Saturday, June 07, 2014

Pulau Langkawi: Mangrove Sightseeing

Entri sebelum: 
1.3H2M Pulau Langkawi
2.Pulau Langkawi: Airport - Laksa Kaw - Cable Car - Landcons Hotel - Pantai Chenang

-----------------------------------------------------------
5 Jun 2014 : Hari Kedua di Pulau Lagenda

Bangun pagi dengan bersemangat! Tak sabar rasanya nak pusing-pusing pulau..

Sedikit sebanyak tentang Mangrove Tour:

1. Penjelajahan bermula di Kilim Geoforest Park. Anda boleh memilih samada untuk naik bot secara berkumpulan atau secara catar (hanya anda sahaja untuk bot tersebut). Saya dan MH telah membayar kepada De Baron, jadi kami akan menjelajah secara berkumpulan seramai 16 orang satu bot bersama seorang Tour Guide (saya terlupa untuk bertanya nama Guider tersebut).

2. Terdapat lebih daripada 5 aktiviti sepanjang penjelajahan ini. Antaranya, Gua Kelawar, Gua Buaya, Gua Cerita, Pulau Dangli, Pulau Langsir, Pulau Anak Tikus dan banyak lagi tempat menarik.

3. De Baron Holidays turut menyediakan hidangan Makan Tengahari di Restoran Terapung (bergantung kepada pakej yang kita bayar).

4. Pengangkutan disediakan (van akan ambil dan hantar: Hotel - Sg Kilim - Hotel)

**********

Destinasi Pertama: Gua Kelawar (Bat Cave)


Bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan! Pastikan anda bersarapan dulu ye. Saya dan MH bersarapan Nasi Lemak dan Milo O di hotel. Satu lagi, jangan lupa sapukan Sun Block. Penting supaya kulit tidak 'hangus'.. 

Beberapa tip ringkas:

1. Pakai Sun Block
2. Pakaian: selesa (saya pakai Swimming Shirt, t-shirt, tracksuit - nak mandi nanti terjun je). Digalakkan pakai sandal/croc/slipper/flip flop. Yang penting selesa.
3. Bawa sepasang persalinan dan tuala mandi
4. Bawa air mineral
5. Jangan bawa barang berharga (kalau bawa, tanggung sendiri)

Gua Kelawar (Bat Cave): Terdapat beberapa spesis kelawar yang menjadi penghuni di dalam Gua ini. Pengunjung juga boleh melihat dengan jelas kelawar yang bergantungan di dalam gua batu kapur ini, disamping stalaktit dan stalakmit yang unik! 

Seketika kemudian, anda akan dapat melihat kawasan paya bakau yang masih terpelihara habitatnya. Monyet yang ada di situ seakan-akan jinak dan 'mesra' dengan pengunjung. Tapi awas, jangan sesekali memberi makanan kepada 'mereka'.

****************

Destinasi kedua: Gua Buaya (Crocodile Cave)




Sebelum sampai di Gua Buaya, kami disajikan dengan pemandangan paya bakau sepanjang susur Sungai Kilim. Kami juga berpeluang untuk memberi makanan kepada ikan-ikan berhampiran Pulau Dangli. Bot diberhentikan sementara kami masing-masing teruja memberi makan ikan. Dalam hati terdetik juga, bagaimana kalau tiba-tiba ada buaya?? Sebab kawasan ini berhampiran dengan Gua Buaya!


Gambar di atas itu adalah Gua Buaya. Menurut Guider, sekiranya air pasang, terowong tersebut akan kelihatan sempit (hanya boleh dilalui oleh kayak), dan boleh jadi juga tertutup terus! Rezeki kami, bot boleh melalui terowong tersebut. Suspen..

Setelah ke sebelah sana, kami berpeluang untuk memberi makan monyet-monyet hutan yang agak agresif. Guider telah menyediakan kacang untuk dibuat umpan (Monkey Feeding Activity).. Maaf, saya takut monyet (tiada gambar untuk aktiviti ini) hahaha..

****************

Destinasi Ketiga: Eagle Feeding


Semasa kami sampai di kawasan helang ni, ada beberapa bot lain yang sedang memberi makan kepada Sang Helang! Ada helang besar, ada juga yang kecil. Menurut Guider, helang yang paling besar adalah helang perut putih. Ada seekor helang perut putih yang sesekali melintas. 

Nampaknya jam telah menunjukkan pukul 12.30 pm. Perut pun dah berkeroncong minta di isi. Destinasi selepas ini adalah makan tengahari di Restoran Terapung @Floating Fish Farm.

**************

Destinasi Keempat: Restoran Terapung @ Floating Fish Farm

Disebabkan terlalu lapar+hepi, muka telah bertukar! Hahaha..

Usai makan (telah disediakan oleh pihak De Baron: nasi goreng+ayam goreng+sup+fresh oren+buah tembikai), kami berpeluang untuk melihat-lihat sekitar Fish Farm. Banyak sangat ikan yang saya tidak kenal, besar-besar pulak tu!

Ada ikan pari (seriously sangat besar!), belangkas, kerapu, lobster, udang lipan, ketam, ikan semilang, dan banyak lagi lah ikan-ikan yang saya tak kenal

***************

Destinasi Kelima: Swimming at Tanjung Rhu Beach


Yeay! Walaupun panas (jam 1.20pm), nak juga mandi laut.. Tapi niat terpaksa dilupakan sebab Bendera Merah (Red Flag) telah dipacakkan di kawasan pantai oleh pihak Maritim. Ini menandakan pantai tidak selamat untuk sebarang aktiviti. Warna bendera bergantung kepada keadaan jelly fish yang berada di kawasan pantai. Sekiranya pada ketika itu, banyak obor-obor, bendera merah akan dipacakkan, manakala sekiranya selamat untuk aktiviti pantai, bendera hijau akan dipacakkan.

*************

Destinasi Keenam: Gua Cerita (Cave of Legend)


Bagi tidak menghampakan hasrat sesiapa yang ingin mandi laut, kami di bawa ke kawasan Gua Cerita. Pantainya bersih dan redup dengan kehadiran pohon-pohon rhu dan juga terlindung daripada pancaran matahari secara terus. Saya tidak meneruskan hasrat untuk mandi laut (lepak di bawah pohon rhu sahaja). Hampir 20 minit berehat, kami meneruskan penjelajahan ke destinasi seterusnya! 

***********

Destinasi Ketujuh: Hidden Lake @ Gua Langsir


Dari luar tidak nampak adanya tasik! Sebab itulah dinamakan Hidden Lake. Terletak di dalam Gua Langsir@Langsuir (namanya agak seram.. hehe). Untuk melihat tasik tersebut, perlu masuk ke dalam gua sedikit, dan mendaki anak tangga (lebih kurang 20++ anak tangga). Suasana tasik yang dikelilingi batu kapur sungguh mendamaikan. 

Gambar 1: Pemandangan di dalam kawasan tasik. Ada laluan untuk ke platfom di tengah tasik.

Gambar 2: Di sinilah laluan sempit air laut masuk ke kawasan tasik ini untuk membentuk Hidden Lake.

Gambar 3: Guider sedang menceritakan sejarah terbentuknya tasik ini dan juga bagaimana nama tasik ini diberi, dan juga nama Gua ini diberi! Kalau nak tau, kena datang sendiri.. :)

Gambar 4: Pemandangan luar Gua. Air hijau, nampak sekawanan ikan todak! 

***********

Destinasi Kelapan: Fossil Island @ Pulau Anak Tikus


Walaupun masa ni panas terik, tidak menghalang saya untuk terus meneroka keindahan alam di Pulau Lagenda ini. Gambar di sebelah kanan itu adalah fosil (tidak pasti fosil apa). Pulau ini telah diiktiraf oleh UNESCO -Pulau berusia 400 ribu tahun berdasarkan kajian terhadap fossil yang terdapat di situ. Pulau fosil kedua tertua di dunia setelah Pulau ___ di California. 

**********

Tamatlah sudah penjelajahan MANGROVE SIGHTSEEING bersama De Baron Holidays. Satu pengalaman yang sangat berharga. Saya cadangkan sekiranya anda ingin rasai sendiri aktiviti ini, kunjungilah booth De Baron Holidays! Saya bagi 4 bintang. Guidernya ramah dan berpengetahuan luas berkaitan dengan Pulau Langkawi.

Inilah Guider dari De Baron yang cukup berpengalaman.
Jika ada rezeki berjumpa lagi di lain kali. Maybe next visit to Langkawi akan mengikuti Island Hopping pula. Saya pasti akan ke booth De Baron lagi.

Tepat 3.30 pm: Kami sampai di jeti Sungai Kilim. Van telah menanti untuk menghantar kami semula ke hotel masing-masing. Jarak antara Sungai Kilim ke Pantai Chenang agak jauh. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 4.30 pm. Sebelum tu, sempat singgah The Zone beli junk food dan jus.

Apa pula aktiviti petang nanti? Tunggu entri saya selepas ini... :)


Perbelanjaan Hari Kedua:
1. Sarapan (Nasi Lemak Milo O) : RM5.00
2. Barang Runcit (jeti Sg Kilim) : RM6.50
3. Barang Runcit (The Zone) : RM20.50

JUMLAH: RM32.00

-----------------------------------------------------------

Entri Seterusnya: 
1. Laksa Kaw Ikan Sekoq




0 comments: