Monday, May 31, 2010

__ anda PHOTOGENIC?? mari join contest ni... __

Posted by annazanariah at 5/31/2010 03:13:00 AM 2 comments
KLik! KLik!

Hye semua! Dgn excitednya Anna nk bgtau ni adalah contest 1st yg Anna join.
Tadi masa blogwalking ada yg diantara bloggers yg dah join pun. Tarikh tutup adalah 30 June 2010. So sempat lagi lah Anna nk join.
.
.
Actually contest ni dianjurkan oleh cik YEYEN. Antara syaratnya adalah:
.
1.terbuka kepada semua peringkat umur.
umur? kenapa nak berahsia?? heheh.. muda lagi ni...
2.gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !!
mmg gambar single mingle pon ni.. :)

3.gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P
rasanya yg ni la photogenic antara yg lain. Ada la edit2 sikit bagi blurr kat sekelilig muka ni.. mcm ada aura kemenangan gitu.. hihi..

4.hanya sekeping gambar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)
OK. Done!


5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY
OK. Done! Yeahhh...

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P]
Disebabkan Anna masih baru 3 hari dalam blogger world, dengan rasminya Anna tag member yg ada je la.. cian kan? Member yg ditag adalah.. jeng3..


7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :)

 cun betul cik YEYEN ni.. :)

contoh gambar yg cik Yeyen upload:
like ur beautiful eyes.. Mata tu dah menceritakan tentang sesuatu. Bak kata pepatah, dari mata, turun ke hati. Mata yang bundar tak jemu dipandang. ahaks!
.
.
.
.
Untuk gambar fotogenic Anna.. Jeng3...

Anna suka pic ni walaupun agak chubby. Org cakap chubby tu cute. hahhaha... Tapi Anna selesa dgn pipi yg bambam ni.. Satu lagi apa yg Anna perasan, kalau bergambar mesti nk nampak GIGI. Senyuman seindah suria tu. Klau tak nampak GIGI tak lengkap tau. Baru lah gambar berseri dan menawan. Cik juri tertawan tak agak2. Hohoho.. Disebabkan gambar ni di snap dalam restoran, lighting agak tak berapa baik. Tapi still nampak Anna hepi bila mengadap makanan.. OK lah.. Mission complete. Wish me luck~

__ uhuh! DONIA?? __

Posted by annazanariah at 5/31/2010 12:31:00 AM 2 comments
DONIA

DONIA?? Ape yg u all terfikir bila sebut donia? Dunia ke? world ke? heheheh..
Entri kali ni Anna nak share sumthing yg relate dgn hobi Anna and gugurl semua.
Hobi pulak kan? Tadi Donia.. ape ni?
Tadaaaa...
.
.
.
.
.
Sebenarnya Donia ni adalah novel. FYI, novel ni adalah antara novel terawal yg Anna baca masa zaman sekolah dulu. Anna peminat setia Norhayati Berahim, tapi layan je penulis2 lain asalkan jalan citenye menarik. Zaman sekolah dulu takde la beli banyak novel sebab kewangan agak terbatas (sekarang pun kdg2 catu jgk..heheheh). Biasanya akan tukar2 la pinjam novel member2..
.
.
.
OK, berbalik kepada cite DONIA ni penulisan LAMIA AIMAL, ape yg menariknya Anna tak jemu2 baca berulang kali.
Watak yg diceritakan sgt hidup. Sambil baca tu, terbayang2 je watak Nurlisa Rahmat, Harris and semua watak lain lah.. Elemen2 pun bagus, ada adventure, suspen, geram, sedih n hepi.
.
.
.
Sedikit sinopsis: Nurlisa Rahmat, seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tidak pernah diundang untuk menjadi seorang DONIA. Nak tau cerita selanjutnya dapatkan novel ni kat kedai buku ye. Kalau takde, boleh la cari kat library. Hehehe.. Co0l~
.
.
ulang baca banyak kali pun tak jemu tau

Nota kaki: Berazam menjadi wanita yg tabah, tak gentar menghadapi dugaan dan cabaran hidup :)

Sunday, May 30, 2010

Cantiknya Puteri Gunung Ledang...

Posted by annazanariah at 5/30/2010 02:44:00 PM 4 comments
Cepatnya masa berlalu.. Hari ni genap seminggu Anna balik daripada XPDC Mendaki Gunung Ledang.. Waaahhhhh~ Macam tak percaya jek!
Juz nak share sedikit sebanyak lah pasal kesukaran yang dihadapi masa XPDC ni..
XPDC ni dianjurkan oleh IPF. IPF tu Institusi Pembangunan Felo. Disebabkan Anna ni Pembantu Felo, dapat la join. Pada awalnya, peserta dilimitkan kepada 20 org je, tapi permintaan yg sgt baik, pihak penganjur terima jgk la.. Lastly yg join 27 org (11 gurl, 16 gentleman).
Kalau nk story details ni, cam panjang lak.. Anna rasa eloklah kalau cite yg penting2 je (walaupun semua penting.. ngeee~)
Before tu, tgk la dulu gambar yg dapat di snap B4 mendaki.... layannnnn...


Bergambar depan resort n bangunan pejabat urusan

Ok, sambung cite balik, kami bermalam (22 Mei) bukan kat resort tau.. tapi camp site, dalam khemah tu.. dah lama tak berkhemah ni, excited pulak. heheh.. Masak sama2.. Yang bestnya menu mmg tak hengat la. Ada kari sardin, telur dadar, puding koktel, ayam masak kicap, sayuran dan rojak buah. Ni bukan jungle ni.. dah macam picnic lak. :)

Malam tu ada sesi sual kenal lagi atau orang kampung Anna ckp Ice Breaking. hehe.. Penting tau sebab esoknya nak mendaki kena la saling tolong-menolong kan.. Ha, malam tu pas sesi berkenalan, apa lagi time to sleep. Masing2 dah penat kan. Maklumlah sepanjang hari berhujan, pastu masak2 untuk lunch, dinner and bekalan esok. Anna dalam group 4 untuk sentry camp site. Actually masih terfikir2 'betul ke nak mendaki esok ni??'. Tido2 ayam je la jawabnya.

KEESOKKAN HARI - HARI KEDUA
.
.
Hari yang ditunggu2. Berbedar2 sgt. Kalau U all nak tau, Gunung Ledang merupakan gunung yg berada pada tangga ke-6 dalam senarai GUNUNG YANG PALING SUSAH DIDAKI. Mengalahkan Gunung Kinabalu tau. Kinabalu pada tangga ke-11. Wahhh~ mmg tak tergambar lah perasaan masa tu. Maklumlah dah lama tak hiking, preparation pun tak seberapa. Before mendaki tu buat la stretching nk longgar2 urat2 n otot2.
.
.
Breakfast pagi tu hanyalah dua keping roti yang disapu kaya. Takleh makan banyak2 nnt berat kot nk mendaki. Kami jgk bawak bekal masing2 untuk dinikmati kat puncak Gunung Ledang nnt. Kami akan menikmati nasi putih + sambal ikan bilis + kentang sebagai lunch kat puncak nnt. Wahhhh~ best3. Semua persiapan makanan ni dah siap masak malam lagi. Pagi2 ni juz tapau je la..
.
.
Pendakian bermula dengan menaiki tangga yg berjumlah 760 anak tangga. Penat tak payah cakap la.. Ni B4 sampai check point lagi tau. Dah berjaya lalui anak2 tangga tu  baru sampai CP 1: BUKIT SEMPUT. Mmg semput dibuatnya. Tu belum mendaki. Kami akan melalui 8 CP untuk tiba di summit of GL. Perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tapi turun juz 3 jam. 
.
.
U all tau, kat tgh2 perjalanan mendaki GL ada KFC! wahhhh.. unbelieveable.. Tapi KFC ni tak sesedap yg dibayangkan. KFC = KILLING FOR CLIMBERS. Mmg silent killer lah. Kaki dah menggeletar, dah bertongkat lagi, perut pun lapar, tenaga dah sampai tahap merah (mcm ultraman, nyawa2 ikan lampu merah). Tapi berkat sokongan n dorongan membina team mendaki, Anna teruskan juga mendaki walaupun mmg rasa cam give-up jgk. Sampai kat kawasan BATU HAMPAR satu lagi ujian yg besar. Mak aii.. nk kena panjat batu setinggi 40km, 85 darjah hanya menggunakan tali, takde equipment. Biar betul... Mmg mencabar. Sampai je kat atas, mmg gelap mata la.. Penat yg amat sgt. Kat situ adalah CP7 : TAMAN BONSAI. Taman ni dah berusia 100thn lebih. Subhanallah! Cantik pemandangan. Tak sia2 Anna join walaupun kadang2 perasaan menyesal tu menyulam jugak dalam hati. hehehe..
.
.
Rehat jap. Kat sini topup air. Sebab perjalanan masih jauh.

Rasa tak sabar nak sampai kat puncak mmg dah meluap2 ni. Laparrrrrr... Alhamdulillah, Anna antara org yg agak lambat sampai kot. Sampai je ape lagi buka bekas makanan, nikmati nasi paling tinggi kat Johor. Nikmatnya.. Pas makan, apa lagi sesi bergambar la. Bukan senang tau nak sampai atas ni. Siap ada buku autograph lagi untuk pendaki yang berjaya mendaki sampai puncak. Bangga lah dapat sampai.
.
.
walaupun penat yg amat, perut perlu diisi

Pas makan tu, rahat2 jap. Kul3.15 pm kami mula menuruni GL. Masa ni tak sabar nak sampai bawah lak. Sebab badan dah penat sgt2. Perut dah kenyang, tenaga dah agak pulih, minyak urut pun dah sapu.. Bersemangat sikit. Masa turun ni baru la betul2 menikmati alam hutan GL. Cantik. Banyak periuk kera yang masih tumbuh meliar. Semoga khazanah ni sentiasa dijaga utk generasi akan dtg.
Anna sampai kat kaki GL tu lebih kurang kul6.30pm. Orang yang keberapa belas tak tau la. Takpe lah, at least Anna dah dapat sesuatu yg sangat berharga. Pengalaman mendaki GL dan dapat kawan baru. Banyak menginsafkan juga sebenarnya. Jangan give-up, percaya kpd diri sendiri, kehidupan dan alam ni bukan untuk manusia sahaja. Hmm.. kalau nk cite panjang ni kena buat Part.2 lak kan.. Cukuplah dulu sampai sini. Anna suggest U all pun amik la masa untuk mendaki GL, gunung yg penuh dengan lagendanya tersendiri. Nikmatilah sendiri pengalaman yang sungguh bermakna ni.. :)
.
.
Kat bawah ni gambar sebahagian team yg berjaya menawan puncak GL. Alhamdulillah, semua yg join sampai puncak walaupun ada yg injured. Termasuk Anna. :(
Semoga pengalaman ni kekal selamanya~
.
.
puas + bangga + hepi + kagum = hilang penat jap

Nota kaki: Kalau ada org ajak mendaki GL lagi , kena fikir banyak kali kot. Bukan serik tapi tak cukup fit. Kalau g picnic kat GL nak la. Ada Spa ikan gigit2 kaki free kat Mahligai Pool... hehehe...

~anything is possible~

Posted by annazanariah at 5/30/2010 01:36:00 PM 1 comments
Believe in your dreams, the goals you've always wanted to achieve....
Believe in your abilities, that you are capable and worthy of being and doing anything...
Life holds no promises to what you can have. It gives you opportunities to utilize your abilities. It gives you time to make choices and take chances. Be willing to accept life's challenges. Embrace changes that come along the way.... Never give up! Be passionate to make your dreams a reality. Believe that it is possible to achieve what you want and you will~ 
 
 
 always believe in yourself
 
 

Saturday, May 29, 2010

-- Whoot! whoot! --

Posted by annazanariah at 5/29/2010 11:43:00 PM 0 comments
: Rezeki Landasan : 

Tadi Anna tgk Majalah 3. Tentu korang pun tgk kan?
Anna tertarik dgn dokumentari REZEKI LANDASAN..
Pergh! Mmg style la cara diorg ni cari rezeki..
Apa yg terlintas pertama kali dlm fikiran Anna, 'bahayanya'..
Mau taknye, keretapi lalu tengah2 pasar.
U all imagine, bila time train nak lalu je, cpt2 diorg tarik meja n kanopi. 
Mujur meja2 tu dah siap2 pasang roda. Hehehe~
Kat bawah ni Anna masukkan gambar utk U all yg tak sempat tgk M3.
.
.
.
mmg unik kan??

Ada lagi gambar2 kat bawah ni... 
.
.
.
Yang ni pulak STESYEN KERETAPI SONGKRAM.
Actually train ni dari Bangkok, lebih krg 75km.
Kat sini ada la jual macam2 jenis cenderahati and makanan.
Oppss! Lupa nk bgtau, pasar yg diceritakan tu namanya Maeklong.
Kat sini ada pelbagai jenis buah2an, sayur2an dan juga makanan.
Pasar ni dibuka seawal sebelum subuh sampailah matahari dah tenggelam.
.
.
Risikonya bisnes diorg kan? Demi mencari rezeki yg halal.
Sewa tapak lak 30 Bath sehari atau bersamaan RM3 dibayar kepada Jabatan Keretapi Bangkok. 
.
.
.
Relax je peniaga2 kat sini, sebab diorang dah tau waktu keretapi tu akan lalu~
.
.
Rasanya sampai sini je kot entri mlm ni.. heheh.. ngantuk sudah~

Nota kaki:  Kalau ada rezeki teringin jgk nk g tgk sendiri 'pasar keretapi' ni.. :)

SeSegar HijaU DauNaN

Posted by annazanariah at 5/29/2010 11:00:00 PM 0 comments
"Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,
Kenangilah sebuah perhubungan kerana di situ terciptanya kerinduan"

.
.
.
Akhirnya niat untuk memiliki BLOG sendiri dah terlaksana.. hehehe..
dah lama nak buat, tapi banyak komitmen lain (sebenarnya bertangguh).
Ni hari kedua bergelar BLOGGER.
Hopefully pas ni akan rajinlah menulis n update blog.
.
.
.
Actually ANNA tak tau macam mana nk start.
Ada macam2 jenis blog kan? Ada personal, ada yg buat bisness, ada yg citekan life and tak kurang jgk yang buat blog untuk gosip2 artis and cerita2 media..
.
.
ANNA harap dgn ada blog ni dapatlah menambahkan kawan2,
berkongsi info and pengetahuan.
Walaupun berkawan secara maya, at least dapat kawan untuk berkongsi cerita dan bertukar2 pendapat.
Betul tak??? ngeee~
.
.
.
OK lah.. semoga pas ni ada idea nk tulis entri2 menarik untuk dikongsikan bersama. :)
.
.
SALAM PERKENALAN DARIPADA ANNA~

Friday, May 28, 2010

: Love Notes :

Posted by annazanariah at 5/28/2010 11:39:00 PM 0 comments


Believe in ur dream, the goals u've always wanted to achieve
Believe in ur abilities, that u are capable and worthy of being and doing anything
.
.
.
.

Life holds no promises to what you can have
It gives u opportunities to utilize ur abilities
It gives u time to make choices and take chances
Be willing to accept life's challenges
Embrace changes that come along the way
.
.
.
Never give up
Be passionate to make ur dreams a reality
Believe that it is possible to achieve what u want and u will...

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal