Showing posts with label Catatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan. Show all posts

Sunday, January 27, 2019

Bali Day 1 - 19 Jan 2019 : Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali

Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller


Sesuai dengan tagline Air Asia, 'Now everyone Can Fly'.. Walaupun beli tiket last minute, harga AA masih rendah berbanding syarikat penerbangan lain.

Percutian kami ke Bali kali ini lebih adventure. Bermula daripada Kuala Lumpur lagi sebenarnya. Penerbangan kami dijadualkan pada jam 4.30 pm. Jadinya apabila melibatkan pengaturan masa ni, kena betul-betul teliti. Kami keluar rumah jam 10.30 am. Awalnya kan? Sebenarnya hari ini masih ada urusan yang belum selesai. 

Pagi ni kami menziarahi saudara (dua orang biras saya) yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru. Pagi kami ke Columbia Asia Setapak, tengahari ke KPJ Kajang pula.

Jam 12.30 pm baru kami bergerak ke Park 'n' Ride, Putrajaya untuk parking kereta di situ. Kadar sewaan berbaloi dan lebih murah berbanding kalau parking di KLIA2. Hihi.. Parking di Putrajaya ni tidak boleh melebihi 14 hari. Alhamdulillah, kami sampai di parking tepat jam 1.00 pm. Tapi rezeki kami, parking penuh. Setelah lebih kurang 30 minit pusing-pusing, akhirnya baru berjaya dapat parking.

Dari Putrajaya ke KLIA2 kami menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit sahaja. Satu tips, sila beli tiket menggunakan self tix machine menggunakan Debit Card. Ada diskaun. So harga tiket setelah diskaun adalah RM8.50 seorang. Jimat sikit di situ ya.



Alhamdulillah, lebih kurang jam 2.00 pm kami dah sampai di KLIA2. Memandangkan belum lunch, kami cari tempat makan dulu. Boleh tahan ramai orang walaupun bukan musim cuti sekolah. Pusing-pusing jugalah cari cafe yang tak ramai orang, dan finally kami decide makan di KFC. Hehe.. Simple dan kenyang. Chicken Burger for me, Lunch Set for MH. Settle!

Seusai makan, MH sempat lagi masuk ke OC cari cap.  Hmm.. saya ni jenis yang cepat neves. Kalau boleh nak check in dah once gate open. Hahaha.. So pilih-pilih, dapatlah beliau cap yang diidamkan. Okey, jom check in dulu, then solat kat dalam lah.

Nak dijadikan cerita, AA memang strict bab timbangan. Beg kami berdua terlebih berat. Kihkihkih. MH sengih je, saya dah gelabah. Takkan nak purchase baggage on the spot. Mahal! So MH kata takpe, kita cari jalan. So terserempak dengan satu group tour ni, kami join sekali. Acah-acah same group. Alhamdulillah, Allah permudahkan, lepas masuk check in.

Selesai semua kami bergilir solat sementara tunggu boarding. Memang just in time. Mencabar juga sebab saya ni jenis cepat berpeluh. Fuhh.. 


Tudia Cap baru dia.. :P


Penerbangan smooth, cuaca juga baik.. Penerbangan 3 jam tu saya tertido. Hehe. Sebab malam sebelumnya super excited dan last minute packing, tidur lambat lah jawabnya. Cumanya bila dah menghampiri waktu mendarat, kami dapat saksikan satu fenomena yang luar biasa. Langit terdiri dari pelbagai gabungan warna. Subhanallah.. cantik sangat..


Syukur kami mendarat di Bandara I Gusti Ngurah Rai jam 7.30 pm. Cuaca baik sekali. Kami menantikan kedatangan Mas Agus untuk menyerahkan kereta. Kami deal sewaan mobil lepas kunci semasa di Malaysia lagi. Asalnya kami minta Toyota Agya. tapi Mas Agus bawakan Avanza. Disebabkan tidak mengikut perjanjian, Mas Agus akan datang ke hotel kami esok untuk tukar kereta. Oh ya, sebelum tu, kami ada dapatkan sekeping simcard juga di Airport pada harga IDR 200,000 (8GB). Ini penting sebab nak gunakan aplikasi WAZE nanti.

Sampai di Hotel (Peninsula Beach Resort, Nusa Dua), jam dah menunjukkan pukul 10.00 pm. Urusan check-in mudah sebab saya dah siap print slip booking hotel. Untuk menggunakan elektrik, ada surcharge tau, iaitu sebanyak IDR 665,000 untuk 7 malam. Deposit juga dikenakan sebanyak IDR1,000,000. Deposit saya gunakan Kad Kredit Muslimah Bank Rakyat. Hotel hanya hold sahaja, tiada dikreditkan dari Bank pun.

Day 1 ni tak ada berjalan lagi, cuma makan malam di bilik dan plan untuk perjalanan esok.


#IhsanGoogle


Disebabkan arrivalnya malam, ambik gambar dalam bilik hotel sahaja dulu

So total belanja kami untuk hari pertama (tidak termasuk deposit hotel):
1. Simkad  - IDR200,000
2. Parking Bandara - IDR11,000
3. Groceries - IDR60,000
4. Kartu Tol Bali-Mandara - IDR 50,000 (isinya IDR 30,000)
5. Petrol - IDR50,000
6. Hotel Surcharge - IDR665,000


Sampai sini dulu catatan Day 1. Nantikan entry seterusnya..
Read More

Saturday, June 09, 2018

Ada apa dengan K.O.N.S.I.S.T.E.N ?


Konsisten merupakan salah satu kunci utama dalam sesebuah kejayaan. Dan kenapa konsisten ini penting dalam pembentukan tabiat (habit) seseorang. 

Kadang-kadang ada juga saya terfikir, kenapa susah sangat nak konsisten? Teringat kata-kata DSV dalam satu temuramah dengan beliau... "Bila ada kemahuan untuk berjaya, kita akan buat apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, tetapi jangan lupa.. Ada satu lagi perkara yang sangat penting iaitu konsisten. Bila dah berjaya, rasa mudah je, tetapi nak konsisten tu bukan mudah.."


Antara pencapaian cemerlang saya selepas 3 bulan menyertai AIA Public Takaful Berhad (APTB). Qualified as AIA Rising Star, 2nd Runner Up Top Producer dan 3rd Runner Up Top Cases.


Alhamdulillah.. Allah izinkan saya konsisten dalam pencapaian saya. Gambar pertama dan gambar kedua, saya dapat award Top 5 Top Producer bagi dua bulan berturut-turut iaitu Januari 2018 dan Februari 2018. Gambar ketiga, saya dapat award 2nd Runner Up Top Producer in Mei 2018. Manakala gambar keempat pula saya dianugerahkan sebagai Top 3 Quarterly Top Producer (Award pada bulan April 2018). Alhamdulillah..

Tetapi, seperti yang saya risaukan, konsisten..

Bulan Mac dan April 2018 tidak menempatkan saya sebagai Top 5 Top Producer. Sedih, memang sedih. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa saya telan. Apabila saya leka, dan terus beranggapan, bisnes akan berjalan seperti biasa tanpa ada percambahan idea baru, rupanya saya silap. Tamparan yang agak besar juga bila dua bulan berturut-turut saya tidak dinobatkan sebagai Top 5 Top Producer yang mana ianya menjadi impian saya setiap bulan. Rasa macam nak menangis menyesali kealpaan diri :(

Ya Allah.. Engkau yang Maha Memudahkan.. Engkau juga yang Maha Memberi..

Aku pinjam kekuatan dari zatMu yang Maha Kuat, untuk terus kuat melangkah dalam bisnes ini. Kuatkan juga azamku dan imanku...

Sebenarnya, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa (mungkin jauh lagi bersifat sempurna..) seharusnya bermula dengan diri sendiri.. bukan daripada orang lain waima pasangan ataupun ahli keluarga sendiri. Peluang untuk berubah, untuk berjaya, untuk menggapai impian.. itu semua datang dari diri kita dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Jadi sentiasa bersyukur jika masih ada rasa untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.. :)

Jadi, LET's BE CONSISTENT guys!!

~ Pen Off ~





Read More

Thursday, May 24, 2018

SMKAK Gathering & Family Day 2017 [Sentosa Villa, Perak)


The strong bond of friendship is not always a balanced equation; friendship is not always about giving and taking in equal shares. Instead, friendship is grounded in a feeling that you know exactly who will be there for you when you need something, no matter what or when. (Simon Sinek) 



Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat ataupun rakan karib dalam kehidupan. saya pasti anda juga ada sahabat yang anda sayang. Dan pasti setiap kawan yang anda pilih sebagai sahabat karib mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kata orang biarlah pilih sahabat yang bisa tertawa dan menangis bersama, yang boleh berkongsi rasa dan cerita.

Saya sendiri mempunyai sahabat dan kawan baik (BFF). Pada saya sahabat dan BFF juga mempunyai definisi berbeza. Sahabat adalah meraka yang saya senang untuk barkongsi cerita, tetapi BFF lebih dekat dengan hati. 

BFF saya yang semestinya yang sentiasa di hati adalah Mr Hearthrob saya sendiri. Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Sekecil-kecil perkara sehingga kepada perkara yang lebih serius, kami selesa barkongsi rasa dan kata. Alhamdulillah, Allah hadirkan saya 2 orang BFF lain  (Shikin & Dina.. I love u!) dan beberapa orang sahabat di kalangan rakan sekolah menengah.

Setiap tahun, seperti biasa, kami akan menganjurkan SMKAK Gugurlz Gathering & Family Day. Tahun 2017, giliran team sahabat di Utara pula in-charge. Kali ini, kami berkumpul di Sentosa Villa, Perak selama 3 harı 2 malam. Family kami ni makin lama makin besar tau. Sebahagiannya telah berumah tangga, ada juga yang telah mempunyai permata hati.. :). Memang meriah. 




Penginapan kami selama 3H2M



Second Day -- Bukit Larut.. Nice view :)



Dina... my BFF



Kami naik ni lah.. Mencabar betul!



Sape tau apa sejarah Bukit Larut?



Duta AIA.. Hehehe



Posing skit..



Santai petang di kawasan villa



Last Day -- Rekreasi di Taman Tasik Taiping



Yeah!!!



Jom Balik.. Semoga berjumpa lagi..



SAYONARA


      
Read More

Tuesday, April 17, 2018

It's All About 2017 (Part II)


"Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored.."


Bismillah..

Sambungan half year review perjalanan seorang insan bernama SITI ZANARIAH BINTI SUHAIMI.

Alhamdulillah, satu keputusan yang amat berat telah dilakukan.

Memilih untuk membina legasi berbanding makan gaji..
Memilih untuk memiliki unlimited income berbanding fixed income..
Memilih kerjaya yang flexible berbanding kerjaya rutin..
Memilih untuk menjadi leader berbanding menjadi boss..



Dia adalah My Boss My Hero. Orang yang bertanggungjawab atas kejayaan saya. Yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepada saya untuk lebih focus dengan apa yang saya letakkan di dalam senarai 'BIG WHY'.


15 May 2017

Hari pertama saya attend training FIST 2.0 di AIA. Serap ilmu banyak-banyak dari tenaga pengajar dan juga otai-otai dalam industri Perundingan. 



Menamatkan FIST 2.0 yang berlangsung selama 4 harı dengan bergayanya. Menambahkan kenalan baru, pengalaman baru, dan sebuah PENGHARAPAN dan IMPIAN yang besar.



I Love Herbalife! Mulakan dengan sarapan yang berkhasiat. Sesiapa yang nak order, boleh roger saya ye.


1 Jun 2017 | KL Convention Centre
AIA Mid Year Congress 2017
Bersama salah seorang Speaker hebat dari Indonesia.



Yes, we did it! Bersama team KL Imtiyaz Ar Raudhah, di bawah pimpinan Saudara Mior, Unit Manager.



Team di bawah kepimpinan Mr Zeck



5 Jun 2017 | One South Sri Kembangan
My Very First Morning Meeting in Ar Raudhah Office. Cool!



7 Jun 2017 | The Ramp Cafe, MKBR
Mereka berdua ni antara my best buddy di Bank Rakyat, now dah jadi my valued client. Thank you girls~ 






14 - 16 Jun 2017 | Commit to Higher Altitude & Master Performance (CHAMP 2.0) Training Program

Masing-masing dengan Mission Board. Doakan kami berjaya menggapai impian dan matlamat kami. Memang mencabar training ni sebab, it's residential training, 4H3M. Training ni berlansung pada bulan puasa. Tetap bersemangat jitu untuk menuntut ilmu.

Doakan saya berjaya dalam bidang yang baru bagi saya, dan pastilla sangat mencabar keupayaan dan kemampuan saya.

All is Well~














Read More

Sunday, May 22, 2016

KBKK [23 Mac 2016 - Day 4: Tirta Gangga - Ubud - Kuta]

Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai.. Bahagia itu mencintai semua yang kita miliki..

Salam hujung minggu..

Jom update sikit entry untuk minggu ini.. Sambungan Ke Bali Ke Kita (KBKK) untuk hari yang ke-4 pula..

RAMA CANDIDASA HOTEL KE TIRTA GANGGA

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami bermalam di Rama Candidasa Hotel, maka penyusunan tentatif perlu dilakukan semula. Hehehe. Memandangkan hari kedua tak dapat ke Tirta Gangga, jadinya dengan bersemangat, kami akan ke sana juga sebelum bertolak ke Kuta, tempat penginapan kami untuk baki 4 malam di Bali.

11.00 AM: Check Out.

Berborak dengan receptionist yang punyalah ramah, tak sedar sampai sejam duduk di kaunter. Asalnya plan hari ni kami akan menonton Teater Bali Agong yang terletak di Gianyar. Tapi kalau nak tengok teater, perlu beli pakej Safari Park. Memandangkan tentatif untuk hari ini dah penuh, kami batalkan hasrat untuk menonton Teater Bali Agong yang khabarnya sangat masyur di Bali. 




Cuaca sangat panas. Nak beli hats, tapi mahal lah. Tak jadi. (penat je berlakon jadi orang Bogor! Ekeke.. Ada orang sini ingat saya orang Bogor)



Bayaran masuk adalah Rp 20,000 seorang. Parking Rp 2,000

Tirta Gangga merupakan warisan daripada Kerajaan Karangasem yang dibangun oleh Raja Karangasem pada tahun 1946. Ingat lagi saya pernah tulis tentang Water Palace? Ha, ada kaitan jugak lah tu. Tirta ni maksudnya 'air suci', Gangga pula di ambil dari nama sungai di India. So, Taman ini adalah Taman Air Suci penganut Hindu. Kawasan ni pernah musnah masa letusan Gunung Agung pada tahun 1963, tapi dibangunkan balik untuk tujuan tarikan pelancong. Walaupun rasa bahang matahari panas, tapi still rasa nyaman sebab terletak berhampiran kaki gunung Agung.





Pelancong boleh jalan atas batu-batu di tengah kolam. Ada ikan berenang-renang follow kita. Patung yang ada tengah-tengah kolam tu adalah patung Parajurit/Ksatria.






Uik!! Boleh terapung. 




Senyuman Colgate untuk uolls~





Ada sahaja perarakan keugamaan.


TIRTA GANGGA KE UBUD

Hampir sejam kami di Tirta Gangga, setiap pelusuk dan bergambar. Jom, next destination. Tempat wajib dikunjungi oleh pelancong.. Ubud, Tegalalang. Jauh juga nak ke sana sebab Ubud dah menghala ke Central Bali.

Perut dah lapar, stok roti dari Malaysia pun dah habis. So singgah Alfa Mart beli something alas perut.


Sari Roti, keluaran Kartika Sari, Bandung. Susu Frision Flag. Kotak macam Dutch lady kan? Rasanya lain sikit. Hmmm tak tau nak describe! Minute Maid is a must! Beli jajan dan biskut sikit. Total Rp 47,000.




2.00 PM, sampai di Ubud. Tak ramai orang. Saya dah start rasa macam nak demam. So lepak sekejap je untuk bergambar. Kat sini boleh nampak penanaman padi secara teres (bertingkat-tingkat).




Isi petrol di Pertamina Rp 100,000.





Masuk pekan Kuta lebih kurang jam 3.30PM. Jalan tak sibuk sangat. Nampak signboard KFC. Excited sebab lapar. hahaha.. Tapi kami akan check in dulu, malam baru keluar untuk dinner.


THE JAYAKARTA CLUB BALI, SEMINYAK

Agak susah nak cari sebab jalan di Kuta ni banyak lorong. Alhamdulillah, check in jam 4.30PM. Jayakarta ni konsep apartment untuk 4 orang. Best! Kami dapat bilik di Ground Floor.



Suasana Garden. Cantik, bersih dan aman damai.




Ada ruang tamu dengan sofa bed. Dapur pun lengkap, so boleh lah memasak (kalau nak dan rajin lah).




Usai solat, jom jalan-jalan di pantai. Dari hotel ni ada direct access ke pantai. Actually Pantai Seminyak, Pantai Legian, Pantai Kuta di sebelah menyebelah je. Kebanyakan kawasan pantai adalah 'private beach' untuk orang yang menginap di hotel.

MH happy dapat terjun laut dan 'surfing'.. Saya? Oh noooo sebab dah mula selsema dan batuk-batuk. Jangan cari pasal.


8.30 PM: Dinner buat pertama kalinya di luar. Dan pertama kali juga keluar berjalan pada waktu malam. Di Candidasa tak berani sebab kawasan perkampungan. Di Kuta ramai sangat pelancong berjalan kaki sebab banyak kedai cenderamata di kiri kanan jalan. Niatnya nak ke Hard Rock Cafe, tapi disebabkan masalah teknikal kat GPS, dan perut pun dah lapar sangat, kami cari kedai makan yang terdekat saja lah. Dan make sure peniaganya MUSLIM!



Alhamdulillah.. Jumpa Warung Taman Sari Kuliner. Tak tau nak order apa. So we decided order Soto Ayam dan 'Orange Jus' atau orang Bali panggil Es Jeruk. Es Jeruk ni adalah buah limau ye, bukan guna buah orange. Hihi.

Pemilik warung ni adalah Pak Andre. Berasal dari Madura (ayahnya). Ibunya penduduk asli Bali dan revert to Islam. Dia menceritakan dulu sebelum Bali jadi tarikan pelancong, memang susah nak jumpa makanan halal. Tapi nowadays, dah ramai orang luar masuk ke Bali (sebab merantau, perkahwinan dan juga perniagaan).

Total perbelanjaan dinner kami adalah Rp40,000.



Nota kaki-tangan:
Jalan kaki lebih baik kalau uolls nak shopping cenderahati tepi jalan. Sebab parking agak terhad. But, kena berhati-hati ye dengan barang berharga uolls.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Parking Tirta Gangga IDR2,000
b. Entrance Fee Tirta Gangga IDR 40,000
c. Petrol IDR100,000
d. Alfa Mart IDR47,000
e. Dinner IDR 40,000
TOTAL : IDR229,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
c. Hari ketiga: IDR460,000
d. Hari keempat: IDR229,000
BALANCE: IDR2,477,900
Read More