Entri sebelum: Pulau Langkawi - Laksa Kaw Ikan Sekoq
6 Jun 2014 - Hari ketiga di Pulau Langkawi
Hari ini merupakan hari terakhir saya dan MH di Pulau Langkawi. Rasa sekejap je 3 hari 2 malam.. Memandangkan flight kami jam 10.45 malam, kami rancang untuk sampai ke Airport jam 7.00 malam. Masih ada beberapa jam sahaja lagi..
Destinasi pertama : Makam Mahsuri
Harga tiket masuk adalah RM7.00 seorang (sila tunjukkan Mykad) di kaunter semasa membeli tiket.
Anda akan dapat melihat gambar-gambar generasi Mahsuri di pintu masuk Galeri, termasuklah gambar generasi ke-7 Mahsuri iaitu Wan Aishah. Antara perkara yang menarik adalah Perkampungan Kedah, Rumah Penghulu, Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri dan juga Rumah Mahsuri (kediaman Mahsuri).
Kawasan ini dijaga dengan baik. Belakang buaian tu adalah rumah asal yang dibina di Perkampungan Kedah.
Air daripada telaga mahsuri dipercayai boleh menjadi petua awet muda (tengoklah wajah Mahsuri yang sentiasa nampak muda... wallahualam). Telaga tu tidak lah besar, namun menurut info yang diberikan telaga tersebut tidak pernah kering walaupun musim kemarau yang teruk! Kalau anda ingin mencuba kesegaran air dari telaga mahsuri tu, boleh lah beli di kiosk bersebelahan dengan telaga tersebut. Jangan risau kerana air yang telah dibotolkan tu telah diproses (jernih je).
Ini merupakan Rumah Mahsuri. Kami mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Ada ruang tamu, bilik tidur, dan dapur. Semasa kami sampai di situ, ada majlis berendoi. Bagi sesiapa yang ada anak kecil, bolehlah letakkan dalam buaian yang disediakan tu.. :) Anda boleh lihat potret Mahsuri diletakkan di dinding di dalam bilik tidur.
Kami di situ hampir dua jam. Setelah itu, kami pekena Laksa, keledek goreng dan juga Air Kelapa Muda (gerai di sebelah pintu keluar daripada Galeri). Air kelapa tu sedap, keledek juga sedap, tapi laksa tu kurang umpph! Buat alas perut sahaja.
Destinasi Kedua: Dataran Lang, Taman Lagenda dan Jetty Point
Tempat wajib singgah bila sampai ke Langkawi! Cuaca mendung sebab baru lepas hujan. Bergambar sekadar yang perlu, kami bergerak ke Jetty Point pula. Souvenir kat sini mahal-mahal.
Dating mengadap laut :)
Destinasi Ketiga: Pekan Kuah
Jam menunjukkan pukul 2.00 pm. Perut pun dah lapar. Sebelum makan tengahari, kami singgah di gerai-gerai jualan di Pekan Kuah (berhadapan dengan Plaza Langkawi dan Bayview Hotel) untuk membeli sedikit cenderahati. Saya membeli t-shirt Langkawi, kain batik dan kain pelikat. Selesai membeli, kami singgah makan tengahari di gerai melayu bersebelahan dengan Plaza Langkawi.
Destinasi Keempat: Nusantara Gamat (Perusahaan Minyak Gamat)
Anda akan dapat melihat dua buah kawah besar di dalam Tempat Memasak Minyak Gamat (tengah mendidih!). Minyak di masak menggunakan kayu arang. Bersebelahan tempat memasak tu, ada tempat jualan hasil gamat dan juga akar kayu. Terdapat pelbagai jenis ubatan dan ramuan penawar pelbagai sakit dan masalah kesihatan. Kami tidak balik dengan tangan kosong. Saya membeli bedak sejuk Resdung dan juga Air Gamat. Minyak gamat murah jugak RM10 untuk 12 botol.
Destinasi Kelima: Beras Terbakar, Padang Mat Sirat
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan Beras Terbakar ni. Sebenarnya kawasan beras terbakar ni terletak di halaman rumah En Ku Halim. Ada papan maklumat diletakkan di situ menceritakan sejarah Beras Terbakar ini.
Kami singgah solat (jamak) di Masjid bersebelahan kawasan Beras Terbakar ni. Terlupa pula nama masjid ni. Masjid yang tidak terlalu besar ni bersih dan selesa.
Usai bersolat, kami akan bergerak semula ke Pantai Chenang untuk membeli coklat di sana. Sebelum itu, sempat saya singgah beli fridge magnet di gerai sekitar kawasan Beras Terbakar. Harga barangan yang ditawarkan lebih murah berbanding harga di Pekan Kuah.
Destinasi Keenam: Laksa Kaw Ikan Sekoq
Pekena laksa ikan sekoq lagi sekali (sebab sedap sangat, asyik teringat pulak). Setelah letih berjalan, dapat pekena laksa memang best. Kami memesan laksa (tanpa ikan sekoq) 2 pinggan, rojak buah dan cendol.
Selepas makan, kami bergerak ke Pantai Chenang sebelum ke The Zone untuk shopping coklat. Cuaca sangat baik untuk aktiviti Parasailing. Ramai pelancong baru sampai untuk mandi manda di pantai.
Destinasi Ketujuh: The Zone, Pantai Chenang
Sebenarnya The Zone ni sebelah Coco Valley dan juga Underwater World. Kami tidak bercadang untuk masuk ke dalam Underwater World sebab kami 'reserve' untuk datang lain kali bersama keluarga pula. Saya tengok masing-masing memborong coklat dan juga pinggan mangkuk. Harga memang berbaloi-baloi. Mungkin juga memenuhi kiriman rakan dan keluarga. Antara coklat yang femes dan menjadi pilihan ramai adalah DAIM (RM 41.80- 3 pek berkembar 300gm), Cadbury, Toblerone (RM24.50 - 6x100gm), M&M Dark Chocolate Large Bag (RM18.00), Whittakers Dark Caramel 250gm (RM12.90), After Eight dan banyak lagi. Apabila membandingkan harga coklat antara HIG, The Zone, Coco Valley dan kedai-kedai coklat di Pekan Kuah, saya cadangkan The Zone lebih berbaloi. Perbezaan harga tidak banyak, tapi puas hati lah. Hasil borongan kami tak banyak sebab memikirkan kami tak membayar harga bagasi Air Asia. Berat juga nak bawa (hand carry) nanti.
************
Selesai membeli coklat, kami terus menuju ke Airport. Kereta akan diserahkan semula pada jam 7.00 malam. Pada asalnya sewaan kereta ni sampai jam 12.00 pm sahaja (termasuk dalam pakej bersama penginapan), namun kami melanjutkan tempoh sewaan sehingga jam 7.00 pm. Setiap sejam dikenakan bayaran RM10.00 (mahal kan??).
Di belakang tu adalah Lanconds Hotel, penginapan kami selama 3H2M di Langkawi. Hotel yang agak baru dengan rate yang agak murah. Kami melakukan tempahan sehari sebelum terbang ke Langkawi melalui Wiya Travel & Tours Sdn Bhd. Perkhidmatan cekap dan cepat. Anda boleh hubungi Cik Alyn (03-89596242).
**************
Check in dan solat di Airport sementara menanti flight kami yang dijadualkan pada jam 10.45 pm. Kami memilih Air Asia pula untuk terbang dari Langkawi ke KL.
Alhamdulillah, tepat jam 11.40 pm, touch down di KLIA 2.
Bagi anda yang ingin bercuti ke Langkawi, saya cadangkan buat perancangan lebih awal. Survey dulu pakej2 yang ditawarkan bagi mendapatkan harga yang lebih murah. Kalau perlu, elakkan daripada bercuti semasa musim cuti sekolah (ada surcharge bagi sewa kereta dan tempahan hotel).
Perbelanjaan Hari Ketiga:
1. Tiket masuk Galeri Mahsuri : RM7x2 = RM14.00
2. Laksa, Keledek Goreng, Air Kelapa Muda : RM6.00
3. T-shirt Langkawi, Kain Batik, Kain Pelikat : RM90.00
4. Makan tengahari: RM9.20
5. Bedak Sejuk Resdung : RM3.00
6. Air Gamat : RM8.00
7. Fridge Magnet: RM10.00
8. Laksa Ikan Sekoq, Cendol, Rojak Buah: RM14.00
9. Coklat-coklat @ The Zone: RM 97.20
10. Bayaran tambahan sewa kereta : RM 70.00
11. Kerusi urut Gintell : RM3.00
JUMLAH: RM324.40
Secara keseluruhan, berikut adalah kos percutian 3H2M kami di Pulau Langkawi (tidak termasuk bayaran tol Bangi ke KLIA):
1. Malindo Airways (KLIA 2 - LGK) : RM216.00
2. Air Asia (LGK - KLIA 2) : RM206.00
3. Pakej Penginapan + Toyota Vios (3H2M) : RM479.00
4. Hari Pertama (klik sini): RM287.50
5. Hari Kedua- pagi (klik sini): RM32.00
6. Hari Kedua- petang (klik sini): RM115.00
7. Hari Ketiga : RM324.40
JUMLAH KESELURUHAN: RM1659.90
Semoga catatan saya ini boleh menjadi panduan kepada anda untuk merancang percutian ke Pulau Langkawi.. :)
5 comments:
Tq ana .bgs jg hg uat mcm ni. leh aku plan bajet..haha
hhahaha.. macam tau je sape komen ni.. ok.. ok.. :)
hi..salam kenal,
singgah sini sebb nak carik info pasal lgk...lama dh tak pg sana..hehe
hi cik viva.. thanks singgah.. :)
Nice article. Think so new form of features have included in your article. Waiting for your next article. testimoni jeli gamat luxor
Post a Comment