Sunday, March 31, 2013

Tiada sebab untuk kita tidak bersyukur.. Alhamdulillah!



Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..

Bernafas. Berjalan. Makan. Minum. Tidur. Melihat. Mendengar. Merasa. Menyentuh. Menghidu. Bercakap. Ketawa. Menangis... Subhanallah... Banyak sangat nikmat yang Allah bagi kepada kita, sampaikan tidak terhitung banyaknya. Tiada sebab untuk kita tidak bersyukur. Janji Allah, jika kita bersyukur dengan nikmatNya, maka Allah akan tambahkan lagi. Itu satu KEPASTIAN... Allah Maha Pemurah..

Zat Allah adalah Agung. Jika kita mendekatkan diri denganNya tidak akan menambahkan kehebatanNya, dan jika kita menjauhkan diri dengan Allah (nauzubillah) tidak akan mengurangkan sifatnya.. Ini kerana Allah sendiri adalah MAHA HEBAT!.. Mengatasi segalanya.

Kenal Erti Syukur

Percaya atau tidak, dengan bersyukur hati akan menjadi tenang, jiwa akan menjadi tenteram. Ucapkanlah kesyukuran tanpa lelah kepada Allah. Berdoa bersungguh-sungguh kepadaNya kerana Dia menyukai hamba-hambaNya merintih dan mengadu kepadaNya. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. 




Melakukan suruhanNya bukan semata-mata kerana takutkan azabnya, tetapi sebagai tanda TERIMA KASIH di atas setiap kurniaanNya kepada alam semesta, termasuklah kita. Tidak salah jika kita mengharapkan pembalasan nikmatnya, kerana itu adalah JANJINYA.. PASTI! Tapi, jika kita melakukan suruhanNya sebagai tanda TERIMA KASIH, bukankah lebih tinggi nilaiannya... :)

Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang kala terlupa dan alpa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tidak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, kebahagiaan, ilmu, harta, tidak semua orang ada. Walaupun kita ada sedikit cuma, hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk mempertingkatkan lagi apa yang kita ada... Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi serta keazaman yang hakiki.

Teringat sepotong ayat kata-kata motivasi.. "Jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum melihat insan tiada kaki..". Keluhan akan membawa kepada fikiran yang tidak tenang.. Sering berasa tidak cukup..

Bersyukur... Bersyukur... Bersyukur...

0 comments: