Hari minggu merupakan waktu terbaik untuk bersama keluarga, melakukan aktiviti kekeluargaan di samping dapat merehatkan diri setelah penat bekerja 5 hari.. Luangkan waktu bersama yang tersayang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak.. sekitar 20 tahun lepas..
Saya tidaklah dilahirkan di dalam keluarga yang mewah, yang serba ada.. tetapi saya akui nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga terutamanya ibu bapa saya banyak mencorakkan diri saya sekarang. Saya tidak diajar bagaimana menjadi orang kaya, tetapi saya diajar bagaimana untuk berusaha supaya terus berjaya. Saya tidak dimarah jika gagal dalam subjek peperiksaan, tetapi saya dimarah jika malas untuk mengulangkaji atau belajar dari kesalahan. Itulah peranan ibu bapa saya yang saya sangat kagumi..
Dewasa ini, saya selalu terfikir, bagaimana ibu bapa mengharungi dugaan dan cabaran dalam membesarkan, mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Saya 'tabik' kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak mereka menjadi insan kamil sedangkan mereka sibuk bekerja.
Anak-anak adalah anugerah dari Allah. Janganlah merungut jika anak nakal, janganlah marah jika anak tidak menjadi seperti yang kita harapkan, sebaliknya muhasabah diri... Allah telah memilih kita untuk melalui ujian. Bukan manusia, tetapi ALLAH. Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik..
Saya seringkali sedih bila mendengar ada rakan-rakan yang sering merungut kerana kepenatan menjaga anak, geram bila anak nakal, marah bila anak tidak mahu mengikut setiap kata ibu ayah.. Saya berpesan sekeras-kerasnya di dalam hati, anak kecil masih dalam proses belajar. Ajarkan mereka apa yang salah, apa yang betul. Terangkan kepada mereka proses-proses kehidupan, bukan merungut dan kesal dengan kelakuan anak-anak..
Ya, saya berkecil hati bila ada yang menempelak, "kau takpelah, belum ada anak.. nanti dah ada anak, tahulah..." Rezeki ditangan Allah, namun saya akui saya sendiri belum 100% menjemput rezeki itu daripadaNya. Setiap pasangan inginkan anak. Setiap ibu bapa inginkan anak yang sempurna supaya menjadi kebanggaan. Allah juga sudah menyatakan tentang janjiNya:
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.. (Al-Imran 3:37)
Jadi, kita yang memilih, untuk bahagia atau sebaliknya.. Syukur dengan rezeki yang dilimpahkanNya.. Rezeki masing-masing tidak sama atas usaha dan keyakinan kita kepada pemberianNya.. namun jangan ada sedetik pun tidak bersyukur.. Tidak terhitung banyaknya rahmat yang diberikan Allah..
Jom semak KPI diri.. Adakah kita layak digelar ibu bapa mithali, sebelum menyalahkan anak-anak sebagai anak tidak mendengar kata!
Bahagia membahagiakan... Tetap tersenyum~~ (^_^)
3 comments:
comeinye girl pakai telekung
dh membesar dia
follow sini..jemput ke blog yumida
thanks yumida..
saya ke blog awak pulakk ye.. =)
comel nyer dia bertudung..da besar nnt lg comel kan? ;-)
Post a Comment