Tuesday, June 03, 2014

Mr Hearthrob (MH) Bebas Denggi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, cinta hati saya, 'My Hearthrob-MH' dah bebas dari Demam Denggi. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Anggaplah ini semua sebagai 'hadiah' dariNya. Hadiah yang diberikan tanpa disangka-sangka.. 

Kisahnya bermula apabila MH mula rasa tidak selesa dan lemah-lemah pada Sabtu minggu lepas (24 Mei 2014). Pada mulanya ingatkan demam biasa. Tapi bila malam MH mula sakit kepala. Macam biasa, makan Paracetemol sahajalah, dan tidur. Namun keesokkan harinya MH mengadu sakit kepala, pening-pening macam nak pitam. MH hanya minta ubat Migrain. Lepas makan, lega sikit. Weekend tu memang kami keluar menghabiskan hujung minggu. Tiada tanda-tanda MH semakin 'sakit'. Pada malamnya, MH mula menggigil. Saya yang jadi 'nurse tak bertauliah' ni cuak juga. Ajak ke klinik, tak hendak juga. Sudahnya makan lagi PCM. Setiap 4 jam, saya bangun untuk make sure MH OK. Namun, hampa, keadaan sama...

27 Mei 2014 (Selasa): Demam semakin melarat. MH tidak boleh bangun, kepala berdenyut-denyut. Hanya bergantung kepada PCM sebab MH masih keberatan untuk ke Klinik. Saya EL demi memastikan MH berteman. Nasi yang dimasak dengan sup ayam, hanya dijamah semulut dua. Tidak ada selera katanya. Saya mula gusar. Adakah MH dijangkiti virus Denggi? Tapi tidak ada pula bintik-bintik merah dibadan. MH hanya rehat, terlantar.

28 Mei 2014 (Rabu): Saya terpaksa ke pejabat memandangkan perlu 'site visit' ke Bangsar. MH gagahkan juga ke pejabat memandangkan ada perkara penting untuk diselesaikan di pejabat. Petang, mata MH merah-merah. Badan sangat panas. Bibir pucat. Saya paksakan ke Klinik, namun MH berkeras tidak mahu. Hanya bergantung kepada PCM setiap 4 jam.

29 Mei 2014 (Khamis): MH masih demam panas. Terpaksa EL. Saya pula perlu masuk ke pejabat memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir saya masuk pejabat sebelum saya bercuti panjang (Mandatory Leave) selama seminggu. 'Work Station' perlu dikemaskan, tugasan-tugasan 'in-tray' perlu dibereskan memandangkan pada 9 Jun 2014, Division kami akan mula beroperasi dari Menara Berkembar Bank Rakyat (MKBR) di Jalan Travers. Saya perlu memastikan tugasan saya disempurnakan sebelum bercuti... Saya sempat berpesan kepada MH untuk berjumpa Doktor. Namun, pada petang itu, saya dapat panggilan daripada adik ipar yang mengatakan MH terpaksa dihantar ke Hospital Serdang kerana 'suspect Dengue'. Allah, cepat-cepat saya berkemas balik.

Bermulalah episod duka yang saya sendiri masih keliru ketika itu...


MH dihantar oleh Ambulan ke Hospital Serdang. Keadaanya sangat lemah. MH dimasukkan ke Wad Kecemasan, Zon Separa Kritikal. Mujurlah kakak ipar sudi membantu untuk menguruskan. 


Saya sampai di Bangi jam 7 mlm. Terus balik ke rumah untuk menyediakan Sup Ketam (menurut petua bagi rawatan alternatif Denggi). Selepas Maghrib, saya terus bergegas ke HS. Keadaan MH sangat lemah. Pucat dan tidak bermaya. Ya Alllah.. Dugaan. Keluarga sebelah mertua datang untuk memberikan sokongan. Macam-macam petua turut diberikan bagi melawan Denggi. 100 Plus berbotol-botol, mineral water, dengan sup ketam lagi. Abang ipar turut bawak air pucuk betik, dengan izin Allah mujarab melawan virus Denggi ni.

Sampel darah MH diambil setiap 4 jam. Allah... Kesian sangat. Namun dia tetap tersenyum dalam keterpaksaan. 

Jam dah menunjukkan jam 2 pagi. MH masih dalam keadaan lemah. Bacaan Platelet juga dropped. MH terpaksa dimasukkan ke Zon Merah- Zon Kritikal. Mengalir air mata saya. Sayu sangat. MH nak bercakap pun tak larat. Saya iring MH ke sana, namun saya tidak dibenarkan menunggu di situ. Doktor akan melakukan pemantauan rapi ke atas MH. Saya berdoa semoga MH kuat!! Saya hanya mampu berdoa..

30 Mei 2014 (Jumaat): Saya EL lagi. Alhamdulillah, usai solat subuh, saya dapat sms dari MH dia telah dipindahkan daripada Zon Merah ke Zon Pemantauan. Syukur.. Terima kasih Ya Allah.. Engkau mendengar doa hambaMu ini.. Doc nasihatkan MH agar terus minum air dengan banyak (siap ada catatan in-out air). Water drip dah masuk botol ke-3.

Selepas bersarapan, saya pulang ke rumah untuk membersihkan diri. Dari semalam dengan berbaju kurung ke sana sini.. :) Alhamdulillah, mak mertua dan adik ipar sudi menemani.. 

Jam 11 am, saya telah berada di HS semula. MH masih di Wad Pemerhatian memandangkan wad 7D yang sepatutnya MH 'check-in' penuh! Baru saya tahu, ramai sangat yang kena Denggi. Sampaikan tidak cukup katil di HS, terpaksa rest hanya di kerusi yang disediakan. Kesian sangat..

Jam 7.10 pm.. MH dipindahkan daripada Wad Pemerhatian ke Wad 7D. Alhamdulillah, lebih selesa untuk MH berehat. Wad yang menempatkan 4 orang satu bilik ini cukup selesa.. Kesemua pesakit di situ adalah pesakit Denggi!

Jam 12 am ++.. Saya baru melelapkan mata sekejap, Jururawat memberitahu MH terpaksa berpindah ke Wad 8C pula. Berpisat-pisat mata ni. 4 orang pesakit Denggi dipindahkan pada pagi itu juga. Alhamdulillah, Wad 8C adalah Wad Kelas Pertama yang ditukarkan daripada 2 katil kepada 3 katil. Sangat selesa (tandas dan Surau yang berdekatan).

31 Mei 2014 (Sabtu): Hari yang ditunggu-tunggu sejak Mac lalu. Sebetulnya kami telah merancang untuk Honeymoon di Sabah selama seminggu (Anniversary ke-2). Kami merancang, namun apalah sangat perancangan kami ini berbanding apa yang telah dirancang oleh Allah. Dengan redha, saya merelakan penerbangan kami pagi ini (7.30 am) berlepas begitu sahaja. Apa yang penting ketika ini hanyalah kesihatan MH..

10 am.. MH nampak sedih dan terkilan.. Demi memujuk rasa, MH mencadangkan agar kami tempah tiket baru ke Sabah pada 2 June, dengan harapan MH telah sembuh. Doc telah mengambil sampel darah yang saya sendiri tak pasti kali keberapa. Mungkin lebih dari 10 kali dah. Keputusan darah akan diberitahu jam 2 ptg samaada MH boleh 'discharge' atau tidak. Menurut Doc, bacaan platelet MH dah stabil. Ada sinar-sinar harapan untuk keluar dari HS..

Kadang-kadang, apa yang kita harapkan, itulah 'ujian' terbesar. Keputusan jam 5 telah diketahui. Doc tidak dapat memberi kebenaran untuk 'discharge' walaupun platelet dah stabil (ada peningkatan), namun terdapat bacaan yang kurang memuaskan berkaitan dengan kepekatan darah dan 'hati membengkak'! Allah... kesal juga ketika itu. Saya terus google sebab-sebab perkara tersebut berlaku. Kemungkinan darah MH adalah tinggi asid (suka makan masam-masam/jeruk). Satu perkara tentang 'hati bengkak' kemungkinan makan seafood yang bercengkerang, terlebih ambil ubat-ubatan, makan masakan yang dimasak terlalu lama-melebihi suhu 100-200 dan juga makanan berminyak (yang ni saya tak pasti-randomly search di google).. Nampaknya malam ni bermalam di HS lagi - Malam ke-3.. Saya hanya tersenyum memandang MH.. :)

1 June 2014 (Ahad): Sampel darah diambil jam 9.20am. Water drip juga telah ditanggalkan. Adakah ini petanda yang baik? Doc memberi jaminan sekiranya semuanya stabil, MH boleh discharge hari ini. Ya Allah, syukur. Tersenyum lebar saya dan MH. MH berusaha minum air mineral sekerap mungkin. Demi memastikan tahap selamat untuk keluar dari HS. Keputusan darah akan dimaklumkan pada jam 2 ptg.

Jam 4pm.. Alhamdulillah, Doc telah memaklumkan MH dah boleh discharge, namun perlukan pemantauan di rumah. Bacaan platelet terakhir MH adalah 87 sahaja. Masih dibawah paras selamat (sepatutnya di atas bacaan PLT 100). Doc tetap berpesan seperti biasa, banyakkan minum air mineral.



Senyum walaupun masih pucat.. Selesai menguruskan urusan discharge MH, Doc ada memberikan kad rawatan susulan. MH perlu ke Klinik Kerajaan yang berdekatan pada 3 Jun 2014 bagi memastikan bacaan Platelet adalah normal (Bacaan 150 dan ke atas).

Owh, peracangan kami ke Sabah telah dibatalkan memandangkan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi (Perancangan 31 Mei - 6 Jun), dengan harga tiket flight yang terlalu mahal. Kami akur dengan perancanganNya. Percutian kami dibatalkan. :)

3 Jun 2014 (Selasa): Saya menemani MH untuk 'menyerahkan' sampel darah. Alhamdulillah, berita yang sangat baik. Platelet MH telah menunjukkan bacaan 187. Syukur sangat-sangat!

Saya masih meneruskan Mandatory Leave saya sehingga 6 June 2014. Sebagai hadiah kepada MH yang telah sembuh dan BEBAS DENGGI, jom berkemas! Kita holiday!. Bunyi macam best kan.. Holiday dekat-dekat sahaja memandangkan perancangan 'last minute'. Hotel dan kemudahan yang terhad. Cuba teka, kami ke mana untuk percutian 3H2M ini?

Tunggu.....

Nasihat saya:

1. Sekiranya anda demam, tidak beransur sembuh selepas 2 hari, pergilah berjumpa Doc. Minta Doc ambil sampel darah.

2. Jangan berada di kawasan 'black list-Denggi' ketika awal pagi dan juga senja kerana masa ini adalah masa untuk Nyamuk Aedes bertindak!

3. Tidak salah mencuba rawatan alternatif, tetapi sebaiknya dapatkan nasihat dan rujukan pakar. Supaya tidak timbul isu lain pula i.e Hati Bengkak, Darah Pekat dsb.

4. Jaga persekitaran tempat tinggal- Hapuskan tempat pembiakan denggi.

5. Redha sekiranya anda terkena virus Denggi. Ini juga salah satu ujian dariNya.. :)



Nota-cinta: Panjang pulak entri kali ni sebab malas nak part-by-part. Hehehe..

Mode: Sambung berkemas sebab esok flight pagi. Jom cuti-cuti Malaysia.. Daa...


0 comments: