Saturday, May 14, 2011

Jangan Guna Ctrl+C utk "copy" lagi dah!!! Serious!

Posted by annazanariah at 5/14/2011 02:27:00 PM 10 comments

Salam, alhamdulillah.... Blogger.com dah kembali seperti sediakala... Cuak jugak semalam sebab tak dapat buat entry.. Huhu.. Disebabkan tak dapat buka blog, juz tengok movie je la.. OK lah, hari ni ada sedikit info yang Anna nak kongsikan dengan U all..

Sekadar untuk informasi semua. Berhati hati dengan Ctrl+ C apabila anda menggunakan Internet Explorer. Kita banyak 'copy' pelbagai data dengan menekan Ctrl+C dan 'paste' kan ia dimana-mana. sebenarnya, 'copy' ini tersimpan di 'clipboard' dan boleh di akses daripada net dengan menggunakan kombinasi javascripts dan ASP.

cuba sendiri
1) copy apa jua jenis text dengan menekan Ctrl+ C

Anda akan melihat text yang anda 'copy' tadi di skrin dimana ia telah di akses oleh website ini.

Moral
Jangan sesekali menjadi pemalas apabila menggunakan internet. Jangan guna Ctl+C sebagai jalan pintas untuk memasukkan sebarang data data sensitif (passwords, creditcard numbers, PIN).

Adalah menjadi teramat senang untuk meng'extract' text dari 'clipboard' untuk mencuri maklumat sensitif anda!!!!

Minta sapa yg pakar boleh sahkan hal ni..

[info dari gempak.org] yang ditaip semula oleh Enchek Badrool

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Cuaca Panas Sekarang??

Posted by annazanariah at 5/11/2011 05:14:00 PM 3 comments
Assalamualaikum....

Harapnya semua rakan-rakan sihat. Banyakkan minum air masak tau sebab lately cuaca semakin panas,, sejak dua tiga minggu ni.. Nak kuar tengahari pun rasa malas sebab panas terik. Bagi yang ada migrain lagi la, huhu..



Tapi, U all tau tak kenapa lately cuaca panas sangat. Terutamanya Melaka, Johor, Kedah dan Perlis... Sebabnya adalah... Baca petikan kat bawah ni...

"..KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. 
Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. ---- "Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering..."


"..FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.

Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius..."

Sumber: Kosmo!


So, banyakkan minum air dan kerap mandi... Rasa cam nak gi mandi kat air terjun.. Wahhh.. bestnyeee~~ (^__^)

Jom Tangani Stres | Amalkan 10B

Posted by annazanariah at 5/11/2011 01:27:00 AM 1 comments
Sambungan daripada entry --> Tanda-tanda Stres



Banyak pulak sambungan untuk topik ni kan.. Ok la, ni yang part last.. Dah tau definisi, dah faham apa punca, dah kenali tanda-tanda STRES, so tibalah masanya bagaimana untuk tangani stres secara serta merta iaitu AMALKAN 10 B.. ^___^

BERTENANG
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

BERNAFAS DALAM-DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

BERKATA~ RELAKSLAH...
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

BERIBADAT
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

BERKONGSI
Berkongsi perasaan/ masalah dengan seseorang adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan. Masalah yang disimpan atau dipendam akan mengakibatkan stres semakin teruk. Kongsilah dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Perbuatan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan stres dan melegakan diri.

BERURUT
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan menegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.



BEREHAT
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran. Selain itu, kalau U all ada lagu-lagu faveret, boleh layan.. Asalkan lagu-lagu tersebut slow, sentimental dan menenangkan. 

BERIADAH
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/ gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

BERSENAM
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpuan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.


Dengan melakukan kaedah 10 B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung yang laju, marah, gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan. Harap segala apa yang Anna kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada U all. Semua info tentang stres dari awal tadi Anna petik daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana ada bahagian-bahagian tertentu Anna dah modified mengikut kesesuaian. 


End~



Jom Tangani Stres | Tanda-tanda Stres

Posted by annazanariah at 5/11/2011 12:36:00 AM 0 comments
Sambungan daripada entry --> Punca-punca Stres


Punca stres dah tahu, skrg jom kita kenali tanda-tanda stres pulak. Kalau ada antara perkara yang kat bawah ni berlaku kepada diri U all, haaa... Itu lah tandanya U all tengah stres. Tapi Anna gerenti U all pernah punye alami stres. Hehehe~~


TANDA-TANDA FIZIKAL

: kering mulut
: gementar
: sakit kepala
: masalah tidur
: perubahan selera makan
: cepat letih
: lenguh-lenguh badan
: jantung berdebar-debar
: pernafasan semakin laju
: sakit perut
: cirit-birit
: sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
: letih lesu

TANDA-TANDA PSIKOLOGI

: gelisah
: hilang sabar
: mudah marah
: lemah semangat
: risau dan bimbang
: kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
: mudah lupa
: takut gagal
: rendah diri
: keresahan
: tidak merasa seronok
: bosan
: kemurungan/ tiada mood

TANDA-TANDA TINGKAHLAKU

: merokok berlebihan
: penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
: memikir/ bercakap tentang mencederakan/ membunuh diri
: tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vendalisme)
: penyalahgunaan dadah dan alkohol
: masalah tabiat makan


Walau apa pun masalah/ stres yang melanda diri U all, janganlah sekali-kali melakukan perkara yang dilaknat atau dilarang oleh agama. Tak kira lah agama mana pun, perbuatan yang menyakiti dan menzalimi diri sendiri adalah dilarang. Bertindaklah berdasarkan akal fikiran yang sihat dan tenang. Carilah jalan/ cara yang sebaiknya untuk menangani STRES!



Nota-cinta-Anna: Next entry --> Tips mudah tangani stres (Amalkan 10B)

Jom Tangani Stres | Punca-punca Stres

Posted by annazanariah at 5/11/2011 12:10:00 AM 0 comments
 Sambungan daripada --> Definisi Stres


Anda stres? Bagaimana anda tahu anda stres? OK, before kita kenali tanda-tanda stres, kita kena tahu dulu apakah punca atau penyebab stres.



DALAM DIRI

: cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
: rasa tidak selamat
: pengalaman zaman kanak-kanak
: peristiwa dalam kehidupan
: perwatakan/ personaliti
: dilema dalam membuat keputusan
: stres keibubapaan

SOSIAL

: berpindah rumah
: konflik keluarga, perceraian, krisis hidup
: stres perkahwinan dan rumah tangga
: perhubungan interpersonal yang bermasalah
: masalah di tempat kerja
: cabaran kehidupan di kota atau di bandar
: masalah/ perubahan persekitaran
: masalah kewangan

PSIKOLOGI

: jenis personaliti
: tragedi
: hilang orang yang dikasihi
: kurang keyakinan diri
: takut untuk gagal

BIOLOGI

: penyakit fizikal yang kronik
: perubahan dalam tubuh (remaja)

So, camne? Betul tak ada sebahagian daripada punca stres tu berlaku dalam diri kita? Memang kehidupan manusia yang normal tak dapat lari dari STRES!


Nota-cinta-Anna: Next entry --> Kenali tanda-tanda Stres

Tuesday, May 10, 2011

Jom Tangani Stres | Definisi

Posted by annazanariah at 5/10/2011 11:42:00 PM 0 comments

Assalamualaikum...,

Hope U all semua sihat.. Camne dengan final exam? Anna doakan U all semua dapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan usaha yang dah U all lakukan. Anna nak share tentang STRES.. Sepatutnya before exam la buat entri ni kot2 boleh apply supaya tak nak stres, tapi disebabkan bz dengan pelbagai keje, malam ni baru boleh nak publish.. =)

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan dewasa ini. tak kira la tua atau muda, lelaki atau perempuan, pelbagai bangsa dan agama serta taraf SESnya... Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dlm kehidupannya. Stres adalah respon fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.


APA ITU STRES SEBENARNYA? U all kan selalu sebut 'stres la keje banyak..!', 'stres la dengan perangai rumet!' dan macam2 lagi la.. tapi tau ke apa maksud stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.



Nota-cinta-Anna: Next entry --> Punca-punca stres

Monday, May 09, 2011

Senyum, Tak Perlu Kata Apa-apa

Posted by annazanariah at 5/09/2011 04:21:00 PM 3 comments

Senyum membuat kita tampak menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya penarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.
Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rileks. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.
Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rileks.

Senyum menurunkan tekanan darah.
Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan berjaya.
Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah semulajadi.

Sunday, May 08, 2011

Sepagi di Hutan Bandar Mutiara Rini

Posted by annazanariah at 5/08/2011 11:25:00 PM 2 comments

Assalamualaikum...,

Saje je nak share dengan U all tentang aktiviti Anna pagi tadi. Anna ke Hutan Bandar Mutiara Rini pagi tadi jam 7am. Gi dengan Sis Jue. Niat asalnya juz nak guna fasiliti senaman yang ada kat situ, tapi akhirnya kami berdua tertarik nak join aerobic.  Best sangat tau. Lebih kurang sejam kami bersenaman.. Heheh.. Memang terbaik lah.. Berpeluh-peluh. Kalau setiap hari gi sure leh maintain kesihatan badan.. =)

Ramai yang join, Anna anggarkan lebih daripada 50 orang. Terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. After aerobic, kami berdua sempat lah guna beberapa alatan senaman kat situ, tapi memandangkan matahari dah mula memancarkan sinar dengan garangnya, apa lagi... Rehat n bergambar lah.. Hehehe...



Kami balik kul10am. Tapi before balik tu, singgah pasar. Masak timeeeee... Dah lama tak ke dapur. Maklumlah dah lama tak balik umah. Mujur ada chef Jue.. So, kami masak Asam Pedas Ayam ala Melaka... Perghh!! Syokkk.. Menambah2 makan nasik.. (padahal pagi tadi baru je aerobic)..  Kuang3~~

Gambar asam pedas boleh refer kat fb.. Tapi nak bg amaran: Jangan terliur OK.. Hahaha...

The Ark Steamboat Restaurant 2 in 1

Posted by annazanariah at 5/08/2011 11:09:00 PM 0 comments


Tarikh: 6 Mei 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: The Ark Steamboat Restaurant 2 in 1

Kenangan bersama rakan seperjuangan yang akan kekal dalam ingatan.. InsyaAllah~~

Hukum Menyebut Oh My God! (OMG)

Posted by annazanariah at 5/08/2011 12:03:00 AM 5 comments
Assalamualaikum...,

Sejak dua minggu ni ada je DATE.. Hehehe.. Gi makan2 dengan kawan2.. Maklumlah dah tak lama lagi Anna akan meninggalkan UTM terchenta ni.. Huhu.. Sedihnya... Rasa berat hati je nak tinggalkan zaman perkuliahan.. Perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar, berfikir secara matang, bertingkah laku secara matang dan sebagainya lah. Memetik kata-kata seorang lecturer yang Anna sayang --- "Tamatnya sesi kuliah ni, bukan bermakna berhenti mencari ilmu. Sentiasalah mencari ilmu di muka bumi Allah ini. Sampaikan ilmu kepada orang lain.." Dan yang paling best ayat beliau --- "Berfikir dan bertindaklah secara seorang SARJANA...". Perghh.. Memang mendalam maksudnya.. =)

OK lah, ape kena mengena dengan tajuk ye? OK, berbalik kita kepada tajuk kat atas tu: HUKUM MENYEBUT OH MY GOD (OMG) atau ada yang sebut O-EM-JI..


Sure U all pernah dengar rakan-rakan disekeliling kita ni sebut perkataan demikian? Anna akui Anna juga pernah sebut 'word' tersebut dulu. Tapi selepas dengar lecturer Anna (Dr Faizah Abd Ghani) bahaskan tentang 'word' tersebut terus takut dan berhati2 bila nak tersebut.. Kadang2 terbabas jugak! Astaghfirullah~~~ Betapa nipisnya imanku..

Anna nak tanya, jawab secara jujur k.. SEMASA U ALL SEBUT 'WORD' TERSEBUT, U ALL MAKSUDKAN ALLAH atau JUZ SAJA2 SEBUT? Mungkin dah jadi TABIAT untuk sebut kan? Menurut Dr., akidah sedikit goyah apabila menyebutnya tanpa betul2 tumpuan memberi maksud ALLAH. Sebaliknya hanya membayangkan GOD @ TUHAN. Bukan Allah... Nau'zubillah kalau itu berlaku...

Berikut Anna petik artikel daripada Majalah Wanita ruangan Kemusykilan Agama yang dijawab oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkenaan hukum menyebut “Oh My God” ini. Semoga ia memberi pengajaran buat kita semua dan lepas ni kalau nak sebut nama tuhan kita, biar ia jelas dan sampai maksudnya. … Ya Allah Ya Tuhanku….





(right click-open new tab untuk tumbesaran beliau)

So, camne? Apa pandangan U all tentang perkara ini? Adakah perlu dipandang ringan atau perlu dihebah-hebahkan? Atau perlu perdebatan lagi? Anna harap kepada rakan-rakan di luar sana dapat bersama-sama memberi respon sebab ianya melibatkan AKIDAH. Ya Allah ampuni aku sekiranya perkara yang disampaikan menyebabkan kemurkaanMu...

Wallahu'alam~~

Friday, May 06, 2011

Kawan

Posted by annazanariah at 5/06/2011 01:17:00 AM 4 comments
Salam..

Apa ertinya seorang...

SAHABAT?

TEMAN?

RAKAN?

KAWAN?




Setiap definisi ini berbeza. Namun bagaimana kita menjelaskan definisi tersebut terhadap 'mereka'? Anna percaya, setiap orang pasti ada seorang atau lebih rakan/sahabat/teman/ kawan yang sangat rapat. So do I... Even my bestie dah mendirikan rumah tangga, tapi hubungan akrab tersebut tetap terjalin. Kami bersahabat sejak sekolah rendah sampailah sekarang. Jauh di mata, tetapi dekat di hati...

Namun, tidak dilupakan yang dekat dimata, dekat dihati... Hehehe... selalu gi makan sama2, shopping sama2, girl talk, gossip, lepak, study, discuss...

So, dikesempatan ini, Anna nak tujukan sebuah nasyid yang bagi Anna sangat mendalam maksudnya... KAWAN




Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Thursday, May 05, 2011

KFC | Baik Punye....

Posted by annazanariah at 5/05/2011 07:31:00 PM 7 comments
Siapa suka KFC?

KFC ada buat promosi skrg. Siap ada diskaun baik punye.. SO GOOOOD! Hehehe.. Kalau U all nak tau, boleh la klik kat iklan yg ada kat blog Anna ni.


Dah pernah try menu baru?


Nyum3.. Sedapnyeeee... Boleh la serbu KFC terdekat ye. Memandangkan Hari Ibu dah dekat, boleh la bawak ibu masing2 makan KFC. Bagi yang dah habis final exam tu, boleh la celeb kat KFC. Bagi adek2 yg baru dapat tawaran Matrikulasi dan Tingkatan Enam, KFC juga tempat terbaik nak celeb. Boleh lepak ramai2 sambil makan AYAM.. Heheh..  Nak makan lebih dengan harga murah?? Download dan print voucher KFC kat page KFC di facebook tu ye. Ataupun kat bawah ni pun boleh... Hihihihih... Tapi kalau nak tau lagi banyak, klik la IKLAN KFC KAT BLOG BLUE CRYSTAL ni k.. ^____^




Cepat3... Jgn lupa ajak Anna sekali ye.. =)

Wanita | Kerana Dirimu Begitu Berharga

Posted by annazanariah at 5/05/2011 03:10:00 AM 6 comments
Salam ceria buat semua..

Tak mau sedih2 ok.. Memandangkan entri semalam agak menyentuh emosi, so pagi ni Anna nak berkongsi sedikit pendapat tentang WANITA. Semua ni hanya pendapat peribadi, so sebarang komen amat dialu2kan..





Wanita sinonim dengan apa? Bunga? Matahari? Emas? Awan? Apa sahaja definisi perempuan atau wanita tentu ada sebabnya. Betul tak? OK lah, ambil satu contoh. Ada yang mengatakan wanita itu ibarat bunga. Cantik dan wangi. Semakin matang, semakin berkembang mekar... Cantik kan? Sesetengah bunga berduri, wangi dan mempunyai warna yang menarik. So, gurls... Anda mewakili bunga apa? Cepat fikir..

Kalau Anna suruh pilih antara bunga mawar atau tahi ayam, yang mana u all pilih untuk mewakili diri u all? Apa reasonnya? OK, yg ni Anna tak nak jawab.. Masin-masing ada jawapannya yang tersendiri.. =)


CANTIK... Apa definisi cantiknya wanita? Kecantikan itu satu perkara yang SUBJEKTIF. Ianya terletak pada mata yang memandang, namun jangan dilupa, kecantikan dalaman (akhlak) akan menjadikan sesorang itu bertambah cantik. Contohnya, pada pandangan mata Anna, Lisa Surihani tu cantik, tapi tidak semua orang cakap Lisa Surihani tu cantik.. hehehe.. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza, penilaian yang berbeza. So, dari mana pulak datangnya pandangan tentang wanita itu cantik?

Peribadi?

Percakapan dan pergaulan?

Penampilan?

Penguasaan ilmu?

Wajah yang bersih dari jerawat?

Dahi licin?

Kulit kemerah-merahan?


Atau memang parents dia namakan dirinya CANTIK Binti ____. Hehehehe.. Bagi Anna, kecantikan wanita ni terletak pada cara mereka membawa diri samada di kalangan teman-teman rapat atau di khalayak ramai. Termasuklah cara bercakap, cara bergurau, cara bertegur sapa, cara senyum, cara gelak dan cara memberi pendapat. 



Setiap wanita adalah cantik sekiranya dia boleh menerima diri sendiri. Tidak berpura-pura semata-mata mahu menarik perhatian orang lain. Pernah dengar ---> "Ala, muka I ada jerawat lah.. Runsing ni dah tak cantek!" Padahal jerawat secalit je, tu pun celah tepi hidung. Tak perasan pun. Ngeee... Jadilah wanita yang menerima diri sendiri, tapi dalam masa yang sama berusaha untuk memperbaiki penampilan demi meningkatkan keyakinan diri. 

Menerima keadaan diri sendiri dan juga menjaga pembawakan diri (persona) penting untuk disenangi oleh orang disekeliling. Perlu kesesuaian cara membawa diri samaada: bersama rakan, di tempat awam, bersama keluarga, bersama orang yang lebih tua, bersama majikan dan sebagainya.....

Mmm.. dah panjang lak berceloteh. Dah la tak reti nak mengarang ayat. Takpe, asah lagi pasni.. hehe.. Hope U all sudi baca dan respon la ea..



p/s: saya rasa saya cantik sebab saya sayang diri saya.. Duh! Confident you~~ Hihi.. Syukur.. Allah dah jadikan kita semua cantik.. ^____^  









Wednesday, May 04, 2011

Berakhir Sudah | Gembira @ Sedih?

Posted by annazanariah at 5/04/2011 01:55:00 AM 13 comments
Dengan nama Allah yang Maha Besar....,

Alhamdulillah, malam ni diberi kesempatan untuk mengadap lappy dan menulis di blog yang tersayang..  Memang diakui sudah terlalu lama Anna tak menulis di blog. Rasa cam tak tau nak mengarang ayat camne.. Adeh!



Setiap perkara di dunia ni pasti ada pasangannya. Ada siang dan malam, ada timur dan barat, ada gelap dan terang, ada lelaki dan perempuan, ada pertemuan dan perpisahan, dan ada gembira ada sedih. Semua elemen ini adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain. Tidak dijadikan sesuatu itu tanpa tujuan dan manfaat kepada insan.



Tanggal 28 April 2011, segala kepayahan, kepedihan dan kesusahan telah berakhir. Pada pagi itu, perasaan berdebar-debar, hati jadi tak keruan. Perasaan bercampur baur. Sedih? Gembira? Takut? Semuanya ada... Namun apa yang dah tersirat dan tersurat harus diterima....



Petang Khamis itu, segalanya berakhir.. Ya! Berakhir. Semua kenangan bagaikan menari-nari ditubir mata ini. Kenangan manis, kenangan pahit, kenangan susah dan senang bersama bagaikan ditayangkan kembali. Air mata bergenang. Namun, bersyukur kerana inilah jalan yang telah dipilih... Suka atau tidak, harus dilalui dengan tabah...



Malam itu, Anna termenung sendirian sambil mengemas bilik yang bakal ditinggalkan beberapa minggu lagi. Hati sebak. Terlalu banyak kenangan. Ya, 5 tahun... Masa yang agak panjang...



Dan akhirnya, di blog ini ku luahkan segalanya..... 

Berakhir sudah.....

Gembira?

Sedih?

Takut?











Apa-apa pun, alhamdulillah, syukur Ya Allah... Akhirnya hambaMu ini telah berjaya mengharungi kesusahan dan kegembiraan dalam mencari Ilmu di muka bumi ciptaanMu ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan selama-lamanya....~

Sedih meninggalkan rakan-rakan Sarjana, adek2 dan warga KTF, rakan-rakan IPF, pensyarah-pensyarah, Pengetua KTF... Sob.. Sob.. Sob..

Gembira kerana telah melangkah satu lagi fasa kehidupan--- mencari pekerjaan. Gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa... Syukur..

Takut untuk melangkah ke dalam dunia pekerjaan, tapi itulah realiti yang perlu dihadapi..

So, apakah perasaan yang sebenrnya.....
 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal