Sunday, January 06, 2013

2012: Diari Seorang Anna Zanariah

2012 -- Bagaimana perjalanan hidup kita sepanjang 2012. Adakah seperti yang kita azamkan pada Januari 2012 lalu? Adakah banyak perancangan yang masih tertangguh atau terpaksa dibatalkan? Tak lupa juga perkara-perkara yang telah disempurnakan dengan kehendakNya. Alhamdulillah.. Kita merancang, Allah jua merancang.. Namun jangan lupa sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah..

Saya ingin mengambil masa sedikit untuk menyoroti kembali perjalanan hidup saya sepanjang 2012. Banyak perkara yang telah berlaku. Ada manis, ada pahit malah ada yang melucukan dan menyeronokkan. Terpulang bagaimana mahu kita mencorakkan kehidupan kita, namun atas restu dan izin dariNya jua..


Anna Zanariah

Tahun 2012 melakarkan Anna Zanariah mengatur langkah dan rentak dalam kerjaya. Bermula dengan Wow Coaching, Wow Edutaining, Cypark Resources Berhad dan kini Agrobank.

Merasai pengalaman sendiri mencari rezeki memang kadang-kadang memberi kita seribu satu rasa. Dengan ini, kita akan lebih menghargai duit. Teringat ayah kat Kedah. Saya memang tabik kepada ayahanda sebab beliau berusaha mencukupkan keperluan kami lima beradik dan ibu yang tidak bekerja. Walaupun kami tidak pernah diajar cara hidup mewah, namun kami kaya dengan nasihat dan panduan daripada ayahanda bonda. Inilah bekalan yang kami adik beradik bawa walaupun berjauhan dari mata mereka (tapi dekat di hati).. =)

Setahun saya di Cypark Resources Berhad, memang jatuh sayang dengan rakan-rakan seperjuangan.. Namun perancangan Allah adalah yang paling HEBAT! Melangkah keluar dari CRB sebagai Sr Exec HR dengan perasaan sedih dan gembira bercampur baur...

Sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan kenangan terbaik di sana. Tapi gembira kerana Allah melorongkan jalan dan mempermudahkan saya mencari ilmu dan pengalaman baru di tempat dan bidang baru... Banking Indistries.

Melihat kembali kenangan pada pertengahan tahun 2012. Banyak perkara yang berlaku dalam Diari Anna Zanariah.... Antaranya...

Mei 2012, kehilangan Tok Puteh yang pergi jauh dari kami buat selama-lamanya. Kesedihan saya berganda kerana persiapan perkahwinan sedang dilakukan memandangkan majlis perkahwinan saya seminggu lagi.. 

June 2012, Pernikahan saya dengan imam solat saya, peneman hidup saya, berada sebelah saya ketika susah dan senang, menjadi ayah kepada anak-anak kami, insyaAllah..



Hari ketiga pernikahan, saya melapor diri di Agrobank.. Semoga Allah melapangkan dada dan mempermudahkan urusan saya di sini, memberkati dan merahmati saya dalam mencari rezeki di sini. Ya Allah, aku tidak sanggup hilangnya rahmatMu untukku..

Pelbagai cubaan dan dugaan saya hadapi, namun Alhamdulillah.. I have shoulder to cry on. Allah telah meletakkan sesuatu itu memang paling sesuai untuk kita. Bersyukur... Redha... Ikhlas.. Semuanya baik.

2012 juga telah menjadikan saya PUAN JAMU. Senyum lebar kerana tidak pernah terfikir pun nak jual jamu.. Ianya bermula apabila ikhtiar menggunakan perubatan tradisional diizinkan Allah.. Sejak itu saya teruskan mengamalkan pengambilan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.

Kini, berakhirlah sebuah Diari 2012 Anna Zanariah. Saya tidak perlu menutup buku lama kerana tanpa kenangan dan memori lama, saya tidak akan menempuh kenangan baru dan pengalaman baru.. Yang penting, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan jangan lupa berdoa dan meminta keizinan Allah untuk melakukan setiap perkara dalam kehidupan kita.

Saya pasti penulisan ini agak 'kelam kabut' kerana saya masih mencari tune dalam penghasilan idea dan penulisan entri yang baik dan bermanfaat. Cukuplah perkongsian kisah hidup sebagai permulaan saya dalam menghasilkan entri yang lebih bermakna. Di sini saya kongsikan sesuatu buat anda:-


Bila duduk, duduk berguru

Bila tegak, tegak bertanya

Bila bercakap, cakap beradat

Bila diam, diam berisi

Bila berjalan, mencari kawan

Bila musyawarah, mencari muafakat 

Bila menghukum, mencari adil

Bergaul pada yang betul

Berkawan pada yang sejalan

Bersahabat pada yang bersifat

Berguru pada yang tahu

Meniru pada yang sejudu

Meneladan pada yang sepadan




Hidup ini pengalaman,

Pengalaman itu pengetahuan,

Pengetahuan itu ilmu,

Ilmu itu kehidupan,

Kehidupan itu amalan,

Amalan itu ibadah, 

Ibadah itu ketakwaan.


Sekian, pen off~

5 comments:

Padin said...

moga Anna lebih sukses dan ceria untk hari mendatang, :D

Encik Bell said...

2012? belalang Jr. dapat adik :)

annazanariah said...

thanks padin.. semoga padin juga success dalam hidup.. =)

annazanariah said...

tahniah encik belalang.. best la belalang jr, dah dapat adik.. belalang super jr lah jadinye.. hehehe...

Unknown said...

Semoga sukses mak tam dlm kehidupan seharian. Amiinnn