Bismillah..
Alhamdulillah, setelah sekian lama, mungkin hampir setahun tidak menulis di sini. Sebutulnya, banyak perkara yang terjadi di dalam hidup saya. Kini, dengan harapan saya masih lagi mampu mencoret di sini, saya akan sentiasa terus menulis tanpa jemu..
Hari ini, merupakan hari yang bahagia buat saya, kerana saya pilih bahagia.. Saya yakin dengan janji Allah, setiap yang berlaku itu adalah hadiah dan ujian. Bergantung kepada kita untuk laluinya. Semoga saya mampu dan tabah melalui setiap ujian..
2 June 2012: Tarikh saya disatukan dengan suami, Faizal Anuar Bin Omar dengan ijab dan qabul dengan iringan doa.. Doakan kami berbahagia hingga Syurga. Doakan kami saling redha meredhai melayari bahtera rumah tangga yang kadangkala dipukul badai dan ombak. Doakan kami semoga kami tidak alpa dengan kemanisan dunia sehingga lupakan kemanisan sebenar yang menanti di Syurga. Doakan kami supaya sentiasa bersama dikala susah dan senang. Doakan supaya hati kami sentiasa berpaut kepada-Nya, Sang Pencipta segala semesta alam.
Syukur...
Syukur...
Syukur...
Ya Allah, panjangkan jodoh kami ke SyurgaMu Ya Allah. Tetapkanlah hati kami agar sentiasa mengingatiMu..
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke-2, sayang.. Maaf andai tiada hadiah mahal buatmu, tiada 'surprise' buatmu, tiada juga kata-kata indah dicoret di kad Ulang Tahun.. namun, hadiahmu telah ku kirim kepadaNya.. agar dirimu sentiasa sihat, bahagia, gembira dan diredhaiNya.. Hanya ini yang mampu kuberikan.. Hanya ini...
Terima kasih kerana sentiasa menghargai kehadiran saya sebagai isteri, sahabat, dan teman. Jangan jemu berdoa.. Minta yang indah-indah dariNya.. InsyaAllah.. InsyaAllah...
LET'S GET OLD TOGETHER! LOVE YOU...
0 comments:
Post a Comment