Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Saturday, March 02, 2019

Bali Day 8 - 26 Jan 2019 : Bali - Kuala Lumpur

"Sesuatu yang kau jumpa dalam perjalananmu... Ada kalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.” -- Arena Wati


Alhamdulillah.. Selesai pengembaraan kami 8H7M di Pulau Bali. Pelbagai pengajaran, pengalaman dan ikhtibar yang boleh dijadikan pedoman dan panduan. 

Penerbangan ke Kuala Lumpur jam 7.00 ptg, kami masih ada masa untuk jalan-jalan meneroka keindahan pantai yang ada disekitar Kuta.


Oh ya, check out adalah jam 11.00 am. Actually, kami pun baru tahu, Peninsular Beach Resort ni hanya boleh ditempah untuk tempoh gandaan 7 malam sahaja. Dan ianyanya hanya untuk Members.. So masa kami nak check out ni, ramai lah tengah tunggu pak supir masing-masing untuk ke airport. So, you all kalau nak tengok keseluruhan bilik kami, boleh tengok dalam video di FB saya. 


Masukkan semua barang dalam kereta dulu. Then jom jalan-jalan!! Kami plan akan lunch di Pantai Jimbaran. Dengar cerita ikan bakar kat sana sedap dan segar dan yang penting halal. 


Air kotak wajib try.. Serius sedap sangat. Kami singgah juga di Krisna Wisata Kuliner, kat sini ada jualan makanan signature Bali dan bahagian atasnya ada Restoren - Bebek di Tepi Sawah. Bebek tu itik. So far, tak pernah lah pulak try kan. Kami beli Banana Chocolate. Tak pernah try lagi. Hopefully sedap lah ye.



Sampai di Jimbaran - actually ni adalah Pantai Kedonganan. Kat sini anda akan dapat lihat air laut yang seolah-olah dua warna. Cuacanya, Subhanallah... Panas terik! Walaupun angin laut kuat, tapinya sebab matahari tegak atas kepala, so memang hangus lah. Selama 7 hari kami di Bali, tak lah sun burn sangat, tapi lepas kami berjemur kat sini, memang teruk sun burnnye.. Hehehe..

Di sini juga nelayan kecil membawa pulang hasil tangkapan dari laut. So kalau baru 'mendarat', maksudnya hasil tangkapan tu sangat segar lah ye. Anda akan dapat lihat peraih dan nelayan meniaga hasil laut di sekitar jetty. 



Maaf ye sis dahaga sangat-sangat. Tak boleh nak tunggu-tunggu dah. Buat muka sedih sikit supaya MH belikan air kelapa.. Hihi.. Jom try kelapa Bali. Sebiji IDR12,000 sahaja. Walaupun penduduk di sini tak ramai sangat, tapinya ramai Muslim. Alhamdulillah..





Disebabkan orang terlalu ramai, dan nak tunggu Q punyalah panjang, so kami decide tak jadi lah lunch kat sini. Huhu.. Style kat sini, pengunjung perlu membeli ikan atau apa sahaja seafood yang di jual di tepi jetty, lepas tu bawa ke kedai ikan bakar untuk dibakar/di masak. Kedai-kedai di situ tiada jual ikan tau. Diorang charge untuk tolong bersihkan ikan/seafood and masak/bakar sahaja. Kalau nak duduk-duduk minum saje, tidak dibenarkan. Sudahnya kami hanya lunch roti aje. Gitu...




Alhamdulillah.. Walaupun Islam adalah minoriti, tetapi perkembangannya boleh nampak. Di kawasan masjid ini, ada kelas pengajian Al-Quran dan Kitab. Ada bilik-bilik kecil disebelah masjid, saya kira ianya dibina untuk kelas pengajian agama. Walaupun nampak dhaif, tapi jauh di sudut hati saya, sebak dan syukur atas Hidayah yang Allah berikan kepada mereka. Tapi kalau anda dapat lihat, ambulance tu Alphard okey. Maybe hasil daripada sumbangan. Wallahu'alam..

Selesai solat, kami terus ke Airport. Risau juga jalan petang-petang, Bandar Kuta ni macet. So better gerak awal sikit, tak kalut orang Utara kata.


Nak dijadikan cerita, luggage kami ngam-ngam 20kg untuk check in. So hanya beg sandang sahaja akan di bawa ke atas.

Kadang-kadang, dah rasa perancangan kita yang terbaik sehingga lupa Allah adalah Maha Perancang. Semasa kami nak check in Kastam, kami ditahan kerana membawa Tripod. Tripod GoPro tu panjangnya 90cm, tapi bila buka panjangnya sehingga 3 meter! Jadinya, terpaksalah masuk ke kargo. 

Then, apa lagi... Berlari lah pulak MH ke kaunter check in beg untuk check in tripod tu. Malangnya, beg kami yang sebelum ni dah ngam 20kg, dan berat tripod adalah 600gm. MH try cari juga orang Malaysia untuk tumpang luggage, tetapi malangnya tiada. Memang tiada harapan lah.. Dan akhirnya Tripod ini telah berpindah milik. Kami hadiahkan kepada pekerja kebersihan di Airport. Sekian wassalam..


Itulah dia tripod (actually bawa dua tripod, Tripod GoPro dan Vimble) yang telah banyak membantu kami untuk shooting gambar-gambar menarik sepanjang di Bali. Memang dah tertulis hanya untuk di gunakan di Bali. Baru je beli dah terpaksa bertukar warganegara. Hahaha.. Sis is redho..


Walaupun dengan rasa berat hati, kami terpaksa terima kenyataan. Alhamdulillah, urusan boarding semua berjalan lancar. Flight on time, cuaca baik, landing pun smooth je. Memang perjalanan kami kali ni memberi seribu satu makna.

InsyaAllah, April ni kami akan jelajah Kota Rome, Italy selama seminggu. Nampak gayanya kena beli tripod baru lah. 

OK, settle.. hope dapat jadi panduan kepada sesiapa yang nak travel ke Bali tanpa guna Travel Tour. Memang best! Try sekali, baru anda akan tahu. Challo!

Total belanja kami untuk hari kelapan:
1. Sarapan - IDR 44,000
2. Petrol - IDR 30,000
3. Shopping di Krisna - IDR 57,000
4. Pantai Kedonganan - IDR 3,000
5. Kelapa Bali - IDR 12,000
6. Alfa Mart - IDR 48,200

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [27 Mac 2016 - Day 8: Bali - Malaysia] <<
Read More

Wednesday, February 27, 2019

Bali Day 7 - 25 Jan 2019 : [Part 2] Shopping di Krishna - Dinner di Ayam Bakar Wong Solo

It's part two! Hahaha.. Macam banyak sangat nak cerita untuk Day 7 kan? Maklumlah esoknya dah nak fly balik KL...


Sambungan ni adalah selepas kami beristirehat after beraktiviti Water Sport. So entry kali ni lebih kepada kesimpulan lah berkenaan pengalaman kami selama seminggu di Bali.

Lebih kurang jam 6.00 pm kami masuk ke Krishna, iaitu salah satu gedung ole-ole yang besar di Bali. Selain Krishna, korang boleh juga beli ole-ole di Karang Kurnia, Ole-Ole Bali dan beberapa gedung lain lagi. Kali ni kami tak plan nak beli banyak pun. Cukup sekadar ole-ole untuk keluarga. Itu pun target beli makanan je. Sebab kami ambik luggage pun 15kg sahaja.


Kacang Disco dan Pie Susu Dhian adalah sebahagian daripada ole-ole signature Bali. Pie susu ni macam-macam brand ada. Make sure korang tengok betul-betul yang ada tanda Halal. Dan semestinya Pie Susu Dhian ni antara yang famous kat sini. Kacang Disko ni pulak ada banyak perisa. Korang boleh try di kaunter Customer Service. Rasa dulu yang mana sesuai dengan citarasa.



Pilih, jangan tak pilih.. Sampai rambang mata nak beli macam-macam. Last time, saya tak cukup cash masa shopping kat sini, mujur bawa The Best Islamic Credit Card, iaitu Kad Kredit Bank Rakyat. So urusan semua menjadi mudah dan pantas. Kadar tukaran juga adalah berbaloi. Sesiapa belum ada CC ni, contact saya okey (sempat lagi promote!).



Tadaaa... hasilnya.. Tak banyak pun. Cukup-cukup untuk family members je. Untuk saya sendiri, saya ada beli aroma therapy oil, body scrub zaitun dan juga sabun sireh. Harga memang murah.


Korang boleh terus wrap ole-ole korang ni kat kaunter luar. Bayar ikut bilangan kotak yang digunakan. Memang kemas diorang ni tolong wrapkan. So senang nanti kalau korang nak check in luggage.


Hasil 'menjala' kami dua bakul tu je. So penuh satu kotak sahaja. Untuk memastikan tidak lebih timbangan, kami tak seal dulu kotak tu. Sebab, kami akan gantikan pakaian ke dalam kotak, makanan ke dalam hand luggage. So lepas ni kena cari selotape lah ye.

Settle shopping, perut baru terasa lapar. Malam terakhir kami ni, kami decide untuk makan di Ayam Bakar Wong Solo. Tapi kali ni, kami akan ke Wong Solo di Bandar Kuta. Rasanya yang ni cawangan utama kot.


Semangat nak ambik gambar! Makanan - Sedap, cuma rezeki kami kali ni sambalnya agak masin. Harga boleh dikatakan hampir dua kali ganda daripada Ayam Penyet Surabaya. Kalau tanya pendapat saya, lebih berbaloi makan di Ayam Penyet Surabaya.



Kami ada kongsikan beberapa tips sepanjang seminggu pengembaraan kami di Pulau Bali. Kalau nak tengok full, boleh tengok video yang saya share di FB: Siti Zanariah. Antara 10 tips yang boleh saya ringkaskan:

1. Kalau plan untuk explore Bali tanpa tour guide, make sure korang buat full itinerary. At least susun tempat tu mengikut kesesuaian aktiviti dan juga jarak perjalanan.



2. Sewa kereta seminggu sangat murah. Dan kalau korang plan travel jauh-jauh okey sewa kereta. Tapi kalau plan nak explore area Kuta, Sanur, Ubud je, dan korang berdua je, sewa motor pun dah okey.



3. Kalau tak sure berapa jumlah wang yang akan dibelanjakan, boleh buat anggaran berdasarkan aktiviti yang korang nak buat tu. Boleh survey siap-siap.



4. Ada beberapa aktiviti yang korang dah boleh book awal. Contoh, Bali Safari & Marine Park, Water Sport dan Baroeng Dance. 

5. Make sure kalau nak tukar duit di Bali, kena double triple carefull. Orang Bali suka buat magic - scam oleh Money Changer. Better korang tukar di Licence Money Changer je even rate tak menarik sangat.

6. Bab makan - Kami ni memang suka bawa makanan dari Malaysia. Standby sambal hitam Pahang, Nasi Impit, Milo, Teh, Gula, dan Instant Soup. Kalau area Kuta tak susah cari restoran Halal. Banyak je. Cuma kalau warung tepi jalan tu, kami pulak yang tak yakin boleh kena selera atau tak. So, tak pernah try lah. Sebab tu dua restoran je yang kami berani cuba.




7. Mini Mart - Mini mart favourite kami adalah Alfa Mart dan juga Circle K. Kat Bali, jangan susah hati kalau anda tetiba lapar nak cari roti ke, air kotak ke, air mineral ke. Mini Mart ni boleh dikatakan setiap 2 km ada je. Dan kebanyakkannya 24 hours. Dan kalau ke Circle K, jangan lupa try Froster perisa Cheese + Chocolate. Nyummy...

8. Jangan pijak Sesajen atau Canang Sari! Ni bukan main-main. Memang orang Bali pantang kalau kita pijak atau langkah. Sesajen atau Canang Sari ni adalah sembahan penganut Hindu kepada Tuhan mereka. Kalau korang ke Bali, setiap pelusuk tempat ada benda ni.



9. Sun Block - Jangan sesekali korang bawa, tapi tinggalkan di hotel je. Please apply at least setiap 4 jam - 5 jam. Kalau tak, memang hangus lah kulit korang. Saya bawa Sun Block by Shaklee, SPF 50. So far, alhamdulillah walaupun balik dari Water Sport, tak sun burn teruk sangat.



10. Kalau korang rasa tak nak bawa baju banyak sebab nak konon-konon backpack atau malas nak bawa luggage yang berat, korang boleh je recycle baju tapi buat lah konsep mix and match. Tukar-tukar padanan baju dengan seluar dan tudung. Korang ada pilihan nak mendobi, tapi kalau dobi di hotel, agak mahal. Kalau nak hantar di luar, saya kurang yakin. So kami beli je detergent 250ml kat Alfa Mart, memang wangi sangat2.. So basuh sendiri baju. Senang, at least baju yang berpeluh-peluh tu takde lah berkepam nak tunggu seminggu nak bawa balik ke KL kan. Basuh je setiap hari..



Alhamdulillah.. Selesai juga entry Part 2. Saya hutang satu lagi entry terakhir untuk pengembaraan Bali ni, iaitu Bali Day-8 (Perjalanan pulang ke KL).



Korang, kalau datang makan kat sini atau kat Restoran Ayam Penyet Surabaya, ingat kat saya tau. Hihi~

Okey lah, sampai sini dulu catatan untuk Hari ke-7.

Total belanja kami untuk hari ketujuh [Part 2]:
1. Shopping di Krishna - IDR 952,000
2. Kotak - IDR 10,000
3. Dinner at Wong Solo - IDR 183,700
4. Parking at Wong Solo - IDR 2,000
Read More

Tuesday, February 26, 2019

Bali Day 7 - 25 Jan 2019 : Water Sport @ Nusa Dua

Don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect!



Lamanya terperam dalam 'draft'.. Lately ni komitmen masa saya agak pack. Alhamdulillah, semua tu rezeki. Allah hadirkan perkara-perkara yang baik dalam hidup saya untuk saya kembali dekat denganNya, dan seterusnya terus berkhidmat kepada masyarakat.

Alhamdulillah, jom saya share catatan perjalanan kami berdua pada hari KETUJUH di Pulau Bali. Sebulan dah berlalu, tetapi memori dan kenangan di sana masih segar dalam ingatan. Memang Pulau Bali adalah salah satu tempat yang menarik untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.. :)

Hari ke-7, kami hanya spend masa untuk aktiviti WATER SPORT! Memang ini adalah salah satu sebab kenapa kami bercuti ke Bali buat kali kedua. Last time, masa 2016, kami tak berkesempatan nak buat aktiviti sukan air ni. 

TIPS: Beli pakej secara online lebih jimat dan jauh lebih murah. 

Sehari sebelum kami beraktiviti ni, kami dah survey beberapa tempat sekitar Nusa Dua. Memang ada tempat yang murah, tetapi kalau dibandingkan dengan online, masih untung beli secara online.

Kami beli 4 jenis permainan sukan air: Rolling Donut, Flying Fish (2 kali repeat), Parasailing Adventure dan juga Sea Walker. Total spend di sini untuk dua orang adalah IDR1,550,000 sahaja! Lebih kurang RM450 untuk dua orang.

ROLLING DONUT


Rolling Donut ni ok-ok lah.. Nak kata best sangat tu tak juga, tapi we enjoy lah. Kita duduk dalam pelampung (max 4 orang) tu then di tarik oleh speed boat. Di bawa pusing-pusing sekitar Nusa Dua, sambil menikmati pemandangan yang cantik di persekitaran Nusa Dua. 

FLYING FISH


Flying Fish ni sejenis adik beradik dengan Rolling Donut juga, tetapinya bila Speed Boat tu tarik laju-laju, then 'WE ARE FLYING...".. Best sebab tu we all repeat dua kali. Kena pegang kuat-kuat ye, kalau tak memang tercampak masuk dalam laut lah. Masa ni matahari dah start terik. Jangan lupa sebelum enjoy dengan water sport, make sure pakai sun block tebal-tebal. Kalau tak, memang hangus lah. Saya pakai Sun Block by Shaklee, SPF50.. Alhamdulillah, sangat membantu.

PARASAILING ADVENTURE


Ni yang paling paling paling best! Di sini ada dua jenis parasailing. Ada single parasailing dan juga adventure parasailing. Adventure ni yang boleh baik berdua. Dan tak semua tempat yang ada. Kena survey dulu lah kalau nak pilih yang ni. Saya tak pasti berapa ketinggian ni, tapi rasa jugak lah gayatnya. Dari atas ni boleh nampak Masjid Putih Nusa Dua yang cantik dan besar. Nusa Dua ni ramai juga muslim sebab kebanyakkan yang kerja di Water Sport ni adalah berasal dari luar, bukan asli Bali.

SEA WALKER


Yang ni asalnya memang saya tak masukkan dalam list. Saya ni penakut kalau bab kena menyelam ni. Mujur MH berjaya memujuk saya buat jugak. Kalau tak memang rugi tak try. Sea Walker ni, not bad lah. First experience saya. Jangan risau untuk bernafas, sebab korang boleh bernafas macam biasa je dalam helmet yang berat tu! 

Masa kami berdua 'masuk' dalam laut (kedalaman kira-kira 10 meter), tiada pengunjung lain. So mula-mula agak cuak. Macam-macam terbayang. Macam mana kalau arus kuat sangat, macam mana kalau ikan besar datang, macam mana kalau tetiba helmet ni terangkat.. haihhhh laaa Ana oii.. semua ni pihak diorang dah kaji awal-awal lagi dah. Actually, kami diawasi oleh dua orang Diver Professional. Ha, nak takut apa.. Enjoy the view aje lah..

Frankly speaking, batu karang kat situ tak cantik sangat. Ikan memang banyak setelah kita umpankan dengan roti. Maybe diorang tak sempat buat proses pemuliharaan batu karang kan. Station untuk aktiviti ni banyak. Saya tak pasti kalau masuk ikut station lain tu sama ke tak view coralnya. 

Oh ya, arus kuat juga bawah ni. Sesekali terasa kena tolak. Sebab tu Diver dah bagitau awal-awal pegang besi kuat-kuat.


Bali Water Sport memang terbaik! We enjoy our day, our moment. Sesiapa yang ke Bali, wajib try. Rugi tau kalau tak try. Sebab kalau game-game macam ni kat Malaysia, mahal sikit. Kami pernah buat perbandingan harga Parasailing di Langkawi. Jauh beza!

Selesai aktiviti semua tu, kami dihidangkan dengan lunch (termasuk pakej). Kami memilih sandwich sahaja memandangkan ada plan nak ke Bandar Kuta petang ni. Last round untuk makan Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Jam 2 pm kami dah kembali ke Hotel. Sempat lagi lah sambung swimming pulak. 




Callo!

Petang, lepas uruskan diri, solat dan rehat, kami sekali lagi berkunjung ke Water Blow. Tengok pemandangan sebelah petang pula. Tapi tak spend masa lama pun sebab ada misi terakhir yang belum dilaksanakan - SHOPPING!

Untuk entry shopping dan makan malam di Ayam Penyet Wong Solo, saya sambung next entry ya. :)

Total belanja kami untuk hari ketujuh:
1. Water Sport- IDR 1,550,000
2. Parking Water Blow - IDR 4,000

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [26 Mac 2016 - Day 7: Sanur - Joger - GWK - Jimbaran - Krishna] <<
Read More

Wednesday, February 06, 2019

Bali Day 6 - 24 Jan 2019 : Waterblow - Pandawa Beach - Dreamland - Centro - Uluwatu

Making yourself a priority once in a while, it's not selfish. It's necessary..


Hari ke-enam di Bali, sekejap je rasanya masa berlalu. Bali memang sebuah pulau yang kecil, tetapi terlalu banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Dan setiap daerah atau destinasi tarikan pelancong tu ada keunikan dan kelainan yang tersendiri. Pulau Bali juga terkenal dengan kecantikan dan kejernihan air pantainya. Dan sebahagian pantainya pula dijadikan tarikan sebagai tempat untuk board surfing kerana high tide.

Hari ke-enam ini lebih kepada berjalan-jalan dan bersiar-siar sahaja. Jadi kami keluar agak lewat iaitu sekitar jam 9 pagi.

Destinasi pertama adalah Water Sport Tanjung Benoa. Jaraknya sangat lah dekat dengan Hotel yang kami menginap. Lebih kurang 10 minit menaiki kereta. Kami survey harga dan pakej untuk Water Sport (untuk tentatif esok - Water Sport). Terdapat pelbagai pilihan permainan sukan air yang ditawarkan. Bergantung kepada minat, kesesuaian dan bajet masing-masing. Setelah mendapat sedikit info dari pengendali sukan air, kami decide beli pakej menerusi online - Lagi Murah! So guys, kalau nak cari water sport, booking online ya lagi murah.


Settle di Tanjung Benoa, kami terus bergerak ke Waterblow Nusa Dua. Perjalanan kami disajikan dengan pemandangan dalam taman yang sangat cantik dan bersih. Seperti kami berada di satu kawasan lain pula. Waterblow ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong untuk mengabadikan gambar bersama ombak besar sebagai backdrop. Menarik kan? Tapi hati-hati jika ombaknya terlalu besar, samada anda basah atau anda terpukul sekali dengan ombak!


Ni adalah platform yang disediakan untuk para pelancong mengambil gambar. Menarik kan? Awas kalau anda basah. Bawa baju spare ye kalau nak ke sini. Mujur saya terkena di seluar je. 


Spectacular view! Itu yang mampu saya cakapkan. Airnya jernih sekali ya.. Kalau anda ke Bali, wajib masukkan Waterblow dalam list!


Sambil menantikan pukulan ombak. Tapi time kami ada di sini, ombaknya tak kuat sangat, tetapi angin cukup kuat. Boleh tengok video yang saya share di FB. Kami spend time kat sini tak lama pon, lebih kurang sejam. Langit yang begitu cerah, gambar yang di ambil memang sangat cantik.


Next destination adalah Pandawa Beach. Tak jauh sangat daripada Waterblow Nusa Dua. Ni pun salah satu tempat tumpuan pelancong. Semasa kami sampai, hujan mula turun. Agak lebat, tetapi sekejap je. Rezeki juga sebab lepas hujan, langit sangat cerah dan cantik..



Dalam hidup, kadangkala kita berhadapan dengan ujian dan latihan. Hati jadi terguris, emosi boleh tercalar. Namun jangan kita mengeluh kerana apa yang hadir dalam hidup kita ini adalah sebagai latihan dan proses untuk kita belajar dan memperbaiki diri. Setiap yang baik itu baik, setiap yang buruk itu juga baik. Tiada apa yang Allah bagi kepada kita itu buruk, semuanya baik. Cuma pada mata kita yang memandang yang menentukan ianya baik atau buruk. Pandanglah setiap musibah dan ujian yang datang sebagai 'hadiah' untuk kita menjadi lebih kuat! InsyaAllah semuanya baik.


Selesai bersiar-siar di Pandawa Beach, kami ke destinasi seterusnya iaitu Dreamland. Dalam perjalanan ke sana, kami melewati 3 buah Rumah Ibadat yang besar. Salah satunya adalah Masjid Agung Palapa. Kami singgah bersolat di situ dan berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan ke Dreamland. Masjid ni sangat unik kerana tiada berdinding. Jadinya tiada aircond mahupun kipas angin dipasang. Hanya menghirup udara semulajadi yang segar. Nyaman sekali. Jangan lupa tengok video Masjid Tour di FB saya. :)


New Kuta Beach adalah nama lain yang diberikan kepada Dreamland. Pantai ini adalah tempat tarikan bagi para Board Surfing kerana ombaknya yang kuat dan tinggi. Selain itu, pasir pantainya berwarna putih bersih dan halus sangat. Boleh berjalan barefoot di sini dan merasai sendiri kehalusan pasir pantai di Dreamland. Oh ya, pantai ini juga dikelilingi oleh tebing batu karang putih yang besar dan menjulang tinggi. Salah satu keunikan di Dreamland.


Kehijauan + keindahan yang ditemui semasa dalam perjalanan dari Dreamland ke destinasi seterusnya iaitu Uluwatu. Area sini tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Tak pasti adakah ianya jalan utama atau tidak sebab kami lalu situ pun atas 'arahan' Waze. Hehe..

Kami sampai di Uluwatu sekitar jam 4.30 pm. Hujan mula turun. Langit juga masih gelap. Plan asalnya kami akan sekali lagi menjejakkan kaki di Uluwatu sambil mengambil gambar berlatar belakangkan sunset. Tetapi mengikut ramalan (jangkaan kami sahaja), hujan lebat akan turun. So, MH sempat rekod video sekejap sebelum kami buat keputusan untuk tidak masuk ke dalam Uluwatu. Mujur dah pernah sampai dulu. Tak lah ralat sangat.

Alhamdulillah, perjalanan kami dari Uluwatu ke Bandar Kuta dihujani hujan lebat mencurah. Jadinya kami terus ke Restoran Ayam Penyet Surabaya untuk dinner memandangkan jam dah menunjukkan pukul 6.30 pm. Selesai dinner, kami ke Centro, salah satu Shopping Complex yang agak besar di Pekan Kuta. First time kami masuk sini, sebab nak cari Card Reader dan dengar cerita tengah ada sales. 


Finally... Sampai juga hotel. Fuhhh.. letih juga hari ni walau pun berjalan-jalan sahaja. Mujur dapat juga card reader. So malam ni memang MH transfer semua gambar dan video yang ada dalam Go Pro. Syioknya.. Sampai tertido dia menunggu settle semua 3 keping memory card. Banyaknya gambar dan video. Excited sangat. WOhooo..

Okey la.. Cukup lah dulu catatan untuk Bali Day-6. Sambung nanti pula untuk catatan dua hari terakhir. Bye!

Total belanja kami untuk hari keenam:
1. Groceries - IDR 42,000
2. Parking Tanjung Benoa - IDR5,000
3. Parking Water Blow Nusa Dua - IDR8,000
4. Parking Pandawa Beach - IDR5,000
5. Entrance Pandawa Beach - IDR16,000 (untuk 2 orang)
6. Parking Uluwatu - IDR2,000
7. Parking Resto Ayam Penyet - IDR2,000
8. Dinner di Resto Ayam Penyet - IDR81,400
9. Parking Centro - IDR6,000
10. Card Reader - IDR50,000

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [25 Mac 2016 - Day 6: Uluwatu - Kecak Dance - Karang Kurnia] <<
Read More