Sunday, June 08, 2014

Pulau Langkawi: Laksa Kaw Ikan Sekoq


Hari Kedua - 5 Jun 2014, 6.00 pm

Nyummy.. Saya pasti ramai gemar makan LAKSA.. Apa yang pasti kalau ke Utara, salah satu menu wajib dicari adalah LAKSA! MH sangatlah suka makan laksa. Paling dia suka adalah Laksa Telok Kechai/Laksa Beras Zakaria.

Entri sebelum ini, saya telah berkongsi pengalaman tentang MANGROVE TOUR bersama De Baron Holidays, jadi entri ini pula saya sambung sedikit lagi catatan hari kedua di Pulau Langkawi...

Balik dari Mangrove Tour (sampai di Hotel) lebih kurang jam 4.30. Setelah membersihkan diri, bersolat (jamak), saya dan MH bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya iaitu MISI MENCARI LAKSA!

Setelah puas meng'google', akhirnya kami membuat keputusan untuk mencuba laksa di kawasan Airport. Ada blogger yang menyarankan untuk pekena Laksa Power Airport, tapi ada juga yang komen laksa tu biasa-biasa sahaja.

Sesampainya kami ke sana, baru kami tahu rupanya ada beberapa gerai yang menjual laksa. Laksa Power Airport paling hujung. Kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai dan akhirnya kami singgah di gerai LAKSA KAW IKAN SEKOQ. Unik kan nama tu? 

Kedudukan gerai-gerai ini sangat strategik. Bersebelahan Airport dan juga tepi pantai. Sambil santai tengok laut, boleh juga tengok kapal terbang yang baru take off/touch down.


Betul-betul tepi pantai

Ini lah dia gerai Laksa Tip Top Langkawi Ikan Sekoq!


Petang-petang begini, pekena Laksa memang menjadi! Saya dan MH memesan Laksa (tanpa ikan sekoq tu sebab dah habis..) huhuhu.. Air pula, kami memesan Air Cincau sahaja (RM1.50 segelas)

Fuhhh.. memang sedap.. Kuah pekat, cukup asam garam. Pendek kata memikat selera kami berdua. Harganya adalah RM4.00 sepinggan (tanpa ikan sekoq)/ RM5.00 sepinggan (dengan ikan sekoq). Ikan sekoq yang dimaksudkan adalah ikan kembung yang telah direbus akan dihidangkan bersama laksa yang kita pesan.

Selain laksa, gerai ini juga ada menjual air kelapa muda, rojak buah, mee kari, cendol dan air. 

***************

Jam pun telah menunjukkan pukal 6.35 pm. Hari dah beransur gelap. Asalnya saya dan MH ingin melihat sunset dari gerai laksa tu sahaja, tapi terpaksa tukar rancangan sebab memberi laluan kepada orang lain yang baru sampai untuk menikmati keenakan laksa ikan sekoq!

Setelah membayar harga makanan, kami bercadang untuk ke pantai. Jarak antara pantai ke hotel penginapan kami hanyalah 5 minit. Aktiviti di pantai masih lagi rancak. Terdapat sukan extreme seperti Jet Ski, Banana Boat dan juga Parasailing. Yang paling menarik adalah Parasailing. Terdapat agen yang bertauliah mengendalikan aktiviti ini. 

Jika anda berminat, boleh lah berkunjung ke pantai Chenang. Harga bagi Parasailing adalah diantara RM50-Rm100 seorang (bergantung kepada pakej yang anda pilih).


Asyik tengok Parasailing tu, tak sedar masa dah berganjak.. MH ajak singgah di The Coco Valley sekejap sebelum balik hotel (sebenarnya Coco Valley ni depan hotel kami menginap sahaja). Seperti kedai-kedai lain, Coco Valley juga menjual barangan dengan harga yang rendah (duty free). MH tertarik dengan t-shirt Polo yang sudahlah murah, ada potongan 50% lagi. Rugi kalau tak beli. :)

Usai membeli, kami kembali ke hotel untuk berehat.


Perbelanjaan Hari Kedua (petang):
1. Laksa Ikan Sekoq : RM11.00
2. T-shirt Polo berkolar (less 50%) : RM69.50
3. T-shirt Polo Round Neck (Less 50%) : RM34.50


JUMLAH: RM115.00

-----------------------------------------------------------

Entri Seterusnya:
1. Makam Mahsuri


0 comments: