Monday, February 04, 2019

Bali Day 5 - 23 Jan 2019 : Bali Safari and Marine Park - Teater Bali Agung

"LIFE... is not about being rich, being popular, or being highly educated. It's about being real, humble and kind.."


Alhamdulillah.. berjaya juga saya menyiapkan entri Bali Day-5. Bukan main 'liat' lagi nak publish sebab nak siapkan edit video dulu. Memandangkan esok cuti CNY, malam ni spend time jap sambil layan movie.

Hari ke lima kami berlibur di Bali, kami hanya spend masa di Bali Safari & Marine Park, Gianyar. Sebenarnya masa kami ke Bali tahun 2016 dulu, plan nak tengok pementasan Bali Agung, tetapi mesti beli tiket sekali dengan Bali Safari. So memang tak cukup masa lah kan.

Terdapat 8 pakej untuk anda pilih mengikut aktiviti yang anda suka.



Kami memilih pakej Jungle Hopping. Kalau ikutkan publish rate adalah IDR800,000 seorang, tetapi saya dapat nego pada harga yang lebih rendah. Anda boleh klik pada link direct Whatsapp di website tersebut. Kami dapat IDR650,000 seorang. Pakej ini termasuk dah dengan Teater Bali Agung. Video ada saya share di FB. Jom tengok ya.


Ada pelbagai aktiviti disediakan. Sure anda takkan rasa bosan spend time seharian di sini


Hidup kita di dunia ni bukan sahaja berbuat baik kepada manusia sahaja, kerana Allah juga jadikan haiwan untuk kita memahami tujuan kita berada di dunia ini. Dalam Al-Quran juga ada diceritakan kisah-kisah haiwan yang perlu kita fahami. Antaranya kisah tentera bergajah, kisah labah-labah, kisah semut, kisah anjing dan banyak lagi. Maka janganlah kita sombong dengan mengatakan kita hebat sedangkan Allah menciptakan makhluk dengan kebolehan dan kekuatan serta kelemahan masing-masing.


Bergambar dulu sebelum masuk Teater Bali Agung. Teater ni dipentaskan selama sejam setiap hari kecuali hari Isnin. So kalau anda plan nak tengok, make sure anda plan betul-betul ya. Pementasan bermula jam 2.30 pm. Actually ni adalah first time saya tengok pementasan teater. Even di Istana Budaya pun tak pernah tengok.


Depan saya tu barisan seat VVIP. Kalau anda nak seat tu, kena beli Pakej Safari Rhino atau Rhino 4x4. Boleh tengok dengan lebih dekat dan jelas. Apa yang uniknya teater ni adalah pementasan membariskan lebih kurang 150 orang pelakon dan juga penampilan khas haiwan-haiwan yang jinak dan cerdik dari Bali Safari itu sendiri. Gimik dan prop yang diorang gunakan memang power! Nampak hidup penceritaan tu. Kalau nak tahu jalan cerita, boleh baca di sini>> http://www.bali-indonesia.com/ubud/bali-agung.htm.


Settle semua aktiviti lebih kurang jam 4.00 pm. We have fun at Bali Safari. Back to the nature tau. Tips: Make sure pakai pakaian yang selesa untuk anda bergerak.


Sampai hotel awal hari ni sebelum matahari terbenam. So jalan-jalan kat pantai dulu.


Subhanallah.. Cantik sangat-sangat.. Laut terbentang luas, jernih dan bersih


Bye.. jom balik. Matahari dah terbenam. Malam ni dinner kami di Restoran Ayam Penyet Surabaya. Our Favourite Resto di Bali. Harga berpatutan sesuai dengan rasa dan kualitinya. Gittew..

Total belanja kami untuk hari kelima:
1. Tiket masuk Bali Safari - IDR1,300,000 (untuk 2 orang)
2. Lunch di Uma Restourant, Bali Safari - IDR150,000
3. Dinner di Restoran Ayam Penyet Surabaya - IDR101,200

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [24 Mac 2016 - Day 5: Bedugul - Taman Ayun - Tanah Lot] <<

0 comments: