Monday, June 18, 2012

Padah Bertangguh!

Assalamualaikum..

Isnin = Monday Blues.. Betul ke???

Pagi tadi memang kelam kabut. Akibat bertangguh punye pasal lah.. Dah bunyi alarm, tapi tangguh lagi 10 minit... Sebab fikir baju gi kerja dah iron, so agak2 macam sempat la kan..

Actually Anna gi kerja naik Komuter dan LRT. Tapi nak ke kamuter, hubby la hantar. Biasanya jam 6.40am dah keluar rumah. Tapi pagi ni kul 6.50am baru keluar rumah. 

Sampai kat Stesen Komuter Bangi je, tren pon sampai. Berlari bagaikan pelari pecut 100 meter. Tapi nasib tak baik, tak sempat naik. Kebetulan line Touch n Go rosak. Alahaiiii.. Penat berpeluh2 berlari. Tak pasal2 je. Mujur pakai seluar. Kalau pakai baju kurung, memang kelakar..

Disebabkan frust tak sempat kejar tren, nak call hubby la mengadu.. Tapi... Oh nooooooo... handphone pulak tertinggal. Isk. isk. macam nak nanges pon ada. Cari public phone pulak takde.. camne ni..

Tengah dok berfikir tu, ada announcement pulak, yang mengatakan tren ke Rawang delay. Alamak, lambat la masuk opis ni kang.. Jam dah kul 7.15am. Cuak dah ni... Nak tak nak, terpaksa menebalkan muka pinjam telefon ofis stesen komuter. Baru dail 012-4.. tren pun sampai.. Alhamdulillah.. Lega sikit..

Dalam tren pulak punyelah ramai orang. Berdiri hampir sejam. Kebas kaki ni ha.. Tapi kegemaran yang satu ni tak dapat dielakkan.. TIDO dalam tren. kuikuikui.. Even berdiri, tido tetap tido.. ngeeee~

Sampai di KL Sentral dah jam 8.05am. Apa lagi cepat2 kejar LRT pulak. Mmg tak peduli lah kiri kanan. Jalan tak perasan orang dah. Yang penting 8.30 dah kena ada dalam opis..

Alhamdulillah, tepat jam 8.29am, berjaya punch in.. Fuhhh... Mujur sempat. Terus email kat hubby bgtau tertinggal HP. Mmg la kena gelak.. Kelam kabut pastu semua tertinggal...


# Berazam bangun awal sikit esok pagi. =)







3 comments:

Padin said...

ehehee macam2 hal berlaku ek, aku dah banyak kali juga rasanya punch merah, mmg kurg disiplin sikit huuu

annazanariah said...

heheheh.. kat sini disiplin ketat la.. risau dibuatnye..

tepat 8.31am, dah dikira lewat. maunya tak suspen.. kuikuikui...

In the Slow Lane said...

Great blog I enjoyeed reading