Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Saturday, June 09, 2018

Ada apa dengan K.O.N.S.I.S.T.E.N ?


Konsisten merupakan salah satu kunci utama dalam sesebuah kejayaan. Dan kenapa konsisten ini penting dalam pembentukan tabiat (habit) seseorang. 

Kadang-kadang ada juga saya terfikir, kenapa susah sangat nak konsisten? Teringat kata-kata DSV dalam satu temuramah dengan beliau... "Bila ada kemahuan untuk berjaya, kita akan buat apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, tetapi jangan lupa.. Ada satu lagi perkara yang sangat penting iaitu konsisten. Bila dah berjaya, rasa mudah je, tetapi nak konsisten tu bukan mudah.."


Antara pencapaian cemerlang saya selepas 3 bulan menyertai AIA Public Takaful Berhad (APTB). Qualified as AIA Rising Star, 2nd Runner Up Top Producer dan 3rd Runner Up Top Cases.


Alhamdulillah.. Allah izinkan saya konsisten dalam pencapaian saya. Gambar pertama dan gambar kedua, saya dapat award Top 5 Top Producer bagi dua bulan berturut-turut iaitu Januari 2018 dan Februari 2018. Gambar ketiga, saya dapat award 2nd Runner Up Top Producer in Mei 2018. Manakala gambar keempat pula saya dianugerahkan sebagai Top 3 Quarterly Top Producer (Award pada bulan April 2018). Alhamdulillah..

Tetapi, seperti yang saya risaukan, konsisten..

Bulan Mac dan April 2018 tidak menempatkan saya sebagai Top 5 Top Producer. Sedih, memang sedih. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa saya telan. Apabila saya leka, dan terus beranggapan, bisnes akan berjalan seperti biasa tanpa ada percambahan idea baru, rupanya saya silap. Tamparan yang agak besar juga bila dua bulan berturut-turut saya tidak dinobatkan sebagai Top 5 Top Producer yang mana ianya menjadi impian saya setiap bulan. Rasa macam nak menangis menyesali kealpaan diri :(

Ya Allah.. Engkau yang Maha Memudahkan.. Engkau juga yang Maha Memberi..

Aku pinjam kekuatan dari zatMu yang Maha Kuat, untuk terus kuat melangkah dalam bisnes ini. Kuatkan juga azamku dan imanku...

Sebenarnya, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa (mungkin jauh lagi bersifat sempurna..) seharusnya bermula dengan diri sendiri.. bukan daripada orang lain waima pasangan ataupun ahli keluarga sendiri. Peluang untuk berubah, untuk berjaya, untuk menggapai impian.. itu semua datang dari diri kita dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Jadi sentiasa bersyukur jika masih ada rasa untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.. :)

Jadi, LET's BE CONSISTENT guys!!

~ Pen Off ~





Read More

Tuesday, April 24, 2018

My BIG WHY

"Outstanding people have one thing in common: an absolute sense of mission" - Zig Ziglar


Tahniah to My Leader!


Dah macam agency pelancongan pulak Level 26 ni. AIA sediakan 14 trip setahun. Ada trip Asia, malah ada trip Europe dan sebagainya.  


Impian~



Yakin dan percaya, Allah telah aturkan yang terbaik. Syukur dan terima dan terus melangkah :)

Read More

Sunday, January 06, 2013

Titik Akhir Menjanjikan Satu Permulaan

Dengan ketibaan 2013, kita perkasakan yang ada, perbaiki yang kurang, tunaikan yang tertunda, bersiap siaga untuk hari mendatang. Kini bermula sinar dan cahaya ke arah yang lebih berjaya, mengecap bahagia dan hidup bermakna.

Let us not forget to pray and strive for strength. It is a time of hope for more successes, happiness and fulfillment.



Marilah bersama kita sentiasa mensyukuri limpahan nikmat dan kurniaan dariNya..


Alhamdulillah, saya masih berkesempatan untuk menyiapkan sebuah penulisan ringkas sebagai menyambut kedatangan 2013.






Read More

Friday, September 14, 2012

Anna atau Ana??



....... Sudah lama tidak mencoretkan catatan di dalam blog kesayangan ni. Hari ni di beri kesempatan oleh Allah untuk menyambung kembali projek terbengkalai. Projek apakah? Projek yang dimaksudkan adalah mendisiplinkan diri untuk menulis kembali..

Alhamdulillah, semakin hari semakin teratur kehidupan setelah bergelar isteri, menantu dan ipar. Tanggungjawab yang digalas sangat besar. Kehidupan juga berubah. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Bersama keluarga menziarahi sanak saudara ketika hari raya

Coretan kali ini hanyalah coretan ringkas… Bermula entri ini, tiada lagi penggunaan kata ganti nama Anna (sebutan ana, bukan ena).. Dalam Bahasa Arab bermaksud ‘saya’.. Jadi eloklah jika terus menggunakan ‘saya’ sebagai kata ganti nama..

Jadi, entri selepas ini, saya akan terus belajar mengenai penulisan yang bermanfaat. Harap rakan-rakan blogger dapat memberi tunjuk ajar ye!

Salam ceria~
Read More

Friday, July 20, 2012

Sambutan Hari Lahir CHRO


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Encik Hisham..
Allah selamatkan kamu...




Selamat hari lahir diucapkan kepada our beloved boss.. Encik Norhisham Ahmad (Chief Human Resource Officer)..

Tanggal 19hb Julai 1963, bersamaan 27 Safar 1383 di hari Jumaat yang mulia, maka lahirnya seorang insan di bumi Melaka.. yang diberi nama yang cukup bermakna.. Norhisham yang bermaksud  'Cahaya Pemurah'..

Semoga limpahan cahaya pemurah tersebut sentiasa memayungi kami sebagai anak buah yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ayahanda..

Memetik kata beliau.. "Semoga kita semua ikhlas bekerja dan bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab...".. Besar pengharapan beliau dalam memimpin anak buahnya menjadi insan yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah.. InsyaAllah boss..

Nota-cinta-Anna: Hampir dua bulan Anna berada di bawah tunjuk ajar dan bimbingannya. Alhamdulillah, sekarang Anna dah mula dapat menyesuaikan diri dan memahami sifat dan sikapnya. Awal2 dulu, sengsara juga emosi den ni ha.. Tapi sekarang dah stable.. Yang penting, jangan lupa, kebergantungan kita kepada Allah secara total yang akan memusnahkan 'blok' negatif yang ada dalam diri kita.. Bertawakkan dan bermuhasabah dapat meredakan sifat mazmumah dalam diri kita. InsyaAllah..

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga amal ibadat yang dikerjakan mendapat keradhaan dan manfaat dariNya. Amin...
Read More

Monday, May 21, 2012

En Nuff Tersayang~


Selamat pagi..!!

Alhamdulillah rezeki Anna utk minggu ni.. Encik Nuffnang bagi dua BE yang tengah run kat blog Anna. Even dah lama tak update blog, En Nuff still sayangkan Blue Crystal ni.. U all pun, rajin2 la support Anna berblog ye.. Klik apa yang patut, drop komen.. Even Anna tak online sekerap dulu, tapi malam2 Anna luangkan juga masa utk BW and reply comments..

*
*
*

Buffered Earning yang tengah run kat Blue Crystal.. Best3~



OK lah, Anna stop sini dulu.. Daaa...
Read More

Thursday, May 05, 2011

KFC | Baik Punye....

Siapa suka KFC?

KFC ada buat promosi skrg. Siap ada diskaun baik punye.. SO GOOOOD! Hehehe.. Kalau U all nak tau, boleh la klik kat iklan yg ada kat blog Anna ni.


Dah pernah try menu baru?


Nyum3.. Sedapnyeeee... Boleh la serbu KFC terdekat ye. Memandangkan Hari Ibu dah dekat, boleh la bawak ibu masing2 makan KFC. Bagi yang dah habis final exam tu, boleh la celeb kat KFC. Bagi adek2 yg baru dapat tawaran Matrikulasi dan Tingkatan Enam, KFC juga tempat terbaik nak celeb. Boleh lepak ramai2 sambil makan AYAM.. Heheh..  Nak makan lebih dengan harga murah?? Download dan print voucher KFC kat page KFC di facebook tu ye. Ataupun kat bawah ni pun boleh... Hihihihih... Tapi kalau nak tau lagi banyak, klik la IKLAN KFC KAT BLOG BLUE CRYSTAL ni k.. ^____^




Cepat3... Jgn lupa ajak Anna sekali ye.. =)

Read More

Thursday, December 09, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesihatan yang baik olehNya. Bermandikan matahari pagi memang seronok. Bunyi kicauan burung menggantikan lagu2 yang kadangkala menyerabutkan fikiran. Semoga hari ni Allah mempermudahkan segala urusan.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, Anna akan bercuti selama seminggu bermula esok. Hehehe.. Bestnya.. Actually semester break dah start last week lagi. Tapi memandangakan Anna ada tugasan dan amanah yang perlu dilakukan, niat balik kampung terpaksa dibatalkan. Namun, Anna juga perlukan rehat. Rehat badan dari keletihan, rehat minda daripada kecelaruan dan rehatkan fikiran daripada kekusutan. Maklumlah, final exam hari tu sangat sukar. Dugaan menyiapkan thesis juga banyak menguji ketabahan. So, Anna perlu cuti-cuti Malaysia sebelum kembali menjalankan tugas sebagai seorang pelajar dan pembantu felo di kolej. 

Anna harap, kawan2 blogger semua sudi2kan lah diri untuk menjenguk Anna. Kalau ada kesempatan, Anna akan update percutian Anna tu pun kalau ada excess internet. hehehehe..

K lah, takmo letak gambar ok kan.. nak cepat ni.. Semoga berjumpa lagi..

Sekian~
Read More

Monday, November 08, 2010

Lucky Number 18181

Salam.. Hya All~

Entri saja-saja.. No idea to write!! Juz nak bgtau je, U all ada perasan tak yang kat bawah page Anna ni ada Anna letakkan TOTAL PAGEVIEWS.. Anna nak bg hadiah kat sape yg dapat capture number favourite Anna tu. Rasanya dah seminggu letak box tu kat situ, tapi blum achieve, maklumlah blog tak femes. Hehhe.. sekarang ni jarang sangat org datang. Performance blog pun dah kurang!

OK la, jgn lepaskan peluang ye. Yes! It's FREEEEEE... Mana tau ada rezeki. Kalau  U all tgk number 18181 tu trs print screen tau. Lalalaaaa.. Juz for fun k.. Kalau number tu terlepas, Anna akan gantikan ngan number lain pulak. Daaa~~



Read More

Monday, October 11, 2010

Pengurniaan D.P.S.M kepada TNC (HEMA) UTM

Assalamualaikum....

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Tajudin B. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) UTM telah dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) Yang Membawa Gelaran DATUK. Anugerah ini diterima daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Khalil Bin Yaakob sempena menyambut Hari Jadinya pada Hari Sabtu 9 Oktober 2010

Pengurniaan tersebut adalah sebagai penghargaan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin B. Hj. Ninggal di atas jasa yang cemerlang kepada Negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya. Justeru itu, mulai daripada tarikh tersebut gelaran nama TNC (HEMA) adalah seperti berikut : 

" PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL " 


Gambar yang diambil dari facebook beliau~~


Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk di atas pengurniaan tersebut daripada kami warga UTM

Semoga Dapat Meneruskan Kecemerlangan Pada Masa-Masa Akan Datang.



Berbangga kerana beliau merupakan bekas pensyarah kaunseling psychopathology.  Subjek tersebut dah tak ditawarkan kerana tiada lecturer yg betul2 pakar dalam bidang ni melainkan Y.Bhg. Prof. Datuk... Rasa ralat sangat sebab tak sempat belajar dengan Y.Bhg. Prof. Datuk semasa subjek ni ditawarkan dua sem lepas.... Sekarang Y.Bhg. Prof. Datuk dah sibuk dengan urusan pentadbiran Universiti. Tahniah sekali lagi diucapkan~~
Read More

Wednesday, September 29, 2010

Doakan Anna ye Kawan-kawan

Assalamualaikum..

Anna ada di rumah (Alor Setar) sekarang.. Sampai pagi2 tadi kul 7am. Rehat-rehat jap tadi before sambung balik study Teori-teori Kaunseling. Banyak yg nak kena study balik. Huhuhu..



Actually esok pagi (8.00 am) Anna ada interview SPA kat Wisma Darul Aman.. Dah lama tak attend interview, cam nervous pun ada ni.. huhu.. Baju dah siap iron, resume dah sattle, sijil2 dah fotocopy. Tinggal nak stand by soalan2 yg bakal di tanya oleh interviewer jek. Anna harap U all doakan Anna dapat bertenang dan jawab soalan dengan baik dan yakin besok. Really need that job sebab sem depan dah habis belajar. Kuikuikui~~~ 

Ok la, siap dah entri ringkas untuk hari ni. Semoga berjumpa lagi kawan2. Thanks kepada yg sudi mendoakan Anna ye. Semoga U all juga berjaya di dunia dan di akhirat. (^_^)V


Read More

Sunday, September 05, 2010

Header Cantik from Anishaway!

SeLamAt PaGi...!!!

Wahhh.. freshnye pagi ni sebab cuaca nyaman selepas hujan. Even blum melelapkan mata semalaman, tapi energy masih berbaki untuk berbelog before balik kampung MALAM NI.. Yeay! Tak sabar sangat..

Entri pagi ni juz nak tanye, U all perasan tak ape yg lain kat blog ni? *dah sah2 tajuk entri :header, lagi nak tanye kan? Apalahhh..* Heheheh...~~ Finally, Anna berjaya juga memasang HEADER YANG CANTIK MANIS ni kat tempat yang betul.. Dah lama header ni siap (2 minggu dah), tapi Anna tak reti nak pasang sebab Anna guna templete luar, bukan blogspot punye.. So, Anna cakap dengan ANISH, takpe buat je dulu, later Anna sattlekan. Punye lah excited bila dah siap. Thanks ye Anish. Anna mmg suke sgt sebab simple dan kemas. Kaler pun matching je ngan blog Anna... :)




Actually, Anna da juga tanye beberapa blogger tentang coding HTML yang dah buatkan mata Anna berpinar2 ni.. Maklumlah bukan budak IT, so rabun sikit multimedia ni. Tapi, mmg dengan adanya blog ni la Anna gain sumthing new. Daripada tak faham bahasa komputer, dah sikit2 boleh faham. Kira OK la step by step kan? Thanks to Wan Hazel yang tak jemu melayan pertanyaan Anna tentang coding ni.. Sampai dia pun dah pening nak terangkan camne. hehehe.. Thanks ye.. Anna follow je tutorial wan tau. Alhamdulillah, menjadi. To Padin, thanks jugak bg info tentang edit HTML ni. Berjaya juga Anna sattlekan setelah beberapa kali try and error..

Actually wan pun ada jugak tolong buatkan watermark untuk Anna. Perasan tak kadang2 ada, kadang2 takde.. Heheh.. Ni ha watermarknya. Mmg tak lari daripada sunflower dan purple lah kan.. Yg ni mmg dah lama Wan buatkan. :) Banyak lagi tutorial lain yang U all boleh belajar kat sana.. Jom la kita serbu blog dia.. 


Ni la watermark yg Wan tolong buatkan.. Santekkk sangat. :)

Read More

Friday, July 09, 2010

Pelancaran Kelab 1 Malaysia di UTM Skudai


Sedar tak sedar, dah seminggu berlalu MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA (MTM) di UTM, Skudai... Banyak program dan pengisian yang berfaedah dan berinformasi telah diatur untuk membantu mahasiswa baru melakukan transformasi diri mereka. Seiring dengan transformasi ni, UTM juga telah memperkenalkan DASAR PEMBANGUNAN MAHASISWA (DPM). Dasar ini adalah berasaskan kepada 7 nilai teras iaitu proaktif, berdikari, integriti, kompetitif, berbudi mulia, bekerjasama dan tabah



Anna tertarik untuk berkongsi salah satu pengisian yang sangat bermakna, iaitu pelancaran KELAB 1 MALAYSIA oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ucapan yang diberikan amat memberangsangkan. Majlis juga diselitkan dengan pelancaran buku MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI yang ditulis oleh Prof. Dr. Mohd. Tajudin Bin Haji Ninggal (TNC HEM&A)






Lintas langsung dari Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai: Ucaptama oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siaran ini juga turut ditonton secara langsung oleh mahasiswa daripada UTM International Campus, KL (teknologi di hujung jari~).



 

Upacara pelancaran buku MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI.





Sorakan 1 MALAYSIA! bergema dengan penuh bersemangat.. Ada kolej yang menyediakan bendera Malaysia, sepanduk 1 Malaysia dan juga logo 1 Malaysia. Meriah~





Macam biasa, mesti nak bergambar.. Rasanya U all kenal kot sape gadis2 ayu dalam gambar tu... Hehehe.. Ni la buku yang dilancarkan tadi. Diedarkan secara percuma kepada hadirin yang datang pada malam ni. Bertuahnya kan? :)





Bacaan IKRAR SETIA MAHASISWA. Dipimpin oleh Saudara Mohd Zaki (Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, UTM). Credit to Cik Liyya for taking dis pic! :)






Eh! Kenapa ada gambar ni? Lalallalaa~ Nak enter-frame jgk ni.. Maaf ye gambar agak kurang berkualiti. Ape2 pun, posing tetap adoooo... hihihi..



Oh ya, before bersurai, macam biasa akan nyanyi-nyanyi kan? So, ada dua lagu yang dinyanyikan. Pertama: Perpaduan Bangsa (nyanyi je walaupun lirik tak berapa hafal lagi), then lagu UTM iaitu KEUNGGULAN TERBILANG (ada sedikit perubahan kat lirik memandangkan UTM dah berjaya dinobatkan sebagai RESEARCH UNIVERSITY).. Alhamdulillah...~
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom tengok lirik KEUNGGULAN TERBILANG... 



Bersama kita menjulang

Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Pengajaran penyelidikan
Penulisan perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa...~


Proud to be UTM's student... (^_~)


Read More

Wednesday, July 07, 2010

SCORE A HEBAT : MEMANG BERBALOI...!

HEBAT.... Malah Extra HEBAT...!!

Hehhe.. apa yang Anna bersemangat sangat petang-petang ni..?
U all pernah dengar tentang SCORE A?
Mungkin ada yang cakap score A adalah seminar SPM yang dianjurkan oleh Berita Harian, ada juga yang jawab score A ni teknik nak dapat semua A dalam exam..
Tapi, kalau U all nak tau, SCORE A yang Anna nak tulis petang ni adalah satu portal pendidkan yang sangat berkesan, bagus dan hebat...! Diulangi.. PORTAL PENDIDIKAN..

Siapa tak nak tengok anak atau adik berjaya dalam exam kan?
Apa caranya? 
Ada pelbagai kaedah nak ulangkaji subjek antaranya latih tubi, pembacaan, tuisyen, homework, dan macam-macam lagi lah. Tapi sejauh mana keberkesanannya...? Adakah anak atau adik U all bersedia dengan semua latihan yang bertimbun tu untuk nak berjaya? Atau, bagi yang kurang berkemampuan, dapatkah peruntukkan sejumlah wang demi menghantar anak2 ke pusat tuisyen yang sedia maklum tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan...? persoalannya, adakah cara yang lebih praktikal?

Anna dah temui jalannya dan penyelesaiannya...
SCORE A adalah jawapan yang HEBAT...!

Adik bongsu Anna dah menggunakan SCORE A selama dua minggu. Alhamdulillah, dia menunjukkan semangat nak study dengan tinggi. Sangat rajin nak buat ulangkaji berbanding before ni asyik nak main game je.. Setiap hari, dia akan spendkan masa at lease dua jam untuk buat latih tubi yang sangat interaktif ni..
Hasilnya....? U all agak camne?
Alhamdulillah, latihan yang cikgu sekolah bagi dapat diselesaikan dengan mudah
Rajin untuk mendalami lagi pelajaran yang dia belajar kat sekolah
Dia target nak dapat top 3 dalam exam akhir tahun nnt..
Semoga berjaya ye dik...

Ni contoh SCORE A.. Anna print screen daripada akaun adik Anna sendiri..


Page depan. Kalau U all nak try, boleh klik kat ONLINE DEMO. Yg tu tak perlu daftar. Tapi ada 4 soalan je la.. Kalau suka, boleh la beli portal ni..



Yang ni Anna sign in as parent sebab nak check adik Anna buat latihan tak hari ni... Nampak tak word eReport Card? Kat sini la Anna boleh semak samada adik Anna buat latihan atau tak. Siap ada markah dan topik apa yang dia buat..



Ni akaun report card dia..
Kalau tak nampak klik je kat gambar tu besarkan ek.
Ni subjek Sains.. Untuk bulan July
Ada beberapa topik yg dia dah buat siap ada markah.
Anna boleh check soalan apa yang dia salah and suggest untuk dia study lebih part2 yg dia lemah..



Ni lah hasil R&D selama lebih daripada 5 tahun untuk menghasilkan portal berkualiti.
Kepatuhan SYARIAH juga telah diperolehi..
Antara yang best, ada e-notes, e-dictionary
Boleh semak secara cepat. Tak perlu nak selak2 buku lagi..
Nota pun berwarna dan dalam bentuk peta minda yg mudah difahami..



Ni contoh peta minda yang ada dalam e-notes..
Memandangkan Anna daftarkan adik Anna ni darjah 4, so Anna dapat buka notes darjah 4. Ni subjek SAINS. Hafal la notes ni sampai lebam... Hihihi...

So, apa tunggu lagi ibu2 bapak2... eh salah.. Tuan2 dan Puan2 serta cik2 sekalian. Nak kan orang yang disayangi berjaya? Harga yang berpatutan malah ada yg cakap murah gilos la kalau student tu buat everyday every subjek 4-5 kali sehari. Kalau tuisyen dah berapa ringgit sehari. Nak g pun, ambil masa kan? Ni senang, ada internet, ada PC.. on je.. Budak pun suke.. Tak payah penat2 nak g jauh.. Sambil relax balik sekolah, sambil layan SCORE A.. :)


Dari-kaca-mata-Anna: Actually, adik bongsu Anna ni tinggal sorang kat umah ditemani mak and ayah. Kakak and abang2 dia dah masuk U dan asrama. SO, ni la kaedah Anna nak memantau homework walau dari jauh. Betul tak...? Credit juga kepada my HEARTTHROB (Love you lebih la camni.. hahah).. Beliau la yg menghadiahkan portal bagus lagi hebat ni kat adik Anna (bakal adik dia juga).. ngeh3..
Kalau nak beli, boleh contact beliau. Kalau nak buat bisness jutawan dengan SCORE A pun boleh contact beliau..
No tel: 0124262446.

Daaaaa~ (^_~)

Read More

Sunday, June 27, 2010

Alor Setar - UiTM Arau - Kangar - Tasik Melati - Gua Kelam - Alor Setar

Salam 1 Malaysia...!

Hari ni Anna nak story ke mana Anna menghilang sepanjang hari semalam dari pagi sampai malam.. *perhatian, entri ni agak panjang sebab nak story the whole day, maleh nak buat part by part.. Kalau taknak bace pun takpe, seyes tak majok.. hehehe*

Actually semalam Anna and family gi hantar adik Anna yg no-2 tu register di UiTM Arau. Perjalanan dari Alor Setar ke Arau lebih kurang 2jam. Sebab kami tak lalu highway. Kami memulakan perjalanan pada seawal jam 7.15 pagi. Kalau lewat nanti Q panjang lak kan..

Sampai di UiTM lebih kurang jam 9am.. Masa tu kereta dah Q dari luar pintu gerbang UiTM lagi. Dah agak dah, tentu ramai lagi yg datang lebih awal walaupun pendaftaran dikatakan bermula jam8.30am. Matahari memancar terang membuatkan peluh mula terhasil.. Eh, ayat novel lak. Maaf~ Hihi..


Berbaris dulu untuk naik bas ke kolej kediaman masing2. Parents juga turut merasa orientasi. Hahaha.. Dengan barang2 yg maha banyak, peluh dah menjejes, ada family yang 'pandai' potong Q, mcm2 gelagat lah.. Pendaftaran akan dibuat di kolej, so mmg la sanggup beratur sebab kalau lambat susah lak kan.. Actually Adik Anna (Amin) dapat dah kunci bilik masa enter main gate tadi. Kiranya gi kolej nnt boleh terus masuk bilik la. Owhh~ panasnya...!


Tadaaaa...! Ni la AMIN.. Yang kat belakang dok senyum lebar tu adik Anna yg 1st. Boleh jumpa blog dia kat SINI.. Amin dapat kursus DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM. Ni first time dia duduk asrama. Ngeh3~ kali ni perlu la berdikari ye dik. Mujur dekat je. Senang nak balik umah nanti..




 

Adikku yg bongsu dah penat and ngantuk sebab beratur panjang. Dah hampir 30 minit kot beratur ni. Cian dia awal2 pagi dah kena kejut suh tolong masak. Tapi dia tak bangun pun.. hehhehe..


Masa ni dah siap daftar. Ni la blok Amin. Perut dah lapar bangat nih! Lepak2 dulu sambil berkenalan ngan roomate dia. Satu bilik 3 org. Kebetulan ketiga-tiganya org Kedah. =)



Anna pun tak ketinggalan untuk bergambar,,, hahaha.. Note: Adik Anna tu tipu, beliau tak setinggi itoo okeyh~ Perut dah lapar.. Jom makan...!


Jalan2 cari pasal port makan kat TASIK MELATI. Bawa bekal tu nak picnic. Tapi port depan2 dah penuh la.. So kami lepak kat area playground.


 

Finally dah jumpa port baik punyeee...! So, apa lagi.. buka la bekalan yg dibawa.. Ada mushroom spegeti, bihun goreng, nugget, buah2an dan grape juice.. Kalau dah lapar tu, semua sedap kan..




Wajah2 yang Anna sayang~ Bergambar dengan hepi sebab perut dah kenyang.


Bergambar kenang2an before meneruskan perjalanan. Pasni akan ke Gua Kelam. But before tu kena hantar Amin ke UiTM dulu. Orientasi start kul 3.30pm. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti..~



Yeay! Dah sampai GUA KELAM.. Aktiviti picnic diteruskan. Adik Anna yg bongsu aje bersemangat nak mandi.. heheh.. excited jumpa air. Masa ni hanya ada Anna, mak, ayah and adik dua org. Amin dah memulakan aktivitinya di sana.. Hihihi.. next time la datang lagi bawak Amin. Sambil tunggu adik mandi, kami makan bekalan yang dibawa. Sebab mmg dah plan nak singgah mandi kat sini. So menunya: Sandwich tuna! Nyummy.. Sedap..

Sampai sini dulu story Anna. rasanya ni adalah 1st time Anna bercerita tentang family kat blog ni. Actually Anna ada lagi sorang adik form 5. Tapi sayangnya tak dapat ikot sebab beliau dah kembali ke asrama di Sek Men Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Kebetulan je last week balik asrama sebab dah habis cuti sekolah..~

dari-kaca-mata-Anna: Hope U all tak pening2 lalat baca story ni.. Juz for fun untuk berkongsi.. Daaaa~








Read More