Showing posts with label Nusa Dua. Show all posts
Showing posts with label Nusa Dua. Show all posts

Tuesday, February 26, 2019

Bali Day 7 - 25 Jan 2019 : Water Sport @ Nusa Dua

Don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect!



Lamanya terperam dalam 'draft'.. Lately ni komitmen masa saya agak pack. Alhamdulillah, semua tu rezeki. Allah hadirkan perkara-perkara yang baik dalam hidup saya untuk saya kembali dekat denganNya, dan seterusnya terus berkhidmat kepada masyarakat.

Alhamdulillah, jom saya share catatan perjalanan kami berdua pada hari KETUJUH di Pulau Bali. Sebulan dah berlalu, tetapi memori dan kenangan di sana masih segar dalam ingatan. Memang Pulau Bali adalah salah satu tempat yang menarik untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.. :)

Hari ke-7, kami hanya spend masa untuk aktiviti WATER SPORT! Memang ini adalah salah satu sebab kenapa kami bercuti ke Bali buat kali kedua. Last time, masa 2016, kami tak berkesempatan nak buat aktiviti sukan air ni. 

TIPS: Beli pakej secara online lebih jimat dan jauh lebih murah. 

Sehari sebelum kami beraktiviti ni, kami dah survey beberapa tempat sekitar Nusa Dua. Memang ada tempat yang murah, tetapi kalau dibandingkan dengan online, masih untung beli secara online.

Kami beli 4 jenis permainan sukan air: Rolling Donut, Flying Fish (2 kali repeat), Parasailing Adventure dan juga Sea Walker. Total spend di sini untuk dua orang adalah IDR1,550,000 sahaja! Lebih kurang RM450 untuk dua orang.

ROLLING DONUT


Rolling Donut ni ok-ok lah.. Nak kata best sangat tu tak juga, tapi we enjoy lah. Kita duduk dalam pelampung (max 4 orang) tu then di tarik oleh speed boat. Di bawa pusing-pusing sekitar Nusa Dua, sambil menikmati pemandangan yang cantik di persekitaran Nusa Dua. 

FLYING FISH


Flying Fish ni sejenis adik beradik dengan Rolling Donut juga, tetapinya bila Speed Boat tu tarik laju-laju, then 'WE ARE FLYING...".. Best sebab tu we all repeat dua kali. Kena pegang kuat-kuat ye, kalau tak memang tercampak masuk dalam laut lah. Masa ni matahari dah start terik. Jangan lupa sebelum enjoy dengan water sport, make sure pakai sun block tebal-tebal. Kalau tak, memang hangus lah. Saya pakai Sun Block by Shaklee, SPF50.. Alhamdulillah, sangat membantu.

PARASAILING ADVENTURE


Ni yang paling paling paling best! Di sini ada dua jenis parasailing. Ada single parasailing dan juga adventure parasailing. Adventure ni yang boleh baik berdua. Dan tak semua tempat yang ada. Kena survey dulu lah kalau nak pilih yang ni. Saya tak pasti berapa ketinggian ni, tapi rasa jugak lah gayatnya. Dari atas ni boleh nampak Masjid Putih Nusa Dua yang cantik dan besar. Nusa Dua ni ramai juga muslim sebab kebanyakkan yang kerja di Water Sport ni adalah berasal dari luar, bukan asli Bali.

SEA WALKER


Yang ni asalnya memang saya tak masukkan dalam list. Saya ni penakut kalau bab kena menyelam ni. Mujur MH berjaya memujuk saya buat jugak. Kalau tak memang rugi tak try. Sea Walker ni, not bad lah. First experience saya. Jangan risau untuk bernafas, sebab korang boleh bernafas macam biasa je dalam helmet yang berat tu! 

Masa kami berdua 'masuk' dalam laut (kedalaman kira-kira 10 meter), tiada pengunjung lain. So mula-mula agak cuak. Macam-macam terbayang. Macam mana kalau arus kuat sangat, macam mana kalau ikan besar datang, macam mana kalau tetiba helmet ni terangkat.. haihhhh laaa Ana oii.. semua ni pihak diorang dah kaji awal-awal lagi dah. Actually, kami diawasi oleh dua orang Diver Professional. Ha, nak takut apa.. Enjoy the view aje lah..

Frankly speaking, batu karang kat situ tak cantik sangat. Ikan memang banyak setelah kita umpankan dengan roti. Maybe diorang tak sempat buat proses pemuliharaan batu karang kan. Station untuk aktiviti ni banyak. Saya tak pasti kalau masuk ikut station lain tu sama ke tak view coralnya. 

Oh ya, arus kuat juga bawah ni. Sesekali terasa kena tolak. Sebab tu Diver dah bagitau awal-awal pegang besi kuat-kuat.


Bali Water Sport memang terbaik! We enjoy our day, our moment. Sesiapa yang ke Bali, wajib try. Rugi tau kalau tak try. Sebab kalau game-game macam ni kat Malaysia, mahal sikit. Kami pernah buat perbandingan harga Parasailing di Langkawi. Jauh beza!

Selesai aktiviti semua tu, kami dihidangkan dengan lunch (termasuk pakej). Kami memilih sandwich sahaja memandangkan ada plan nak ke Bandar Kuta petang ni. Last round untuk makan Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Jam 2 pm kami dah kembali ke Hotel. Sempat lagi lah sambung swimming pulak. 




Callo!

Petang, lepas uruskan diri, solat dan rehat, kami sekali lagi berkunjung ke Water Blow. Tengok pemandangan sebelah petang pula. Tapi tak spend masa lama pun sebab ada misi terakhir yang belum dilaksanakan - SHOPPING!

Untuk entry shopping dan makan malam di Ayam Penyet Wong Solo, saya sambung next entry ya. :)

Total belanja kami untuk hari ketujuh:
1. Water Sport- IDR 1,550,000
2. Parking Water Blow - IDR 4,000

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [26 Mac 2016 - Day 7: Sanur - Joger - GWK - Jimbaran - Krishna] <<
Read More

Wednesday, February 06, 2019

Bali Day 6 - 24 Jan 2019 : Waterblow - Pandawa Beach - Dreamland - Centro - Uluwatu

Making yourself a priority once in a while, it's not selfish. It's necessary..


Hari ke-enam di Bali, sekejap je rasanya masa berlalu. Bali memang sebuah pulau yang kecil, tetapi terlalu banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Dan setiap daerah atau destinasi tarikan pelancong tu ada keunikan dan kelainan yang tersendiri. Pulau Bali juga terkenal dengan kecantikan dan kejernihan air pantainya. Dan sebahagian pantainya pula dijadikan tarikan sebagai tempat untuk board surfing kerana high tide.

Hari ke-enam ini lebih kepada berjalan-jalan dan bersiar-siar sahaja. Jadi kami keluar agak lewat iaitu sekitar jam 9 pagi.

Destinasi pertama adalah Water Sport Tanjung Benoa. Jaraknya sangat lah dekat dengan Hotel yang kami menginap. Lebih kurang 10 minit menaiki kereta. Kami survey harga dan pakej untuk Water Sport (untuk tentatif esok - Water Sport). Terdapat pelbagai pilihan permainan sukan air yang ditawarkan. Bergantung kepada minat, kesesuaian dan bajet masing-masing. Setelah mendapat sedikit info dari pengendali sukan air, kami decide beli pakej menerusi online - Lagi Murah! So guys, kalau nak cari water sport, booking online ya lagi murah.


Settle di Tanjung Benoa, kami terus bergerak ke Waterblow Nusa Dua. Perjalanan kami disajikan dengan pemandangan dalam taman yang sangat cantik dan bersih. Seperti kami berada di satu kawasan lain pula. Waterblow ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong untuk mengabadikan gambar bersama ombak besar sebagai backdrop. Menarik kan? Tapi hati-hati jika ombaknya terlalu besar, samada anda basah atau anda terpukul sekali dengan ombak!


Ni adalah platform yang disediakan untuk para pelancong mengambil gambar. Menarik kan? Awas kalau anda basah. Bawa baju spare ye kalau nak ke sini. Mujur saya terkena di seluar je. 


Spectacular view! Itu yang mampu saya cakapkan. Airnya jernih sekali ya.. Kalau anda ke Bali, wajib masukkan Waterblow dalam list!


Sambil menantikan pukulan ombak. Tapi time kami ada di sini, ombaknya tak kuat sangat, tetapi angin cukup kuat. Boleh tengok video yang saya share di FB. Kami spend time kat sini tak lama pon, lebih kurang sejam. Langit yang begitu cerah, gambar yang di ambil memang sangat cantik.


Next destination adalah Pandawa Beach. Tak jauh sangat daripada Waterblow Nusa Dua. Ni pun salah satu tempat tumpuan pelancong. Semasa kami sampai, hujan mula turun. Agak lebat, tetapi sekejap je. Rezeki juga sebab lepas hujan, langit sangat cerah dan cantik..



Dalam hidup, kadangkala kita berhadapan dengan ujian dan latihan. Hati jadi terguris, emosi boleh tercalar. Namun jangan kita mengeluh kerana apa yang hadir dalam hidup kita ini adalah sebagai latihan dan proses untuk kita belajar dan memperbaiki diri. Setiap yang baik itu baik, setiap yang buruk itu juga baik. Tiada apa yang Allah bagi kepada kita itu buruk, semuanya baik. Cuma pada mata kita yang memandang yang menentukan ianya baik atau buruk. Pandanglah setiap musibah dan ujian yang datang sebagai 'hadiah' untuk kita menjadi lebih kuat! InsyaAllah semuanya baik.


Selesai bersiar-siar di Pandawa Beach, kami ke destinasi seterusnya iaitu Dreamland. Dalam perjalanan ke sana, kami melewati 3 buah Rumah Ibadat yang besar. Salah satunya adalah Masjid Agung Palapa. Kami singgah bersolat di situ dan berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan ke Dreamland. Masjid ni sangat unik kerana tiada berdinding. Jadinya tiada aircond mahupun kipas angin dipasang. Hanya menghirup udara semulajadi yang segar. Nyaman sekali. Jangan lupa tengok video Masjid Tour di FB saya. :)


New Kuta Beach adalah nama lain yang diberikan kepada Dreamland. Pantai ini adalah tempat tarikan bagi para Board Surfing kerana ombaknya yang kuat dan tinggi. Selain itu, pasir pantainya berwarna putih bersih dan halus sangat. Boleh berjalan barefoot di sini dan merasai sendiri kehalusan pasir pantai di Dreamland. Oh ya, pantai ini juga dikelilingi oleh tebing batu karang putih yang besar dan menjulang tinggi. Salah satu keunikan di Dreamland.


Kehijauan + keindahan yang ditemui semasa dalam perjalanan dari Dreamland ke destinasi seterusnya iaitu Uluwatu. Area sini tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Tak pasti adakah ianya jalan utama atau tidak sebab kami lalu situ pun atas 'arahan' Waze. Hehe..

Kami sampai di Uluwatu sekitar jam 4.30 pm. Hujan mula turun. Langit juga masih gelap. Plan asalnya kami akan sekali lagi menjejakkan kaki di Uluwatu sambil mengambil gambar berlatar belakangkan sunset. Tetapi mengikut ramalan (jangkaan kami sahaja), hujan lebat akan turun. So, MH sempat rekod video sekejap sebelum kami buat keputusan untuk tidak masuk ke dalam Uluwatu. Mujur dah pernah sampai dulu. Tak lah ralat sangat.

Alhamdulillah, perjalanan kami dari Uluwatu ke Bandar Kuta dihujani hujan lebat mencurah. Jadinya kami terus ke Restoran Ayam Penyet Surabaya untuk dinner memandangkan jam dah menunjukkan pukul 6.30 pm. Selesai dinner, kami ke Centro, salah satu Shopping Complex yang agak besar di Pekan Kuta. First time kami masuk sini, sebab nak cari Card Reader dan dengar cerita tengah ada sales. 


Finally... Sampai juga hotel. Fuhhh.. letih juga hari ni walau pun berjalan-jalan sahaja. Mujur dapat juga card reader. So malam ni memang MH transfer semua gambar dan video yang ada dalam Go Pro. Syioknya.. Sampai tertido dia menunggu settle semua 3 keping memory card. Banyaknya gambar dan video. Excited sangat. WOhooo..

Okey la.. Cukup lah dulu catatan untuk Bali Day-6. Sambung nanti pula untuk catatan dua hari terakhir. Bye!

Total belanja kami untuk hari keenam:
1. Groceries - IDR 42,000
2. Parking Tanjung Benoa - IDR5,000
3. Parking Water Blow Nusa Dua - IDR8,000
4. Parking Pandawa Beach - IDR5,000
5. Entrance Pandawa Beach - IDR16,000 (untuk 2 orang)
6. Parking Uluwatu - IDR2,000
7. Parking Resto Ayam Penyet - IDR2,000
8. Dinner di Resto Ayam Penyet - IDR81,400
9. Parking Centro - IDR6,000
10. Card Reader - IDR50,000

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [25 Mac 2016 - Day 6: Uluwatu - Kecak Dance - Karang Kurnia] <<
Read More

Monday, January 28, 2019

Bali Day 3 - 21 Jan 2019 : Nusa Penida Full Day Tour

"One's destination is never a place, but a new way of seeing things.."


Yess... Alhamdulillah, dah hari ke-3 kami berlibur di Bali. Hari ke-3 ni kami spend full day di Nusa Penida. Pakej yang kami ambil semalam di Sanur. Rezeki masih ada seat kosong. Seawal jam 6.30 pagi lagi driver dah datang ambil kami di Hotel untuk ke Jetty Sanur. Untuk ke Nusa Penida, kita perlu menaiki boat selama lebih kurang 40 minit. Dan sesampainya di Nusa Penida private driver dah menunggu untuk bawa kami tour sepanjang hari ini.

Tempat pertama yang kami singgah adalah BLUE HIDDEN BEACH - KELINGKING BEACH. Subhanallah, cantik sangat-sangat. Memang sangat teruja. Masa 2016 dulu, memang plan nak ke sini, tapinya masa tak mengizinkan. Kalau plan ke Nusa Penida, perlu spend satu hari. 




Rezeki kami, sesampainya kami kat sini, awan mendung berarak datang. So tak nampak matahari, dan di nasihatkan untuk tidak turun ke bawah, ke hidden beach tu. Untuk turun ke bawah, ke pantai tu perlu berhati-hati dan mempunyai stamina yang kuat! Penduduk di sini telah sediakan laluan pejalan kaki seperti anak tangga dan ada pagar kayu dan buluh menuju ke pantai. Diceritakan bahawa perjalanan untuk turun ke bawah tu lebih kurang sejam hingga dua jam jugalah dengan mengambil kira tiupan angin yang agak kuat dan keadaan anak tangga yang agak tidak stabil dan licin.



Hujan dah mula turun dan semakin lebat. Kami spend time kat sini lebih kurang 30 minit sahaja


Tempat kedua adalah ANGEL's BILLABONG ni satu lokasi dengan Broken Beach. Dari Kelingking Beach nak ke Angel's Billabong mengambil masa lebih kurang sejam. Dan jalan yang digunakan tu berlubang-lubang. Be carefull bagi pelancong yang menggunakan motor ya. Di sini, spot mengambil gambar memang cantik-cantik. Kena berhati-hati kerana tebing curam dan tinggi. Di sini boleh mandi, tetapi risiko tanggung sendiri kerana tiada penyelamat stand by pun, dan ombaknya juga kuat. Kalau nak mandi, tunggu waktu surut okey lah kerana kalau waktu air pasang, gelombang ombak boleh naik secara tiba-tiba.



Terpaksa bergambar dengan payung. Hihi. Mujur driver dah sediakan payung.



Angin kuat. Masa ni hujan reda sikit dah.

Tempat ketiga adalah BROKEN BEACH. Jarak hanya 10 minit berjalan kaki daripada Angel's Billabong. Saya suka sangat tempat ni. Subhanallah, airnya jernih menghijau. Pandai ni diberi nama 'broken' kerana ada lubang di tengah-tengah tebingnya. Lubang besar ni membuatkan air laut boleh masuk dan jika air pasang, air laut boleh memenuhi segenap penjuru di dalam tebing ni. Unik sangat tempat ni.















Tempat terakhir Tour Nusa Penida adalah CRYSTAL BAY. Tempat ni yang paling ramai orang selain viewnya yang cantik berlatar belakangkan air laut yang jernih dan clear, ada pulau-pulau kecil dan boat-boat pelancong juga. Ramai pelancong datang ke sini semata-mata untuk mandi, berjemur, diving dan juga snorkeling. Kami? tidak plan untuk mandi pun. Hanya ambik angin dan ambik gambar. Itu pun sekejap cuma, sebab hujan datang balik. 





Angin kuat!

Selesai tour kami keempat-empat tempat ni lebih kurang jam 3.30pm. Kembali ke jetty Nusa Penida untuk ambil boat pertama iaitu jam 4.30pm. Oh ya, lupa saya nak share, lunch memang disediakan termasuk dalam pakej. Driver ada bawa kami berdua ke satu cafe sebelum sampai ke Crystal Bay. Kami bertanyakan tentang status HALAL. Jawab drivernya, makanan HALAL sebab pakej kami ala carte. Bagi Pakej lain ada disediakan buffet. Tapiiiiiii bila sampai ke cafe, kami tengok tukang masaknya sama dengan tukang masak yang buffet, dan di cafe ada dihidangkan juga arak, sambil anjing berkeliaran. Jadi, kami ambil keputusan makan bekalan makanan kami sendiri. Mujur ada bawa roti, sambal hitam pahang dan biskut. 

Saya faham, mungkin maksud driver kami 'halal' yang dia faham adalah no pork! Sebab menu pilihan yang diberikan adalah ayam. Ragu-ragu pula kami nak makan sebab tak tahu status penyembelihan. Selagi ada pilihan yang lebih baik, kita tinggalkan benda yang ragu-ragu kan? Nyaman...



Sementara menunggu boat sampai, boleh lah lepak dan ambik gambar dulu kat kawasan Jetty ni.





Gambar dalam boat tak ambil sebab boat memang penuh. Alhamdulillah, laut tidak bergelora sangat. Ada pening-pening sikit lah. Kami memang dah standby makan pil tahan mabuk! Hahaha.. Based on pengalaman di Phuket dulu. Sesampainya di Jetty Sanur, masih hujan lebat. Pak supir dah siap menanti kami untuk menghantar kami kembali ke hotel.

Letih tu memang letih, tapi seronok banget! Satu pengalaman yang sangat mahal. Tips: kalau ada plan nak datang Nusa Penida, elakkan musim hujan, musim cuti sekolah dan make sure pakai sport shoes untuk mudahkan anda hiking. Untuk transfer dari Jetty Sanur ke boat, anda perlu tanggalkan kasut atau pakai sandal. Sampai di Nusa Penida tukar balik ke kasut bagi memudahkan anda berjalan dengan selesa dan selamat.

Alhamdulillah, sampai di hotel jam 6.30pm. Petang-petang ni macet ya. Especially bila hujan. Mujur driver kami ni peramah. Habis sejarah Bali semua di share. Paling kami tak sangka, dia peminat no satu Upin Ipin tau. Kat Bali ni, Upin Ipin sangat fames. Segenap lapisan masyarakat suka. Bangga pulak jadi orang Malaysia.

Malam ni kami tak bercadang nak keluar pun. Lepas settle membersihkan diri, solat dan membasuh baju, kami sediakan makan malam ringkas yang sangat special, iaitu Nasi Impit Adabi di makan bersama Sambal Hitam Pahang Resipi Bonda. Sangat praktikal dan membuka selera. Lepas ni kalau travel, make sure bawa sambal ni.




Ya Allah.. Sedapnya.. sape nak order nanti roger saya ye. Special by Zariri Omar dan Nurul Sarah Zamri ni. 

Rasanya sampai sini dululah sharing saya. Kalau nak tahu lebih detail lagi, contact saya ye. Atau drop kat comment, insyaAllah saya reply. Video saya akan upload di FB saya. Bye!

Total belanja kami untuk hari ketiga:
1. Kamar Kecil (Toilet) - IDR6,000 (untuk 2 orang)


Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [22 Mac 2016 - Day 3: Pura Besakih - Kintamani - Tirta Empul] <<
Read More

Monday, December 24, 2018

Bali With Love : Persiapan

"TRAVEL IS NEVER A MATTER OF MONEY BUT OF COURAGE.."



Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke Tahun Baru, Tahun 2019. Bagaimana dengan 2018? Adakah semua azam dan matlamat anda telah dicapai? Saya pun ada juga semak balik list azam 2018 dan nilaikan balik adakah semua azam saya telah tercapai.. Alhamdulillah walaupun tidak secara keseluruhan, tapi usaha untuk mencapai tu harus saya skor dengan baik lah.. :)

Tahun 2018, saya dan Mr Hearthrob (MH) terlalu sibuk dengan membina kerjaya dan busines, jadinya perancangan percutian kami pada tahun 2018 terpaksa ditunda. Tapi, apa pun kami bersyukur kerana dengan kerjaya kami sekarang, walaupun tidak berpeluang merancang percutian sendiri, kami tetap dapat peluang untuk short vacay bersama. Terima kasih Allah, terima kasih AIA kerana Tahun 2018, kami telah berpeluang bercuti bersama rakan-rakan business ke beberapa tempat yang menarik dan yang pastinya telah mencipta satu kenangan yang indah.

Plan asalnya saya teringin nak ke Jogjakarta tahun ni, tapi masa tidak mengizinkan. Jadinya plan ke Jogja ditunda ke 2019. Namun, setelah berbincang, kami tukar plan daripada Jogja, kepada Bali.. Eh? Bali lagi? Yesza! Ini merupakan kali kedua kami akan bercuti ke Bali. Kembalikan nostalgia Honeymoon.. Gittew.. hahah.. Sebenarnya pulau Bali ni banyak sangat tempat-tempat cantik yang kita boleh tengok dan hayati. Saya memang suka laut (walaupun tak pandai berenang..).

Kalau nak follow Story tentang first time kami ke Bali, boleh follow entri ni>> KBKK [Persiapan ke Bali].. dan entri-entri seterusnya selepas itu. 

Percutian kami ke Bali kali ini lebih banyak focus kepada tempat-tempat yang kami tak sempat jelajah last time. Percutian kami seperti masa yang dulu juga, 8 Hari 7 Malam. Cuma lokasi hotel kali ni kami memilih untuk menginap di area Nusa Dua. 


Penginapan kami selama 7 malam di Peninsula Bay Resort, Nusa Dua
19 - 26 Januari 2019

Persiapan kami, seperti juga persiapan yang lepas, baik dari segi itinerary, jumlah RM yang akan ditukar kepada IDR, voucher tempahan hotel, tempahan tiket kapal terbang dan perancangan lain-lain yang bersesuaian. Oh ya, kali ini kami banyak focus kepada aktiviti yang agak mencabar. Antara perkara yang kami masukkan dalam itinerary adalah Sukan Air di Sanur (parasailing, flying fish, jetski & Sea Walker Tour), hiking di Nusa Penida dan juga hiking di GitGit Waterfall. 

Doakan kami diberikan kesihatan yang terbaik memandangkan dah dua minggu diuji kesihatan yang on off. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa kan.. Syukur.. :)

Ok pen off dulu. Good Nite~


Read More