Sunday, May 30, 2010

Cantiknya Puteri Gunung Ledang...

Cepatnya masa berlalu.. Hari ni genap seminggu Anna balik daripada XPDC Mendaki Gunung Ledang.. Waaahhhhh~ Macam tak percaya jek!
Juz nak share sedikit sebanyak lah pasal kesukaran yang dihadapi masa XPDC ni..
XPDC ni dianjurkan oleh IPF. IPF tu Institusi Pembangunan Felo. Disebabkan Anna ni Pembantu Felo, dapat la join. Pada awalnya, peserta dilimitkan kepada 20 org je, tapi permintaan yg sgt baik, pihak penganjur terima jgk la.. Lastly yg join 27 org (11 gurl, 16 gentleman).
Kalau nk story details ni, cam panjang lak.. Anna rasa eloklah kalau cite yg penting2 je (walaupun semua penting.. ngeee~)
Before tu, tgk la dulu gambar yg dapat di snap B4 mendaki.... layannnnn...


Bergambar depan resort n bangunan pejabat urusan

Ok, sambung cite balik, kami bermalam (22 Mei) bukan kat resort tau.. tapi camp site, dalam khemah tu.. dah lama tak berkhemah ni, excited pulak. heheh.. Masak sama2.. Yang bestnya menu mmg tak hengat la. Ada kari sardin, telur dadar, puding koktel, ayam masak kicap, sayuran dan rojak buah. Ni bukan jungle ni.. dah macam picnic lak. :)

Malam tu ada sesi sual kenal lagi atau orang kampung Anna ckp Ice Breaking. hehe.. Penting tau sebab esoknya nak mendaki kena la saling tolong-menolong kan.. Ha, malam tu pas sesi berkenalan, apa lagi time to sleep. Masing2 dah penat kan. Maklumlah sepanjang hari berhujan, pastu masak2 untuk lunch, dinner and bekalan esok. Anna dalam group 4 untuk sentry camp site. Actually masih terfikir2 'betul ke nak mendaki esok ni??'. Tido2 ayam je la jawabnya.

KEESOKKAN HARI - HARI KEDUA
.
.
Hari yang ditunggu2. Berbedar2 sgt. Kalau U all nak tau, Gunung Ledang merupakan gunung yg berada pada tangga ke-6 dalam senarai GUNUNG YANG PALING SUSAH DIDAKI. Mengalahkan Gunung Kinabalu tau. Kinabalu pada tangga ke-11. Wahhh~ mmg tak tergambar lah perasaan masa tu. Maklumlah dah lama tak hiking, preparation pun tak seberapa. Before mendaki tu buat la stretching nk longgar2 urat2 n otot2.
.
.
Breakfast pagi tu hanyalah dua keping roti yang disapu kaya. Takleh makan banyak2 nnt berat kot nk mendaki. Kami jgk bawak bekal masing2 untuk dinikmati kat puncak Gunung Ledang nnt. Kami akan menikmati nasi putih + sambal ikan bilis + kentang sebagai lunch kat puncak nnt. Wahhhh~ best3. Semua persiapan makanan ni dah siap masak malam lagi. Pagi2 ni juz tapau je la..
.
.
Pendakian bermula dengan menaiki tangga yg berjumlah 760 anak tangga. Penat tak payah cakap la.. Ni B4 sampai check point lagi tau. Dah berjaya lalui anak2 tangga tu  baru sampai CP 1: BUKIT SEMPUT. Mmg semput dibuatnya. Tu belum mendaki. Kami akan melalui 8 CP untuk tiba di summit of GL. Perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tapi turun juz 3 jam. 
.
.
U all tau, kat tgh2 perjalanan mendaki GL ada KFC! wahhhh.. unbelieveable.. Tapi KFC ni tak sesedap yg dibayangkan. KFC = KILLING FOR CLIMBERS. Mmg silent killer lah. Kaki dah menggeletar, dah bertongkat lagi, perut pun lapar, tenaga dah sampai tahap merah (mcm ultraman, nyawa2 ikan lampu merah). Tapi berkat sokongan n dorongan membina team mendaki, Anna teruskan juga mendaki walaupun mmg rasa cam give-up jgk. Sampai kat kawasan BATU HAMPAR satu lagi ujian yg besar. Mak aii.. nk kena panjat batu setinggi 40km, 85 darjah hanya menggunakan tali, takde equipment. Biar betul... Mmg mencabar. Sampai je kat atas, mmg gelap mata la.. Penat yg amat sgt. Kat situ adalah CP7 : TAMAN BONSAI. Taman ni dah berusia 100thn lebih. Subhanallah! Cantik pemandangan. Tak sia2 Anna join walaupun kadang2 perasaan menyesal tu menyulam jugak dalam hati. hehehe..
.
.
Rehat jap. Kat sini topup air. Sebab perjalanan masih jauh.

Rasa tak sabar nak sampai kat puncak mmg dah meluap2 ni. Laparrrrrr... Alhamdulillah, Anna antara org yg agak lambat sampai kot. Sampai je ape lagi buka bekas makanan, nikmati nasi paling tinggi kat Johor. Nikmatnya.. Pas makan, apa lagi sesi bergambar la. Bukan senang tau nak sampai atas ni. Siap ada buku autograph lagi untuk pendaki yang berjaya mendaki sampai puncak. Bangga lah dapat sampai.
.
.
walaupun penat yg amat, perut perlu diisi

Pas makan tu, rahat2 jap. Kul3.15 pm kami mula menuruni GL. Masa ni tak sabar nak sampai bawah lak. Sebab badan dah penat sgt2. Perut dah kenyang, tenaga dah agak pulih, minyak urut pun dah sapu.. Bersemangat sikit. Masa turun ni baru la betul2 menikmati alam hutan GL. Cantik. Banyak periuk kera yang masih tumbuh meliar. Semoga khazanah ni sentiasa dijaga utk generasi akan dtg.
Anna sampai kat kaki GL tu lebih kurang kul6.30pm. Orang yang keberapa belas tak tau la. Takpe lah, at least Anna dah dapat sesuatu yg sangat berharga. Pengalaman mendaki GL dan dapat kawan baru. Banyak menginsafkan juga sebenarnya. Jangan give-up, percaya kpd diri sendiri, kehidupan dan alam ni bukan untuk manusia sahaja. Hmm.. kalau nk cite panjang ni kena buat Part.2 lak kan.. Cukuplah dulu sampai sini. Anna suggest U all pun amik la masa untuk mendaki GL, gunung yg penuh dengan lagendanya tersendiri. Nikmatilah sendiri pengalaman yang sungguh bermakna ni.. :)
.
.
Kat bawah ni gambar sebahagian team yg berjaya menawan puncak GL. Alhamdulillah, semua yg join sampai puncak walaupun ada yg injured. Termasuk Anna. :(
Semoga pengalaman ni kekal selamanya~
.
.
puas + bangga + hepi + kagum = hilang penat jap

Nota kaki: Kalau ada org ajak mendaki GL lagi , kena fikir banyak kali kot. Bukan serik tapi tak cukup fit. Kalau g picnic kat GL nak la. Ada Spa ikan gigit2 kaki free kat Mahligai Pool... hehehe...

4 comments:

Kasih Suci - Mama Damia said...

tahniah sebab berjaya menawan puncak Gunung Ledang walaupon terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan... itu semua adalah berkat semangat yang tinggi serta dorongan yang tidak berterusan dari team2 pendaki...(",)

annazanariah said...

betul3.. mcm tak caye jgk..
lebam2 kat kaki pon dah beransur pudar.
ngeh3~ tahniah buat kasih jgk sebab berjaya sampai kat summit of GL. dah jadi Puteri Gunung Ledang dah ni.. :)

emieysandra said...

yup..ade KFC yg best kat c2..ehehe, sy pun ade pglaman sampai d puncak GL..ehehe,cOngrats sb berjaya sampai!

annazanariah said...

congrats jgk.. hehe..
indahnya KFC kat GL, hingga menitik peluh. hohoho..