Sunday, December 30, 2012

Wish List 2013

2012- Semakin menghampiri penghujungnya. Bagi saya, masa berlalu begitu cepat. Masih banyak perkara yang ingin dilakukan tidak tertunai. Walau bagaimanapun, saya bersyukur.. Ada beberapa perkara yang telah ditunaikan dengan izin Allah. Alhamdulillah.. :)

Dua hari lagi kita akan menjengah TAHUN 2013. Bagaimana dengan perancangan kita untuk tahun hadapan? Menyoroti kembali 'life' sepanjang tahun 2012, buatkan saya tersenyum sendiri. Ada pelbagai kenangan dan memori tiba-tiba terimbas kembali di benak fikiran saya...

TAHUN 2013 -- Saya belum menulis azam tahun baru. Bagi saya lebih baik menyelak kembali Diari tahun 2012. Lihat dan renung kembali adakah semua senarai azam 2012 telah dilaksanakan? Jika YA, alhamdulillah.. Jika TIDAK?? Apa tindakan kita??

Entri ini, saya ingin berkongsi antara perkara yang tersenarai di dalam WISH LIST 2013...


Semoga Allah permudahkan saya untuk memiliki hajat saya ni.. =)

Wish list #1


DELL XPS 13
Ultrabook yang menjelma dalam mimpi di malam hari. Hehehe..



Wish list #2

APPLE iPad
Nipis, ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja! I like!


Wish list #3



Bestseller Book! Men Are From Mars, Women Are From Venus
Dah lama cari, tapi belum jumpe... Anyone tau mana boleh beli... MPH da tanye, Book Xcess pun dah tanye.. Takde stok.. 


Wish list #4

Bercuti sekeluarga.. My family and Family in Law
Hajat nak bawak family bercuti. Menanti sebuah perancangan yang baik.. =) Semoga Allah permudahkan semuanya, InsyaAllah~~


Wish list #5


Dinar Emas
Actually nak buat pelaburan emas tak pakar. Cuma nak dapatkan Dinar Emas ni sebagai simpanan masa depan.. Sekurang-kurangnya hujung tahun 2013 nanti, adalah dalam beberapa keping.. Aminnnn...


Wish list #6


Menunaikan umrah
Ni hajat dan impian terbesar untuk tahun 2013. Semoga Allah permudahkan kami.. 


Ini antara yang saya hajatkan, namun tidak bermakna saya ketepikan perkara yang tidak disenaraikan. Sebagai contoh, kebahagiaan hidup di dunia untuk kehidupan di akhirat, keredhaan Suami dan juga ibu bapa, kerjaya yang stabil termasuk juga keseimbangan ekonomi keluarga..

Rasa kekok pulak menulis entri kali ni sebab dah lama tidak memerah otak untuk menghasilkan suatu entri.. 

p/s: Berhajat nak buat sinopsis Diari 2012 Seorang Anna Zanariah sebab penutup entri TAHUN 2012

1 comments:

outbound malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..