Showing posts with label Blogwalking. Show all posts
Showing posts with label Blogwalking. Show all posts

Tuesday, April 24, 2018

My BIG WHY

"Outstanding people have one thing in common: an absolute sense of mission" - Zig Ziglar


Tahniah to My Leader!


Dah macam agency pelancongan pulak Level 26 ni. AIA sediakan 14 trip setahun. Ada trip Asia, malah ada trip Europe dan sebagainya.  


Impian~



Yakin dan percaya, Allah telah aturkan yang terbaik. Syukur dan terima dan terus melangkah :)

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilafku memberi lara,
Mohon maaf zahir dan batin..

Tahun 2017, saya tak perlu apply Cuti Raya. Tidak perlu lagi mengatur jadual dengan rakan sekerja untuk siapa bercuti dahulu, siapa kemudian. Alhamdulillah, aturan Allah dan perancanganNya adalah yang paling baik. 

Tahun ini #teamrayarumahmertua.. So raya pertama di rumah mertua, dan spend selama beberapa harı di Kuala Lipis sebelum sambung beraya di Pulau Pinang pula.


Tema tahún 2017 : Putih dan Biru


Tengah tunggu semua balik dari Masjid untuk sesi bersalaman dan penyerahan duit raya


Team B: Family Hafzan, Family Zariri, Family Faizal, Wafiy dan Hadizuddin


Bersama ibunda mertua tersayang :)


Beraya di rumah Taiko! Our client


Ni family saya. Amran tiada dalam gambar


Tema jubah tahun ni katanye


Ni jamuan raya AIA Capsquare. Nyummy~


S.M.I.L.E


Read More

Sunday, May 15, 2016

KBKK [22 Mac 2016 - Day 3: Pura Besakih - Kintamani - Tirta Empul]

Do you know what Islam says
It says that life’s the greatest test
It says that life’s a borrowed space
Returned upon rest

Words by: Zain Bhikha.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ke-3 di Pulau Bali. Menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Hanya mampu mengucapkan syukur dan kegum dengan apa yang diciptakanNya~

8.30 AM.. Awal sikit keluar hari ni memandangkan malam ni adalah malam terakhir kami di Candidasa. Awal pagi kami bersarapan Roti Gardenia Coklat, Campbell Instant Mushroom Soap, Biskut dan secangkir kopi. Actually menghabiskan stok makanan dari Malaysia. Cuma tinggalkan Maggi Cup and Milo untuk dinner.

Tempat pertama adalah Pura terbesar di Bali dan ianya juga Pura pertama di Bali, iaitu Pura Besakih. Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang sejam (28 KM). Perjalanan agak mencabar sebab perlu mendaki bukit dan jalan yang digunakan agak sempit. Perjalanan kami ke Besakih langsung tidak bertembung dengan sebiji kenderaan pun! Cuak jugak takut GPS salah bawa :P.

Estimate sejam, rupanya hampir dua jam baru sampai. Bila dah masuk kawasan Besakih, baru ada signboard. Itu pun kecik sgt. Mencabar sungguh. Dinasihatkan kalau uolls nak naik motor, fikir banyak kali dulu lah ye. 

Alhamdulillah, sampainya kami di tempat yang dituju lebih kurang jam 10.30AM. Punyalah ramai orang kat Pura ni. Sebab ni salah satu tarikan wisata ke Bali. Katanya lah. Kami pun tak tahu tarikan ape sebenarnya. jom tengok apa ada..




Stamina kena kuat sebab banyak mendaki tangga. Besar gilos Pura ni. Dan dalam Besakih ni sendiri ada beratus pura kecil yang mana setiap pura ni ada pagodanya yang tersendiri. Kami dioffer oleh 'guider' untuk melawat kawasan pura. Actually tak boleh masuk sebarangan katanya sebab ada upacara sembahyang. Mereka akan menyambut upacara keagamaan yang besar esok. So, segala persiapan sedang dilakukan.

Gambar yang bawah tu, background dinding berlumut tu adalah binaan asal Pura yang sengaja ditinggalkan sebagai sejarah. Pura ni pernah rosak teruk selepas dilanda lahar dari Gunung Berapi Agong (Boleh google sejarah ni. Tak ingat guider tu cerita. Information overload).


Sumber ekonomi utama orang Bali di daerah ini adalah pertanian. Kebanyakan mereka menanam pokok buah-buahan dan pokok jagung untuk dijual kepada pengunjung pura. Kehidupan mereka tidak mewah, dan cukup untuk saraan hidup seharian. Kami terkejut bila guider tu bagi tahu dia sendiri pernah keluar dari daerah besakih ni sekali sahaja untuk ke kintamani, dan kebanyakan penduduk di daerah ini memang langsung tak pernah keluar daerah akibat kesempitan kewangan.

Di sini masih diamalkan kasta. Kami dapat melihat perbezaan kasta melalui cara berpakaian dan juga keadaan pura yang bertingkat. Pura tingkat paling tinggi iaitu di atas bukit merupakan untuk kasta tinggi. Susunan kasta dari yang rendah adalah Farmer, Soldier, King and Pendita. Guider kami ni dari kasta Soldier.


Ni gambar Pura Besakih di hari biasa. Comparekan dengan gambar kami di atas. Ianya telah dihiaskan dengan kain dan panji-panji untuk persiapan upacara keesokkan hari.


23 Maret 2016 merupakan tarikh upacara agama Hindu. Ada penganut agama Hindu dari India juga akan turut serta dalam upacara keesokkannya. Pura Agung Besakih merupakan pusat kegiatan upacara agama bagi umat Hindu. Di Pura ini setiap tahun dilangsungkan Karya Ida Bhatara Turun Kabeh, setiap sepuluh tahun sekali dilangsungkan upacara Panca Bali Krama dan setiap seratus tahun diselenggarakan upacara Eka Dasa Rudra. Pelaksanaan Karya Ida Batara Turun Kabeh tahun 2016 ini,  jatuh pada Purnama Kedasa, Buda Paing Krulut (amboi, apa tu??? - sumber dari google, tapi ini juga yang diceritakan oleh guider kami). 

Paling kami terkejut, guider tu siap tanya kami, 'Ibu dan Bapak mungkin mau sembahyang di sini?" Masa tu kami di pura Kasta King!. Terkedu sekejap. Rupanya setelah berborak, mereka tidak tahu apa itu Agama Islam. Islam tidak sampai kepada mereka. Ya Allah... Sayu hati kami. Besar cabaran rupanya untuk berdakwah. Sambil berjalan ke kereta, sempat lah kami berpesan, Tuhan sekalian alam hanya Satu, iaitu Allah. Dia lah yang menciptakan bumi dan segala benda.. Semoga beliau mendapat hidayah Allah. Amin..

Bayaran Guider adalah IDR 200,000 seorang, manakala entrance fees adalah IDR 15,000 seorang. 


PURA BESAKIH KE PURA ULUN DANU BATUR, KINTAMANI

12.30PM - Bergerak ke destinasi kedua iaitu Pura Ulun Danu, Kintamani. Mengikut pembacaan, pemandangan dari pura ni begitu cantik.


Jom bergambar sekejap! Dari tebing ni boleh nampak Gunung Agong! Kena bayar parking ye uolls walaupun sekejap je singgah. Tak sampai 10 minit. Hahaha. Parking IDR 4,000.




Nampak tu buah-buahan? Dijual oleh penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan ni. So, jom cari salak Bali. Katanya sedap sangat!!!




Ni rupanya Salak Bali. IDR 50,000 untuk 3KG. Murah ke mahal? Entahlah..




Ok, dah sampai Kintamani. Time ni jalan agak 'macet'. Budak sekolah baru sahaja habis sesi persekolahan. Ada ternampak satu restoran HALAL, time perut tengah lapar.. Tapi tak confident nak singgah. 




Nak masuk Pura Ulun Danu pun kena bayar. Tikat IDR 35,000 seorang. Mahal jgk kan? Lepas tu tak boleh masuk macam tu je. Kena pakai sarong dulu, sbb kami berdua memakai seluar. Dan yang terkejutnya, sarong tersebut perlu dibeli atau disewa. Hmm.. kalau nak beli, sarongnya bukan macam kain batik kita. Mahal pulak tu. So kami sewa sahajalah dengan harga IDR 50,000 satu. Wow!!!

Kami diguide oleh Tourist Guide Cilik, Adik Dewi. Baru berusia 11 tahun. Setiap hari, balik sekolah terus ke sini untuk bekerja. Seusia adik Dewi ni dah bekerja. Bahasa dan tingkah lakunya snagat terpuji. Bukan nak memuji tanpa asas, tetapi orang-orang Bali sangatlah tinggi budi bahasa. Tengok papan notis kat atas tu. Kalau di Malaysia, kita akan tulis No Entry atau Dilarang Parking di sini. Berbeza dengan kehalusan bahasa orang Bali.




Bensin - kiosk jual minyak. Tentang minyak, jangan risau. Sepanjang perjalanan akan nampak orang jual minyak samada BENSIN atau memang dah diisi di dalam botol kaca.


PURA TIRTA EMPUL, TAMPAK SIRING

2.30 PM - Sampai di destinasi ketiga! Alhamdulillah. Kat sini ada entrance fee iaitu IDR 3,000 untuk sebuah mobil. Sarong tak wajib pakai, tetapi ianya tetap disediakan. Saya pakai kain diikat dipinggang sahaja, MH pakai sarong.



Nak tahu cerita lebih detail, uolls boleh singgah blog brother ni>> SYED AMRAN

Sangat details siap shoot gambar yang cantik dan menarik. Seyez..


VIRGIN BEACH, CANDIDASA

4.30 PM - Sampai di Hotel, rehat, solat dan alas perut before dinner. Petang ni bersiar-siar di Virgin Beach.

5.30 PM - Masa terbaik bersiar-sira di pantai. Cuaca redup. Dapat beberapa shoot yang cantik. Jom tunggu matahari terbenam..



Kongsikan salah satu pemandangan cantik - Virgin Beach




Aip! Dating jap.




Petang ni baru ada kesempatan nak bersiar-siar di kawasan Rama Candidasa Hotel. Sebab sebelum ni sampai hotel je dah jam 6PM. Dan gelap. Rupanya almost every year hotel ni dapat award hotel terbaik dan pilihan pelancong. Siap ada library yang boleh dikatakan agak besar dan selesa.

Sekian, perkongsian hari ke-3 di Bali. Esok check in mana pula?

Nota kaki-tangan:
Kami langsung tak singgah makan di gerai sepanjang di Candidasa. 'Signature' di sini adalah B*BI Guling. Sepanjang jalan berguling-guling. Kalau uolls nk beli makanan dan minuman dari mart, make sure ada HALAL Majlis Ugama Indonesia (MUI). Sebab tak semua makanan ada cop halal tau. Just be careful.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Entrance Pura Besakih - IDR30,000
b. Tourist Guide Pura Besakih - IDR200,000
c. Parking Kintamani - IDR 4,000
d. Salak Bali - IDR 50,000
e. Entrance Pura Ulun Danu - IDR 70,000
f. Sarong Pura Ulun Danu - IDR 100,000
g. Entrance Tirta Empul - IDR 3,000
h. Toilet Tirta Empul - IDR 3,000
TOTAL : IDR460,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
c. Hari ketiga: IDR460,000
BALANCE: IDR2,706,900
Read More

Wednesday, May 11, 2016

Stylish Fashion Pieces To Get On Your Mood!

EVERY FASHION GIRL LOOKING FOR A STYLISH SWING OF THE YEAR! - anonymous
Another must-read for all the fashionistas out there!! Every year fashion trends changes without us realizing and it cannot be denied that it is sometimes difficult to keep track of it.

We often get our updates by flipping through magazines, reading it online, and getting feedbacks from friends but sometimes life gets into our way. For all the fashionistas out there who are too busy to get the instant updates, here is some valuable fashion information for you to read on. 
See what is trending now since early this year and you can probably add them into your closet too!
Cage Shoes
Lately it has been seen that cage design high heels are popular among women. It gives your legs that sexy touch and you can match it with your jeans, skirts or dresses in style. The cage shoes bring that statement appeal to your entire wardrobe. Every woman should have at least one of this stunning shoe designs in their collection.

It's too cool yep??!



Capes

The cape top designs have been rocking the fashion scene early this year. Women who are looking for a sophisticated appearance, cape tops are perfect to be pulled off to the office, parties, formal events or a day out with your girls. Mix match it a nice pair of pallazo pants or maxi skirt for that elegant appearance.


Beautiful Cape Dress by Neelofa



Culottes

2016 is definitely the year for culottes and making a great comeback in the fashion scene. The flowing flare makes whether short, medium or long cut, these pants are made to look like stylish skirts. You choose a short or medium one to show off some skin or for those who want to cover up, the long flare is the perfect choice. It is comfortable to be worn and flatters your figure too! It is also something awesome to get on the fast track at work. Simple yet elegant.



WE LOVE YOUR EYE FOR INSPIRING WOMEN AND FASHION! LET'S CHECK IT OUT SOMETHING COOL HERE >> FASHION <<




Read More

Wednesday, December 12, 2012

1st Contest di blog SERIBU BUNGA JSD

Jom join contest anjuran blog SERIBU BUNGA JSD. Hadiah-hadiah menarik daripada Rangkaian Produk Susuk Dara menanti anda.. 



Syarat penyertaan mudah dan ringkas. Hanya emailkan detail penyertaan kepada penganjur dan tunggu pengumuman pemenang. Jom pakat-pakat join, mana tahu tuah anda?? Jom terjah SINI.
Read More

Wednesday, February 02, 2011

Thanks Ellen || Hadiah Dari Sabah Part II




Tadaaaa.... Anna dapat hadiah lagi.. Hadiah ni dapat daripada Sis Ellen... Yg ni pun dapat last week, tapi baru dapat buka sebab sampai di rumah. Thanks ye Ellen.. Tak sabar nak ke Sabah jumpa Ellen.. Ellen, bila nak buat GA atau contest lagi?

U all sure kenal Sis Ellen kan? Jom kita gi melawat rakan kita yang baik hati ni.. Klik SINI...

Read More

Sunday, January 09, 2011

Kesibukanku telah mengabaikanmu~

Salam....

Kembali ke dunia kesibukan. Sekarang dah mula semester baru iaitu semeter terakhir Anna. Mudah-mudahan.. Walaupun sem ni hanya ti3a subjek, tapi kesibukannya seperti 10 subjek. huhuhu..

Siapa yang telah Anna abaikan tu? Cian pulak kan? Actually blog kesayangan ni la. Dah jarang sangat nak menjenguk. Rasa segan lak nak pergi bersapa mesra dengan kawan-kawan blogger yang suatu ketika dulu sangat mesra.. Maafkan Anna ye.. Apa boleh Anna buat sekarang, curi masa sedikit untuk update blog.

Semester ni adalah semester yang memerlukan Anna bagi full komitmen kepada latihan praktikal sebagai Kaunselor Pelatih.. Selain itu, Anna juga perlu siapkan portfolio kaunselor dan juga writing Thesis bab 4-5. Hmmm.. Tapi, semuanya dah ditentukanNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Anna bila mana bahan kajian Anna dah siap hampir 40%. Tunggu collect data je skrg sebelum mulakan writing. 

Selain tu, Anna juga diamanahkan untuk menjadi penasihat beberapa program dan projek di kolej kesayangan ni. KTF, GO!!!! Seperti yang U all pernah baca, Anna salah sorang AJK untuk Seminar dengan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.. Selain tu, penasihat untuk Kelab Usahawan, Biro Usahawan & Kerjaya, disamping penasihat Lawatan ke Istana Budaya. Hope kita sama-sama belajar bagaimana untuk melancarkan segala perancangan dan strategi...

Coming event yang perlu hadir pun terlalu banyak. So, harap kamu, kamu, kamu & kamuuuuuu faham ye... hehehe...

Ok lah, jom lunch! Lapoooo.. Daaa...


anna-kata: tertarik dengan satu petikan from one of JKM KTF (Mira): 
A christian guy asked a muslim: Why do your girls cover up their body and hair?The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He thrown them both on the dusty floor and asked the christian: ...If I asked you to take one of the sweets which one u will choose? 
The Christian ......replied:... The covered one.
Then the muslim said that's how we treat and see our women :)
Read More

Wednesday, December 08, 2010

Siapa insan bertuah itu??

Assalamualaikum..

Juz nak ucapkan tahniah kepada seorang insan bertuah ini. Hehehe..

Bertuah sebab ape ye?
..
..
..
..
..
..
..
U all ingat lagi tak entri Anna yang ni>> KLIK SINI

Ha... berikutan dah ada yang dapat, Anna buat la simple entri nak promote blog insan bertuah tu. Sape? Sape? 

Actually Afiff ni antara blogger yang terawal yang Anna kenal. Beliau student UTeM, Melaka. Bagi yang belum kenal, eloklah kita berkenal2an. Jom terjah blog beliau kat SINI.



P/S: Afiff a.k.a epit, sila e-mailkan Anna alamat k.. TQ. Selalu2lah jenguk blog Anna k..
P/S 2: Hehe.. Ape lagi daaaa... Anna nak letak lucky number yang baru la pas ni.. Nak fikir2 dulu number apa. U all ada cadangan?? Ngeeee~~~

Pen off~


Read More

Sunday, November 28, 2010

Thanks Uncle Joe

Thanks UJ untuk hadiah yang best ni.






Kalau U all nak tau apa yg ada kat blog UJ, sila lah ke blog beliau.. Klik SINI. Actually hadiah ni dah lama sampai kat rumah. tapi memandangkan Anna hanya balik umah time cuti Raya Haji je, baru lah dapat buka hadiah ni. Camne Anna dapat sebenarnya?? Jeng3.. Anna adalah salah sorang dari empat orang pengunjung bertuah blog UJ.. Thanks UJ for this present. Suke.. Suke.. hehe..


Tengah plan nak bercuti lagi selama dua minggu bermula minggu depan. Nak join? Jom cuti-cuti Malaysia..
Read More

Sunday, September 19, 2010

Award Dari Wanzi, Tiefazatie dan Cik tom

Assalamualaikum... 


Rasanya dah lama Anna tak update tentang award dan tag. Dah terkumpul lama dah dalam draft. So, mlm ni Anna juz nak update tentang award dan tag je.. :)

Award Pertama
From; Wanzi




a- Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Nak siapkan entri ni cepat2, jap lagi nak turun gi meeting untuk gotong royong sambutan hari raya kolej.. hehe.. 

b- Apakah nama samaran anda?
Anna, Ana, Siti, Kakak, Farah, Liya (Datang mana lak nama dua yang terakhir tu? Hanya yang keje di PAC Sdn Bhd je tau.. Hihihi)

c- Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
* Mak
* Ayah
* Adek2

d- Panggilan untuk si dia?
    Adalahhhh... tak payah la nak mention. hikhik..~~

e- Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Tak de la specific nak ape.. Cukuplah kalau org yg istemewa tu anggap diri ini juga istimewa dan doakan kebahagiaan berkekalan selamanya~

f- Blog mana yang anda selalu lawat?
Uhhhh banyak ler tak terkira pula.....

g- TAG kan kepada 15 blogger?
Yang ni yg cam lambat sikit. KIV dulu boleh? Nak cepat2 gi meeting ni.. hehhee..

***************************************************

Award Kedua
From; Tiefazatie & 




Hye all... 
Wow, ni sebenarnya sesuai untuk b4 raya, tapi Anna yg tangguh simpan nota cinta ni lama2. So mlm ni baru nk langsaikan. Anna dapat award atau tag ni daripada dua org kawan blogger yg paling ceria.. Jom layankan soalan2nya.. :)

Puasa penuh tak taun nie?
Boleh la dikira penuh. hehehe..

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
Alhamdulillah, takmo simpan lama2 kalau da salah silap. Yang penting kalian berdua takde salah silap pun ngan Anna. BTW, Anna maafkan.. :)

Kampung kat mana?
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit.
Blog U all berdua mmg comel. Ada identiti sendiri..


Awak nak tag org, tag aje laa T____T
InsyaAllah.. coming soon.. Sape2 yg sudi ambil nota cinta ni, dipersilakan.. Semoga ukhwah terbina last forever....



















Read More