Thursday, May 03, 2012

Akhirnya.. Dah jumpa pun..

Posted by annazanariah at 5/03/2012 12:15:00 AM
Assalamualaikum...

Mujur jumpa vacuum dalam stor.. Boleh la vacuum habuk2, sawang2 dalam blog ni. Hehhe. Dah lama Anna mencari masa, peluang dan 'mood' utk menulis dan kembali aktif dalam penulisan blog. Alhamdulillah, malam ni sampai jugak hajat tu.. Letak gambar la sekeping. Hasil pinjam dari album Pakcik Google. =0


Tadaa... Cantik tak? Nak mengedit gambar pun malas. Aci la camni..

Anna rindu kawan2 blogger Anna. Yang sama2 chatting dan blogwalking, join contest, giveaway, tag.. dan yang paling syok join Geng Kedai Kopi Padinno.. Rindu U all la.. 

Yang sista2nye.. Kasih Suci, Sis Jaja, Miss Lissaliyya, Cik Tom, Ellen, Yuyu, MissXYZ, Nadia.. Ramai lagi la..

Mengimbau balik kenangan..

Anna habis study on May 2011.. Alhamdulilllah, terus dapat kerja di sebuah konsultan bebas kat JB. Dapat ilmu yg bermanfaat, dapat kenalan yg baik hati.  Namun, jodoh Anna dengan diorang tak panjang. Anna dapat kerja di PJ. Mulalah penghijrahan Anna dari kerja free lance kepada office hour. I love what i'm doing. Not juz doing what I love.

Kat sini, Anna kenal kawan2 baru. Diorang easy going and sporting. Teringat kenangan kitorang gi mendaki Gunung Datok. Kat sini dapat kenal diorang dengan lebih rapat. Anna suka perhatikan tingkah laku individu. Unik.. Macam2 fe'el, macam2 gelagat.. Namun tak bermakna Anna pandai membaca karektor orang dengan tepat ok.. (^_^)

Makin hari, Anna makin sibuk dengan kerja. Selama itulah blog ni semakin bersepah dengan habuk dan sawang. Cian dia.. 

Impian... Setiap orang ada impian..

Anna juga ada.. **senyum lebarrrr**

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Selagi mana kita percaya kepada rezeki Allah, selagi itulah Allah takkan lupakan kita. Biarlah rasa perit, susah, sakit namun yakin dan percaya kepadaNya adalah perkara paling penting.

Satu persatu urusan Anna dipermudahkan.. Syukur tak terhingga, kini dah hampir setahun Anna bekerja di CRB...Banyak yang Anna belajar. Banyak yang Anna rasa. Banyak yang Anna lalui. Adatlah asam garam kehidupan, ada masa bahagia, ada masa derita, ada masa gembira, ada masa berduka.. Namun inilah perjalanan yang akan kita kenang suatu hari nanti..

**Semakin lama, semakin rancak jari ni mengetuk keyboard** 

Tak lupa jasa dan doa dari mak ayah di kampung. Restu mereka memudahkan Anna menghadapi dugaan yang datang. Restu mereka jugalah yang sentiasa memayungi Anna di bumi ini. **Rindunye**

2 May, genaplah balance counting days for a month. Berdebar.. Sangat berdebar. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan berhemah. Tuntutan dan kehendak keluarga, rakan2 dan juga bakal peneman hidup. Pilihan tepat tidak perlu difikirkan, tetapi pilihan yang terbaik buat masa dan ketika ini lebih berharga. Ya Allah, bantulah hambaMu ini menjadi insan yang kuat dalam menempuh dugaan. 

Terima kasih ya Allah. Anna ada parents yg penyayang dan memahami. Anna ada keluarga yang harmoni. Anna ada guru2 dan pensyarah yang berdedikasi. Anna ada rakan2 yang baik hati, Anna ada Encik Heartthrob yang setia memahami dan membimbing... dan Anna dah ada Mr Ikasu yang hensem dan berani.. hehheh..

Ohhh... dah kul 12.07am. Masa utk rehat. Esok perlu bekerja seolah2 hidup seribu tahun lagi.. Semoga keikhlasan bekerja itu memadamkan kepenatan bekerja.

OK lah,, Anna masuk tido dulu..

Selamat malam cinta..

Selamat malam kasih..

Selamat malam rindu..

Selamat malam sayang..

Selamat malam SEMUA yang Anna cinta, kasih, rindu dan sayang. Muah.. Kiss utk U all.

Wassalam


~PEN OFF~

6 comments on "Akhirnya.. Dah jumpa pun.."

Mr Bell on May 3, 2012 at 12:59 AM said...

hai anna,

lama x beramah mesra... hehehe... apa2 pun belalang nak ucap tahniah kepada anna yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi...

semoga semangat utk update blog ini akan kekal utk satu tempoh yang panjang.. hehe

padin on May 5, 2012 at 10:49 AM said...

ehemmm anna.. darah manis sangat dah sekarang ni, ekekee...

sama la jugak ucapan macam belalang, semoga anna konsisten balik macam dulu, rindu anna menulis blog secara aktif semula :D

annazanariah on May 6, 2012 at 10:14 PM said...

@belalang-- thanks utk ucapan.. doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.. jemputlah belalang sekeluarga datang nnt.. blh buat gathering kat sana. heheh.. padin nk gi wedding anna nnt.. =)

annazanariah on May 6, 2012 at 10:15 PM said...

@padin-- InsyaAllah, anna akan kembali menulis. cuma kelancaran penulisan tu agak terganggu lah. dah lama tak aktif.. mujur ada sokongan rakan2 blogger kan?

p/s: mana tempat lepak a.k.a kedai kopi sekarang? rindu la zaman lepaking dulu... =)

padin on May 6, 2012 at 10:40 PM said...

hehee anna, dah takde la sekarang ni tempat lepak macam dulu, banyak dah beralih ke group kat facebook, :D

annazanariah on May 8, 2012 at 7:13 PM said...

ye ke.. tu la, anna dh banyak missed cerita kawan2.. ni nk jejak balik pun susah. tak reti dah. ekekekeee.. *gelak stail padin*

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal