Monday, October 11, 2010

Pengurniaan D.P.S.M kepada TNC (HEMA) UTM

Posted by annazanariah at 10/11/2010 10:23:00 PM
Assalamualaikum....

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Tajudin B. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) UTM telah dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) Yang Membawa Gelaran DATUK. Anugerah ini diterima daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Khalil Bin Yaakob sempena menyambut Hari Jadinya pada Hari Sabtu 9 Oktober 2010

Pengurniaan tersebut adalah sebagai penghargaan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin B. Hj. Ninggal di atas jasa yang cemerlang kepada Negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya. Justeru itu, mulai daripada tarikh tersebut gelaran nama TNC (HEMA) adalah seperti berikut : 

" PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL " 


Gambar yang diambil dari facebook beliau~~


Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk di atas pengurniaan tersebut daripada kami warga UTM

Semoga Dapat Meneruskan Kecemerlangan Pada Masa-Masa Akan Datang.



Berbangga kerana beliau merupakan bekas pensyarah kaunseling psychopathology.  Subjek tersebut dah tak ditawarkan kerana tiada lecturer yg betul2 pakar dalam bidang ni melainkan Y.Bhg. Prof. Datuk... Rasa ralat sangat sebab tak sempat belajar dengan Y.Bhg. Prof. Datuk semasa subjek ni ditawarkan dua sem lepas.... Sekarang Y.Bhg. Prof. Datuk dah sibuk dengan urusan pentadbiran Universiti. Tahniah sekali lagi diucapkan~~

1 comments on "Pengurniaan D.P.S.M kepada TNC (HEMA) UTM"

kasih suci on October 12, 2010 at 9:45 AM said...

tahniah kepada Prof. Datuk..

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal