Monday, August 29, 2016

KBKK [24 Mac 2016 - Day 5: Bedugul - Taman Ayun - Tanah Lot]

Assalamualaikum,

Waaa.. lama betul tak update entry.. Entry ni dah lama terperap dalam draft. Ni baru ada masa sikit nak update. Kalau tak update, sayang plak kan. lagi pun ni salah satu cara nak simpan memory. =)

THE JAYAKARTA CLUB, KUTA KE BEDUGUL

Plan hari ni kami berdua akan ke Tasik Bratan, Bedugul. Ianya terletak di kawasan Tabanan. Boleh tahan jauh juga dari Kuta ke Bedugul. Dengar cerita tempat sana sejuk, ala-ala Cameron Highland gitew~




Jom join kanak-kanak main kat play ground

Kami sampai sini lebih kurang jam 10.00am. Jarak perjalanan lebih kurang dua jam dari Kuta (maybe tercampur masa kami sesat). Hehehe.. Kedinginan tu rasa, tapi matahari bersinar terik tu buatkan kulit terasa sedikit perit.



Jom bergambar dulu.. Opss.. Topi kat sini lebih murah compare yang saya tengok di Tirta Empul. Kalau nak usya2 souvenir pun ada di sini. Shop lot tu rata-rata yang menjual di situ penduduk asal Bali..



Kalau korang nak abadikan kenangan indah di sini, ada Photographer express tau. Harga sekeping gambar Rp15,000. Kami beli lah dua berlatar belakangkan Gunung dan Tasik Bratan. Kalau korang zoom rapat2 kat belakang tu, ada Masjid Kubah Biru. Besar masjid ni.




Lebih kurang jam 1.00 pm perut lapoooo.. Semalam Pak Andre ada suggest makan di sini. Katanya Restoran di sini dimiliki oleh Muslim. Dia suruh try juga Ayam Taliwang. Menu khas Madura. So, jom order dulu. Lapar.. Lapar...



Tudia.... Ayam Taliwang sekor (saiz anak ayam ye kawan-kawan) untuk my sayang, bersama Es Jeruk. Nasi Goreng Special for me, bersama Es Teh Manis. Rasanya sedap. Boleh lah nak makan. Harga agak mahal. Maybe sebab kawasan ni je yang ada Restoran Muslim.




Selesai makan, jom solat dulu. Kami ambil kesempatan bersolat di Masjid Kubah Biru, nun di atas bukit. Airnye, Ya Allah... sejuk.... sangat segar!




Usai solat tu, nampak redup sikit. Kabus mula turun ke bawah. Rasanya lebih sejuk dari pagi tadi. OK.. Jangan ambil masa lama sgt ye. Ada destinasi seterusnya.. JOmmmm..



BEDUGUL KE PURA AYUN

Pura Ayun ni terletak di daerah Megwi. Ni pura lama yang rasanya dah tak digunakan lagi dah. Nak masuk sini pun ada entrance fee.. Katanya tempat ni salah satu daripada kuil-kuil menarik di Bali.. Mungkin pada pandangan penganut Hindu lah kot kan. Sekeliling Pura Ayun ni ada pokok-pokok yang merimbun. Rasa macam jalan-jalan dalam taman gitew. Ada sebatang sungai mengalir jernih, di mana ada juga pengunjung yang mandi manda di situ.





Snap and Win! Hahaha..


PURA AYUN KE TANAH LOT

Ni lah tempat yang saya tak sabar-sabar nak pergi! Memang sengaja sampai sini lewat sikit. Supaya dapat tengok sunset. Subhanallah.. Segala puji bagi Allah yang menciptakan segalanya. Cantik sangat-sangat pemandangan kat Tanah Lot!




Kami masuk sini lebih kurang jam 5PM. Beberapa jam sahaja lagi kami akan menikmati suasana matahari terbenam. Jom bergambar dulu puas-puas. Korang kena pergi dan tengok sendiri. Ya Allah~ Cantik sangat2 lah.




Kalau nak naik atas Pura Ular Putih tu, kena renjis-renjis Holy Water and pakai tandey beras dulu kat dahi. So, we decided not to go lah kan. Takkan sebab nak tengok keindahan alam dari atas tu, sanggup plak nak ikut adat upacara keugamaan Hindu. Nehi.. Nehi..

Kat sini pun ada Kecak Dance tau. Tapi we all decide tak tengok kat sini. Esok baru tengok Kecak Dance kat Uluwatu. Kat situ lagi besar 'stage' katanya..



Cantik kan korang? Layan pemandangan jap.. Pastu Jom balik! Badan pun dan melekit dah seharian berjalan. Letih tapi seronok!











0 comments: