Monday, January 28, 2013

3H2M Melaka: Best Western Wana Riverside Hotel

Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam tidak kira di mana anda berada. Marilah bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Hayatilah perjuangan dan ketokohan baginda yang mana sepatutnya menjadi idola dan ikutan kita. 

12 Rabiulawal 1434H, Khamis (24 Januari 2013) - Hari cuti umum buat rakyat Malaysia sempena Maulidur Rasul. Dikesempatan ini, saya dan hubby merancang sebuah percutian Cuti-Cuti Malaysia. Destinasi kali ini adalah Melaka Bandaraya Bersejarah. Tempoh tiga hari dua malam memadai bagi kami untuk meluangkan masa bercuti bersama. 

Diharapkan percutian ini dapat membebaskan diri daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan di tempat kerja yang menyerabutkan fikiran dan memudaratkan kesihatan. Disamping itu, percutian juga boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan membuatkan kami  lebih memahami antara satu sama lain. Tiada panggilan telefon tentang kerja, jauh daripada urusan kerja yang tidak pernah beres. (^__^)..

Kami memilih untuk menetap di Best Western Wana Riverside Hotel. Tempahan melalui AGODA tiga minggu lebih awal dilakukan bagi memastikan hajat melawat Melaka kesampaian.

Kedudukan hotel yang tidak jauh dari bandar Melaka memudahkan kami sampai pada masa seperti yang dirancangkan. Kedudukannya di Jalan Munshi Abdullah memudahkan pengunjung untuk ke tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati. Antaranya adalah The Stadhuys, Maritime Museum, The Baba Nyonya Heritage Museum, Melaka River Cruise, Jonker Walk, St. Paul's Church, A'Famosa, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade Mall dan banyak lagi..

Check in jam 4 ptg. Keadaan bilik yang kemas, selesa dan bersih membuatkan kami teruja. Pemandangan dari tingkat 8 sangat cantik. Pengunjung boleh memilih dua jenis pemandangan yang disukai samada River View atau City View. Memandangkan tujuan kami adalah jalan-jalan, maka kami hanya memilih City View. Namun, surprising... Pemandangan City view juga cantik tidak kira siang atau malam. Anda boleh nampak cruise menyusuri sungai Malaka dan juga 'mini fun fair' dengan simbahan lampu yang berwarna warni. 


Selepas solat Maghrib, perut pun dah lapar. Destinasi pertama kami adalah Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Lokasinya adalah di Jalan Padang Temu. Tidak susah nak cari sebab ada sign board yang besar sebelum simpang masuk ke Muara.. Ada dua tempat tumpuan bagi penggemar ikan bakar dan makanan laut. Pertama, Medan Ikan Bakar (memang ramai orang singgah makan di sini disebabkan restorannya adalah yang paling hadapan), tetapi pilihan kami adalah restoran ikan bakar yang kedua. agak terpencil kedudukan restoran tersebut dan tidak ramai pengunjung. Menurut suami, ikan bakar di sini lebih 'power', namun tidak ramai yang tahu.

Menu malam ini adalah ikan jenahak bakar bersos black pepper, sayur campur, asam pedas ikan jenahak, sotong celup tepung, jus oren dan jus tembikai.


Posing sebelum makan sementara menunggu hidangan siap. Namun, bila hidangan di depan mata, tidak sempat nak capture. Lupa. Tapi serius cakap, memang sedap.


Perut pun dah kenyang, aktiviti seterusnya jalan-jalanlah. Tidak perlu runsing memikirkan tempat yang menarik untuk lepak. Hanya di sekitar hotel anda akan dapat saksikan keindahan malam. Dengan pancutan air beralun mengikut irama muzik dan cahaya, Melaka River Cruise yang sesekali melintasi dan juga jambatan Hang Tuah yang cantik binaannya. Sesuai untuk mewujudkan suasana damai dan romantis.

Sampai sini dulu entri Hari Pertama. Sambungan Hari Kedua pada entri seterusnya pula. Selamat malam, mimpi yang indah-indah.. (^_____^)...





0 comments: