Wednesday, May 11, 2011

Jom Tangani Stres | Amalkan 10B

Sambungan daripada entry --> Tanda-tanda Stres



Banyak pulak sambungan untuk topik ni kan.. Ok la, ni yang part last.. Dah tau definisi, dah faham apa punca, dah kenali tanda-tanda STRES, so tibalah masanya bagaimana untuk tangani stres secara serta merta iaitu AMALKAN 10 B.. ^___^

BERTENANG
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

BERNAFAS DALAM-DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

BERKATA~ RELAKSLAH...
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

BERIBADAT
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

BERKONGSI
Berkongsi perasaan/ masalah dengan seseorang adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan. Masalah yang disimpan atau dipendam akan mengakibatkan stres semakin teruk. Kongsilah dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Perbuatan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan stres dan melegakan diri.

BERURUT
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan menegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.



BEREHAT
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran. Selain itu, kalau U all ada lagu-lagu faveret, boleh layan.. Asalkan lagu-lagu tersebut slow, sentimental dan menenangkan. 

BERIADAH
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/ gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

BERSENAM
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpuan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.


Dengan melakukan kaedah 10 B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung yang laju, marah, gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan. Harap segala apa yang Anna kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada U all. Semua info tentang stres dari awal tadi Anna petik daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana ada bahagian-bahagian tertentu Anna dah modified mengikut kesesuaian. 


End~



1 comments:

Unknown said...

waa...like like like :D