Showing posts with label Nuff. Show all posts
Showing posts with label Nuff. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

KBKK [22 Mac 2016 - Day 3: Pura Besakih - Kintamani - Tirta Empul]

Do you know what Islam says
It says that life’s the greatest test
It says that life’s a borrowed space
Returned upon rest

Words by: Zain Bhikha.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ke-3 di Pulau Bali. Menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Hanya mampu mengucapkan syukur dan kegum dengan apa yang diciptakanNya~

8.30 AM.. Awal sikit keluar hari ni memandangkan malam ni adalah malam terakhir kami di Candidasa. Awal pagi kami bersarapan Roti Gardenia Coklat, Campbell Instant Mushroom Soap, Biskut dan secangkir kopi. Actually menghabiskan stok makanan dari Malaysia. Cuma tinggalkan Maggi Cup and Milo untuk dinner.

Tempat pertama adalah Pura terbesar di Bali dan ianya juga Pura pertama di Bali, iaitu Pura Besakih. Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang sejam (28 KM). Perjalanan agak mencabar sebab perlu mendaki bukit dan jalan yang digunakan agak sempit. Perjalanan kami ke Besakih langsung tidak bertembung dengan sebiji kenderaan pun! Cuak jugak takut GPS salah bawa :P.

Estimate sejam, rupanya hampir dua jam baru sampai. Bila dah masuk kawasan Besakih, baru ada signboard. Itu pun kecik sgt. Mencabar sungguh. Dinasihatkan kalau uolls nak naik motor, fikir banyak kali dulu lah ye. 

Alhamdulillah, sampainya kami di tempat yang dituju lebih kurang jam 10.30AM. Punyalah ramai orang kat Pura ni. Sebab ni salah satu tarikan wisata ke Bali. Katanya lah. Kami pun tak tahu tarikan ape sebenarnya. jom tengok apa ada..




Stamina kena kuat sebab banyak mendaki tangga. Besar gilos Pura ni. Dan dalam Besakih ni sendiri ada beratus pura kecil yang mana setiap pura ni ada pagodanya yang tersendiri. Kami dioffer oleh 'guider' untuk melawat kawasan pura. Actually tak boleh masuk sebarangan katanya sebab ada upacara sembahyang. Mereka akan menyambut upacara keagamaan yang besar esok. So, segala persiapan sedang dilakukan.

Gambar yang bawah tu, background dinding berlumut tu adalah binaan asal Pura yang sengaja ditinggalkan sebagai sejarah. Pura ni pernah rosak teruk selepas dilanda lahar dari Gunung Berapi Agong (Boleh google sejarah ni. Tak ingat guider tu cerita. Information overload).


Sumber ekonomi utama orang Bali di daerah ini adalah pertanian. Kebanyakan mereka menanam pokok buah-buahan dan pokok jagung untuk dijual kepada pengunjung pura. Kehidupan mereka tidak mewah, dan cukup untuk saraan hidup seharian. Kami terkejut bila guider tu bagi tahu dia sendiri pernah keluar dari daerah besakih ni sekali sahaja untuk ke kintamani, dan kebanyakan penduduk di daerah ini memang langsung tak pernah keluar daerah akibat kesempitan kewangan.

Di sini masih diamalkan kasta. Kami dapat melihat perbezaan kasta melalui cara berpakaian dan juga keadaan pura yang bertingkat. Pura tingkat paling tinggi iaitu di atas bukit merupakan untuk kasta tinggi. Susunan kasta dari yang rendah adalah Farmer, Soldier, King and Pendita. Guider kami ni dari kasta Soldier.


Ni gambar Pura Besakih di hari biasa. Comparekan dengan gambar kami di atas. Ianya telah dihiaskan dengan kain dan panji-panji untuk persiapan upacara keesokkan hari.


23 Maret 2016 merupakan tarikh upacara agama Hindu. Ada penganut agama Hindu dari India juga akan turut serta dalam upacara keesokkannya. Pura Agung Besakih merupakan pusat kegiatan upacara agama bagi umat Hindu. Di Pura ini setiap tahun dilangsungkan Karya Ida Bhatara Turun Kabeh, setiap sepuluh tahun sekali dilangsungkan upacara Panca Bali Krama dan setiap seratus tahun diselenggarakan upacara Eka Dasa Rudra. Pelaksanaan Karya Ida Batara Turun Kabeh tahun 2016 ini,  jatuh pada Purnama Kedasa, Buda Paing Krulut (amboi, apa tu??? - sumber dari google, tapi ini juga yang diceritakan oleh guider kami). 

Paling kami terkejut, guider tu siap tanya kami, 'Ibu dan Bapak mungkin mau sembahyang di sini?" Masa tu kami di pura Kasta King!. Terkedu sekejap. Rupanya setelah berborak, mereka tidak tahu apa itu Agama Islam. Islam tidak sampai kepada mereka. Ya Allah... Sayu hati kami. Besar cabaran rupanya untuk berdakwah. Sambil berjalan ke kereta, sempat lah kami berpesan, Tuhan sekalian alam hanya Satu, iaitu Allah. Dia lah yang menciptakan bumi dan segala benda.. Semoga beliau mendapat hidayah Allah. Amin..

Bayaran Guider adalah IDR 200,000 seorang, manakala entrance fees adalah IDR 15,000 seorang. 


PURA BESAKIH KE PURA ULUN DANU BATUR, KINTAMANI

12.30PM - Bergerak ke destinasi kedua iaitu Pura Ulun Danu, Kintamani. Mengikut pembacaan, pemandangan dari pura ni begitu cantik.


Jom bergambar sekejap! Dari tebing ni boleh nampak Gunung Agong! Kena bayar parking ye uolls walaupun sekejap je singgah. Tak sampai 10 minit. Hahaha. Parking IDR 4,000.




Nampak tu buah-buahan? Dijual oleh penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan ni. So, jom cari salak Bali. Katanya sedap sangat!!!




Ni rupanya Salak Bali. IDR 50,000 untuk 3KG. Murah ke mahal? Entahlah..




Ok, dah sampai Kintamani. Time ni jalan agak 'macet'. Budak sekolah baru sahaja habis sesi persekolahan. Ada ternampak satu restoran HALAL, time perut tengah lapar.. Tapi tak confident nak singgah. 




Nak masuk Pura Ulun Danu pun kena bayar. Tikat IDR 35,000 seorang. Mahal jgk kan? Lepas tu tak boleh masuk macam tu je. Kena pakai sarong dulu, sbb kami berdua memakai seluar. Dan yang terkejutnya, sarong tersebut perlu dibeli atau disewa. Hmm.. kalau nak beli, sarongnya bukan macam kain batik kita. Mahal pulak tu. So kami sewa sahajalah dengan harga IDR 50,000 satu. Wow!!!

Kami diguide oleh Tourist Guide Cilik, Adik Dewi. Baru berusia 11 tahun. Setiap hari, balik sekolah terus ke sini untuk bekerja. Seusia adik Dewi ni dah bekerja. Bahasa dan tingkah lakunya snagat terpuji. Bukan nak memuji tanpa asas, tetapi orang-orang Bali sangatlah tinggi budi bahasa. Tengok papan notis kat atas tu. Kalau di Malaysia, kita akan tulis No Entry atau Dilarang Parking di sini. Berbeza dengan kehalusan bahasa orang Bali.




Bensin - kiosk jual minyak. Tentang minyak, jangan risau. Sepanjang perjalanan akan nampak orang jual minyak samada BENSIN atau memang dah diisi di dalam botol kaca.


PURA TIRTA EMPUL, TAMPAK SIRING

2.30 PM - Sampai di destinasi ketiga! Alhamdulillah. Kat sini ada entrance fee iaitu IDR 3,000 untuk sebuah mobil. Sarong tak wajib pakai, tetapi ianya tetap disediakan. Saya pakai kain diikat dipinggang sahaja, MH pakai sarong.



Nak tahu cerita lebih detail, uolls boleh singgah blog brother ni>> SYED AMRAN

Sangat details siap shoot gambar yang cantik dan menarik. Seyez..


VIRGIN BEACH, CANDIDASA

4.30 PM - Sampai di Hotel, rehat, solat dan alas perut before dinner. Petang ni bersiar-siar di Virgin Beach.

5.30 PM - Masa terbaik bersiar-sira di pantai. Cuaca redup. Dapat beberapa shoot yang cantik. Jom tunggu matahari terbenam..



Kongsikan salah satu pemandangan cantik - Virgin Beach




Aip! Dating jap.




Petang ni baru ada kesempatan nak bersiar-siar di kawasan Rama Candidasa Hotel. Sebab sebelum ni sampai hotel je dah jam 6PM. Dan gelap. Rupanya almost every year hotel ni dapat award hotel terbaik dan pilihan pelancong. Siap ada library yang boleh dikatakan agak besar dan selesa.

Sekian, perkongsian hari ke-3 di Bali. Esok check in mana pula?

Nota kaki-tangan:
Kami langsung tak singgah makan di gerai sepanjang di Candidasa. 'Signature' di sini adalah B*BI Guling. Sepanjang jalan berguling-guling. Kalau uolls nk beli makanan dan minuman dari mart, make sure ada HALAL Majlis Ugama Indonesia (MUI). Sebab tak semua makanan ada cop halal tau. Just be careful.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Entrance Pura Besakih - IDR30,000
b. Tourist Guide Pura Besakih - IDR200,000
c. Parking Kintamani - IDR 4,000
d. Salak Bali - IDR 50,000
e. Entrance Pura Ulun Danu - IDR 70,000
f. Sarong Pura Ulun Danu - IDR 100,000
g. Entrance Tirta Empul - IDR 3,000
h. Toilet Tirta Empul - IDR 3,000
TOTAL : IDR460,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
c. Hari ketiga: IDR460,000
BALANCE: IDR2,706,900
Read More

Monday, December 06, 2010

Masih ada yang sudi~

Hye Hye Hye....


Macam biasalah, bila Isnin je mesti masing2 akan check akaun nuffnang kan? kan? kan? heeeee... Anna pun dah check tadi. Alhamdulillah, En Nuffnang masih sudi berada di blog yang mungkin hanya di pinggiran ni. Orang pun tak perasan kewujudan blog ni. Kuikui..

Ni adalah hasil BLUE CRYSTAL sepanjang ______ ( tak ingat bila sebab dah lama tak aktif blogging). Layan je la ea.. zaaaasss!!!


Dah banyak ME.. sob2.. takpe lah.. Still ada 5 BE. 4 tengah running, 1 masih belum kuar kat blog.. Rugi sangat rasanya bila ada BE, tapi tak BW. huhuhu.. Maklumlah b4 ni bz kan.. Skrg nak mula balik BW dengan konsisten. Cewahhh..!! Hehehe..

Thanks untuk U all dan semua followers blog ni sebab sudi menyokong Anna untuk terus berbelog. Tanpa U all, sure Anna takde semangat nak berbelog kan?? Untuk En Nuffnang juga, Thank you very much! Bagi la lagi banyak2 ye.. Saya janji saya akan rajin BW. =)

Pen off~

Read More

Saturday, November 27, 2010

Dah dapat cek pertama dari NUFFNANG

Alhamdulillah, hujung2 bulan, hujung2 sem ni, dapat juga lah sedikit pendapatan untuk duit poket. hehehe.. Thanks NUFFNANG!! Love u much~ Jumlah tak la macam gaji Engineer atau pemenang utama Anugerah SHOUT tu, tapi cukuplah buat topup beli new dresses. Hehehe.. Sekarang tengah tunggu masa nak cash out cek yang kedua.. Tunggu banyak sikit lah baru cash out. Lalalalaaaa~ Mode: Seronok bangat!



Thanks untuk U all yg support Anna untuk terus berbelog.. Datang la selalu ye.. (^_~)


Tengah berkira-kira mau tengok wayang: Harry Porter n Repunzel. Sapa mau temankan??? Angkat kaki. kehkehkeh..

Read More

Monday, November 01, 2010

Churp Churp yang COMEL




Hye~ Hari ni dah 1 November. Sekejap je kan? Dah masuk study week! Sebagai entri 1st untuk November ni, Anna nak share sesuatu dgn U all. Actually Anna pun baca dari blog cik kasih. Then, trus klik SINI untuk daftar jugak... So far, masih pening2 lalat dengan benda ni. Ehhek! Jom kita tengok apa ada..







1: U all boleh view slide kat sini untuk tau camne kaedah pengiklanan dibuat. Sebenarnya CHURP CHURP ni adik kepada Nuffnang! Sebab tu la kayoooo.. Banyak duit tu..

2: Boleh pilih nak iklan via facebook atau twitter atau kedua2nya sekali. Anna takde twitter, so guna FB la. Tu contoh ayat2 iklan yg menarik!

3: Dapat RM100? Kalau ada rezeki dan peluang, setiap bulan boleh dapat RM100.

4: Apa tunggu lagi? Jom daftar churp churp kat SINI. Heheh.. 





5: Kalau dah siap daftar, kita akan jadi CHURPER. Comel kan? =)

6: So, status untuk authorization bergantung kepada akaun apa yg kita ada. Anna aktifkan iklan di FB je la.. Siapa yg ada dua2 lagi bagus..

7: Kat sini tugasan atau assignment yg akan diberikan. Anna baru je mendaftar, so takde tugasan pape lagi. Nanti kalau dapat tugasan, kita akan create iklan untuk tujuan promosi di fb atau twetter kita tu..

8: Dah buat tugasan, adalah upahnya. Kalau nuffnang, RM50 dah dapat cash out kan, tapi dgn churpchurp ni RM100 okey! So, gambatte ne!


Yuk! Join ramai2...
Read More

Wednesday, October 27, 2010

Saya suka dia, sayang dia..

Saya suka dia sebab dia baik
Saya sayang dia sebab dia sayang saya
Saya setia dengan dia sebab dia pun setia dengan saya..


hehehe..

Siapa DIA yang dimaksudkan di sini..??

DIA tu adalah;

1. My Lovely Dear BLOG: Blue Crystal

Sebab ada blog ni la Anna rajin membaca, menulis dan mengira (3 M, dalam KBSR) ehhe! Pastu tambah kenalan dari seluruh pelusuk negeri dan negara. Even tak selalu berborak, tapi Anna tau, bonding together tu ada.. =)

2. Mr Handsome Nuffnang!

Alhamdulillah, berkat kesabaran dengan kekangan waktu ni, Mr Nuff still tak jemu2 bagi BE untuk Anna. Thanks a lot. That's why la I sayang n suka U. I janji, I sentiasa setia tau. Hahhaa~

Tadi saje je check akaun nuffnang, tanpa disangka ada lagi satu BE melekat kat BC ni. Best bangat sih! Even ada satu tu dah menambahkan jumlah ME, tapi takpe ada pengganti. Yang bestnya BE yang baru ni adalah Pizza Hut Commercial. Baru je mamam semalam ngan kawan2.. Mmg sedap la. Berbaloi..


We all try chicken mushroom. Pepperoni dah habis.



BE Pizza yang menjadikan jumlah BE Anna yang ke-10 untuk BC




Kadang-kadang, kita tak nampak pun rezeki yang Allah dah bagi. Rezeki ada je kat mana-mana, yg penting pandai2 la kita cari. Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakkal, baru la dapat DUIT. Alhamdulillah syukur sangat dengan rezeki yang tidak disangka2 sebelum ni. Thanks to my classmate Mr Omar coz help me a lot to gain more money. Hehhee.. Waiting for another project. Vitamin Cinta at Singapore! =)


Read More

Tuesday, October 12, 2010

Thanks Nuffnang! || Love You

Assalamualaikum~

Hope U all sihat la ye. Anna, alhamdulillah, sihat.. Hari ni rasa sangat hepi! Hehehe.. Actually ada dua perkara yang buatkan Anna hepi.




Pertamanya, cek dari Nuffnang dah sampai semalam. My mum called semalam bgtau ada cek sampai kat rumah. Yeah! Ni adalah 1st cek dari nuffnang. Even RM tak la banyak cam U all, tapi hepi sangat sebab aktiviti berblog ni dah mendatangkan hasil. Kiranya duit untuk Raya Aidiladha la kot kan?? Pasni nak kumpul banyak2 dulu la baru cash out.



See? Anna cash out sejak 24 Ogos lagi. Lama jugak kan nak sampai?


FYI, buat masa ni masih ada empat BE yang still setia melekat di blog Anna. Alhamdulillah, rezeki. Yang dah jadi ME lak ada dua. yang tu tak lama. adalah dalam 2  minggu je kat blog Anna. Best sgt setakat ni dah 9 BE sudi menyinggah di blog Anna.. (Ada kawan cakap, kalau kita buat entri tentang Nuffnang, BE, ME, pihak  nuffnang akan detect! Will give advantage la kan. Why not we give a try kan?)



Even lately dah jarang buka blog, encik nuffnang yang baik hati tetap terus menyediakan BE untuk Blue Crystal  ni... That's why I love u.. :)



Perkara kedua yang buatkan Anna hepi hari ni adalah sebab hari ni merupakan presentation terakhir untuk sem ni. Tak sabar lak nak tunggu kelas kul4pm ni. Pasni boleh focus 100% kat thesis! Lega sangat. Syukur Ya Allah, Engkau telah memberikan diri ni seribu satu rasa dan perasaan.. Cemas, resah, rumit, gelisah, runsing, tertekan dan akhirnya gembira. Alhamdulillah~~


Read More

Sunday, July 25, 2010

My Second Buffered Earning~

Alhamdulillah.. 
Anna dapat BE buat kali ke-2. Baru last week dapat 1st BE..
Thanks Encik Nuffnang! Ni sayang lebih ni. Hehehehe~

Thank jugak kat U all yg selalu datang support blog Anna ni..
Hepi....~!!


Ni la 2nd BE Anna.. AXE Deodorant LB.. *smile*







Pasni boleh la beli kek fondant dari kak ros atau pun borong tudung kat butik AZS ni.. Kalau nak beli sempena raya tak dapat la kot, baru ciput pendapatan nuff ni. Tunggu la dua tiga bulan lagi, hopefully dapat la cash out. :) 







Sekian entri ringkas ni~
Read More

Saturday, July 17, 2010

My First Buffered Earnings

Assalamualaikum...~

Entri yang simple untuk hari ni..
Yeah, alhamdulillah..
Finally En Nuffnang sudi jugak bg BE kat blog BLUE CRYSTAL~ ni

suke+best+hepi
pasni nak plan beli kereta la dgn mankete
huahuahua..
Angan2kan? Anna tau la duit masih ciput dalam akaun nuffnang tu.
Tapi takpe, teruskan aktiviti blogging dengan bersemangat!
Thanks Encik Nuff!!

Anna sempat capture iklan Nescafe Chillah..


Walaupun trafik anna tak sesak macam blog2 U all, tapi syukur dapat jugak BE setelah lebih kurang sebulan lebih berblogging... Blogwalking lagi sampai lebam, menahan geram bila tenet slow gilos dan macam2 lagi lah..
Tapi semua tu small da pieces kan..
Yang penting enjoy reading entry and makes frens..

Thanks a million, billion, trillion, zillion to all bloggers yg tak jemu2 datang melawat blog Anna yg tak seberapa ni. Tolong klik2 nuff, komen entri, baca2 entri, semua la..
Semoga U all diberkatiNya~



Malu nak tunjuk amount. 

Read More