Thursday, May 12, 2016

KBKK [20 Mac 2016 - Day 1: Rama Candidasa Hotel]

LOVE YOU TO THE MOON AND BACK!

Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu. Berlepas ke Bali bersama suami tersayang, Mr Heartthrob (MH) dengan pesawat Air Asia Indonesia QZ 0551. Pendaratan yang sempurna di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali pada tepat jam 12.30 pm. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam tu langsung tidak membosankan.

Ketibaan kami disambut mesra oleh Mas Putu (staff tempat kami menyewa kereta). Disebabkan bukan musim cuti sekolah, keadaan di Airport agak lengang. 

Airport sangat cantik, besar dan unik dengan ukiran-ukiran. Ukiran dan patung adalah identiti Bali ye. Jangan terkejut kalau nampak setiap sudut ada ukiran dan patung.

Perkara pertama yang kami perlu buat setibanya di Bali adalah dapatkan kenderaan yang dah dibooking dan juga dapatkan sim card internet bagi memudahkan urusan dan komunikasi.

SEWA KERETA

Pejabat Mas Gusti adalah di Seminyak, tidak jauh daripada Airport. Tetapi kebetulan pula masa kami sampai tu baru bermula perarakan damai Bantah Reklamasi Tanjung Benoa. Macet jadinya.. Dikhabarkan terdapat 27 desa adat yang telah menyatakan penolakannya terhadap rencana reklamasi Teluk Benoa. Mereka berasal dari Kota Denpasar, Kabupaten Badung, Gianyar, dan Karangasem. Dan mereka ini adalah orang asli Bali (penduduk asal Pulau Bali). Apa yang menarik perhatian adalah perhimpunan akan diadakan di atas air - atas bot-bot! Menarik kan?




Setelah menempuh macet lebih kurang 30 minit, kami tiba di kantor Mas Gusti untuk urusan sewaan mobil. Pasa asalnya kami booking Karimun, tetapi kereta tersebut tidak dapat disediakan. Sebagai ganti mereka memberi kereta Toyota Agya (di Malaysia, Proton Axia). bunyi pun lebih kurang sama kan.. hihi.. Harga mahal sedikit (IDR 175,000 sehari), tetapi Mas Gusti menawarkan GPS secara gratis. Wah, bagus bangat ya! Total penyewaan kereta IDR 1,225,000 (Lebih kurang RM387.00++). Murah kan?? Sewa tu untuk 8 hari tau.

Kalau uoll nak ke Bali, boleh contact Mas Gusti - Dian Bali Car Rental. Website: www.balirentalcaranddriver.com. Atau boleh contact guna Apps LINE ke talian 085100700556. Boleh contact siap-siap dari Malaysia.


SIMCARD

Kereta dah settle, now cari sim card. MH beli Kartu simPATI. Harganya IDR75,000 (Lebih kurang RM24++). Simcard ni tujuannya untuk access internet. Senang nak whatsapp keluarga dan rakan. Telco di Bali ni macam-macam dan murah-murah lah. 



KUTA KE CANDIDASA

Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 2.30 PM. Perut dah berkeroncong, baru teringat belum diisi. Disebabkan pertama kali kami di Bali, kami ambil keputusan terus ke Candidasa dulu. Sebab takut perjalanan ke sana ambil masa yang lama. Kalau ikutkan lebih kurang 2 jam ke sana, tapi tu tidak termasuk sesat. Hehehe. Ok, jangan lupa isi perut kereta dahulu ye. Singgah di Pertamina (stesyen minyak) area Kuta. Petrol pertama kami bernilai IDR 167,000 (Lebih kurang RM 53.00++).

Kami melewati kawasan pekan Gianyar, Klungkung dan memasuki daerah Candidasa. Keadaan jalan raya tidak begitu sesak, tapi kami beberapa kali tersilap masuk simpang. 

Sepanjang perjalanan tu, apa yang kami perasan, tidak susah nak jumpa stesyen minyak, dan mini mart. Mini mart pertama kami di Bali adalah Indomaret. Beli air mineral 1.5L dua botol, minute maid pulpy 1L, buku nota kecil dan pen dua batang dengan kos IDR 36,100 (Lebih kurang RM12). Murah kan? Di Bali, kalau uoll beli barang dari mart, uoll akan dikenakan caj untuk beg plastik ye (IDR 200 je, lebih kurang 6 sen).

Finally, sampai di Hotel Rama Candidasa pada jam lebih kurang 5PM (keadaan waktu seperti jam 6PM di Malaysia). Usai check in, rest sekejap, solat dan keluar berjalan-jalan sekitar kawasan hotel.






PEMANDANGAN MENDAMAIKAN

SubhanAllah!! Sebelum ni tengok gambar-gambar di internat dah excited sebab cantik sangat. Tapi bila tengok dengan mata sendiri.. lagi lah best. Hotel ni terletak di tepi laut. Lepak-lepak dulu sambil tengok sunset.




MAKAN MALAM BAJET

Makan malam kami simple je. Megi cup sorang satu, roti with tuna sorang sekeping, air milo satu mug. Alhamdulillah. Kenyang. Usai makan, jom plan untuk trip esok. #sayataksabar


Nota kaki-tangan:
1. Simcard beli siang tadi tak dapat digunakan pun. Simcard internet, tetapi topupnya untuk kegunaan panggilan sahaja. Takpe lah takde rezeki. Mujur ada internet hotel yang laju.


Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Sewa Mobil - IDR1,225,000
b. Petrol - IDR167,000
c. Indomaret Mini Mart - IDR36,100
d. Simcard SimPATI - IDR75,000
TOTAL : IDR1,503,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000 - IDR1,503,000 = IDR3,246,900



Ok, cukup dulu untuk Day 1. Esok saya sambung lagi.. nite~




0 comments: