Salam ceria untuk U all (perasan macam ramai je baca entry ni kan).. Heheh.. Pagi tadi ada Morning Briefing utk HR Department. Sharp 8.30am, our short morning briefing started. Dimulakan dengan bacaan Al-Fathihah dan doa semoga diberi keberkatan olehNya dalam apa jua yang kita lakukan.
FYI, Morning Briefing ni diadakan setiap Rabu. Staff take turn utk menyampaikan info. Juz like sharing is caring.. Pagi ni input disampaikan oleh En Awi tentang perlaksanaan sistem maklumat dan data di Agrobank. After tu En Din pulak sudi berkongsi info tentang kebaikan kacang dan bijirin.. Ada beberapa jenis kacang yang baik utk kesihatan dan tubuh badan kita. Tapi yang paling baik adalah pistachio atau nama lain kacang cerdik. Selain membantu menambahkan oksigen dalam otak, ianya dapat membantu membunuh kolestrol 'jahat'. So, pasni jom amalkan makan 'kacang cerdik' ni ye...
Dah habis sesi sharing tu, termasuklah Q&A, kami buat sedikit regangan. Macam senaman ringan la kan. Juz 3-5 minit. Penting utk redakan stress semasa bekerja. Inilah yang dinamakan WORK LIFE BALANCE. Time kerja, should focus. Time rest, rest sebaiknya.. Heheh.. So, time lunch ni la nak update blog sikit..
Rindu jugak suasana kerja di Cypark, tapi kerja sekarang much more relate to my studies. Anna diamanahkan utk berada di section Learning & Development, Unit Talent Management. Before masuk sini, juz ingat Anna akan handle bahagian Training & Development, start from TNA sampailah evaluation. Tapi sebenarnya bidang training ni saja complecated. Team Anna ada 6 orang. Tapi dipecahkan kepada dua part yang mana task berlainan. So, Anna kena handle Sucsession Planning & Competency Assessment. Very tough sebab tak pernah ada experience before ni.. Banyak belajar dari CHRO.. Kena berkorban sikit la demi dapatkan ilmu yang mahal tu.. Huhuhu..
Alhamdulillah, Anna diberi kepercayaan utk access P & C data. Ni semua berdasarkan keperluan projek tu.. :)
Ape2pun, sentiasa redha, bersyukur dan berdoa kepadaNya. Jangan berharap kepada manusia, tetapi bergantung haraplah sepenuhnya kepada Allah.. InsyaAllah dipermudahkan laluan hidup..
Sampai sini dulu.. Hope tak boring baca. Dh lama tak mengarang, rasa pelik pon ada.. Hehhe..
K, Bye!
0 comments:
Post a Comment