Tuesday, May 10, 2011

Jom Tangani Stres | Definisi


Assalamualaikum...,

Hope U all semua sihat.. Camne dengan final exam? Anna doakan U all semua dapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan usaha yang dah U all lakukan. Anna nak share tentang STRES.. Sepatutnya before exam la buat entri ni kot2 boleh apply supaya tak nak stres, tapi disebabkan bz dengan pelbagai keje, malam ni baru boleh nak publish.. =)

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan dewasa ini. tak kira la tua atau muda, lelaki atau perempuan, pelbagai bangsa dan agama serta taraf SESnya... Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dlm kehidupannya. Stres adalah respon fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.


APA ITU STRES SEBENARNYA? U all kan selalu sebut 'stres la keje banyak..!', 'stres la dengan perangai rumet!' dan macam2 lagi la.. tapi tau ke apa maksud stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.



Nota-cinta-Anna: Next entry --> Punca-punca stres

0 comments: