Sunday, February 03, 2013

Saya Pilih BAHAGIA

Posted by annazanariah at 2/03/2013 01:12:00 AM
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia.. Setiap kali berdoa kita meminta supaya Allah memberi kebahagiaan kepada kita. Namun apa itu bahagia? Adakah kita benar-benar memilih untuk BAHAGIA?


Sekadar hiasan


Ada orang kata, BAHAGIAnya bila ada rumah besar..
Ada orang kata, BAHAGIAnya bila ada kereta mewah..
Ada orang kata, BAHAGIAnya bila ada jawatan besar..
Ada orang kata, BAHAGIAnya bila setiap tahun dapat pergi luar negara..
Ada orang kata, BAHAGIAnya bila ada anak-anak ramai.. 
Ada orang kata, BAHAGIAnya bila ada duit banyak..

Namun, benarkah BAHAGIA? Mana letaknya bahagia dengan adanya rumah besar, kereta mewah, jawatan yang bagus, banyak duit? Di mana?

Ada pula kisah yang saya dengar, "Saya ada rumah besar tersergam indah, kereta mewah lengkap berpemandu... tapi saya tak bahagia..." Jadi tidak benarlah ungkapan BAHAGIA di atas? Di mana letaknya bahagia tersebut?

Orang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang TIDAK selalu MEMILIKI sesuatu yg terbaik dlm hidupnya, tapi hanya selalu BERUSAHA untuk BERSYUKUR dan menjadikan setiap APA PUN yg hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik..

Tidak perlu kemewahan untuk bahagia.. Cukuplah keberkatan rezeki yang diberikan oleh Allah. Kita berusaha, selebihnya Allah yang  tentukan samada sikit atau banyak rezeki. Tidak perlu pangkat atau darjat untuk merasa bahagia.. Cukuplah keredhaan Allah dan keredhaan manusia terhadap diri kita..

Teringat kata-kata Prof Dr Muhaya, bahagia membahagiakan.. hanya orang yang bahagia yang boleh membahagiakan orang.. Hanya orang yang baik hati yang boleh membahagiakan orang.. Sebenarnya kita memang dilahirkan untuk membahagiakan orang, supaya kita juga memperolehi bahagia..

Semua orang berhak sebarkan perkara KEBAIKAN. Tidak perlu malu pada orang.. Bukan mereka yang memberi PAHALA..

Jom kita audit diri dalam mencari makna BAHAGIA.. (^__^) 


Allah is the best listener and you don’t
need to shout, nor cry out loud, cause
he hears even the very silent prayer
of a sincere heart. :') 







2 comments on "Saya Pilih BAHAGIA"

Marlina Mohtar on February 27, 2013 at 3:08 PM said...

Sebarkan bahagia!

Salam ukhuwwah fillah. Singgah sini, sedikit terkejut kerana rupanya suami saudari adalah rakan sekelas saya semasa darjah 5 dahulu di SK Pagar Sasak =)

annazanariah on March 19, 2013 at 11:09 PM said...

salam..

terima kasih kerana sudi membaca..
sekarang tinggal di mana?
ada masa singgah la rumah kami di bangi.. =)

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal