Assalamualaikum..
Artikel Asal di FB Ariff Ismail
Berikut adalah tulisan asal daripada Tuan Ariff Ismail:
Assalammualaikum & Selamat Pagi,
Seperti yang saya janjikan, saya akan berbicara berkenaan soal faraid. Sebelum itu mari kita baca ayat dari surah An Nisa:
“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
- Surah An-Nisa :11
Cuba kita fahami ayat diatas, bagaimana penceritaan dalam Al Quran yang sangat rapi berkenaan faraid. Jom kita baca hadith di bawah berkenaan tuntutan belajar berkenaan faraid:
Sabda Rasullulah s.a.w:
“Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.”
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud
Dari sini juga kita lihat, betapa baginda Rasullullah, menekan kan pentingnya kita memahami dan menyampaikan ilmu berkaitan faraid.
Mengapa kiraan faraid di sebut begitu, mengapa lelaki mendapat lebih dari perempuan, adakah islam menindas wanita? Adakah islam tidak mementingkan hak wanita? Jawapan untuk ini, islam sangat memartabatkan Wanita. Islam mengangkat tinggi hak hak wanita.
Mengapa lelaki mendapat lebih, sedarkah anda tanggungjawab yang harus di galas seorang lelaki? Kita adalah wali bagi setiap saudara wanita kita, keperluan dan kelangsungan hidup mereka selepas kematian suami adalah tanggungjawab kita.
Mengapa kita salahkan faraid itu tidak adil? Sedangkan kita sebagai muslim yang tidak menjalankan tanggungjawab. Kita yang tidak menunjukan indahnya islam kepada bukan islam. Sampai ada yang bukan islam salah faham dan berfikir islam itu tidak adil kepada wanita.
Sedarlah wahai saudaraku, bahawa hak yang jatuh pada kita bukan milik kita 100%, kita perlu alirkan kepada tanggungjawab yg dipikul. Sebagai contoh jika mati adik beradik lelaki kita, dan sudah mempunyai keluarga, tahukah anda kelangsungan hidup mereka adalah tanggungjawab kita. Bukan kita menggunakan hak yang kita dapat untuk kelangsungan hidup kita sendiri.
Sekiranya kita mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya:
-Memakan Harta Anak Yatim.
-Memakan Harta Saudara-Mara.
-Memakan Harta Baitulmal.
Saya sangat tidak bersetuju dengan cara cara sesetengah pihak yang menghentam faraid itu tidak adil dalam mempromosi kan product mereka sendiri. Oleh itu, lakukan kajian, sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan.
Apa pulak peranan hibah dalam kehidupan kita? Nantikan posting seterusnya.
-az ariff-
-o-o-o-o-o-o-o-o
Adakah anda telah fahami dengan betul, apakah peranan Faraid dan Hibah bagi seorang Muslim? Jangan kerana kejahilan kita dan keegoan kita dalam memahami peranan faraid dan hibah ni, membuatkan kita menyampaikan salah faham dan kekeliruan kepada orang lain. Islam ini indah. Setiap kaedah dan cabang ilmu sudah pasti akan memberikan manfaat kepada Umat Manusia. Pasti!
0 comments:
Post a Comment