SALAM~Hari ni Anna de entry menarik tuk share ngan U all.... sape suka soya angkat tangan!!!!haa... Ramai.. ramai.. Bagus.. Anna juga suka soya, terutamanya taufu fah (tau kan ape benda tu? yang cik pah jual kat pasar malam tu.. hehehe).. nyummy.. Tapi tadi Anna terbaca tentang keburukan soya ni kat FB one of my friend. Disebabkan limited info kat situ, Anna pun search la lagi info. Juz nak sharing... Lagi pun Anna mmg penggemar SOYA!!
sila la baca~
********************************************
Yang ni artikel dari FB my fren tu~
"Soya ni sebenarnya membahayakan kesihatan tubuh, lelaki dan perempuan. Atau lebih tepat, kesuburan. Katanya minum soya boleh melemahkan kesuburan dan tenaga?? Betul ke?? Jom kita selidik..
ANTARA KEBURUKAN SOYA (yang tak suka baca perkataan medik jangan baca):
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??
Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)
Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially). Memang sah-sah kau kena batal niat nak minum soya balik kerja nanti. Heheh.**sekarang baru saya faham kenapa orang dulu suka sangat buat soya jadi tempe. Tak pun orang Jepun yang makan natto yang melekit-lekit tu. Ataupun orang Hong Kong yang suka sangat makan tauhu busuk.Jadi mari kita sama-sama cakap, "OOOOOO...."
********* artikel tamat di sini***********
Anna tak cakap semua maklumat kat atas tu betul atau semuanya salah. Mungkin kajian yang lebih terperinci perlu diadakan. Tak pun, mmg dah ada kajian, cuma kita yg jarang membaca. Anna confuse la jugak kalau kebaikan soya diragui. Sebab selama ni mmg percaya SOYA memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. So, kat sini Anna nyatakan sedikit info tambahan untuk U all yang mana nak tau lebih lanjut..
1. "Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma." BACA LAGI KAT SINI.
2. "Ada kajian menegaskan bahawa susu soya adalah baik untuk kesihatan. Pengkaji mengatakan susu soya lebih baik daripada susu lembu kerana susu pertama yang dihasilkan ibu lembu adalah untuk anak lembu, dan yang kedua, susu lembu akan bercampur dengan hormon yang ada pada lembu. Dewasa ini, ramai yang pandai menghasilkan minuman soya di rumah. Jadi, kebersihan dan keselamatan meminum susu soya adalah terjamin kerana tidak dicampur dengan bahan pengawet dan pewarna". BACA LAGI KAT SINI.
3. "Hasil kajian ke atas manusia, terdapat terlalu banyak bukti yang menyatakan 2 hingga 3 hidangan soya adalah sangat selamat, dan mempunyai potensi untuk melawan penyakit". BACA LAGI KAT SINI.
4. " Soya mengandungi pelbagai sumber kesihatan yang baik seperti phytochemical , anti-oksida dan juga pelbagai minyak dan nutrien yang baik dan dapat membantu kita untuk mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan keradangan". BACA LAGI KAT SINI.
******************************************
So, Amacam? Dah baca? So, U all sendiri decide nak consume SOYA atau tak. Pada pendapat Anna SOYA memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Cuma bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, elok lah dapatkan nasihat DOKTOR before mengambil makanan dan minuman berasaskan soya, supaya tidak memudaratkan kesihatan. Jangan sebab kecuaian kita menjaga kesihatan, kita menyalahkan SOYA sebagai penyebab penyakit~~ -Juz pendapat peribadi-
Sedapnya tempe. ehhe~
Sekian (^_^)