Tuesday, May 10, 2016

KBKK [Persiapan ke Bali]

“The more I traveled the more I realized that fear makes strangers of people who should be friends.” – Shirley MacLaine


Dah sebulan entry ni terperap dalam draf. Malam ni baru ada kerajinan nak update. :P

So first entry tentang Ke Bali Ke Kita (KBKK) ni, saya akan berkongsi antara persiapan penting bagi traveller yang akan ke Bali @ mana-mana tempat yang seangkatan dengannya.

PETA BALI


Disebabkan tahap 'excited' nak ke Bali berada pada tahap 9/10  dua bulan sebelum berangkat, maka print map adalah menjadi perkara penting. Sebabnya untuk merancang aktiviti sepanjang berada di sana. Dan perancangan tu termasuklah merancang tempat menginap. Saya dan MH bercuti di Bali selama 8H7M, bermula 20 Mac 2016 sehingga 27 Mac 2016. Bunyi macam lamanya kan? Sebab itu lah perlu perancangan yang teliti supaya masa tidak disia-siakan dan boleh lawati banyak tempat. Ye dak??


TENTATIVE LENGKAP 8H7M


Perancangan rapi uolls. Kali ni kami travel dengan membawa misi yang sangat istimewa. Doakan misi tersebut tercapai. Apakah misi yang dimaksudkan? Tunggu next entry ye..


TEMPAHAN KERETA SEWA DI BALI

Urusan tempahan kereta sewa di Bali diuruskan oleh MH. Beliau berurusan dengan Mas Gusti. Seperti biasa, MH akan buat survey dulu dengan membandingkan harga dengan beberapa orang pemilik kereta sewa. Kali ini, kami menyewa mobil tanpa Pak Supir, atau istilahnya 'sewa mobil lepas kunci'. Disebabkan hanya saya dan MH sahaja kali ini, cukuplah dengan menyewa kereta KARIMUN matik. Dan jangan lupa sewa GPS sekali. :)


BEKALAN MAKANAN


Disebabkan Bali merupakan pulau yang majoriti penduduknya adalah beragama Hindu, maka persiapan makanan juga penting. Ni sebahagian makanan yang kami bawa. Roti Massimo 1 buku, Roti Gardenia Kismis Coklat dua buku, Tuna dalam tin (2), Maggie Cup, Milo, Energy Bar dan jangan lupa supplement atau ubat-ubatan kalau perlu. Masa di airport kami beli lagi sedikit jajan buat kudapan. :)


TUKAR RM KEPADA IDR


Part ni ada juga yang bertanya, berapa sebenarnya keperluan untuk tukar cash. Memandangkan percutian kami ni percutian bajet, so kami tukar RM1501 dengan IDR4,750,000. Wow.. jutawan deh! Masa ni currency tengah mengukuh. Kami survey selama seminggu sebelum ke Bali. Awalnya rate 3.21. Tapi sehari sebelum ke Bali (19 Mac 2016) kami dapat tukar 3.16. Antara beberapa tempat kami survey adalah Mid Valley Ground Floor, Aeon Big Wangsa Maju, Quill City Mall dan beberapa Money Changer di sekitar gombak dan Chow Kit. Finally kami jumpa satu Money Changer kat Chow Kit (seperti yang dibulatkan tu). Lupa nak snap jarak dekat. Paling murah antara Money Changer yang kami survey.


LESEN/PERMIT MEMANDU KENDERAAN ANTARABANGSA & PASSPORT


Permit memandu ni boleh dibuat di JPJ. Harga hanyalah RM150 dan siap pada hari kita apply. Just make sure lesen anda masih valid sehingga satu tahun kehadapan ye. Kalau tak, kena renew lesen dulu lah. Sediakan juga sekeping gambar passport background putih. Permit ni valid selama setahun ye. Dalam tu ada disenaraikan juga antara negara-negara yang boleh digunakan permit memandu ni.

Passport pula mestilah berbaki 6 bulan lagi kehadapan. Kalau tak cukup 6 bulan, sila renew dulu ye.


PRINT SURAT PENGESAHAN BOOKING HOTEL dan eTICKET VOUCHER


Penginapan dan flight kami dah konfem lebih awal. Since December 2015. Kami akan bermalam selama 3 malam di Rama Candidasa hotel, dan 4 malam di The Jayakarta Club Bali, Kuta. Serius excited!! Sebab google gambar2 semua cantik.. 

Jangan lupa check in flight ye..


PAKAIAN YANG SESUAI

Pakaian depends on tentatif ye. Saya lebih suka memakai pakaian yang simple dan fabrik yang tidak panas. Memandangkan cuaca sekarang yang agak panas, saya memilih blouse daripada t-shirt. Jangan lupa pakaian untuk terjun laut ye. Aktiviti sukan air di Bali thorbaik!!


Rasanya itu sahaja kot antara perkara penting yang saya boleh highlight. Yang minor persiapan tu rasanya uoll lebih expert kot..

OK, I'm done. Jom tido. Nanti sambung lagi catatan perjalanan 8 hari Ke Bali Ke Kita ye~

Salam~








5 comments:

PCL said...

Mau kena good preparation.. kalau sy pening dah. Slm singgah

annazanariah said...

Hihi. Tq singgah. Persiapan tu mmg kena start awal. Sbb tak hired agent kan. But sy dan suami sama2 cari info kat internet. InsyaAllah tak susah pun sbb indonesia still asean country kan. Bahasa dan budaya tak jauh beza..

Unknown said...

Hi, nak tanya.. Kalo pakej nak g pulau/watersport better beli dulu/online atau survey kat sana je lagi jimat?

Unknown said...

nak tny soalan sama.. ada sesiapa tau? ladysky vista, mcm mne pengalaman awk?

annazanariah said...

watersport better survey kat sana je.. lebih murah.