Thursday, July 12, 2018

Pokok Taugeh vs Pokok Tualang

Siang tadi saya ada tulis status di FB "Saya ingat nak tulis tentang 'pokok taugeh' vs 'pokok tualang'.. ada sesiapa tahu apa maksud tersirat?".. Bagitulah status saya yang saya kira mendatangkan tanda tanya kepada rakan muka buku saya. Tak ketinggalan juga ada yang meninggalkan komen bertanyakan apakah maksud saya yang sebenarnya..

Pokok Taugeh


Pokok Tualang

Jadi, malam ini, saya cuba tuliskan sebaik mungkin. Penulisan ini adalah dari diri saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak ye.

Cetusan idea ini datang daripada Personal Coaching Team Sora Energy baru-baru ini. Master Sifu kami iaitu Puan Roslina ada menekankan tentang pembangunan diri. Kenapa pentingnya kita kena sentiasa bangunkan diri. Puan Roslina atau yang kami senang memanggilnya 'Kak Ina' ada menjelaskan apakah perkaitan antara membina diri dalaman dan luaran. 

Dari kiri: Mr Faizal, Mr Wan, Saya, Puan Roslina & Puan Norita

Saya kongsi sikit apa inti pati yang boleh didapati daripada sesi ini:

1. Pembangunan manusia bukan seperti Pokok Taugeh!

Ok, yang ni memang straight forward. Maksudnya untuk memajukan diri bukannya sekelip mata. Ianya satu proses yang memakan masa. Begitu juga bila kita membangunkan bisnes. Pasti ada proses. Apa yang saya belajar, untuk berjaya diri dan busines, mestilah pautkan 3 elemen ini: USAHA + DOA + AKTIVITI. Aktiviti yang dimaksudkan adalah tindakan kita yang boleh mengundang rezeki.

2. Jadilah seorang manusia yang kuat dan stabil seperti Pokok Tualang!

Berbeza dengan pokok taugeh, pertumbuhan pokok tualang memang mengambil masa yang panjang. Jika pokok taugeh hanya mengambil masa 4-7 hari sebelum boleh di'tuai', pokok tualang pula mempunyai tempoh hayat yang lebih lama. Ianya boleh tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan mampu hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga seribu tahun. Dan yang lagi menarik, lebah juga 'minat' dengan pokok tualang ni.

Jadi sebagai kesimpulannya, membentuk diri dan peribadi bukannya instant. Ianya satu proses yang mengambil masa tertentu. Sesuai dengan U.D.A yang mana hasilnya adalah POKOK TUALANG yang kukuh, kuat, tinggi dan hidup lama. Jangan terburu-buru dan mengharapkan result yang sempurna jika based yang dibina tidak kukuh.

Baiklah, sampai sini dulu penulisan saya. Nanti saya sambungkan lagi dengan lebih terperinci.

Psst.. Char Koey Teow kalau takde taugeh pun, tak sedap kan? So semua benda yang Allah jadikan ada peranan masing-masing. Tu je. Hik!






1 comments:

Jose said...

I thoroughly enjoyed this blog thanks for sharing.