Showing posts with label Tips dan PetUa. Show all posts
Showing posts with label Tips dan PetUa. Show all posts

Monday, November 21, 2016

Trip ke Vietnam - 19 - 21 Ogos 2016 : DAY 1


Assalamualaikum~

Lama tak bersiaran. Dan lama juga dah entry ni terpendam dalam draft. Masa agak tidak mengizinkan untuk saya update (alasan eh?). Apa-apa pun draft ni perlu ditukarkan sebagai published entry juga. Mungkin boleh menjadi panduan dan rujukan kepada orang lain juga.. Kan? Kan? Kan?

Kali ini saya dan Mr Heartthrob ke Vietnam pula. Ni first time buat kami ke Vietnam (Ho Chi Minh) dan paling best sebab kami ke sana tanpa tour guide. Hanya berpandukan panduan daripada blogger-blogger yang pernah ke sana saja. Basically tujuan kami ke HCM adalah untuk survey barang-barang yang boleh di bawa ke Malaysia untuk diniagakan. Disamping tu bercuti lah sekali kan.. Apa salahnya.

Tiket Air Asia dah ditempah awal (kira-kira 2 bulan) dengan harga promo AA. Hotel pula kami tempah di Agoda. Ok lah kan RM402.00 return utk dua orang. Penginapan kami pula di Bali B Hotel. Kira-kira 600m sahaja dari Ben Thanh Market. Ok lah kot. Masa tu dok survey ramai yang suggest Pink Saigon dan hotel2 sekitar Lorong 1 Malaysia, tapi malangnya dah penuh..

19 Ogos 2016


Malasnye lah nak buat entry asing-asing. Saya ringkaskan cerita je lah ye. Hihi. Flight kami awal pagi dan sampai di airport HCM ni lebih kurang jam 8.00 AM. Ada perbezaan masa sejam dari Malaysia. Sesampainya kami di airport, terus keluar dan belok ke arah kanan cari bas. Bas bernombor 152 ye kawan-kawan. Murah dan menjimatkan. Masa tu tak ramai pun orang. Tiket berharga 5000Dong (lebih kurang RM0.90) seorang. Ok Murah. Kalau uoll naik teksi charge yang dikenakan sekitar 150,000 - 200,000 Dong. Beza kan?

Ohh lupa, macam biasa, kami akan cari Money Changer kat Chow Kit. Boleh tgk review sy dalam entri Ke Bali Ke Kita. Hihi. Tukar sikit je dulu untuk buat duit runcit. RM199.80 = 1,080,000.00 Dong. Terus jadi jutawan kan. Kat sana bawa RM je. Senang nak buat kira-kira.

Perjalanan naik bas ni best. Boleh lihat-lihat bandar sekitar HCM yang rata-ratanya menunggang motosikal. Perjalanan ke Pasar Ben Thant mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sebenarnya kami pun terlupa nk print map dari Ben Thant ke Hotel. So tawakkal je lah ye.



Ada orang tu dah lapar. Hihi.. Ni pun salah satu tips jimat. Bawa bekalan makanan secukupnya. Bukan ape, sebab kita tak pasti adakah makanan kat sini memenuhi selera kita kan. Daripada kelaparan, baik standby je. Macam biasa, ada roti, maggi, milo, sup kimball, tuna dan energy bar. So satu bag ni dipenuhi makanan je ok. 



Ni hero saya! Jauh jugak berjalan dari Ben Thant Market ke kawasan ni. rasanya dalam 700 meter jgk. Orang lain back pack bawa beg galas, kami bawa beg beroda. Ok, next tips.. Jangan sesekali korang naik beca yang ada disekitar Ben Thant tu. Diorg akan approach korang dengan tanpa jemu tau. Dan korang kena buat tak tahu je. Senyum dan berlalu pergi. Diorg akan offer 5 Dollar je, tp bila dah sampai nnt siaplah diorg ketuk. Disebabkan kita tak biasa, sure 'terpaksa' bayar! 

Cabaran melintas jalan! Yeah... first time experience nak melintas jalan. Menurut quick tips yang saya dapat melalui Youtube, kalau nak melintas jalan di HCM ni, mmg kena ada keberanian dan keyakinan 100%. Kalau nak tunggu takde kenderaan baru nak lintas, mmg sampai kesudah lah tak melintas. So, ikut je Zebra Line, agak2 macam selamat sikit, lintas je. Secara automatik kenderaan akan mengelak daripada kita. So kalau nk lintas sambil pejam mata pun boleh (ni gurau!). Tapi cuak gak! Pheww~



Tadaa~~~ Kami sampai di Hotel kira-kira jam 10am. Memandangakan masih awal, dan kalau early-in kena bayar 15Dollar, so kami decide tunggu masuk jam 2pm lah. Tapi, luggage camne??? Jangan risau, luggage boleh tumpang letak di kaunter. InsyaAllah selamat dan pastikan barang berharga tidak ditinggalkan, dan beg anda dikunci ye. 

Sebelum kami ke destinasi pertama (Ben Thant Market), kami dapatkan map dari kaunter Hotel, dan tanyakan sedikit maklumat berkaitan HCM dan pakej yang ditawarkan. Kami tertarik dengan pakej Sungai Mekong. Half day trip 18USD/pax.  Macam best kan. Ada lebih dari 5 tempat akan dilawati. Tapi kami KIV dulu. Jom shopping dulu. Tgk macma mana nanti.. Hohohoho...

Korangggggg.. Excitednya sampai Ben Thant Market. Murah taw. Pssstt.. ada Naelofar Shawl, kain ela, pakaian siap jahit, beg2, Sutera Vietnam dan macam-macam lagi lah. Yang pastinya murah dan tips yang seterusnya adalah BARGAIN! So, test skill bargain dulu.. Hasil tangkapan saya 10 helai Naelofar Instant Shawl, 3 pasang kain Sutera Dubai. Harga?? Memang terlajak murah!!


Kat sini lah tempat saya buat tangkapan. Saya guna RM je. Dan si penjual ni pandai berbahasa MELAYU. Ohhh senang nk nego. Beli sikit dulu, pastu jalan pusing-pusing sekitar pasar. Mungkin sebab awal lagi, pasar ni tak crowded sgt seperti yang diceritakan oleh blogger lain.



Kalau korang berkesempatan, singgah lah ke kedai ni. Exclusive dan ada jual original Vietnam Coffee. Harga dia?? Korang tengok lah sendiri. Hihi.. Kedai ni betul-betul depan pintu keluar No 6 Pasar Ben Thant.



Dah puas pusing-pusing pasar, perut pun dah lapar. Jom lah ke hotel dulu. Urusan check in senang. Just tunjukkan booking slip, and diorang akan buat semakan, done!. Ok, tips lagi.. Jangan lupa buat salinan Passport. Kami tak pasti memang prosedur hotel-hotel di Vietnam macam ni ke.. Diorang akan simpankan Passport korang. Aishhh risau jgk kan. Tapi diorang berkeras yang mengatakan ini adalah prosedur. So tawakkal je lah. Huhu..

Berbalik kepada Pakej yang kami tengok tadi, setelah berbincang bertolak campur bahagi darab, tak jadi lah ke Sungai Mekong Tour tu. Tak puas shopping. uhuiii..

Usai refresh diri, solat, lunch n rest, kami akan keluar untuk ke Pasar Malam sekitar pasar Ben Thant. Kami keluar jam 7.00 PM (waktu Vietnam). Neves jugak ni nak keluar malam. Kami ada maklumkan kepada penjaga kaunter. Dia turut pesan, jaga barang peribadi elok-elok sebab banyak penyeluk saku.

Misi kami, survey dulu barang-barang, dan dapatkan kopi terbaik Vietnam! Yeay.. Ana n Faizal the coffee lover.. Kami dan kopi berpisah tiada.


Laa.. ramai orang berjalan waktu malam pon. Ada satu sukan yang unik. Macam sepak takraw, tapi diorang guna macam bulu ayam yang digumpal. Lupa nak snap pic. 


Nampak tak? Ramai kan manusia. Hehehe. Meriah!!


Ada orang jogging, main skate board, main roller blade, dating pun ada, lepak-lepak pun ada..


Dok bergambar je, bila nak sampai Pasar Malam kan? Hehehe..


OK, finally.. Wow.. Amazing. Harga lagi murah daripada Pasar Ben Thant lah korang. Tengok beg kulit tu. Aduh.. Rambang mata.. Nampaknya tak menyesallah kami cancel pakej tour tu. Sebab esok nak jalan-jalan area HCM sendiri. Ala-ala explorace gitu. hew hew hew..

So, malam ni saya topup lagi hasil tangkapan. Lagi 15 helai shawl Naelofar, Sutera Vietnam untuk mak dan MIL, dan Bokitta 5 helai. 

Sambil jalan-jalan tu nampak lah si Penjual Kopi. Ada tulis HALAL. So kami pun try beli satu. Beratur panjang. Mungkin sebab dah famous. Sambil-sambil tu usya jugak apa bahan-bahan yang dia gunakan. Hehehe.


Weee.. Ni lah hasilnya. Supper kami di HCM. Kopi Trung Nguyen + Susu Krimer (Vinamilk). Susu ni susu pekat tau, even dok dalam kotak. Memang khas untuk buat kopi. Rasa kopi tu.. perghh.. ummphh.. Sebijik macam yang kitorg beli tadi. So setiap hari buat kopi sendiri lah. Tak payah beli dah. Puas hati. Hohoho..

Ok, badan dah penat. jauh berjalan kaki. Nak tengok TV pun, tak faham. Siaran HBO pun dah dialih suara ke Bahasa Vietnam. Adoi.. tido je lah. Hahaha..


X.O.X.O
Read More

Wednesday, August 31, 2016

KBKK [27 Mac 2016 - Day 8: Bali - Malaysia]

TRAVELING -- It leaves you speechless, then turns you into a storyteller..

Hari terakhir kami di Bali!! 8 hari yang sangat memberi pengalaman yang sungguh bermakna dan bererti. Tentang keindahan alam, meraikan kepelbagaian manusia dan ciptaan Allah, mensyukuri Agama yang dianugerahkan.. Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar. 

Apabila melihat kesungguhan penduduk Bali dengan kepercayaan mereka terhadap tuhan Trinity, terasa kerdilnya diri ini, lemahnya diri ini dalam menyampaikan dakwah. Bagaimana Nabi Muhammad menyampaikan dakwah kepada ummatnya dahulu... Bukan senang, tapi tidak mustahil. Ya, semuanya dengan izin Allah swt.

BYE-BYE BALI.. HELLO MALAYSIA..

Flight kami jam 4PM. So ada masa lagi untuk shopping last minute. So, pagi ni jom round dulu sekitar bandar Kuta. Awal-awal pagi, kurang sikit kesesakan. 



The Jayakarta Club Bali, Kuta --- highly recommended!!



Nampak tugu REKLAMASI tu? Penduduk asli Bali menolak pembangunan di Tanjung Benoa.



Last minute shopping di Krishna. Orang tak ramai lagi sebab masih pagi. Beli kopi Bali, t-shirt dan beberapa item cenderahati. Harga di sini sangat memuaskan berbanding toko-toko cenderahati yang lain.

Cash masih ada balance. So, kami decide beli makanan je lah. memandangkan Sneakers murah kat sana, apa lagi kami borong lah kan. Oh ya, kat sini pun ada Kartika Sari tau. Nyummeh!



Finally, kami sampai di Airport Ngurah Rai jam 12PM. Then, serahkan semula kereta kepada Pak Gusti's staff. Ohh ya, nampak tak kotak yang di dalam gambar kat atas tu? Kami terlupa nak wrap dulu. Just ikat dengan tali je tu. Kami ada bertanyakan harga wrapping luggage.. Rp80,000. Kena bayar dalam Rupiah ye. RM not acceptable. Alamak! Macam mana ni. Lastly teringat balik, kami ada bawa plastik sampah yg hitam tu. Idea pun datang.. 




Korang, kalau travel sendiri nanti, bawak camni. Standby in case nak guna. And memang berguna pun.



So wrap lah sendiri kemas-kemas ye. :)




Bye-bye Bali.. Till we meet again..





Ni antara souvenir yang diborong untuk family dan rakan-rakan. Signature Bali - Pie Susu, Kacang Disco, Kopi Bali, Pie Kacang.. But make sure makanan yang korang beli, mestilah ada tanda HALAL ye. HALAL kat sini dikeluarkan oleh Majlis Ugama Indonesia (MUI).

Pie Susu paling femes dan sedap adalah Pie Susu Dhian. Ni pun hasil survey-survey dalam blog dan juga tanya orang-orang Bali sendiri.



Semoga ada rezeki ke Bali lagi..




Read More

Monday, August 29, 2016

KBKK [25 Mac 2016 - Day 6: Uluwatu - Kecak Dance - Karang Kurnia]

Before I met you, I never knew what it was like to be able to look at someone and smile for no reason..

It's Day 6 already! Cepat pulak masa berlalu. Sebabkan plan hari ni nak santai-santai je, so kami keluar tengahari sikit. Plan asalnya pagi nak ke spa di Club, tapi terlupa nak booking semalam. Haha.  Apa-apa pun, jom fill tank (perut) dulu. Bekalan makanan dari Malaysia dah licin. So kena lah cari makan di kedai-kedai makan sekitar ye.


AYAM PENYET SORABAYA



Menu kami, dua set ayam penyet, Es Teh Lemon, Jus Alpukat. Nyummy.. Sedap plak Alpukat kat sini. Smooth, kombinasi avocado dan coklat yang sangat ngam!


PURA LUHUR, ULUWATU

Selesai makan, kami ke Uluwatu. Ni pun salah satu lagi tarikan pelancong. Kawasan Uluwatu ni agak besar tau. Ketibaan pelancong disambut dengan monyet-monyet yang nakal. Hati-hati dengan barang yang anda bawa ye.

Teringat kenangan masa saya nak beli tiket masuk. Penjaga tiket tanya, 'Mbak Indonesia?'. Tapi saya dengan tersipu-sipunya jawab.. 'Bukan'. Then dia reply.. 'Ohh.. Mesti Malaysia kan'. Hahaha.. Dah dua tiga orang cakap muka saya gaya orang Bogor or Bandung! Hm... maybe ada salah silah campuran dari sana. Sape tahu kan? Ngeee~



Masuk dalam ni wajib pakai kain dan pengikat pinggang yang disediakan.

Kuil Luhur ni dibina di pinggir tebing yang setinggi lebih kurang 70 meter, dan wajaran tebing tu menghala ke laut. Menurut kepercayaan, batu ini dikatakan menjadi sebahagian dariapa Dewa Dewi ape ntah. Asal usul perkataan Luhur ni adalah daripada perkataan 'ngeluhur' yang bermaksud 'untuk pergi'. 



Kalau korang ke sini, jangan lupa Kecak Dance. Tapi jangan lupa baca sinopsis dan jalan cerita yang diorg bagi tau. Klau tak baca, mmg tak faham lah. Ada watak Monyet, Dewa, Dewi, Kijang Emas.. Ape lagi tah. Jalan cerita tu pendek je. Tapi sebab ada nyanyi and bunyi-bunyi plus upacara penyembahan masa awal-awal persembahan tu, lebih kurang dua jam juga lah.


Penonton punyalah ramai. Make sure korang masuk awal sikit supaya dapat cari port yang terlindung panas. kihkihkih. Kitorang masuk lambat, so duduk betul2 mengadap ke tengah laut. Masa matahari nak terbenam tu, memang betul-betul silau!

Habis show dalam kul 8. Berjalan ramai-ramai keluar dari kawasan Uluwatu tu kena hati-hati dengan penyeluk saku ye.



On the way balik tu, kami ingat nak singgah cari kudap-kudapan. Plan asalnya nak singgah Krishna, tapi bila dah malam, tak jumpa pulak. Sudahnya singgah di Karang Kurnia. Ada beberapa buah bas stop kat sini. Bawa pelancong entah dari mana. Boleh tahan ramai juga shopping time gini ye.

So kami beli kopi Bali, kacang dan Pie Susu. Cenderahati esok baru beli.

Ok.. Off dulu.. Daa..




Read More

Sunday, May 22, 2016

KBKK [23 Mac 2016 - Day 4: Tirta Gangga - Ubud - Kuta]

Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai.. Bahagia itu mencintai semua yang kita miliki..

Salam hujung minggu..

Jom update sikit entry untuk minggu ini.. Sambungan Ke Bali Ke Kita (KBKK) untuk hari yang ke-4 pula..

RAMA CANDIDASA HOTEL KE TIRTA GANGGA

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami bermalam di Rama Candidasa Hotel, maka penyusunan tentatif perlu dilakukan semula. Hehehe. Memandangkan hari kedua tak dapat ke Tirta Gangga, jadinya dengan bersemangat, kami akan ke sana juga sebelum bertolak ke Kuta, tempat penginapan kami untuk baki 4 malam di Bali.

11.00 AM: Check Out.

Berborak dengan receptionist yang punyalah ramah, tak sedar sampai sejam duduk di kaunter. Asalnya plan hari ni kami akan menonton Teater Bali Agong yang terletak di Gianyar. Tapi kalau nak tengok teater, perlu beli pakej Safari Park. Memandangkan tentatif untuk hari ini dah penuh, kami batalkan hasrat untuk menonton Teater Bali Agong yang khabarnya sangat masyur di Bali. 




Cuaca sangat panas. Nak beli hats, tapi mahal lah. Tak jadi. (penat je berlakon jadi orang Bogor! Ekeke.. Ada orang sini ingat saya orang Bogor)



Bayaran masuk adalah Rp 20,000 seorang. Parking Rp 2,000

Tirta Gangga merupakan warisan daripada Kerajaan Karangasem yang dibangun oleh Raja Karangasem pada tahun 1946. Ingat lagi saya pernah tulis tentang Water Palace? Ha, ada kaitan jugak lah tu. Tirta ni maksudnya 'air suci', Gangga pula di ambil dari nama sungai di India. So, Taman ini adalah Taman Air Suci penganut Hindu. Kawasan ni pernah musnah masa letusan Gunung Agung pada tahun 1963, tapi dibangunkan balik untuk tujuan tarikan pelancong. Walaupun rasa bahang matahari panas, tapi still rasa nyaman sebab terletak berhampiran kaki gunung Agung.





Pelancong boleh jalan atas batu-batu di tengah kolam. Ada ikan berenang-renang follow kita. Patung yang ada tengah-tengah kolam tu adalah patung Parajurit/Ksatria.






Uik!! Boleh terapung. 




Senyuman Colgate untuk uolls~





Ada sahaja perarakan keugamaan.


TIRTA GANGGA KE UBUD

Hampir sejam kami di Tirta Gangga, setiap pelusuk dan bergambar. Jom, next destination. Tempat wajib dikunjungi oleh pelancong.. Ubud, Tegalalang. Jauh juga nak ke sana sebab Ubud dah menghala ke Central Bali.

Perut dah lapar, stok roti dari Malaysia pun dah habis. So singgah Alfa Mart beli something alas perut.


Sari Roti, keluaran Kartika Sari, Bandung. Susu Frision Flag. Kotak macam Dutch lady kan? Rasanya lain sikit. Hmmm tak tau nak describe! Minute Maid is a must! Beli jajan dan biskut sikit. Total Rp 47,000.




2.00 PM, sampai di Ubud. Tak ramai orang. Saya dah start rasa macam nak demam. So lepak sekejap je untuk bergambar. Kat sini boleh nampak penanaman padi secara teres (bertingkat-tingkat).




Isi petrol di Pertamina Rp 100,000.





Masuk pekan Kuta lebih kurang jam 3.30PM. Jalan tak sibuk sangat. Nampak signboard KFC. Excited sebab lapar. hahaha.. Tapi kami akan check in dulu, malam baru keluar untuk dinner.


THE JAYAKARTA CLUB BALI, SEMINYAK

Agak susah nak cari sebab jalan di Kuta ni banyak lorong. Alhamdulillah, check in jam 4.30PM. Jayakarta ni konsep apartment untuk 4 orang. Best! Kami dapat bilik di Ground Floor.



Suasana Garden. Cantik, bersih dan aman damai.




Ada ruang tamu dengan sofa bed. Dapur pun lengkap, so boleh lah memasak (kalau nak dan rajin lah).




Usai solat, jom jalan-jalan di pantai. Dari hotel ni ada direct access ke pantai. Actually Pantai Seminyak, Pantai Legian, Pantai Kuta di sebelah menyebelah je. Kebanyakan kawasan pantai adalah 'private beach' untuk orang yang menginap di hotel.

MH happy dapat terjun laut dan 'surfing'.. Saya? Oh noooo sebab dah mula selsema dan batuk-batuk. Jangan cari pasal.


8.30 PM: Dinner buat pertama kalinya di luar. Dan pertama kali juga keluar berjalan pada waktu malam. Di Candidasa tak berani sebab kawasan perkampungan. Di Kuta ramai sangat pelancong berjalan kaki sebab banyak kedai cenderamata di kiri kanan jalan. Niatnya nak ke Hard Rock Cafe, tapi disebabkan masalah teknikal kat GPS, dan perut pun dah lapar sangat, kami cari kedai makan yang terdekat saja lah. Dan make sure peniaganya MUSLIM!



Alhamdulillah.. Jumpa Warung Taman Sari Kuliner. Tak tau nak order apa. So we decided order Soto Ayam dan 'Orange Jus' atau orang Bali panggil Es Jeruk. Es Jeruk ni adalah buah limau ye, bukan guna buah orange. Hihi.

Pemilik warung ni adalah Pak Andre. Berasal dari Madura (ayahnya). Ibunya penduduk asli Bali dan revert to Islam. Dia menceritakan dulu sebelum Bali jadi tarikan pelancong, memang susah nak jumpa makanan halal. Tapi nowadays, dah ramai orang luar masuk ke Bali (sebab merantau, perkahwinan dan juga perniagaan).

Total perbelanjaan dinner kami adalah Rp40,000.



Nota kaki-tangan:
Jalan kaki lebih baik kalau uolls nak shopping cenderahati tepi jalan. Sebab parking agak terhad. But, kena berhati-hati ye dengan barang berharga uolls.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Parking Tirta Gangga IDR2,000
b. Entrance Fee Tirta Gangga IDR 40,000
c. Petrol IDR100,000
d. Alfa Mart IDR47,000
e. Dinner IDR 40,000
TOTAL : IDR229,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
c. Hari ketiga: IDR460,000
d. Hari keempat: IDR229,000
BALANCE: IDR2,477,900
Read More

Thursday, May 12, 2016

KBKK [20 Mac 2016 - Day 1: Rama Candidasa Hotel]

LOVE YOU TO THE MOON AND BACK!

Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu. Berlepas ke Bali bersama suami tersayang, Mr Heartthrob (MH) dengan pesawat Air Asia Indonesia QZ 0551. Pendaratan yang sempurna di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali pada tepat jam 12.30 pm. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam tu langsung tidak membosankan.

Ketibaan kami disambut mesra oleh Mas Putu (staff tempat kami menyewa kereta). Disebabkan bukan musim cuti sekolah, keadaan di Airport agak lengang. 

Airport sangat cantik, besar dan unik dengan ukiran-ukiran. Ukiran dan patung adalah identiti Bali ye. Jangan terkejut kalau nampak setiap sudut ada ukiran dan patung.

Perkara pertama yang kami perlu buat setibanya di Bali adalah dapatkan kenderaan yang dah dibooking dan juga dapatkan sim card internet bagi memudahkan urusan dan komunikasi.

SEWA KERETA

Pejabat Mas Gusti adalah di Seminyak, tidak jauh daripada Airport. Tetapi kebetulan pula masa kami sampai tu baru bermula perarakan damai Bantah Reklamasi Tanjung Benoa. Macet jadinya.. Dikhabarkan terdapat 27 desa adat yang telah menyatakan penolakannya terhadap rencana reklamasi Teluk Benoa. Mereka berasal dari Kota Denpasar, Kabupaten Badung, Gianyar, dan Karangasem. Dan mereka ini adalah orang asli Bali (penduduk asal Pulau Bali). Apa yang menarik perhatian adalah perhimpunan akan diadakan di atas air - atas bot-bot! Menarik kan?




Setelah menempuh macet lebih kurang 30 minit, kami tiba di kantor Mas Gusti untuk urusan sewaan mobil. Pasa asalnya kami booking Karimun, tetapi kereta tersebut tidak dapat disediakan. Sebagai ganti mereka memberi kereta Toyota Agya (di Malaysia, Proton Axia). bunyi pun lebih kurang sama kan.. hihi.. Harga mahal sedikit (IDR 175,000 sehari), tetapi Mas Gusti menawarkan GPS secara gratis. Wah, bagus bangat ya! Total penyewaan kereta IDR 1,225,000 (Lebih kurang RM387.00++). Murah kan?? Sewa tu untuk 8 hari tau.

Kalau uoll nak ke Bali, boleh contact Mas Gusti - Dian Bali Car Rental. Website: www.balirentalcaranddriver.com. Atau boleh contact guna Apps LINE ke talian 085100700556. Boleh contact siap-siap dari Malaysia.


SIMCARD

Kereta dah settle, now cari sim card. MH beli Kartu simPATI. Harganya IDR75,000 (Lebih kurang RM24++). Simcard ni tujuannya untuk access internet. Senang nak whatsapp keluarga dan rakan. Telco di Bali ni macam-macam dan murah-murah lah. 



KUTA KE CANDIDASA

Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 2.30 PM. Perut dah berkeroncong, baru teringat belum diisi. Disebabkan pertama kali kami di Bali, kami ambil keputusan terus ke Candidasa dulu. Sebab takut perjalanan ke sana ambil masa yang lama. Kalau ikutkan lebih kurang 2 jam ke sana, tapi tu tidak termasuk sesat. Hehehe. Ok, jangan lupa isi perut kereta dahulu ye. Singgah di Pertamina (stesyen minyak) area Kuta. Petrol pertama kami bernilai IDR 167,000 (Lebih kurang RM 53.00++).

Kami melewati kawasan pekan Gianyar, Klungkung dan memasuki daerah Candidasa. Keadaan jalan raya tidak begitu sesak, tapi kami beberapa kali tersilap masuk simpang. 

Sepanjang perjalanan tu, apa yang kami perasan, tidak susah nak jumpa stesyen minyak, dan mini mart. Mini mart pertama kami di Bali adalah Indomaret. Beli air mineral 1.5L dua botol, minute maid pulpy 1L, buku nota kecil dan pen dua batang dengan kos IDR 36,100 (Lebih kurang RM12). Murah kan? Di Bali, kalau uoll beli barang dari mart, uoll akan dikenakan caj untuk beg plastik ye (IDR 200 je, lebih kurang 6 sen).

Finally, sampai di Hotel Rama Candidasa pada jam lebih kurang 5PM (keadaan waktu seperti jam 6PM di Malaysia). Usai check in, rest sekejap, solat dan keluar berjalan-jalan sekitar kawasan hotel.






PEMANDANGAN MENDAMAIKAN

SubhanAllah!! Sebelum ni tengok gambar-gambar di internat dah excited sebab cantik sangat. Tapi bila tengok dengan mata sendiri.. lagi lah best. Hotel ni terletak di tepi laut. Lepak-lepak dulu sambil tengok sunset.




MAKAN MALAM BAJET

Makan malam kami simple je. Megi cup sorang satu, roti with tuna sorang sekeping, air milo satu mug. Alhamdulillah. Kenyang. Usai makan, jom plan untuk trip esok. #sayataksabar


Nota kaki-tangan:
1. Simcard beli siang tadi tak dapat digunakan pun. Simcard internet, tetapi topupnya untuk kegunaan panggilan sahaja. Takpe lah takde rezeki. Mujur ada internet hotel yang laju.


Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Sewa Mobil - IDR1,225,000
b. Petrol - IDR167,000
c. Indomaret Mini Mart - IDR36,100
d. Simcard SimPATI - IDR75,000
TOTAL : IDR1,503,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000 - IDR1,503,000 = IDR3,246,900



Ok, cukup dulu untuk Day 1. Esok saya sambung lagi.. nite~




Read More