernasib baik. Untuk merealisasikan impian tersebut, saya perlu cari lokasi yang sesuai, tanah yang lapang, dan selamat dari kawasan banjir dan bencana alam. Saya dah terbayangkan Cat Shelter Mama Qucing nanti ada wad kuarantin, wad ibu kucing yang bunting, wad kucing yang sakit dan ada playground untuk kucing bebas bermain. 

Selain itu, saya juga akan buka peluang pekerjaan untuk cat loverscat's groomer dan pembekal makanan dan barangan kucing untuk bersama-sama menjayakan impian ini.



MH sambung lagi.. "So macam mana konsep Cat Shelter tu.. Cuba share brief idea.."

Haa... Ni yang saya suka. MH selalu beri perhatian atas apa yang saya suka. Konsep saya lebih kepada foundation. Saya akan beri fund untuk modal kepada Cat Shelter yang kurang modal untuk bangunkan sistem dan konsep rumah perlindungan yang bersistematik. Tapi, mestilah ikut garis panduan yang saya akan sediakan. Selain itu, kucing-kucing yang telah dirawat dan melalui fasa TNR akan saya buka untuk adoption


Konsep saya, selamatkan kucing jalanan, berikan mereka forever home yang boleh mereka berkongsi kasih dan berkongsi rezeki. Saya tidak bercadang untuk menjadi Breeder. Saya hanya selamatkan kucing dan berikan mereka harapan baru. InsyaAllah...

Seusai saya kongsikan impian saya, MH tersenyum lebar. Dia menyokong penuh idea dan impian saya.


Kawan-kawan, tolong doakan kami ya. Banyak impian yang kami harapkan. Dalam memberi kebahagiaan kepada diri, ibu bapa dan keluarga serta masyarakat.

Semoga Allah berkati. Amin.

Pen Off~
Read More

Saturday, December 18, 2021

Selamat Tinggal 2021



Alhamdulillah, 2021 semakin hampir melabuhkan tirainya. Saya pasti pelbagai pencapaian yang telah kita sama-sama raikan. Ada yang di naikkan pangkat, ada yang beli aset seperti tanah dan rumah, ada yang mula buat pelaburan emas, dan ramai juga yang telah kembali menaikkan dan meluaskan lagi empayar perniagaan.

Syukur ke hadrat Illahi, Tahun 2021 mencatatkan beberapa peristiwa penting di dalam hidup saya. Ada suka, ada juga duka. Ada gembira, namun ada juga kesedihan itu. Namun, hidup perlu diteruskan. Gear 2022 perlu dimulakan dari sekarang.

2021, bagi saya tahun yang agak mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dengan permulaan penghijrahan saya di tempat baru, kehilangan insan tersayang (nenda), kucing kesayangan diuji FIV, saya dan suami pernah diuji Covid, diuji juga ketidakstabilan status kewangan, dan pelbagai lagi lah. Walau apa pun, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Harapan saya untuk tahun 2022 adalah tahun yang lebih baik. Saya ada satu matlamat baru. Satu matlamat sahaja untuk 2022 dan tahun-tahun kehadapan, iaitu menjadi MUSLIM PREPPERS!

Banyak elemen lagi yang perlu saya top-up untuk menjadi Muslim Preppers. Antara yang utama, saya perlu belajar memanah dan mahir memanah. InsyaAllah di penghujung tahun 2022, saya boleh jadi salah sorang facilitator memanah, di mana saya mampu untuk menyemarakkan kecintaan terhadap sukan Sunnah ini kepada lebih ramai orang.

Antara elemen lain yang penting untuk menjadi Muslim Preppers adalah kekukuhan kewangan. Tidak boleh dinafikan, saya perlu lebih berusaha keras untuk membangunkan perniagaan dan meluaskan lagi empayar perniagaan tersebut. Moga Allah makbulkan segala doa. Aamiinn.

Kekukuhan kewangan ni penting bagi Muslim Preppers. Persiapan makanan dan kit kecemasan semuanya memerlukan belanja yang besar. Persiapan kecergasan dan ketangkasan memerlukan belanja (berkuda dan memanah), peruntukan untuk Jemaah dan infaq, perbelanjaan bagi pembangunan jati diri lagi, peruntukan untuk kemaslahatan keluarga besar saya, dan pelbagai lagi lah. Memang perlu diperincikan betul-betul untuk tahun 2022.

InsyaAllah, moga ada keberkatan di setiap apa yang saya dan my Mr Heartthrob usahakan. Doakan kami ya, kawan-kawan… Saya juga doakan kembali kepada anda agar setiap apa yang anda lakukan menemui kejayaan dan diredhai Allah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022.

--------------------------------------------------

Berminat untuk menjadi Muslim Preppers juga? Tapi tak tahu nak bermula di mana? Jom beli Buku Rahsia Keluarga Selamat di Akhir Zaman. Klik link ni : http://nak.la/SpecialRKSAZ

Maklumkan kepada saya jika dah beli, untuk saya bantu masuk ke Telegram Group Support Bedah Buku 90 Hari.

Read More

Monday, July 20, 2020

CEBU VACATION | Cebu - KL di Awal Pagi



12 Februari 2020: Alhamdulillah.. Hari terakhir kami berdua di Cebu, Filipina. Ada yang tanya, kenapa tak ke Boracay? Actually, memang masa nak decide tu dilema antara dua. Tapi memandangkan trip kali ni nak beraktiviti lasak, maka kami pilih Cebu. Kami banyak survey di Youtube apa yang menarik di filipina, dan final decision kami pilih Cebu..

Seawal jam 4.20AM kami dah bergerak ke Airport. Kami dah siap-siap buat sarapan roti dan tuna, dan milo kosong, pack dalam bekas dan botol. Mujur ada teksi di depan hotel awal pagi tu. Perjalanan lancar, mengambil masa lebih kurang setengah jam je. 

Sesampainya kami di Airport, kami cari port nak solat Subuh dulu memandangkan tiada Surau di Terminal One. Selesai solat, bersarapan seadanya baru check-in barang. Boarding time adalah 07:50AM.



Settle check-in semua, ada masa lagi untuk kami jalan-jalan dalam airport. Boleh tahan, banyak juga jualan, tapi harga mahal guys! Memandangkan kami ada lagi balance Peso (asalnya reserved untuk Airport Tax, tapi tiket kami AA dah absorb tax sekali). So misi menghabiskan Peso dengan membeli souvenir.

Fridge Magnet memang mahal ye kawan-kawan. Sekeping yang kayu tu 8USD. Benda wajib beli kalau travel adalah FM. So saya beli sekeping yang agak special. Harga 15USD. Haaa.. rasanya ni FM paling mahal yang pernah saya beli. Hahaha..

Okey, ni antara tips yang boleh saya kongsikan bagi korang yang nak explore Cebu, Filipina.

1. Bawa bekalan makanan dan minuman sendiri sesuai dengan keperluan korang. Makanan Halal susah nak jumpa kecuali di Bandar Cebu, di dalam Mall atau Restoran besar sahaja.
2. Tukar Peso siap-siap di Malaysia, kerana rate di sana agak mahal.
3. Bawa baju dryfit atau yang cepat kering kalau untuk aktiviti Canyoneering.
4. Bawa botol air atau bidet sepanjang anda berjalan-jalan sebab tandas memang tiada paip air. 
5. Belajar basic atau simple conversation Bahasa Tagalog. 
6. Kalau nak naik Grab atau Teksi, better compare dulu harga. Kalau Teksi boleh nego lagi. Kalau dapat nego sampai harga lebih murah dari rate Grab, naik je Teksi.
7. Hati-hati dengan penyeluk saku. 
8. Sim kad booking siap-siap je di website KLOOK. Nanti sampai Airport, terus collect je.
9. Make sure korang ambik Travel Takaful yang ada extra protection extreme sport. Kami ambil Etiqa Takaful TripCare 360.
10. Yang paling penting. Be Fleksible and enjoy your vacation!




Rasanya itu sahaja lah. Semoga saya dapat berkongsi lagi dengan korang untuk next trip. Doakan kami dipermudahkan untuk first trip ke Negara Sejuk tahun depan. InsyaAllah, November 2021, kami akan explore Iceland dan Greenland. Aamiinn..

Sedikit video sekadar perkongsian:




Nota tambahan: Balik dari Cebu, kami kuarantin sendiri di rumah dan bataskan perjumpaan dengan orang lain. Alhamdulillah kami berdua tiada simptom selepas balik dari Cebu. Sepanjang di sana memang sentiasa berhati-hati dan mengamalkan Hand Sanitizer. Cuma pelitup muka kami hanya pakai semasa di Airport dan sepanjang berada di dalam kapal terbang.

Okey.. Bye!
Read More

Sunday, July 19, 2020

CEBU VACATION | Hari Kelima Bersiar Di Taman Bunga Mini Amsterdam (Sirao Flower Garden)



Hari terakhir untuk kami berlibur dan explore di Cebu Island. Kami akan pulang ke Kuala Lumpur keesokkan hari, seawal pagi sebelum Subuh. 

Aktiviti hari terakhir ni lebih santai. Tiada aktiviti lasak lagi. Cuma dating di Taman Bunga! 

Ok, jom saya share apa yang menarik untuk hari terakhir kami ni Cebu. Disebabkan semalam tak berjaya mencari kedai untuk menyewa motor, akhirnya kami ambil keputusan untuk hanya search di Internet, dan finally menjumpai satu tempat sewa motor yang dekat dengan Hotel kami.

Seusai sarapan roti tuna dan secangkir kopi, kami bergegas menahan teksi untuk ke alamat yang diberikan oleh owner kedai sewa motor. Tempatnya tak jauh. Lebih kurang 15 minit dah sampai.


Perlu isi form, serahkan deposit dan passport MH perlu diserahkan sebagai cagaran. Tidak perlu buat International Diving License ye. Cuma dia nak salinan lesen memandu Malaysia. Sebab lesen kita SAH untuk Negara-Negara Asean lain seperti di Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. 

TIPS sebelum ambil moto: Make sure check setiap inci motor tu, ambil gambar, dan nyatakan siap-siap kepada owner jika terdapat kesan calar, patah, rosak atau sebagainya. Check juga signal, hon dan test sekejap motor tu sebelum ambil. Owner juga sediakan dua biji helmet secara percuma. Boleh pilih helmet sendiri, dan yang bestnya helmet ni semua macam baru, dan wajib spray sanitizer sebelum dan sesudah guna. Bagus kan? Yang penting helmet tak busuk! Hahaha...

So... Jom kita ride. Actually ni pertama kali kami ride motor di Negara Luar. Kalau di Indonesia kami pilih untuk sewa kereta. Perjalanan dari tempat sewa motor ke distinasi pertama kami hari ini lebih kurang 19KM / 50 minit ride. Enjoy pemandangan, dengan angin sejuk menyapa wajah. Matahari juga bersinar gemilang, menjadikan segala yang dipandang JUST PERFECT!

Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa di Taman Bunga ya. Actually Sirao Flower Garden ni dikenali sebagai Cebu Mini Amsterdam. Mungkin disebabkan banyak tanaman bunga Matahari dan Tulip yang pelbagai jenis dan warna. 

















Okey, cukuplah gambar-gambar yang dipilih ni. Rasanya destinasi ni yang paling banyak kami bergambar. Plan asal nak singgah sejam ke sejam setengah je, tapi sedar-sedar dah lebih dua jam kami di situ. Dan rezeki kami, kami antara yang terawal masuk ke sana, pelancong pun belum ramai.

Setelah berpuas hati, kami bergerak ke destinasi kedua. Matahari dah terpacak atas kepala ni. Perut pun dah lapar. Tak sabar nak 'memasak' menu istimewa hari ni.

So destinasi kedua adalah Tops Lookout. Ada Entrance Fee tau nak masuk. Tapi murah je. Ni antara tempat yang pelancong suka datang. Tapi biasanya orang akan ke sini untuk melihat sunset. Disebabkan kedudukannya yang terletak tinggi di atas bukit, kita dapat melihat keseluruhan Bandar Cebu dari sini. Dan boleh nampak Hotel yang kami inap dari sini. Awesome!



Selesai bergambar dan melihat pemandanganl, jom prepare makanan. Menu lunch kami hari terakhir di Cebu adalah Nasi Lemak dengan Rendang Ayam (Pek Kembara). Hanya perlukan sebotol kecil air mineral untuk masak dua pek makanan. Mudah dan sangat praktikal. Alhamdulillah, kenyang dan puas hati dapat makan nasi panas-panas, halal, bersih dan suci.

Okey, destinasi seterusnya adalah Temple of Leah. Turun dari bukit, mendaki bukit semula untuk ke sana. Tak jauh, hanya 15 minit ride dah sampai.


Temple of Leah ni dikenali sebagai Cebu's Taj Mahal. Sebabnya ianya menjadi simbol cinta daripada Sang Suami yang membina mahligai indah buat Sang Isteri. Tapi, sedikit berbeza daripada Taj Mahal, kerana Temple of Leah ni adalah sebuah kuil yang diilhamkan oleh Yunani dan ianya bertujuan untuk dijadikan khazanah dan kenangan zaman pengakhiran hayat Leah Albino-Adarna. Suaminya, Teodorico Soriano Adarna, mendirikan kuil besar ini yang dilaporkan bernilai 80 juta Peso sebagai lambang cinta abadinya kepada mendiang isterinya.

Angin sepoi-sepoi bahasa, dengan ada alunan muzik yang mendamaikan buatkan kita terlupa dengan panas terik mentari. Selesai bergambar, jam pun dah menunjukkan lewat pukul 4 petang. Cepat betul masa berlalu.


Sepanjang perjalanan kembali ke Cebu City, kenderaan semakin banyak. Ini adalah waktu pekerja mula balik dari pejabat, pelajar sekolah juga dah habis waktu pembelajaran mereka dan masing-masing berebut untuk pulang ke rumah.

Kami? Masih belum mahu pulang. Disebabkan belum solat Zohor (dijamakkan ke Asar), kami mencari Masjid atau Surau.Menurut pembacaan, hanya ada satu masjid di bandar. Dikenali sebagai Masjid Hijau. 

Oh ya, sebelum tu, jom tengok video untuk hari kelima kami di Cebu:




Alhamdulillah, tak susah nak cari, cuma lokasinya agak tersorok daripada jalan utama. Masjidnya agak besar, tetapi macam tengah renovate. Tempat wuduk tiada. Hanya ada sebatang paip di luar di tempat yang agak terbuka. Jadinya pandai-pandailah cover supaya tak ternampak aurat ya.


Selesai solat, kami ke SM City Cebu Mall. Mall ni agak besar. Lebih kurang macam AEON Shah Alam. Niat di hati nak mencari Fridge Magnet, memandangkan semasa di Bohol, saya hanya membeli 10 keping FM sahaja. 


TIdak susah mencari Mall ni.  Locationnya sangat strategik, tengah-tengah bandar, dikelilingi bangunan-bangunan hotel disekitarnya, dan di belakangnya ada laut. Puas jugamencari FM di dalam mall. Harga tak masuk akal. Sekeping boleh mencecah RM15! Nampaknya hajat nak beli FM terpaksa dibatalkan. Sudahnya, kami ke bahagian Groceries di ground floor, mencari sedikit kudapan.

Alhamdulillah, ada juga makanan halal yang boleh di beli. Alas perut dulu. Balik hotel nak makan megi je. Hahah. Habiskan stok megi yang di bawa. Takkan nak bawa balik KL semula kan?

Kami pulangkan motor dengan selamat pada jam 8PM. Cukup-cukup 12 jam. Daripada Kedai sewa motor, kami decide untuk berjalan kaki. Memandangkan kawasan tersebut kami belum explore. Kot-kot lah jumpa FM kan (masih berharap).

Namun, memang tiada. Souvenir lain banyak lah. Hmm.. Tak ape lah. Esok try tengok di Airport. Mana tahu ada kan.

Suasana malam di sekitar kawasan Hotel yang kami menginap memang happening. Ramai juga peniaga di kaki lima, menjadikan suasana lebih meriah.

Sampai di bilik, jam dah hampir pukul 9.30 PM. Badan pun dah letih. Kena packing semua barang malam ni juga memandangkan esok early check out (very early). Jam 4.30 pagi kami dah nak kena bergerak ke Airport, sebab boarding time 7.50 AM. 

Ok, perkongsian perjalanan balik ke KL saya tulis di next entry pula ya..

Semoga boleh menjadi rujukan buat anda yang ada plan nak ke Cebu Island.

Kalau ada nak tanya apa-apa, boleh komen atau email ke sitizanariah307@gmail.com.

Bye...





Read More

Wednesday, July 15, 2020

CEBU VACATION | Hari Keempat Kami Explore Bohol Island



Assalamualaikum.. Hai guys.. 

Masih menanti sambungan perkongsian saya tentang percutian kami berdua di Cebu? Okey, jom...

Hari keempat ni juga kami perlu keluar awal pagi untuk satu perjalanan yang panjang. Kalau korang belum baca entry lepas berkenaan survey feri untuk ke Pulau Bohol, boleh baca di SINI.

Kami keluar dari Hotel seawal jam 5.00 pagi, dan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Pier 1 Terminal. Awal pagi lagi kami di sambut dengan hujan yang lebat. Perjalanan ke Terminal mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Awal pagi jalan masih kurang sesak, tetapi disebabkan hujan lebat, perlu berhati-hati. 

Sampai di Terminal, rezeki kami Q untuk membeli tiket tidak panjang. So, MH dapatkan tiket untuk kami berdua di kaunter, dan terus masuk ke Terminal untuk Check-in. Sebelum  nak masuk ke line-up boarding ke feri, make sure dapatkan nombor feri dan boarding time dulu. Oh ya, sebelum masuk ke Terminal, kena melalui scanner dulu tau. Tak boleh bawa benda tajam dan berbahaya ke dalam feri. Satu lagi, korang jangan lupa bawak bekal sikit untuk alas perut ya.


Ocean Jet Ferry ni memang highly recommended. Dapat duduk dengan selesa, ada aircond yang sejuk. Saya sempat tidur sekejap melayan kesejukan pagi + aircond + basah kena hujan.


Semasa di dalam feri, kami diberikan slip pelancong. Dalam slip ni kita kena declare datang dari Negara mana, ada simptom demam atau flu, dan ada visit negara-negara high risk dalam masa 3 bulan ke belakang. Disebabkan kami dari Malaysia (consider case tengah meningkat), maka kami di arahkan untuk ke kaunter Covid19 Screening. Alhamdulillah suhu okey (walaupun saya ada sedikit selsema dan batuk - kena selepas aktiviti Canyoneering hari kedua tu lah). Kalau tak, tak pasal-pasal kena kuarantin!


Settle screening tu, baru kami dapatkan brother yang kami deal untuk sewa motor. Untuk sewa motor ni, MH dah deal awal sehari. Tapi, memandangkan hujan lebat, brother ni tawarkan kami untuk ambil kereta sewa dengan harga mampu milik. Setelah dipertimbangkan, kami setuju untuk sewa kereta. On the way nak ke tempat ambil kereta sewa tu, sekali lagi kami ditawarkan dengan pakej-pakej Bohol Island Tour. Setelah berbincang, melihat dari segi harga berbaloi, kami setuju dengan pakej tour tu. So, let's goooo...


Tempat pertama kami singgah adalah Choco Hill Adventure Park. Niat di hati nak try Zipline Bike dengan Hanging Bridge. Tapi, tiada rezeki sebab hujan lebat, terpaksa ditutup buat sementara. So demi mengubati kesedihan, saya borong Fridge Magnet kat situ. Selama tiga hari sebelum ni, jenuh mencari FM, tapi tak jumpa. So, beli lah di sini siap-siap alang-alang dah jumpa. Tapi harga FM dia, mahal oiii.. Demi nak buat kenangan, pejam mata je lah.

Selepas membeli beberapa keping FM, kami bergerak ke tempat seterusnya iaitu Chocolate Hill Monumen. Poncho kami ni pun beli on the spot je. 


Actually, kalau tak hujan, kita boleh nampak bukit-bukit yang saiznya sekata je. Memang lawa. Even hujan pun, boleh nampak, tapi terbatas sikit penglihatan. Tak ada rezeki kami nak bergambar berlatar belakangkan bukit-bukit unik tu.


Kita enjoy main hujan.. yeay! Spend lebih kurang 30 minit, jom ke next destinasi pulak. Disebabkan hujan dan mula renyai, kami mencuba nasib untuk ke aktiviti yang menjadi tujuan utama kami, iaitu Superman Zipline di Loboc Eco Adventure! 

Alhamdulillah, setibanya kami di situ, aktivti baru je beroperasi semula. Rezeki.. Yeay.. Kalau tak, rasa ralat sangat datang jauh-jauh kan.. So, jom layan video je terus senang kan..




Subhanallah, cantik sangat-sangat pemandangan sekitar Loboc. Happy sangat dapat buat aktiviti ni. Kami ambil pakej Zipline + Cable Car. Boleh je kalau nak Zipline return, tapi sebab nak spend time lama sikit untuk melihat-lihat pemandangan dari atas, kami pilih balik dengan Cable Car.


Settle aktiviti Zipline, kami meneruskan penjelajahan kami ke Bohol Tarsier Sanctuary. Hujan masih renyai-renyai. Tapi redah je lah kan. Tarsier ni sejenis makhluk seakan-akan monyet, tapi kecik comel je. Dan sepanjang berada di dalam conservative area tu, kena keep quiet tau. Sebab binatang ni akan terkejut dengan bunyi yang kuat. Dan kalau terkejut, ia akan meninggal. Eh! Betul ni.. Boleh Google kenapa makhluk ni menghampiri kepupusan.


Ni ha si kecik comel tu.. Tidur aje dia ye. Kami dapat jumpe 4 ekor je. So, okey.. Jom ke next destination pulak..



Ini adalah Mahogany Forest Man Made. Kereta park tepi jalan je. Cumanya nak ambik gambar tengah-tengah jalan tu memang sangat mencabar sebab jalan lurus, dan kereta yang lalu lalang di situ memang agak laju!. Keselamatan diutamakan. Jadinya ambil dari tepi jalan je lah. Tapi serius, cantik sangat pemandangan.



Selepas bergambar di Mahogany Manmade Forest, kami decide untuk balik ke Cebu. Actually dalam pakej ada lagi dua tempat lawatan (kesan peninggalan sejarah) dan juga lunch di Loboc Floating Restaurant. Tapi kami skip je. Kami decide untuk lunch di hotel je.

Di belakang kami tu lah Restoran Terapung tu. Ada beberapa buah restoran, tetapi tidak ramai pengunjung. 



Ni adalah uncle yang menjadi Driver kami sepanjang kami di Bohol Island. Thanks uncle Thomas. Sebagai kenangan, kami hadiahkan syiling RM1 dan RM0.50 sebab dia cakap dia suka kumpul duit syiling dari pelbagai negara.



Ni adalah Feri yang kami naik. Masa sampai di Cebu Terminal, cuaca dah kembali terang. Alhamdulillah. Sampai lebih kurang jam 3 PM. Sempat lah untuk solat di Hotel je.

Dari terminal, kami ambik teksi je memandangkan nak mengejar waktu solat. Lagipun perut dah lapar sangat dah ni. Nak nasi..... Hahahha..



Lunch kami.. Kembara Pek lagi. Nasi Beriyani dengan Daging. Nyummy. So rest dulu, malam nanti nak keluar survey kaedah nak ke Sirao Garden pulak esok. Sirao ni antara tempat wajib lawati jugak. Terkenal dengan panggilan "Mini Amsterdam". Gittew..



Pusing-pusing, kembali je jalan yang sama juga. Jenuh juga mencari jalan sebab bila tanyakan orang tempatan, kebanyakkan mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Kat belakang saya tu adalah Hotel yang kami bermalam. So, sambil jalan, kami berbincang untuk aktiviti esok. 

Akhirnya kami decide untuk sewa motor je, memandangkan pakej-pakej ke Sirao Garden dan tempat lawatan sekelilingnya tu agak mahal. Macam tak berbaloi je. 

Okey, rest dulu untuk malam ni, esok sambung penjelajahan kami menaiki motosikal pula...

Tak sabarnya..

Bye!

Read More