Salam sejahtera semua...
Mood meng'update' blog dah kembali.. =)
Entry ke-2 untuk tahun 2012.
Subjek: Pendakian Gunung Dato', Rembau
Tarikh pendakian-- 31 December 2011 (last day 2011).
Perjalanan bermula pada jam 5.30 pagi (berkumpul di Phileo Damansara II). Dijangka sampai pada jam 8.30am di kaki Gunung Dato'.
Alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 9.00 pagi di kaki gunung. Bayaran dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pendaki. Sebelum ni Anna membayangkan kaki gunung ni ada air terjun, tetapi agak hampa sebab air terjun yang mengalir tidak seperti yang dibayangkan. Tapi hajat untuk mendaki still berkobar2 even dah lama tak beraktiviti lasak.
Sebelum memulakan pendakian, perlu mendaftar. Team Sipak. yeay! hahaha...
Selepas warm-up lebih kurang yang diketuai oleh Hazwan a.k.a Semut, kami mula bergerak untuk mendaki. Pendakian kali ni ada guiders yang ala2 Saif Ali Khan.. Naufal... Menurutnya pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang dua jam.
Pendakian bermula, cabaran bermula..
Fuhh.. Sempottt... Tu la, weekend malas nak excersice.. camni la jadinye.. baru mendaki 10-15 minit dah mengah.. Huhu...
Check point yang entah keberapa puluh... Yang penting enjoyyyy! Hehehe..
Meh nak kenalkan pendaki team Sipak ni: Dari kiri, belakang--- Naqi, Gharib, Lukman, Jeck, Syah, Faizal, Bard, Anna, Dylla, Deeba.. Pls Deeba, jgn nak excited sgt ye. hohoho... Anugerah Puteri Gunung Dato' mmg boleh bagi kat Deeba la.. Seronok betul dia..
Ha... kan dah sempoottt... =)
Setelah lebih kurang dua jam setengah, maka sampailah kami ke puncak GD! Evan masa tu dah tengahari, tapi still rasa sejuk sebab awan berkabus bergerak..
Perjalanan turun hanya mengambil masa satu setengah jam... masa turun tu dah menggigil lapar.. So far, GD mmg best, Anna je takde cukup masa nak cite panjang2. Ada masa U all pegi lah ye.. Mengagumi ciptaan Allah sambil beriadah.. Syokkkk~~
Sampai jumpe lagi.. Daaa.....
2 comments:
best la p daki gunung..sangat seronok bila brkumpulan kan..hehehe..apa2 pun salam perkenalan.
do follow my blog ye~
hahah... syok je tengok u all... \\( ^_^ )//
Post a Comment