TRAVELING -- It leaves you speechless, then turns you into a storyteller..
Hari terakhir kami di Bali!! 8 hari yang sangat memberi pengalaman yang sungguh bermakna dan bererti. Tentang keindahan alam, meraikan kepelbagaian manusia dan ciptaan Allah, mensyukuri Agama yang dianugerahkan.. Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar.
Apabila melihat kesungguhan penduduk Bali dengan kepercayaan mereka terhadap tuhan Trinity, terasa kerdilnya diri ini, lemahnya diri ini dalam menyampaikan dakwah. Bagaimana Nabi Muhammad menyampaikan dakwah kepada ummatnya dahulu... Bukan senang, tapi tidak mustahil. Ya, semuanya dengan izin Allah swt.
BYE-BYE BALI.. HELLO MALAYSIA..
Flight kami jam 4PM. So ada masa lagi untuk shopping last minute. So, pagi ni jom round dulu sekitar bandar Kuta. Awal-awal pagi, kurang sikit kesesakan.
The Jayakarta Club Bali, Kuta --- highly recommended!!
Nampak tugu REKLAMASI tu? Penduduk asli Bali menolak pembangunan di Tanjung Benoa.
Last minute shopping di Krishna. Orang tak ramai lagi sebab masih pagi. Beli kopi Bali, t-shirt dan beberapa item cenderahati. Harga di sini sangat memuaskan berbanding toko-toko cenderahati yang lain.
Cash masih ada balance. So, kami decide beli makanan je lah. memandangkan Sneakers murah kat sana, apa lagi kami borong lah kan. Oh ya, kat sini pun ada Kartika Sari tau. Nyummeh!
Finally, kami sampai di Airport Ngurah Rai jam 12PM. Then, serahkan semula kereta kepada Pak Gusti's staff. Ohh ya, nampak tak kotak yang di dalam gambar kat atas tu? Kami terlupa nak wrap dulu. Just ikat dengan tali je tu. Kami ada bertanyakan harga wrapping luggage.. Rp80,000. Kena bayar dalam Rupiah ye. RM not acceptable. Alamak! Macam mana ni. Lastly teringat balik, kami ada bawa plastik sampah yg hitam tu. Idea pun datang..
Korang, kalau travel sendiri nanti, bawak camni. Standby in case nak guna. And memang berguna pun.
So wrap lah sendiri kemas-kemas ye. :)
Bye-bye Bali.. Till we meet again..
Ni antara souvenir yang diborong untuk family dan rakan-rakan. Signature Bali - Pie Susu, Kacang Disco, Kopi Bali, Pie Kacang.. But make sure makanan yang korang beli, mestilah ada tanda HALAL ye. HALAL kat sini dikeluarkan oleh Majlis Ugama Indonesia (MUI).
Pie Susu paling femes dan sedap adalah Pie Susu Dhian. Ni pun hasil survey-survey dalam blog dan juga tanya orang-orang Bali sendiri.
Semoga ada rezeki ke Bali lagi..
0 comments:
Post a Comment