Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Cuaca Panas Sekarang??

Posted by annazanariah at 5/11/2011 05:14:00 PM
Assalamualaikum....

Harapnya semua rakan-rakan sihat. Banyakkan minum air masak tau sebab lately cuaca semakin panas,, sejak dua tiga minggu ni.. Nak kuar tengahari pun rasa malas sebab panas terik. Bagi yang ada migrain lagi la, huhu..



Tapi, U all tau tak kenapa lately cuaca panas sangat. Terutamanya Melaka, Johor, Kedah dan Perlis... Sebabnya adalah... Baca petikan kat bawah ni...

"..KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. 
Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. ---- "Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering..."


"..FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.

Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius..."

Sumber: Kosmo!


So, banyakkan minum air dan kerap mandi... Rasa cam nak gi mandi kat air terjun.. Wahhh.. bestnyeee~~ (^__^)

3 comments on "Kenapa Cuaca Panas Sekarang??"

http://aniesandyou.blogspot.com on May 11, 2011 at 5:59 PM said...

btol tu panas smpi nk tido pun x selesa.ni br baik demam

Jiran ooo jiran

Nia Kmj on May 11, 2011 at 10:33 PM said...

pns sgt3...tdo pn xbley slimut da kak anna :D

Anonymous said...

Ni dah tahun 2015 pun panas lagi, acano? Ni bukan sementara lagi dah, panas sampai jatuh sakit..

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal