Making yourself a priority once in a while, it's not selfish. It's necessary..
Hari ke-enam di Bali, sekejap je rasanya masa berlalu. Bali memang sebuah pulau yang kecil, tetapi terlalu banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Dan setiap daerah atau destinasi tarikan pelancong tu ada keunikan dan kelainan yang tersendiri. Pulau Bali juga terkenal dengan kecantikan dan kejernihan air pantainya. Dan sebahagian pantainya pula dijadikan tarikan sebagai tempat untuk board surfing kerana high tide.
Hari ke-enam ini lebih kepada berjalan-jalan dan bersiar-siar sahaja. Jadi kami keluar agak lewat iaitu sekitar jam 9 pagi.
Destinasi pertama adalah Water Sport Tanjung Benoa. Jaraknya sangat lah dekat dengan Hotel yang kami menginap. Lebih kurang 10 minit menaiki kereta. Kami survey harga dan pakej untuk Water Sport (untuk tentatif esok - Water Sport). Terdapat pelbagai pilihan permainan sukan air yang ditawarkan. Bergantung kepada minat, kesesuaian dan bajet masing-masing. Setelah mendapat sedikit info dari pengendali sukan air, kami decide beli pakej menerusi online - Lagi Murah! So guys, kalau nak cari water sport, booking online ya lagi murah.
Settle di Tanjung Benoa, kami terus bergerak ke Waterblow Nusa Dua. Perjalanan kami disajikan dengan pemandangan dalam taman yang sangat cantik dan bersih. Seperti kami berada di satu kawasan lain pula. Waterblow ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong untuk mengabadikan gambar bersama ombak besar sebagai backdrop. Menarik kan? Tapi hati-hati jika ombaknya terlalu besar, samada anda basah atau anda terpukul sekali dengan ombak!
Ni adalah platform yang disediakan untuk para pelancong mengambil gambar. Menarik kan? Awas kalau anda basah. Bawa baju spare ye kalau nak ke sini. Mujur saya terkena di seluar je.
Spectacular view! Itu yang mampu saya cakapkan. Airnya jernih sekali ya.. Kalau anda ke Bali, wajib masukkan Waterblow dalam list!
Sambil menantikan pukulan ombak. Tapi time kami ada di sini, ombaknya tak kuat sangat, tetapi angin cukup kuat. Boleh tengok video yang saya share di FB. Kami spend time kat sini tak lama pon, lebih kurang sejam. Langit yang begitu cerah, gambar yang di ambil memang sangat cantik.
Next destination adalah Pandawa Beach. Tak jauh sangat daripada Waterblow Nusa Dua. Ni pun salah satu tempat tumpuan pelancong. Semasa kami sampai, hujan mula turun. Agak lebat, tetapi sekejap je. Rezeki juga sebab lepas hujan, langit sangat cerah dan cantik..
Dalam hidup, kadangkala kita berhadapan dengan ujian dan latihan. Hati jadi terguris, emosi boleh tercalar. Namun jangan kita mengeluh kerana apa yang hadir dalam hidup kita ini adalah sebagai latihan dan proses untuk kita belajar dan memperbaiki diri. Setiap yang baik itu baik, setiap yang buruk itu juga baik. Tiada apa yang Allah bagi kepada kita itu buruk, semuanya baik. Cuma pada mata kita yang memandang yang menentukan ianya baik atau buruk. Pandanglah setiap musibah dan ujian yang datang sebagai 'hadiah' untuk kita menjadi lebih kuat! InsyaAllah semuanya baik.
Selesai bersiar-siar di Pandawa Beach, kami ke destinasi seterusnya iaitu Dreamland. Dalam perjalanan ke sana, kami melewati 3 buah Rumah Ibadat yang besar. Salah satunya adalah Masjid Agung Palapa. Kami singgah bersolat di situ dan berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan ke Dreamland. Masjid ni sangat unik kerana tiada berdinding. Jadinya tiada aircond mahupun kipas angin dipasang. Hanya menghirup udara semulajadi yang segar. Nyaman sekali. Jangan lupa tengok video Masjid Tour di FB saya. :)
New Kuta Beach adalah nama lain yang diberikan kepada Dreamland. Pantai ini adalah tempat tarikan bagi para Board Surfing kerana ombaknya yang kuat dan tinggi. Selain itu, pasir pantainya berwarna putih bersih dan halus sangat. Boleh berjalan barefoot di sini dan merasai sendiri kehalusan pasir pantai di Dreamland. Oh ya, pantai ini juga dikelilingi oleh tebing batu karang putih yang besar dan menjulang tinggi. Salah satu keunikan di Dreamland.
Kehijauan + keindahan yang ditemui semasa dalam perjalanan dari Dreamland ke destinasi seterusnya iaitu Uluwatu. Area sini tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Tak pasti adakah ianya jalan utama atau tidak sebab kami lalu situ pun atas 'arahan' Waze. Hehe..
Kami sampai di Uluwatu sekitar jam 4.30 pm. Hujan mula turun. Langit juga masih gelap. Plan asalnya kami akan sekali lagi menjejakkan kaki di Uluwatu sambil mengambil gambar berlatar belakangkan sunset. Tetapi mengikut ramalan (jangkaan kami sahaja), hujan lebat akan turun. So, MH sempat rekod video sekejap sebelum kami buat keputusan untuk tidak masuk ke dalam Uluwatu. Mujur dah pernah sampai dulu. Tak lah ralat sangat.
Alhamdulillah, perjalanan kami dari Uluwatu ke Bandar Kuta dihujani hujan lebat mencurah. Jadinya kami terus ke Restoran Ayam Penyet Surabaya untuk dinner memandangkan jam dah menunjukkan pukul 6.30 pm. Selesai dinner, kami ke Centro, salah satu Shopping Complex yang agak besar di Pekan Kuta. First time kami masuk sini, sebab nak cari Card Reader dan dengar cerita tengah ada sales.
Finally... Sampai juga hotel. Fuhhh.. letih juga hari ni walau pun berjalan-jalan sahaja. Mujur dapat juga card reader. So malam ni memang MH transfer semua gambar dan video yang ada dalam Go Pro. Syioknya.. Sampai tertido dia menunggu settle semua 3 keping memory card. Banyaknya gambar dan video. Excited sangat. WOhooo..
Okey la.. Cukup lah dulu catatan untuk Bali Day-6. Sambung nanti pula untuk catatan dua hari terakhir. Bye!
Total belanja kami untuk hari keenam:
1. Groceries - IDR 42,000
1. Groceries - IDR 42,000
2. Parking Tanjung Benoa - IDR5,000
3. Parking Water Blow Nusa Dua - IDR8,000
4. Parking Pandawa Beach - IDR5,000
5. Entrance Pandawa Beach - IDR16,000 (untuk 2 orang)
6. Parking Uluwatu - IDR2,000
7. Parking Resto Ayam Penyet - IDR2,000
8. Dinner di Resto Ayam Penyet - IDR81,400
9. Parking Centro - IDR6,000
10. Card Reader - IDR50,000
Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [25 Mac 2016 - Day 6: Uluwatu - Kecak Dance - Karang Kurnia] <<
0 comments:
Post a Comment