"TRAVEL IS NEVER A MATTER OF MONEY BUT OF COURAGE.."
Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke Tahun Baru, Tahun 2019. Bagaimana dengan 2018? Adakah semua azam dan matlamat anda telah dicapai? Saya pun ada juga semak balik list azam 2018 dan nilaikan balik adakah semua azam saya telah tercapai.. Alhamdulillah walaupun tidak secara keseluruhan, tapi usaha untuk mencapai tu harus saya skor dengan baik lah.. :)
Tahun 2018, saya dan Mr Hearthrob (MH) terlalu sibuk dengan membina kerjaya dan busines, jadinya perancangan percutian kami pada tahun 2018 terpaksa ditunda. Tapi, apa pun kami bersyukur kerana dengan kerjaya kami sekarang, walaupun tidak berpeluang merancang percutian sendiri, kami tetap dapat peluang untuk short vacay bersama. Terima kasih Allah, terima kasih AIA kerana Tahun 2018, kami telah berpeluang bercuti bersama rakan-rakan business ke beberapa tempat yang menarik dan yang pastinya telah mencipta satu kenangan yang indah.
Plan asalnya saya teringin nak ke Jogjakarta tahun ni, tapi masa tidak mengizinkan. Jadinya plan ke Jogja ditunda ke 2019. Namun, setelah berbincang, kami tukar plan daripada Jogja, kepada Bali.. Eh? Bali lagi? Yesza! Ini merupakan kali kedua kami akan bercuti ke Bali. Kembalikan nostalgia Honeymoon.. Gittew.. hahah.. Sebenarnya pulau Bali ni banyak sangat tempat-tempat cantik yang kita boleh tengok dan hayati. Saya memang suka laut (walaupun tak pandai berenang..).
Kalau nak follow Story tentang first time kami ke Bali, boleh follow entri ni>> KBKK [Persiapan ke Bali].. dan entri-entri seterusnya selepas itu.
Percutian kami ke Bali kali ini lebih banyak focus kepada tempat-tempat yang kami tak sempat jelajah last time. Percutian kami seperti masa yang dulu juga, 8 Hari 7 Malam. Cuma lokasi hotel kali ni kami memilih untuk menginap di area Nusa Dua.
Penginapan kami selama 7 malam di Peninsula Bay Resort, Nusa Dua
19 - 26 Januari 2019
Persiapan kami, seperti juga persiapan yang lepas, baik dari segi itinerary, jumlah RM yang akan ditukar kepada IDR, voucher tempahan hotel, tempahan tiket kapal terbang dan perancangan lain-lain yang bersesuaian. Oh ya, kali ini kami banyak focus kepada aktiviti yang agak mencabar. Antara perkara yang kami masukkan dalam itinerary adalah Sukan Air di Sanur (parasailing, flying fish, jetski & Sea Walker Tour), hiking di Nusa Penida dan juga hiking di GitGit Waterfall.
Doakan kami diberikan kesihatan yang terbaik memandangkan dah dua minggu diuji kesihatan yang on off. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa kan.. Syukur.. :)
Ok pen off dulu. Good Nite~
2 comments:
Bestnya anaa! Enjoy your honeymoon 😘❤️
Thanks diba.. Tq juga sudi singgah.. ��
Post a Comment