Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

SMKAK Gathering & Family Day 2017 [Sentosa Villa, Perak)


The strong bond of friendship is not always a balanced equation; friendship is not always about giving and taking in equal shares. Instead, friendship is grounded in a feeling that you know exactly who will be there for you when you need something, no matter what or when. (Simon Sinek) 



Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat ataupun rakan karib dalam kehidupan. saya pasti anda juga ada sahabat yang anda sayang. Dan pasti setiap kawan yang anda pilih sebagai sahabat karib mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kata orang biarlah pilih sahabat yang bisa tertawa dan menangis bersama, yang boleh berkongsi rasa dan cerita.

Saya sendiri mempunyai sahabat dan kawan baik (BFF). Pada saya sahabat dan BFF juga mempunyai definisi berbeza. Sahabat adalah meraka yang saya senang untuk barkongsi cerita, tetapi BFF lebih dekat dengan hati. 

BFF saya yang semestinya yang sentiasa di hati adalah Mr Hearthrob saya sendiri. Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Sekecil-kecil perkara sehingga kepada perkara yang lebih serius, kami selesa barkongsi rasa dan kata. Alhamdulillah, Allah hadirkan saya 2 orang BFF lain  (Shikin & Dina.. I love u!) dan beberapa orang sahabat di kalangan rakan sekolah menengah.

Setiap tahun, seperti biasa, kami akan menganjurkan SMKAK Gugurlz Gathering & Family Day. Tahun 2017, giliran team sahabat di Utara pula in-charge. Kali ini, kami berkumpul di Sentosa Villa, Perak selama 3 harı 2 malam. Family kami ni makin lama makin besar tau. Sebahagiannya telah berumah tangga, ada juga yang telah mempunyai permata hati.. :). Memang meriah. 




Penginapan kami selama 3H2M



Second Day -- Bukit Larut.. Nice view :)



Dina... my BFF



Kami naik ni lah.. Mencabar betul!



Sape tau apa sejarah Bukit Larut?



Duta AIA.. Hehehe



Posing skit..



Santai petang di kawasan villa



Last Day -- Rekreasi di Taman Tasik Taiping



Yeah!!!



Jom Balik.. Semoga berjumpa lagi..



SAYONARA


      
Read More

Monday, August 29, 2016

KBKK [24 Mac 2016 - Day 5: Bedugul - Taman Ayun - Tanah Lot]

Assalamualaikum,

Waaa.. lama betul tak update entry.. Entry ni dah lama terperap dalam draft. Ni baru ada masa sikit nak update. Kalau tak update, sayang plak kan. lagi pun ni salah satu cara nak simpan memory. =)

THE JAYAKARTA CLUB, KUTA KE BEDUGUL

Plan hari ni kami berdua akan ke Tasik Bratan, Bedugul. Ianya terletak di kawasan Tabanan. Boleh tahan jauh juga dari Kuta ke Bedugul. Dengar cerita tempat sana sejuk, ala-ala Cameron Highland gitew~




Jom join kanak-kanak main kat play ground

Kami sampai sini lebih kurang jam 10.00am. Jarak perjalanan lebih kurang dua jam dari Kuta (maybe tercampur masa kami sesat). Hehehe.. Kedinginan tu rasa, tapi matahari bersinar terik tu buatkan kulit terasa sedikit perit.



Jom bergambar dulu.. Opss.. Topi kat sini lebih murah compare yang saya tengok di Tirta Empul. Kalau nak usya2 souvenir pun ada di sini. Shop lot tu rata-rata yang menjual di situ penduduk asal Bali..



Kalau korang nak abadikan kenangan indah di sini, ada Photographer express tau. Harga sekeping gambar Rp15,000. Kami beli lah dua berlatar belakangkan Gunung dan Tasik Bratan. Kalau korang zoom rapat2 kat belakang tu, ada Masjid Kubah Biru. Besar masjid ni.




Lebih kurang jam 1.00 pm perut lapoooo.. Semalam Pak Andre ada suggest makan di sini. Katanya Restoran di sini dimiliki oleh Muslim. Dia suruh try juga Ayam Taliwang. Menu khas Madura. So, jom order dulu. Lapar.. Lapar...



Tudia.... Ayam Taliwang sekor (saiz anak ayam ye kawan-kawan) untuk my sayang, bersama Es Jeruk. Nasi Goreng Special for me, bersama Es Teh Manis. Rasanya sedap. Boleh lah nak makan. Harga agak mahal. Maybe sebab kawasan ni je yang ada Restoran Muslim.




Selesai makan, jom solat dulu. Kami ambil kesempatan bersolat di Masjid Kubah Biru, nun di atas bukit. Airnye, Ya Allah... sejuk.... sangat segar!




Usai solat tu, nampak redup sikit. Kabus mula turun ke bawah. Rasanya lebih sejuk dari pagi tadi. OK.. Jangan ambil masa lama sgt ye. Ada destinasi seterusnya.. JOmmmm..



BEDUGUL KE PURA AYUN

Pura Ayun ni terletak di daerah Megwi. Ni pura lama yang rasanya dah tak digunakan lagi dah. Nak masuk sini pun ada entrance fee.. Katanya tempat ni salah satu daripada kuil-kuil menarik di Bali.. Mungkin pada pandangan penganut Hindu lah kot kan. Sekeliling Pura Ayun ni ada pokok-pokok yang merimbun. Rasa macam jalan-jalan dalam taman gitew. Ada sebatang sungai mengalir jernih, di mana ada juga pengunjung yang mandi manda di situ.





Snap and Win! Hahaha..


PURA AYUN KE TANAH LOT

Ni lah tempat yang saya tak sabar-sabar nak pergi! Memang sengaja sampai sini lewat sikit. Supaya dapat tengok sunset. Subhanallah.. Segala puji bagi Allah yang menciptakan segalanya. Cantik sangat-sangat pemandangan kat Tanah Lot!




Kami masuk sini lebih kurang jam 5PM. Beberapa jam sahaja lagi kami akan menikmati suasana matahari terbenam. Jom bergambar dulu puas-puas. Korang kena pergi dan tengok sendiri. Ya Allah~ Cantik sangat2 lah.




Kalau nak naik atas Pura Ular Putih tu, kena renjis-renjis Holy Water and pakai tandey beras dulu kat dahi. So, we decided not to go lah kan. Takkan sebab nak tengok keindahan alam dari atas tu, sanggup plak nak ikut adat upacara keugamaan Hindu. Nehi.. Nehi..

Kat sini pun ada Kecak Dance tau. Tapi we all decide tak tengok kat sini. Esok baru tengok Kecak Dance kat Uluwatu. Kat situ lagi besar 'stage' katanya..



Cantik kan korang? Layan pemandangan jap.. Pastu Jom balik! Badan pun dan melekit dah seharian berjalan. Letih tapi seronok!











Read More

Sunday, January 24, 2016

Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2015

Satu lagi entry yang dah lama 'terperam' dek kerana kekangan masa untuk edit gambar..:)
Saja berkongsi sebagai kenangan manis~


Datuk Mustafha - Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat





Barisan Kepimpinan Tertinggi Bank Rakyat






TEMA : MOVIE CHARACTER
Cer teka, apa character yang saya bawa??
Bergambar bersama Transformer~





Penampilan istimewa, Nabil dan Angah sebagai pengacara majlis. Memang meriah dan havoc habis. Tidak terlalu formal dan disusuli dengan lawak-lawak bersahaja. Cukup menghiburkan dan menghidupkan suasana majlis makan malam.




Sempat bergambar dengan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Hj Abd Razak




Red Carpet Entrance. Memang Grand uolls~




Team HR!




Nabil dan Angah!!! Terbaik...



Pengerusi baru Bank Rakyat: 
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal (B)




Macam-macam 'character' ada malam ni..
Ni team HR lagi.. Running Man, The Hunger Games, Back to The Future
Myself? Mengenakan Dress Alice in Wonderland, yang disewa dari Butik Empire Costume KLCC. Saya ada kembar Alice seorang lagi pada malam tersebut. Tak sempat nak ajak bergambar. Hihi~

Tak lupa juga penampilan istimewa dari Hazama! Fuhhh.. suara dia memang best.. Persembahan yang bersemangat. Sedar-sedar tiga lagu dah dia persembahkan. Boleh tahan kelakar orangnya.. Sempat bergurau dan melawak di atas stage. 

Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam. Sayangnya saya tak ada rezeki cabutan bertuah. Grand Prize merupakan scooter (tak ingat jenis ape), ada hadiah-hadiah best lain antaranya iPad, Samsung Note 8, iPhone 6, voucher SOGO, dan amcam-macam voucher lagi.

Ok lah, ini sahaja sedikit sebanyak coretan Majlis Makan Malam Bank Rakyat. Dah 'basi' tapi tetap segar dalam memori~ :)









Read More

Saturday, January 09, 2016

Sabah Day 7 (15 Ogos 2015) - Bon Voyage Sabah!

Alhamdulillah, hari terakhir kami di Sabah. Superb! Percutian yang membawa kenangan indah dan bermakna buat kami berdua..


Ni lah tempat kami menginap. University Condo Apartment (UCA). Ada 3 bilik dan 2 bilik air, plus ada dapur untuk memasak. Kabanyakan pemilik apartment ni adalah cikgu-cikgu dan menjadikan rumah mereka ni sebagai rumah persinggahan sekiranya bercuti di KK atau ada urusan di KK.


Special thanks untuk abang ipar, Ustaz Marzuki Omar dan isterinya Ustazah Syumaimah Yahaya. Tanpa kalian, mungkin impian jelajah Sabah belum kesampaian. Terima kasih juga terima kami sebagai tetamu dan insyaAllah ada rezeki, kami ke sana lagi. Mungkin membawa misi penjelajahan ke daerah lain pula. :)



Terminal 1 KKIA.




Bye bye Sabah. Semoga ada rezeki kami dapat berkunjung lagi~





Cantiknya pemandangan Sabah dari atas




Langit terang :)




Macam atas kapas~




Setelah hampir 2 jam 30 minit, kami dah boleh nampak KLIA 2
thanks encik pilot, sebab landing dengan sangat best!





Alhamdulillah, safely landed..




Antara souvenir yang sempat di beli. Thanks semua yang sudi membantu termasuklah bantu hantarkan ke airport, pinjamkan kenderaan semasa di Sabah, sediakan penginapan dan sebagainya.. Oh ya, rakan2 blogger juga, thanks ye sebab korang sudi kongsikan pengalaman di dalam blog, so that saya boleh refer sebelum plan ke Sabah.


OK lah, rasanya itu sahaja catatan saya. Hope jangan bosan pulak. Rajin-rajinkan lah ye lawat blog yang tak seberapa ni.~~


Bye.. xoxo








Read More

Sabah Day 6 (14 Ogos 2015) - Rumah Terbalik - Pekan Nabalu - Ranau

Hari ni tinggal beberapa destinasi sahaja untuk melengkapkan percutian kami di Sabah Negeri di bawah Bayu.

Api-api Centre - 8.30 AM

Hari  ni kami keluar awal sikit. Perkara utama adalah mencari sarapan dan Self-Service Laundry. Baju-baju perlu di packing elok-elok supaya beg tak 'beranak'. Hihihi.. So jom mendobi di CleanPro di Api-Api Centre. Bayaran parking RM2.00 dikenakan.


Sarapan @ mamak. Roti canai dan teh tarik sementara menunggu proses mendobi.


Seusai mendobi, kami ke pasar besar meneruskan misi mencari ikan bilis yang tergendala sebelum ini. Pasar ini telah dibuka seawal jam 5 pagi setiap hari. Kedai yang dicari telah dikenalpasti. Sesi tawar menawar berjalan dengan baik. Alhamdulillah, kami membeli 11 kilo ikan bilis mata bulat sedang dengan harga RM15 sekilo. Kalau di Semenanjung sure harganya dah RM20++ sekilo. Ikan bilis ni untuk projek bisnes Sambal Hitam Pahang. Nyummy... Kalau guna ikan bilis sedap dan berkualiti, cara memasak pula tepat, masukkan lagi kasih sayang, memang the umpphh lah sambalnya... ok ok.. cerita sambal lain kali ye.. jom sambung cerita Sabah dulu..


Goreng Pisang Cheese, Anjung Senja - 11.00 AM


Jam-jam begini mana ada Goreng Pisang Cheese.. :)
Warungnya ada, tapi belum dibuka. Dah nama pun Anjung Senja, sure lah waktu yang kami pilih ni salah! OK Fine..! Gorpis Cheese takde, jom kita bergambar kenangan dulu~


Disebabkan tidak ramai pengunjung waktu-waktu begini, sempat kami membuat rakaman dokumentari 10 minit. Hahahaha.. Dokumentari gitu.. Sesiapa berminat boleh PM cepat. :P

Cuaca semakin panas, dah puas lepak, kami bergerak menuju ke destinasi pilihan hari ini iaitu Rumah Terbalik atau dikenali sebagai The Upside Down House of Borneo. Ianya terletak di Tamparuli. 


Rumah Terbalik, Tamparuli - 11.30 AM



Bergambar terbalik.. Dah macam ape daaaa... Cuma boleh bergambar di luar. 
Tidak dibenarkan bergambar di dalam rumah tersebut.


Bayaran masuk adalah RM10.60 seorang. Actually ada pakej dengan 3D Art Muzeum. Harga mahal lah pulak kan. So, we decided, masuk rumah terbalik sahaja lah. Rumah tersebut tak lah terlalu besar, namun cukup memadai untuk disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record. Sebelum masuk, petugas akan meminta untuk kita mengetuk pintu. Ianya sebagai simbol pengunjung menghormati budaya menziarahi rumah orang. Pintu akan dibuka dan tetamu akan dijemput untuk masuk.

Di dalam rumah tu nanti, korang akan dapat melihat dapur, bilik kanak-kanak, bilik utama, tandas, ruang tamu dan juga balkoni. Benda paling berat yang ada di dalam rumah tersebut adalah Mesin Jahit dan Peti Sejuk. Susun atur kemas dan menarik. Ada duit syiling berteraburan di lantai ruang tamu. Konon-konon ada kanak-kanak bermain di situ lah kan.. Hmm.. menarik~


Pekan Nabalu - 1.00 PM


Antara tempat yang korang boleh consider untuk beli cenderahati. Harganya lebih murah berbanding yang ditawarkan di Pasar Filipina. Terdapat pelbagai jenis hasil kraf, key chain, fridge magnet, tshirt, beg dsb~

Pekan Nabalu ni tidak lah besar seperti namanya 'pekan'. Tapi bolehlah setakat nak cuci mata beli souviner.. Oh ya, lupe nak bagi tahu, Pekan Nabalu ni terkenal dengan nenas tau. Dan nenas dia sangatlah manis. Saiz comel-comel je, tapi sedap dia tu... hmmm.. tak terkata~ Selesai membeli cenderamata lebih kurang, kami bergerak ke Ranau (rumah abg ipar). 

Kami sampai di Ranau jam 4.30 PM. Selesai solat dan minum petang, kami bergerak semula ke KK. Kali ini berempat - Saya dan MH, Abg ipar dan isterinya, Kak Syumai. Kami akan bermalam di Apartment.


Pemandangan di Pekan Kundasang jam 5.30 PM. Baru lepas hujan. Siap berkabus lagi. 
Sejuk dan nyaman~



Kepak ayam madu terbaik!!! Hanya di Pekan Kundasang.. 
Bau dia sahaja dah buatkan kami tak sabar nak makan. hihi..
Kalau korang nak cari, sila cari area KFC Kundasang, tapi di sebalik belakang bangunan tu ye.




Dah senja. Subhanallah. Cantik!
Jom ke Masjid Kundasang bersolat Maghrib dulu. After solat, kami menikmati kepak ayam madu di pondok di tepi masjid tu. Sambil menikmati keindahan alam, menghayati suasana nyaman dan kesedapan kepak ayam. hehehe..



Kami sampai di KK lebih kurang jam 8.30 PM. Mata pun dah kuyu. mengantuk dan penat, tapi seronok! Sebelum tido, packing barang dulu sebab esok dah nak fly back to KL.. Pheww.. Tak cukup seminggu rupanya ke Sabah ni. Banyak lagi tempat yang tidak sempat kami 'jajahi'. :)

Ok, time to sleep.. pen off. xoxo~





Read More