Showing posts with label Sora Energy Resources. Show all posts
Showing posts with label Sora Energy Resources. Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

ADILKAH FARAID: Sebuah Perkongsian Daripada Tuan Zul Ariff Ismail

Assalamualaikum..



Artikel Asal di FB Ariff Ismail

Berikut adalah tulisan asal daripada Tuan Ariff Ismail:

Assalammualaikum & Selamat Pagi,
Seperti yang saya janjikan, saya akan berbicara berkenaan soal faraid. Sebelum itu mari kita baca ayat dari surah An Nisa:

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
- Surah An-Nisa :11


Cuba kita fahami ayat diatas, bagaimana penceritaan dalam Al Quran yang sangat rapi berkenaan faraid. Jom kita baca hadith di bawah berkenaan tuntutan belajar berkenaan faraid:
Sabda Rasullulah s.a.w:
“Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.”
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud


Dari sini juga kita lihat, betapa baginda Rasullullah, menekan kan pentingnya kita memahami dan menyampaikan ilmu berkaitan faraid. 
Mengapa kiraan faraid di sebut begitu, mengapa lelaki mendapat lebih dari perempuan, adakah islam menindas wanita? Adakah islam tidak mementingkan hak wanita? Jawapan untuk ini, islam sangat memartabatkan Wanita. Islam mengangkat tinggi hak hak wanita.
Mengapa lelaki mendapat lebih, sedarkah anda tanggungjawab yang harus di galas seorang lelaki? Kita adalah wali bagi setiap saudara wanita kita, keperluan dan kelangsungan hidup mereka selepas kematian suami adalah tanggungjawab kita.
Mengapa kita salahkan faraid itu tidak adil? Sedangkan kita sebagai muslim yang tidak menjalankan tanggungjawab. Kita yang tidak menunjukan indahnya islam kepada bukan islam. Sampai ada yang bukan islam salah faham dan berfikir islam itu tidak adil kepada wanita.
Sedarlah wahai saudaraku, bahawa hak yang jatuh pada kita bukan milik kita 100%, kita perlu alirkan kepada tanggungjawab yg dipikul. Sebagai contoh jika mati adik beradik lelaki kita, dan sudah mempunyai keluarga, tahukah anda kelangsungan hidup mereka adalah tanggungjawab kita. Bukan kita menggunakan hak yang kita dapat untuk kelangsungan hidup kita sendiri.
Sekiranya kita mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya:
-Memakan Harta Anak Yatim.
-Memakan Harta Saudara-Mara.
-Memakan Harta Baitulmal.

Saya sangat tidak bersetuju dengan cara cara sesetengah pihak yang menghentam faraid itu tidak adil dalam mempromosi kan product mereka sendiri. Oleh itu, lakukan kajian, sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan. 
Apa pulak peranan hibah dalam kehidupan kita? Nantikan posting seterusnya.
-az ariff-

-o-o-o-o-o-o-o-o

Adakah anda telah fahami dengan betul, apakah peranan Faraid dan Hibah bagi seorang Muslim? Jangan kerana kejahilan kita dan keegoan kita dalam memahami peranan faraid dan hibah ni, membuatkan kita menyampaikan salah faham dan kekeliruan kepada orang lain. Islam ini indah. Setiap kaedah dan cabang ilmu sudah pasti akan memberikan manfaat kepada Umat Manusia. Pasti!
Read More

Saturday, August 11, 2018

Thank you for the incredible birthday wishes!

I’m humbled to have so many wonderful people in my life! I’m overwhelmed with gratitude for the amazing people I am so very blessed to have in my life and call my friends and family! Thank you for the incredible birthday wishes!


Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.. Tahun ini genap umur saya 33 tahun. Memetik kata-kata My Other Half, "Hidup ini adalah pentas drama. Kitalah penulis skrip, sutradara dan juga pelakonnya. Olahlah cerita singkat hidup kita secemerlang mungkin." Hidup ini semakin lama semakin pendek. Bagaimana kita berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan peranan kita sebagai Khalifah Allah itu yang penting. Mungkin umur hanya sekadar angka, tetapi pernahkah kita bertanyakan diri apakah sumbangan kita kepada Agama, Bangsa dan Negara?

ULANG TAHUN KELAHIRAN ANNA SUHAIMI

Terima kasih kepada Mak & Ayah, Mr Hearthrob, adik beradik dan keluarga mertua, serta rakan-rakan dan sahabat atas kiriman doa dan ucapan Ulang Tahun Kelahiran saya pada hari ini. 2018, sememangnya tahun yang saya rasakan tahun yang cukup-cukup bertuah buat saya. Ulangtahun kelahiran pada tahun ini juga agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan sebarang sambutan, cukuplah tulus doa agar saya berjaya Dunia dan Akhirat.

REZEKI ULANG TAHUN KELAHIRAN 2018

Alhamdulillah.. Tahun ini, rezeki saya sambut ulangtahun pada hari KZ Consultant Empowering Traning. Mujur tiada perancangan percutian dibuat. Training ini asalnya dijadualkan pada 4 Ogos 2018, tetapi disebabkan tarikh tersebut ada event lain, maka postponned ke 11hb. Jika diikutkan tahun-tahun sebelum ini, tarikh birthday pasti saya akan bercuti.. Hihi.

MENERIMA AWARD 'CHAMPION GROWTH' 


Sebenarnya tak sangka pun akan dapat CHAMPION! Ramai lagi yang hebat-hebat dan produce BIG CASE. Seronok sangat-sangat. Terima kasih UM Zeck dan seluruh warga KZ Empire Group atas doa dan sokongan kalian. Yang tidak pernah sesekali jemu untuk memberi tunjuk ajar dan panduan.

HADIAH DARIPADA MR HEARTHROB


Ya Allah.. surprise betul. Ingatkan ajak pergi makan, sebab masa tu perut dah berkeroncong dengan merdunya. Maklumlah lepas training tadi tak sempat lagi lunch, sebab rushing pergi Columbia Cheras - Assist Mr Client. Jalan punya lah laju. Sebab dalam kepala ni dah fikir, disebabkan Birthday Girl, boleh lah pow makan sedap. Hehehe.. Sesampainya di Metro Point, melencong pula ke Emas Sri Pinang. Ayat yang paling sedap didengar "Pilih lah yang mana suka...". Ha kau, hilang lapar tadi! Kah!


Siap ada Birthday Card. Thanks Sayang! Love you to the Moon and Back..


Walaupun dah dapat hadiah, perut nak juga lah diisi kan. Ni consider Lunch+Dinner. First time kami makan di JAHHET FINE MEAT ni. Semuanya gara-gara tengok video review dari Ustaz Don Daniyal. Bukan main sedap lagi beliau makan TOMAHAWK. Restoran ni adalah milik anak kepada Almarhum Ustaz Haron Din. Harga reasonable dan disebabkan saya tak boleh makan daging lembu buat masa ni, saya memilih untuk hidangan lamb lah. Asalnya nak pilih Lamb Shank, my favourite tapi dah habis pulak. Jadinya saya pilih Lamb Rack (masak Medium Well), dan MH pilih Lamb Ribs (masak Well Done). Dari segi rasa, umpphh memang terbaik. Hajat makan Wagyu belum kesampaian lagi. Ada rezeki, lain kali lah ye.

UNBOXING HADIAH ULANGTAHUN KELAHIRAN


FITBIT FLEX 2: Ni pun MH yang hadiahkan. Dah dapat sebulan awal, tapi simpan belum pakai. Kenapa beli Fitbit lagi? Sebab yang ni lebih lasak. Boleh pakai swimming. Ha... Apa maksudnya tu?



DUCK 2018 PLANNER: Yang ni adalah hadiah KZ Award siang tadi. Siap ada nama ye. Bestnya. Thanks yang membeli. I love the design and the color.



JAM TANGAN MICHAEL KORS MK2547: Dah lama aim jam MK ni. First time pakai jam bertali Leather. Sebenarnya ni hadiah daripada Siti Zanariah. Ye, betul hadiah saya kepada diri sendiri. Setiap kali birthday, mesti saya ada aim apa hadiah untuk appreaciate diri sendiri. Setiap kali saya ada appointment area Mid Valley, mesti saya singgah Butik MK di The Gardens. Just nak ambil feel dulu. Dan alhamdulillah... :) Oh ya, pink Unicorn tu adalah Birthday Gift after purchase ya. Cute kan?



MARY KAY TIMEWISE REPLENISHING SERUM+C: Mary Kay adalah set penjagaan kulit yang saya dah konsisten guna lebih dari setahun. Thanks to my Beauty Consultant, Dayah Anuar yang selalu bagi gift setiap pembelian. Ini adalah pertama kali saya try Serum+C ni. Sebab bila dah masuk usia 30-an, haruslah menjaga kesihatan kulit kan. Dan disebabkan pembelian di bulan Ulangtahun Kelahiran, maka dapat gift birthday - Lipstick Bashful You. Alhamdulillah...


SYUKUR YA ALLAH ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN
Read More

Sunday, July 22, 2018

Diam-Diam

"Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.." - Hassan Al-Banna

Tajuk entri saya pada malam ini agak unik sedikit. Ringkas tetapi ada maksud yang ingin saya sampaikan. Ada cerita penting yang ingin saya kongsikan berkaitan secebis perjalanan saya dalam 'berniaga'.

DIAM-DIAM BERNIAGA

Minat berniaga ni lahir secara semulajadi dari dalam diri saya sejak dari bangku sekolah lagi. Seingat saya, saya pernah berniaga nasi lemak semasa saya darjah dua (sekolah sesi petang). Bukan emak saya yang masak, tetapi jiran saya. Setiap hari, sebelum balik sekolah, saya akan ambil order dari rakan-rakan. Apabila balik sekolah, terus saya submit order untuk keesokkan harinya. Begitulah setiap hari.. Tetapi jangan di tanya ke mana duit untung meniaga tersebut saya belanjakan. Yang ni diam-diam saya belanjakan.

BERNIAGA TETAPI PENDIAM

Kebiasaannya trait orang yang berniaga ini mestilah peramah, mudah mesra dan mudah bergaul. Tetapi berbeza dengan saya. Saya masih ingat lagi, semasa zaman belajar Diploma di KUSZA, pertama kali saya menyertai MLM. Pernah dengar Gano Excel? Ya, itulah perniagaan MLM pertama saya. Pada mulanya, saya hanya menjadi supplier kopi dan minuman coklat kepada penghuni asrama, tetapi lama-kelamaan, ada rakan yang tertarik ingin turut sama menceburi perniagaan ini. Sedar tak sedar, setelah setahun saya telah naik ke ranking Director. Bayangkan, masa tu masih bergelar pelajar (yang pendiam), telah start menanam impian untuk ada tabungan masa depan! 

Namakan, apa yang saya tak jual? Mi segera, kerepek, burger, roti dan macam-macam lagi. Dan yang lagi best, saya pernah jual basikal kepada pelajar asrama perempuan! 

Itu cerita zaman belajar.. Saya teruskan minat berniaga saya semasa saya melanjutkan pengajian ke UTM Skudai. Sebut lah dari segi barangan kosmetik, tudung, baju, semua saya jual. Masa ni duit dalam akaun mencecah RM10K! Best kan? Bagi saya dah best sangat lah. Salah satu sebab saya nak ada duit sendiri adalah sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar. Percayalah, kalau kita istiqamah pasti berjaya. Istiqamah itu berat, kalau ringan itu namanya istirehat.

DUNIA PEKERJAAN

Alhamdulillah, perjalanan saya mencari pekerjaan Allah mudahkan semudah-mudahnya. Dipendekkan cerita, sebelum saya tamat pengajian, saya telah bekerja sebagai konsultan bersama Wow Edutaining, setelah itu beberapa syarikat yang bagus di Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita, setelah hampir 8 tahun saya di dalam dunia korporat (cewah!), diam-diam saya memasang impian untuk bebas daripada majikan, bermaksud saya ingin bekerja sendiri. 

Dari hari ke hari saya mencari 'tarikh yang sesuai'. Sehinggalah saya betul-betul bertekad untuk resign pada Mei 2017. Ini adalah hari istimewa saya. Sebenarnya semua hari adalah istimewa.. kerana apa? Kerana untuk memperbaiki diri jangan menunggu hari yang tepat untuk memulai perubahan. Kerana semua hari adalah hari yang tepat.

DIAM-DIAM BERHENTI KERJA

Keputusan berhenti kerja, bukan satu keputusan yang tergesa-gesa. Keputusan ini dibuat setelah  saya rancang dengan teliti sejak setahun yang lepas. Saya telah memulakan business part time saya selama beberapa bulan dan setelah benar-benar yakin pendapatan berniaga tersebut boleh melepasi gaji saya, barulah saya tender resignation

Emak dan ayah saya belum diberitahu. Bukan berniat tidak mahu memohon restu, tetapi saya bimbang mereka risau. Maklumlah memang sedari kecil kami ditanamkan 'belajar rajin-rajin nanti boleh kerja di pejabat.' 

Namun, diam saya ini tidak mengambil masa yang lama. Alhamdulillah selepas 4 bulan saya full time, pendapatan saya telah mengatasi gaji akhir saya. Saya juga berjaya settlekan semua pinjaman pendidikan (PTPTN) saya. Masa ini baru yakin memaklumkan kepada keluarga. Alhamdulillah, setelah diterangkan dengan baik, emak dan ayah lah orang yang paling support saya! Syukur Ya Allah.

BERMAJIKANKAN ALLAH

Bekerja sendiri sepenuh masa, bermaksud kita bermajikankan Allah sepenuh masa. Tiada lagi boss untuk menilai kerja kita. Tiada lagi jaminan pendapatan secara tetap pada hujung bulan. Semuanya berserah bulat-bulat dengan rezeki dari Allah. Saya melihat ini adalah satu proses mendidik diri saya supaya menjadi orang yang lebih matang dan tenang. Yakin dan percaya, rezeki dari Allah, bukan boss, bukan syarikat.

DIAM-DIAM MEMBUAHKAN HASIL

Dulu.. saya fikir, bekerja ni sebab nak dapatkan duit sahaja. Tapi bila saya menganjak usia, baru saya tahu duit bukan segala-galanya. Kekayaan bukan sekadar duit dan harta, tetapi juga masa bersama keluarga. Ada orang, harta banyak, pangkat besar, tetapi tiada masa. Ada orang ada masa, tetapi tiada kemampuan untuk melengkapkan keperluan keluarga. Duit dan masa bukan boleh dapat sekaligus dengan mudah.

Namun, dalam bisness ini, perlahan-lahan saya seimbangkan antara menjemput rezeki dan meluangkan masa dengan keluarga. Mungkin belum sepenuhnya, namun beberapa impian saya sedikit demi sedikit telah tercapai.

Hidup ini satu pilihan...


Alhamdulillah.. dengan pilihan yang saya buat, impian saya untuk Travel The World dengan orang tersayang mula menjadi kenyataan. Dulu berimpian kumpul duit dan travel. Tetapi sekarang, sambil menjemput rezeki, travel datang secara percuma. Fully Sponsored lagi! Ya Allah... Ku bersujud kepadaMu. Engkau yang telah mengaturkan segalanya.
Read More

Saturday, July 21, 2018

Memerlukan VS Diperlukan

The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well. – Ralph Waldo Emerson



Dalam kehidupan kita, pasti tidak terlepas dari saling memerlukan dan diperlukan. Setiap yang hidup di muka bumi ini ada fitrah kehidupan masing-masing. Namun ianya tidak dapat hidup sekiranya bersendirian. Segala peraturan dan ketentuan Allah SWT itu sangat sempurna dan kita sebagai makhluk yang diciptakan olehNya tidak dapat lari dari prinsip ini sekiranya mahukan kebahagiaan dan kesejahteraan.

Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan manusia dengan pelbagai rupa, saiz, warna, kelebihan dan kekurangan agar mereka masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Apabila hakikat ini dilupakan, maka wujudlah sifat sombong dan angkuh yang membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan. Sebaliknya, jika kita dapat mendalami bahawa kita semua sebenarnya saling memerlukan, maka akan aman damailah hidup manusia.

Menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengubah sikap, memperbaiki keadaan dengan masing-masing menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.



Saya terpanggil untuk menerangkan konsep MEMERLUKAN dan DIPERLUKAN dalam takaful. Ramai yang beranggapan mencarum dalam polisi Pelan Medikal adalah sesuatu yang merugikan. Sebabnya mereka beranggapan, sekiranya tidak ditimpa musibah maka tidak dapat menggunakan Kad Medikal. Di sini, jelas yang mereka membayar polisi takaful dengan niat ingin menggunakan manfaat tersebut. Tiada salahnya di sini, kerana mereka MEMERLUKAN pelan perlindungan ini.

Namun, apa yang selalu mereka tidak nampak adalah konsep DIPERLUKAN. Takaful merupakan salah satu cara menguruskan risiko dengan menabung bersama-sama di dalam tabungan tabbaru'. Contoh, sekiranya salah seorang daripada peserta takaful ditimpa musibah, kita bersama-sama membantu untuk meringankan bebanan serta menguruskan risiko yang dihadapinya. Ianya satu perbuatan yang mulia di mana peserta takaful memberi bantuan dan sedekah tanpa mengetahui siapa yang dibantu. Pahala berjalan 24/7 tanpa gagal. 

Jika diberi pilihan antara dua iaitu;

a) Berpeluang menggunakan Kad Medikal dan Pampasan Penyakit Kritikal, disebabkan ditimpa musibah, terpaksa keluar masuk hospital dan menerima rawatan berpanjangan.

b) Diberi kesihatan yang optimum dan kecergasan berpanjangan, maka memiliki Kad Medikal adalah sebagai satu langkah menghadapi risiko dengan 'peace of mind'. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Jadi, anda memilih A atau B? Sekiranya A, anda kategori MEMERLUKAN, sebaliknya sekiranya pilihan B, anda kategori DIPERLUKAN. Alangkah besarnya nilai sekiranya kita DIPERLUKAN untuk kelangsungan hidup orang lain kan? Kenapa perlu berkira untuk membantu orang? Sebagai ganjaran, Allah hadirkan kesihatan yang baik buat kita. Bersyukurlah kerana tidak perlu menggunakan Kad Medikal.

Tepuk dada tanya diri sendiri.. 

Jangan cakap saya tak payung ye... :)





Read More