Sunday, January 24, 2016

Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2015

Posted by annazanariah at 1/24/2016 02:13:00 PM
Satu lagi entry yang dah lama 'terperam' dek kerana kekangan masa untuk edit gambar..:)
Saja berkongsi sebagai kenangan manis~


Datuk Mustafha - Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat





Barisan Kepimpinan Tertinggi Bank Rakyat






TEMA : MOVIE CHARACTER
Cer teka, apa character yang saya bawa??
Bergambar bersama Transformer~





Penampilan istimewa, Nabil dan Angah sebagai pengacara majlis. Memang meriah dan havoc habis. Tidak terlalu formal dan disusuli dengan lawak-lawak bersahaja. Cukup menghiburkan dan menghidupkan suasana majlis makan malam.




Sempat bergambar dengan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Hj Abd Razak




Red Carpet Entrance. Memang Grand uolls~




Team HR!




Nabil dan Angah!!! Terbaik...



Pengerusi baru Bank Rakyat: 
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal (B)




Macam-macam 'character' ada malam ni..
Ni team HR lagi.. Running Man, The Hunger Games, Back to The Future
Myself? Mengenakan Dress Alice in Wonderland, yang disewa dari Butik Empire Costume KLCC. Saya ada kembar Alice seorang lagi pada malam tersebut. Tak sempat nak ajak bergambar. Hihi~

Tak lupa juga penampilan istimewa dari Hazama! Fuhhh.. suara dia memang best.. Persembahan yang bersemangat. Sedar-sedar tiga lagu dah dia persembahkan. Boleh tahan kelakar orangnya.. Sempat bergurau dan melawak di atas stage. 

Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam. Sayangnya saya tak ada rezeki cabutan bertuah. Grand Prize merupakan scooter (tak ingat jenis ape), ada hadiah-hadiah best lain antaranya iPad, Samsung Note 8, iPhone 6, voucher SOGO, dan amcam-macam voucher lagi.

Ok lah, ini sahaja sedikit sebanyak coretan Majlis Makan Malam Bank Rakyat. Dah 'basi' tapi tetap segar dalam memori~ :)









0 comments on "Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2015"

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal