Alhamdulillah.. Janji Allah itu pasti! Sesiapa yang berusaha, maka dapatlah hasilnya. Yang membezakannya, hanyalah lambat atau cepat, susah atau senang..
Saya bukanlah ada 'magic wand' yang mana bila saya nak, terus dapat. Biasalah, dalam kehidupan banyak kehendak yang perlu dipenuhi. Namun ada juga kehendak yang kadang-kadang terpaksa dikemudiankan kerana perlu memberi keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
Teringat satu kisah....
Pagi tadi semasa minum kopi, saya merasa sedikit pahit, namun tetap jugalah saya minum. Dan pada ketika air kopi tinggal suku, barulah saya perasan saya lupa mengacau kopi dan susunya.
Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu terasa sangat manis pula. Terlalu manis sehingga tidak mampu saya minum.
Agaknya itu hidup. Ada waktunya kita terlupa yang 'manis' itu ada di dasar, perlu dicari, dan pada ketika malas mencari, yang kita peroleh cuma pahit. Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, semuanya sudah terlewat.
Mujurlah, Tuhan sudah membantu, 'membancuh', hidup kita antara yang pahit dan manis. Cuma apabila kita terlupa kepada Tuhan, pada waktu itulah kita berasa hidup ini hanya pahit semata-mata, ataupun hanya manis yang ada sehingga lupa, hidup kita bukan ada apa-apa maknanya sekiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit, ataupun hanya berkenaan yang manis-manis.
Jadi, hiruplah hidup yang pahit manis ini dengan senyuman dan bismillah. =)
Jika menyelak kembali halaman WISH LISH yang lepas, ada 6 perkara yang perlu saya utamakan. Allah permudahkan untuk perkara pertama tu.. DELL XPS 13. Seronoknya bukan kepalang. Hajat tercapai setelah terpaksa mengumpul duit, berbelanja pada mana yang perlu..
".... Sleek, stunning and thoughtfully designed for performance, durability and a superb overall experience, the Dell™ XPS 13 Ultrabook features an edge-to-edge glass, near "frameless" display, all-day battery life and the latest innovative technology to enable users to be productive, connected and responsive anywhere — all in a razor-thin package that starts at 2.99 lb...."
Apa yang saya suka sangat:
- Ringan dan nipis (sesuai kalau selalu travel and nak buat kerja outdoor)
- Superb laju (power on hanya 2 seconds)
- Screen dislpay memang best (gambar brite dan clear)
- Bateri sangat tahan lama (tak perlu rungsing nak charge kalau berada di luar)
- Light Kayboard (Mudah nak menaip even blackout)
- Banyak sangat keunikan dan keistimewaan DELL XPS 13 ni memang tak menyesal la buat pilihan..
# Baru-baru ni, screen ada problem sikit, flickering.. Terus call DELL Support. Dalam minggu yang sama, technician terus datang rumah.. Tanpa perlu kita ke kiosk atau customer service Dell.. Dalam masa 15 minit, masalah selesai. Beliau tukarkan screen baru (monitor+screen). Memang suka sangat servis Dell ni.
Bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir nak beli laptop, saya memang cadangkan DELL XPS 13 ni. Memang tak menyesal.. InsyaAllah~
4 comments:
cantik. brpa rm?
depends pada prosessor.. ada i5, ada i7.. range harga dalam rm3k-rm5k.. banyak spec.. survey la banyak2 tempat.. =)
yes, timezone setiap orang berbeza. Jadi tak perlu risau kalau kita rasa kita ketinggalan dengan orang, atau mendabik dada bila kita di depan.. yang penting bagaimana kita menikmati apa yang kita hadapi sekarang
well said Mr Padin.. terima kasih kerana sudi menyinggah lagi di sini.. :)
Post a Comment