The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well. – Ralph Waldo Emerson
Dalam kehidupan kita, pasti tidak terlepas dari saling memerlukan dan diperlukan. Setiap yang hidup di muka bumi ini ada fitrah kehidupan masing-masing. Namun ianya tidak dapat hidup sekiranya bersendirian. Segala peraturan dan ketentuan Allah SWT itu sangat sempurna dan kita sebagai makhluk yang diciptakan olehNya tidak dapat lari dari prinsip ini sekiranya mahukan kebahagiaan dan kesejahteraan.
Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan manusia dengan pelbagai rupa, saiz, warna, kelebihan dan kekurangan agar mereka masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Apabila hakikat ini dilupakan, maka wujudlah sifat sombong dan angkuh yang membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan. Sebaliknya, jika kita dapat mendalami bahawa kita semua sebenarnya saling memerlukan, maka akan aman damailah hidup manusia.
Menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengubah sikap, memperbaiki keadaan dengan masing-masing menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.
Saya terpanggil untuk menerangkan konsep MEMERLUKAN dan DIPERLUKAN dalam takaful. Ramai yang beranggapan mencarum dalam polisi Pelan Medikal adalah sesuatu yang merugikan. Sebabnya mereka beranggapan, sekiranya tidak ditimpa musibah maka tidak dapat menggunakan Kad Medikal. Di sini, jelas yang mereka membayar polisi takaful dengan niat ingin menggunakan manfaat tersebut. Tiada salahnya di sini, kerana mereka MEMERLUKAN pelan perlindungan ini.
Namun, apa yang selalu mereka tidak nampak adalah konsep DIPERLUKAN. Takaful merupakan salah satu cara menguruskan risiko dengan menabung bersama-sama di dalam tabungan tabbaru'. Contoh, sekiranya salah seorang daripada peserta takaful ditimpa musibah, kita bersama-sama membantu untuk meringankan bebanan serta menguruskan risiko yang dihadapinya. Ianya satu perbuatan yang mulia di mana peserta takaful memberi bantuan dan sedekah tanpa mengetahui siapa yang dibantu. Pahala berjalan 24/7 tanpa gagal.
Jika diberi pilihan antara dua iaitu;
a) Berpeluang menggunakan Kad Medikal dan Pampasan Penyakit Kritikal, disebabkan ditimpa musibah, terpaksa keluar masuk hospital dan menerima rawatan berpanjangan.
b) Diberi kesihatan yang optimum dan kecergasan berpanjangan, maka memiliki Kad Medikal adalah sebagai satu langkah menghadapi risiko dengan 'peace of mind'. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Jadi, anda memilih A atau B? Sekiranya A, anda kategori MEMERLUKAN, sebaliknya sekiranya pilihan B, anda kategori DIPERLUKAN. Alangkah besarnya nilai sekiranya kita DIPERLUKAN untuk kelangsungan hidup orang lain kan? Kenapa perlu berkira untuk membantu orang? Sebagai ganjaran, Allah hadirkan kesihatan yang baik buat kita. Bersyukurlah kerana tidak perlu menggunakan Kad Medikal.
Tepuk dada tanya diri sendiri..
Jangan cakap saya tak payung ye... :)
0 comments:
Post a Comment