Thursday, July 12, 2018

Persiapan Gathering Gegurlzzz SMKAK 2018

Setiap tahun, pasti kami tertunggu-tunggu untuk penganjuran Gathering Gegurlzzz SMKAK. Tahun lepas, Team Northern menjadi penganjur dalam penganjuran acara ini. Boleh klik link kalau nak tahu>> KLIK <<

2017, Team Northern yang terdiri dari Una, Zaim, Diyana dan Ell yang uruskan. Memang mantop! Best gathering ever.. Ada yang tertanya-tanya, siapa K.A.M.I ni? Actually geng Gegurlzzz SMKAK ni terbentuk lama sangat dah. Since habis SPM 2002 lagi. Cuma saya sendiri baru je start join pada tahun 2012. Masa tu baru je saya mendirikan Mahligai Cinta dengan Mr Hearthrob (MH). Tu pun atas invitation dari penaungnya Puan Dina Comey. :)

2018, merupakan pertama kali saya dan MH akan menjadi penganjur acara yang ini. Kali ini, kami bawakan pihak SORA ENERGY RESOURCES selaku penaja kepada hadiah cabutan bertuah dan cenderahati bagi setiap yang hadir. Namun begitu, ada juga individu perseorangan yang turut menaja beberapa hadiah dan juga makanan sepanjang event ni nanti.

Persiapan dimulakan selepas sambutan HARI RAYA 2018, di mana saya, MH dan Puan Dina melakukan site visit ke tempat yang dipilih. Sebenarnya terdapat beberapa tempat yang kami dah short listedkan pada awalnya. Semuanya di daerah sekitar Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Namun, tempat yang kami pilih kali ni memang menepati kriteria Gathering. Tempatnya jauh sikit dari kesibukan kota, ada air terjun, penginapan berkonsepkan Back To The Nature, dan yang lagi best harga bersesuaian.



Ni tempat kami berBBQ nanti

Kali ini Sri Damai Resort, Kalumpang menjadi pilihan destinasi Gathering SMKAK. Penyertaan seramai 19 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak sudah cukup memeriahkan event pada kali ini. Namun, ada beberapa orang sahabat yang tidak dapat join disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kalau tidak, lagi ramai lah ye. 

Semua aktiviti dan sukaneka telah dirancang dari awal bagi memastikan kemeriahan dan event berjalan dengan lancar. 


Perbincangan saya bersama Puan Dina. Kami serius dan komited bagi memastikan event kali ini berjalan dengan baik dan 'havoc'..


Ini adalah kawasan yang disediakan bagi tujuan Games dan Sukaneka. Dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung. Sungguh nyaman. Jom serap aura best dari alam!



Dah settle site visit, jom kita try Archery pulak. RM10 utk satu games. Kalau uoll pernah main indoor, kali ni kena try outdoor plak. Lain sikit kaedahnya. Tapi jangan tanya saya, berapa arrow je yg terpacak! Kahkahkah..




Abang hensem ni terer. Boleh minta dia ajarkan nanti.. :)

Baiklah, usai site visit di Resort, kami bergerak ke kawasan air terjun pulak. Kawasan air terjun tu sangatlah bersih sebab ada pihak Pengurusan yang menyeleggara dan membersihkan tempat ni. Peranan pengunjung juga penting tau bagi memastikan kawasan ni terus terpelihara. Mengikut tentatif, hari terakhir gathering kami akan berkelah di air terjun sambil berBBQ. So, jangan lupa bawa baju mandi. Rugi kalau tak mandi air terjun. Saya sendiri dah lama tak enjoy mandi air terjun. Tak sabar rasanya..

Nantikan update saya tentang Gathering yang akan berlangsung pada hujung bulan ni nanti ya! Bye~








0 comments: