Monday, August 06, 2018

Gathering Gegurlzzz SMKAK Batch 9802

“Nothing makes the earth seem so spacious as to have friends at a distance; they make the latitudes and longitudes.” – Henry David Thoreau


Alhamdulillah.. Gathering kali ini berjalan dengan sangat-sangat lancar. Terima kasih kepada BFF dan keluarga masing-masing kerana memberikan kerjasama 200% dalam menjayakan mini program kita pada tahun ini. Tahun demi tahun, ada penambahan ahli dalam gathering ni. 

Program tahunan kami ni sempoi-sempoi sahaja. Bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama kami dan juga dapat berkenalan dengan pasangan dan anak-anak masing-masing. Walaupun kali ini penyertaan hanya 19 orang dewasa dan 7 orang kawank-kanak, tetapi kemeriahannya tu dapat dirasa seolah-olah kami ni sebuah kumpulan yang besar. Mana taknya, Sri Damai Resort ni kami dah conquer sepenuhnya. Haha.

Kalau nak baca entri lepas tentang persiapan, boleh KLIK LINK ni >> Persiapan Gathering Gegurlzzz SMKAK 2018<<



Last day kami di sini. Satu lagi kenangan telah tercipta


Ni group pertama yang check in. Jauh ni. Dari Utara!
Zaim-Una-Ladies-Lyana-Anna


Jumaat: Maghrib berjemaah di Open Air Surau (Surau Al-Hidayah). Kami juga turut adakan bacaan Yaasin dan Tahlil ringkas. Ada lagi BFF lain yang belum sampai.


Jumaat: Sesi Ice Breaking lepas Maghrib. Bertempat di Homestay Utama. Disebabkan ada beberapa orang 'keluarga baru' kali ni, jadi kita buat Fun Games untuk sesi berkenalan dan bermesra. Masing-masing mulanya macam segan-segan lagi, tapi lepas dah start beberapa round game ni, dah boleh bergelak ketawa sama-sama dah. Anak-anak pun hairan apalah yang mommies and daddies diorg buat tu.. Hehehe.

Gigih saya mencatat markah - Game 'Dahiku Dahimu' ni bermain secara liga. Pemenangnya adalah LYANA! Final lawan dengan husband sendiri. Power! Settle lebih kurang jam 10 malam. Masing-masing pun dah letih sebab driving kan. So rest dulu untuk aktiviti esok!


Sabtu, 28 Julai 2018


Pagi-pagi lagi Chef kami dah masak bihun goreng Singapore. Thanks Firah. Sangat sedap. Sarapan pagi kami untuk hari ni disediakan secara bergotong royong. Rasa kasih sayang dengan air tangan kan?

Settle sarapan, Outdoor Games dimulakan pada jam 9.00 am. Coachnya siapa lagi kalau bukan En Faizal. 


Kemeriahan Outdoor Games. Ada 8 games telah kami berdua sediakan. Kemudahan padang terbuka ni percuma sahaja bagi pengunjung, tapi kena booking awal lah ye.


Masing-masing bersaing demi merebut gelaran JUARA! Ada hadiah tau. Sporting sangat baik kaum wanita mahupun kaum lelaki. Oh ya anak-anak pun tak kurang ligatnya. Kasi chance lah ye anak-anak..


Kita merancang, Allah jua merancang yang terbaik. Tengah rancak beraktiviti, hujan turun dengan lebat. Disebabkan masing-masing masih bersemangat nak kumpul point untuk kumpulan, kami berpindah tempat ke Dewan Terbuka sebelah padang. Alhamdulillah, rezeki kami dewan tu tiada yang menyewa. Dan lagi seronok, kami tida perlu membayar sewa. SDR memang highly recommended lah.

Settle Outdoor Games lebih kurang jam 12.00 pm. Ada sahabat yang berminat untuk cuba sukan memanah, sementara menunggu waktu Lunch.


Lunch di Cafe. Makanan semua sedap. Masa ni team Gathering kami sahaja yang menempah lunch buffet, jadinya sekali lagi kami conquer tempat. Hihi.



Sambung aktiviti Indoor Games pulak sebelah petang. Masih di dalam kumpulan demi mengumpulkan point masing-masing. Aktiviti petang ni santai saja. Hanya dijalankan di dalam Homestay Utama dan berakhir pada jam 4.30pm.


Minum petang duluan ya. Petang ni hanya makan kuih-muih, roti dan Teh Tarik Special dari En Faizal. Ha, sekali rasa nak lagi tau! Lepas minum petang, aktiviti bebas. Ada yang mandi kolam, ada yang jalan-jalan melihat kawasan resort dan ambil kesempatan untuk mengabdikan kenanngan dengan bergambar bersama sahabat. Jangan tak tahu, dalam resort ni ada Mini Zoo tau. Dikhabarkan ada lebih dari 40 ekor Rusa dalam Taman Rusa tu.



Kami pun jalan-jalan juga.


Jom balik Chalet. Nak prepare untuk Dinner in The Rainforest pulak malam ni. Tak sabarnya...


Tema pakaian : White or Pale Color
Thanks sebab sporting. Masing-masing mengikut tema. Dan hasilnya gambar sangat menarik! Satu lagi kenangan tercipta. Dengan muzik balladnya, suasana tenangnya, cuaca yang baik, menjadikan dinner kami malam tu sangatlah Best!


Lepas ni tunggu Puan Dina edit gambar untuk buat PhotoBook. PhotoBook ni pun salah satu perkara wajib tau. Every year must have collection.

Dinner tamat lebih kurang jam 10.00 malam. Masing-masing balik dengan senyum lebar sebab dapat banyak hadiah. Terima kasih kepada penaja-penaja hadiah, dan juga terima kasih kepada semua BFF kerana menjadikan event pada malam ini sesuatu yang luar biasa.

Ahad, 29 Julai 2018


Penutup Gathering tahun ini dengan aktiviti mandi sungai dan BBQ. Air sungai masyaAllah sejuk, dan sangat menyegarkan. Kami diangkut dengan lori khas dari resort ke kawasan air terjun. Dan yang lagi best kawasan picnic kami ni adalah kawasan persendirian. Sekali lagi kami conquer tempat. Hihi.. 

Dan lama tau saya tak mandi sungai hatta air terjun, jadi ni lah peluangnya. Sambil bergossip dalam sungai, geng-geng lelaki pula ambil turn untuk menyediakan makanan.

Sarapan sebenarnya dah disediakan oleh pihak resort, tetapi kami tetap bawa set BBQ.


Makan-mandi-makan lagi :)

Asalnya plan balik resort jam 11.00 am memandangkan check out jam 12.00 pm, tetapi masing-masing macam tak puas mandi sungai maka kautim extra sejam. Sebab tu lah saya rekomen sangat Sri Damai Resort ni. Sangat memahami tau.

Tepat jam 12.00 pm, lori pun datang ambil kami untuk balik ke resort. 

And, sampai lah masa untuk check out..


Tadaaa.. ni lah dia 11 orang BFF yang hadir pada kali ini. InsyaAllah berkumpul lagi pada Gathering tahun hadapan, dengan lebih ramai yang join. Tempat belum muktamad lagi, dan kali ini Geng Utara pula akan organize.

LOVE YOU ALL!

0 comments: